Menarik di SuaraSendiri

Friday, December 31, 2010

Rumah kata pergi, sekolah kata mari

10 SuaraSumbang
Inilah yang bakal dihadapi setiap insan bernama kanak2 & remaja setiap kali menjelang tahun baru. SS pun tujukan kepada penuntut2 IPT atau kolej seluruh Malaysia termasuk yang seangkatan dengan SS ni. Tak lupa juga guru2 & pensyarah2 yang kembali bertugas awal tahun ini walaupun ada yang sudah memulakan kerja terlebih dahulu. SS dahulukan dengan ucapan Selamat Datang Tahun 2011. SS tak nak la cerita pasal azam tahun baru seperti kebanyakan orang selalu buat. SS lebih berminat untuk bercerita tentang kata-kata pujangga di atas. Lazimnya ayat tersebut disamakan dengan kata-kata, "Rumah kata pergi, Kubur kata mari". Tapi untuk kesesuaian dengan isu semasa ketika ini, SS pun olah sedikit ayat tersebut.

Sebenarnya SS nak kaitkan dengan kata2 ni sebab boleh dikatakan kebanyakan kita mula tak selesa atau senang duduk bila menjelang sesi persekolahan. Yang anak2, mula rasa malas kembali ke sekolah kerana sudah sebati dengan rumah, game & internet. Yang remaja, tidak mahu balik matrikulasi, kolej atau universiti sebab jauh dari orang tua & mungkin otak pun dah lama tak digunakan. Ibu bapa tidak kurangnya, pasti risau kerana beban kewangan mereka akan bertambah semula. Apa tidaknya, seorang demi seorang anak2 nya minta duit nak beli itu beli ini. Yang SS jadi pelik bin ajaib nya, kenapa lah bila sesi persekolahan bermula semula, baru lah ibu bapa terkial-kial nak bersesak-sesak beli barang. Ini bukan isu persekolahan sahaja, malahan musim perayaan turut mengalami senario serupa. Inilah yang sering berlaku di negara kita. Tabiat suka pada saat2 akhir. Mungkin ada aksi dramatik disitu.

Apapun, hanya satu golongan sahaja yang paling gembira pabila sesi persekolahan membuka tirainya. Siapa lagi kalau bukan murid2 tahun 1. Maklumlah..tak pernah masuk sekolah. Manusia memang dianugerahkan sifat sentiasa ingin tahu. Lantas, merekalah antara manusia paling teruja memulakan sekolah. Kalau boleh, tidur pun nak pakai baju & kasut sekolah. Tunggulah bila berada di sekolah nanti. Begitulah fenomena yang seringkali terjadi setiap kali menjelang tahun baru tak kira apa kapasiti pun. Maknanya memang sudah menjadi trend la ye.... 



Kata SS : Cepat beli barang sekarang sebelum masuk tahun baru. Nanti kalau orang puji, "Wah..kasut baru la!!" Kita boleh jawab dengan mudah, "Kasut tahun lepas la!!"

Kenapa masjid di Putrajaya ada dua?

7 SuaraSumbang
Saingan AFF sudah pun melabuhkan tirainya. Pasukan Malaysia pun dah selamat sampai ke KLIA petang tadi tanpa sebarang insiden tidak diingini. Makanya semua blogger di seantero Asia ini kembali lah menjalani tugas masing2 seperti sedia kala. Apa lagi taip entry2 baru la yang lebih bertenaga buat tatapan pembaca. SS sendiri tidak terkecuali dalam hal ini. Tugas SS seperti biasa cari cerita2 panas untuk dikongsi bersama bagi dijadikan iktibar & panduan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, lebih kurang bulan Jun yang lalu Tunku Mizan telah selamat merasmikan Masjid Baginda yang turut dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya. Dan seperti yang kita semua sedia maklum juga, Putrajaya sudah pun mempunyai sebuah Masjid yang cantik & mewah yang bernama Masjid Putra. Bagi kebanyakan rakyat, ini merupakan satu lagi tarikan buat pelancong2 dari luar negara untuk bertandang menyaksikan ukirannya yang jelas sekali begitu halus & kreatif sekali. Dan bagi penduduk & pekerja di sekitar Presint 3 berpendapat ianya 1 tindakan yang tepat yang memudahkan mereka menunaikan solat. SS bukan menulis disini untuk membantah tindakan membina masjid ini. Tapi SS terpanggil memaparkan isu ini setelah mendengar cerita dari teman SS yang kebetulan berada disana untuk menguruskan lawatan pelajar sekolah menengah di Perbadanan Putrajaya. Pada 1 sesi soal jawab, seorang pelajar tingkatan 4 telah menanyakan hal ini. Agak menghairankan bagaimana seorang pelajar yang baru berusia 16 tahun boleh berfikiran luar dari pemikiran yang sepatutnya.

Justeru SS terfikir sejenak, mungkin ada kebenaran disebalik soalan itu. Kajian sepatutnya dilakukan secara terperinci mengambil kira faktor lokasi yang begitu hampir. Mengapa perlu sampai ada 2 masjid yang mewah dibina berhampiran. Kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit -lebih kurang 250 juta untuk Masjid Putra & 180 juta untuk Masjid Besi. Wow..ni dalam Ringgit Malaysia ye. Bukanlah SS kata ini satu pembaziran atau menghalang orang membuat kebaikan. Tapi SS melihat dari sudut positif. Memang tidak dinafikan pada awal penggunaannya jemaahnya boleh dikatakan ramai walaupun tidak penuh tetapi kebetulan masa 2 bulan puasa. Ramailah hadir untuk berterawikh, qiyamullail & sebagainya. Namun..kita bimbang apa akan jadi pada hari2 kemudian. Penduduk di Putrajaya kini mempunyai option untuk menunaikan solat jemaah. Tapi semua rakyat solat jemaah ke? Paling tidak pun solat Jumaat je. Yang lain, lebih baik solat di rumah. Itupun kalau solat. Malah dengan pembinaan satu lagi masjid akan memecahkan jumlah jemaah dalam masjid pertama.  Putrajaya bukan besar mana pun.

Bukankah kita sepatutnya bersatu padu dan meramaikan jemaah? Nak jalankan aktiviti pun senang. Nak bermesyuarat pun senang. Kan itu fungsi sebenar masjid. Bukannya nak bermegah-megah dengan kemewahan tidak ternilai 2. SS takut ramai yang datang sebab nak tengok masjid, bukan nak beribadah. SS kecewa juga lah. SS teringat lagi di tempat SS suatu ketika dahulu ada 2 surau yang sangat berdekatan. SS pun tanya kenapa sampai dua. Apa salah kita bergabung? Ada orang jawab,"Orang India sibuk nak buat kuil banyak2, takkan kita nak robohkan surau pula?" SS diam je..dalam hati SS cakap, bukan roboh..ubah fungsi je. Tak lama kemudian, akhirnya kedua-dua surau bergabung manakala salah satu surau dijadikan kelas fardhu ain. Boleh kan??

Masjid Besi tarikan terbaru Putrajaya - sumber google search


Kata SS : Betul ke kata orang yang senibina semua bangunan di Putrajaya ada kaitan dengan Freemason. Harap2 salah fakta ini..

Thursday, December 30, 2010

Timnas..rakyat Malaysia tunggu alasan anda

7 SuaraSumbang

Mendebarkan..Hebat..Terbaik..Apa lagi yang boleh diperkatakan mengenai kehebatan pasukan Malaysia setelah membenam cabaran musuh tradisi, Timnas (merujuk kepada Team Nasional Indonesia). SS antara jutaan rakyat Malaysia yang terpekik-pekik meraikan kejayaan yang amat bermakna. Meskipun kita tewas dalam perlawanan malam tadi, namun itu belum cukup untuk menghalang kita dari merangkul kejuaraan paling bersejarah itu. Buat kesekian kalinya, kita kini dinobat sebagai jaguh di rantau ini sekaligus menutup tirai 2010 dengan penuh bergaya. 

Wah..ayat paper tau SS karang ni. Ha..agak2 la apa yang akan terpampang kat setiap dada2 akhbar pagi esok ye. Bak kata Shebby, hanya 1 ayat mungkin paling sesuai iaitu "Champion". Menarik itu. Yang pasti, semuanya akan mengekspresikan kegembiraan tidak terkata tentang kejayaan ini. Tapi mungkin juga akan keluar tajuk, "Malaysia Juara, Rakyat Dapat Cuti". Ha..jangan tak tahu. Perdana Menteri yang kita kasihi, DS Najib Tun Razak telah pun mengumumkan cuti umum pada hari jumaat ini. Memang bonus tahun baru la sampai mak SS pun tak percaya dibuatnya. Aih..bola kan sukan no 1 negara. 

Lagi 1 yang boleh kita jangkakan selain dari cuti umum ini adalah kemungkinan juralatih negara, K Rajagobal akan mendapat nama baru. Mungkin lepas ini orang akan panggilnya Dato' Rajagobal. Bukan calang2 tau nak bawa Malaysia sampai ke tahap ini. Apapun, dapat ke tidak, beliau sudah membuktikan kemampuan beliau dengan perancangan yang baik sekali. Anda ada pemain muda yang berbakat. Kekalkan generasi ini & bawa mereka ke tahap lebih tinggi selepas ini. Mungkin boleh memikirkan peringkat Asia pula. Siapa tahu? Gambar sumber Berita Harian.

   


Kata SS : Nampak penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi kena laser. Takde boikot pun..siap bole save penalti lagi.

Wednesday, December 29, 2010

AFF Suzuki Cup : SS lancar video klip kedua

13 SuaraSumbang
Ye..seperti yang SS uar2 kan semalam, dengan ini SS melancarkan video klip kedua bagi membakar semangat pemain Malaysia menjelang final kedua AFF Suzuki Cup 2010. Video klip bertajuk Malaysia-Tanah Tumpahnya Darahku ini dilancar serentak buat pertama kali dalam youtube SS tau. Dah upgrade dah SS. Baiklah..taknak cakap banyak..layan. Credit kepada Nike Malaysia...

 


Kata SS : Jom ramai2 kita serbu butik Al-Ikhsan sebab ada tawaran murah sempena tahun baru hingga 2 Jan ini. Nak beli apa ek??

Tuesday, December 28, 2010

Sanggup bogel supaya Malaysia kalah

5 SuaraSumbang
Wah..semakin hampir kita menuju ke final kedua esok, semakin panas pula hati kebanyakan rakyat Malaysia. Terasa bahangnya sehingga ke hulu hati ini. Satu demi satu cemuhan & kritikan tidak berasas dilemparkan ke atas pemain kita. Nampaknya sikap tidak puas hati & tidak mahu menimpa kekalahan terus menguasai rakyat seberang ini. Kesian pula SS tengok rakan blogger kita ni kena carut dengan pembaca yang tidak dikenali. Tapi SS tahu..kau boleh handle nye la.

Namun, apa yang mengejutkan SS hari ini adalah 1 fitnah yang tanpa ragu-ragu lagi dilemparkan ke atas kemenangan kita apabila dituduh menggunakan kaedah dukun setelah isu laser tidak menjadi & mudah dipatahkan. Aih..setahu SS la, bukan ke mereka lagi handal ke bab2 ni. Tak nak ulas panjang..takut SS pula yang kena. Yang penting baca dulu dekat BH online ini, baru pembaca rasa macam nak tergelak pun ada. Memang nampak terdesak sangat lah. Kesian2..mungkin serangan psikologi kot.

 Belum cukup dengan itu, lagi 1 cubaan untuk memastikan kekalahan Malaysia apabila pelakon terkenal Indonesia yang dikatakan mahu mengganggu konsentrasi pemain Malaysia. Macam mana 2?? Dalam Berita Harian pun ada menjelaskan tentang apa yang cuba dilakukan aktres munggil, Julia Perez. Betul ke beliau nak bogel? Boleh ke? Rugi la siapa tak datang stadium ni. Ha..baca la di sini untuk mengetahui tindakannya.

Yang paling SS kecewakan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhiyono sempat lagi memberi nasihat sinis kepada rakyatnya agar tidak membuat perkara yang seperti dilakukan penyokong Malaysia. "Saya mahu penonton Indonesia tunjuk semangat kesukanan dan tidak ikut tindakan seperti penonton di Malaysia." Itulah pesanan Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono yang bernada sinis mengenai gelagat pancaran laser penyokong Malaysia ke atas lawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin. Baguslah macam 2. Bagi SS, kira perlawanan lepas ini, dah tak ada lagi la aksi laser-melaser ini. Selamat sikit pemain kita nak beraksi. Kepada penyokong Indonesia, dengar nasihat presiden anda. Jangan main laser ye nanti. Kalau main juga, berdosa pula ingkar arahan pemimpin.



Kata SS : Video klip untuk perlawanan akhir kedua sudah SS siapkan tadi. Tunggu saja pagi esok untuk dilancarkan. Biar bersemangat sikit menjelang final. Jangan lupa tengok ye..

Amboi3..lagi LASER dari Azwan Ali tau

9 SuaraSumbang
Yeah..SS sebenarnya tak nak cerita pasal AFF Suzuki Cup ni sebab kebanyakan blogger dah luahkan isi hati masing2 untuk mengulas perlawanan Ahad lepas tentang aksi terpuji skuad negara kita. Tapi sebab nak terus kan kemeriahan hampir 27 juta rakyat (bak kata pengulas RTM), SS pun terpanggil lah untuk menyatakan kegembiraan yang terbuku di sanubari ini. Tambahan pula, kejohanan masih belum tamat kerana masih ada 90 minit baki permainan yang harus dilunaskan pejuang2 negara kita pada hari Rabu ini. Jadi, jangan lupa bagi sokongan anda dengan datang beramai-ramai ke Stadium Gelora Bung Karno. Jangan lupa pakai baju kuning ye. Mak aih..bukan dekat Indonesia ke?? Jauhnya..takpe, walaupun kau terpisah beribu-ribu batu dari kami..kami tetap akan sentiasa bersama anda wahai Harimau Malaya.

SS tak nak la ulas panjang mengenai Skuad Garuda yang menyalahkan laser sebagai punca kekalahan sebab Joegrimjow pun sudah membuktikan teori nya sangat benar & logik untuk diterima akal.  SS pun tak faham kenapa rakyat Indonesia memilih untuk menyerang psikologi dengan cara itu seperti dalam laman web ini, www.tribunnews.com sedangkan kita juga mengalami nasib yang sama ketika beraksi dalam perlawanan pembukaan awal bulan yang lalu. Takde pun nak boikot2 ni. Menariknya, kesemua tiga gol yang terhasil kelmarin hadir hanya beberapa minit selepas bantahan dibuat dimana tiada lagi aksi laser-melaser dibuat. Ala..kira rugi la ni si Markus tu buat bantahan. Lain kali, fikir 2-3 kali dulu la sebelum bertindak ye. Tapi SS musykil la. Dalam gambar tu, semua penonton pakai baju putih la, hitam la. Padahal masa game betulnya, bukan ramai pakai baju kuning ke. Lagi 1, bila masa pula Stadium Bukit Jalil ada pagar macam tu. Cuba tengok betul2 kat gambar tu.

Dalam pada itu, SS bimbang jugalah bila kita bertandang ke sana pula. Iyelah..dengar cerita sampai ada yang meninggal dunia & cedera parah semata-mata berebut nak dapat tiket final. Wah..baru beli tiket, belum tengok lagi. Apapun.. kepada anak2 buah K Rajagobal, lupakan perkara sekeliling & fokus kepada permainan. SS berharap sangat pemain2 kita dapat mengekalkan prestasi terbaik mereka untuk bergelar juara. Anda dalam momentum perubahan generasi bolasepak negara yang moden. Dah nak dekat sangat dah..
Mampukah aksi ini diulang semula pemain-pemain negara?

 Kata SS : Tengok bola dari rumah je sebab anak buah datang rumah. Itupun menjerit sampai gegar rumah. Kesian jiran tengah pantang lepas bersalin.

Sunday, December 26, 2010

AFF Suzuki Cup..SS buat lagu semangat

6 SuaraSumbang
Ye..sempat lagi SS buat tadi. Hehe..bukan lagu pun. SS hanya buat video klip je...So, kepada pejuang2 sejati negara kita. Ayuh..mulakan kebangkitan bolasepak kebangsaan dengan menjulang kejuaraan yang belum pernah kita ungguli. Hari ini, 26 & 29 Disember ini akan menjadi tarikh keramat buat rakyat Malaysia dalam saingan AFF Suzuki Cup. Untuk itu, SS telah menggubah 1 video khas buat pemain2 Malaysia dalam usaha untuk membakar semangat mereka. Buat rakyat Malaysia, ayuh sama2 kita memberi sokongan tidak berbelah bahagi walau apa keadaan sekalipun. Sama2 kita berdoa agar negara kita menjuarai kejohanan Asia Tenggara ini buat kali pertama....


Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Dipersembahkan jiwa ragaku untukmu
Ku baktikan karyaku untukmu Malaysia
Kan ku junjung tinggi-tinggi Malaysiaku
Harumkan mu di persada antarabangsa
Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Kita kan boleh
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Kita kan boleh
Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Katakan boleh (boleh)
Kita kan boleh
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang


Kata SS : Hari ini ada 3 event serentak. Rock The World dengan AFF Suzuki Cup dekat Bukit Jalil. Lagi 1, game EPL tapi dekat England la. Haha..

Saturday, December 25, 2010

Zaman Samanolitik?

13 SuaraSumbang
Hai SS..buat istilah baru nampak. Haha..bagi mereka yang kebingungan apa yang cuba SS maksudkan, teruskanlah membaca. Kalaulah pembaca perasan di luar sana, kita sudah masuk ke zaman baru setelah jauh meninggalkan Zaman Paleolitik, Mesolitik & Neolitik. Untuk pengetahuan pembaca, inilah zaman paling mencabar yang perlu ditempuhi umat masa kini. Zaman sekarang adalah zaman dimana kita perlu berhati-hati dengan setiap pergerakan, perbuatan mahupun percakapan kita. Andai tersilap langkah, maka bencana buruk pasti akan menimpa kita.

Baiklah..biar SS berterus-terang sebelum kalian menjadi bertambah confuse. Mungkin ada yang mengerti maksud SS ni. Kalau kita belek2 semula akhbar2 atau menonton berita media elektronik, boleh dikatakan hari2 pasti kita akan mendengar isu saman-menyaman & naik turun mahkamah. Pantang ada buat silap sikit, sure kena saman. Salahnya pun tidak lah SS ketahui sebab jarang didedahkan tapi kita yang menjadi pemerhati ini boleh meneka lah. Semuanya tidak lain tidak bukan kerana wang. Tengoklah samannya, bukan sikit2. Sekali tuntutan dalam 2-3 juta. Kalau dulu2..menang 2-3 ribu pun dah syukur. Kini..sekali lagi dunia tanpa sempadan menyaksikan perubahan yang begitu ketara sekali.

 Kes yang kerap kita dengar pastinya antara golongan artis dengan artis. Hasil daripada perselisihan faham yang gagal diselesaikan segera terpaksa berlarutan hingga dalam mahkamah. Kan penat tu..nak kena turun naik mahkamah, nak kena tunggu prosiding sampai beberapa tahun. Kalau menang kira orite lagi la. Ni yang kalah ni macam mana la nasibnya. Terbaru, kes saman tehadap bekas presiden & CEO Sime Darby. Bukan calang2 tu. Ini belum kira ada dikalangan teman seperjuangan kita dikalangan blogger2 pun ada yang membuat tindakan serupa. Semuanya gara2 tulisan atau artikel yang mengaibkan atau mendatangkan fitnah. Aishh..seram pula SS dibuatnya. Yelah..takut ada yang nak saman SS walaupun cerita SS semuanya berkaitan dengan alam, tumbuh-tumbuhan & haiwan2 ternakan.

SS ini bukan apa..nak minta la kita dikalangan blogger mahupun rakyat biasa sentiasa berjaga-jaga dengan penulisan kita, percakapan & tingkah laku. Takut nanti ada yang ambil tindakan nanti sebab terasa atau tersinggung. Memang tak salah kalau nak saman-menyaman ni, tapi kan lebih manis bersemuka serta bincangkan dengan lebih teliti. Bagi SS, kalau penulisan tu betul baguslah. Siapa yang terasa pedas, pergi makan cili tu kenapa??

  Mungkin inilah tempat yang sesuai untuk orang2 
sekarang berpesta-sumber ourglobal.wordpress.com


Kata SS : Bila dah sembuh kaki ini, tiba2 kena cirit-birit pula pagi tadi. Macam ada sekuel pula ye. Hai..ada orang nak kenakan SS ke?? Saman karang..

Friday, December 24, 2010

Forum Perdana Penuh Hiburan

16 SuaraSumbang
Umumnya semua orang sedia maklum bila sebut sahaja berkenaan Forum Perdana, kompom la berkait rapat dengan dunia Islam semasa. Apatah lagi tajuk besar nya pun Ehwal Islam. SS pun memang tiada masalah dengan rancangan sebegini. Iyelah..sekurang-kurangya boleh menyedarkan SS yang tak henti2 buat dosa ini.

Namun, segalanya berubah semalam sejurus SS menonton rancangan itu semalam. Wah..terkejut beruk SS tengok Forum Perdana semalam. Kalian mesti tak tahu kan semalam ada Forum Perdana. Haha..SS pun tak tau. Ayah SS yang nak tengok sebenarnya. Kira 1 family SS la yang tengok semalam. Apa yang terjadi ni SS?? Sabar2..jangan gopoh2. Sebenarnya semalam rancangan berunsur ilmiah itu diubah formatnya dalam bentuk lebih santai. Sangat menarik tetapi agak janggal sikit. Apa tidaknya bila rancangan itu dimulakan dengan persembahan artis yang sedang meletup dengan lagu "Dinda Kanda" tu. Ala..Atilia dengan Monoloque la. Dah terang2 lagi disimbahi spotlight yang si perempuan 2 tak tutup aurat. Siap pengacara pun tukar. Mana pakai Saudara Ridhuan Tee lagi dah. Tahukah anda siapa orangnya. Fahrin Ahmad la. Dia kan pengacara handal. Bagus lah bagi dia peluang. Mana tau kot2 lepas ni minat nak berdakwah ke. Haish..dunia2.

SS yang tergelak seisi keluarga macam tengah tonton cerita Hantu Kak Limah ni pun cakap la dekat ayah, "Maybe ini cara nak dekatkan remaja dengan unsur dakwah kot!". Terkejut SS ni masih ada lagi tau. Baru je minggu lepas stesyen televisyen ni tayangkan rakaman program yang sama dari universiti SS. Aduh..baru nak bangga. Tapi SS bangga lagi sebab RTM berani melakukan perubahan . Kan sekarang dunia penuh hiburan. Mungkin perubahan ini yang mahu diterima rakyat..............kot. SS taknak la cakap artis mana yang dijemput & tv mana yang tayangkan. Nanti orang kata SS aibkan orang pula. Eyh..macam dah cakap je.


Kata SS : Kaki SS terseliuh sebab berlaga kaki masa main futsal kelmarin. Siap berbungkus ni sampai tak nampak kaki dah.

Wednesday, December 22, 2010

Pantang larang..jangan..nanti..padahal..

6 SuaraSumbang
SS memang sudah lama teringin nak buat entry ni. Akhirnya ada kesempatan juga nak bercerita sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sentiasa cuba dikaitkan oleh orang tua2 dengan apa yang cuba kita lakukan. Pantang larang ini sebenarnya sudah wujud bertahun-tahun dahulu. Asal-usul timbulnya perkataan pantang-larang ini dikatakan bermula apabila pelakon yang memegang watak ibu kepada Sabariah Mansur dalam cerita Ibu Mertuaku dengan berkata, "Pantang nenek moyang aku kahwin dengan ahli musik!!" Akhirnya perkataan pantang itu terus digunapakai & diperluaskan hingga ke hari ini.

Persoalannya apakah pantang-larang ini memang benar2 wujud & kalaulah ada yang melanggarnya akan mengalami nasib yang buruk seperti yang diuar-uarkan. Atau sekadar direka-direka supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak disukai orang veteren ini. Bagi kebanyakan generasi muda, sukar untuk menerima pantang larang macam ini. Namun, mesti ada sebab nya kenapa orang dulu2 buat pantang larang. Ini antara Top 10 pantang larang yang dapat SS selongkarkan kebenarannya.

Pantang Larang 1 :
Jangan bertukar-tukar tempat makan.
Nanti kahwin ramai. Padahal banyak tempat kotor, penatlah mak nak kemas meja makan.

Pantang Larang 2 :
Jangan buka payung dalam rumah.
Nanti ular masuk. Padahal rumah orang dulu2 rendah, takut rosak bumbung. Tak pun payung rosak.

Pantang Larang 3 :
Jangan potong kuku waktu malam.
Nanti bawa sial. Padahal dulu2 malam mesti gelap sebab tiada elektrik, takut terpotong jari pula.

Pantang Larang 4 :
Jangan duduk atas bantal .
Nanti punggung kena bisul. Padahal kan bantal letak kat kepala, nak duduk kat kerusi la.

Pantang Larang 5 :
Jangan bermain waktu senja.
Nanti disorok hantu. Padahal dah Maghrib, balik la solat.

Pantang Larang 6 :
Jangan tinggalkan pinggan di meja lepas makan.
Nanti lambat dapat menantu. Padahal pinggan sendiri, sendiri basuh la.

Pantang Larang 7 :
Jangan duduk di tepi tangga.
Nanti susah nak dapat jodoh. Padahal block jalan, payah la orang nak lalu.

Pantang Larang 8 :
Jangan letak pinggan atas tangan masa tengah makan.
Nanti takut rampas suami orang. Padahal takut pinggan jatuh, kan pecah nanti.

Pantang Larang 9 :
Jangan angkat kaki ketika meniarap.
Nanti emak atau ayah mati. Padahal susah orang nak langkah. Dah le tutup jalan, buat halangan pula tu.

Pantang Larang 10 :
Jangan menyapu waktu malam.
Nanti pendek rezeki. Padahal time malam gak nak sapu, bukan nampak apa pun. Sapu esok pagi jela.



Namun, kadang-kala teori ini mungkin ada juga kebenarannya. Sebagai contoh..orang perempuan jangan menyanyi masa memasak. Nanti dapat suami tua. Cuba tengok penyanyi fofular kita, Dato' Siti Nurhaliza. 2 mesti kuat menyanyi masa di dapur. Hehe...SS tak cakap apa2 ye.


Kata SS : Finally, dapat juga SS tengok cerita melayu, Hantu Kak Limah Balik Rumah..haha..kelakar gila. Rugi kalau tak tengok cerita ini. SS memang support lah cerita2 macam ini. Lain dari yang lain.

Monday, December 20, 2010

Inikan konsert..bukannya gig

6 SuaraSumbang
Alahai SS..kesian SS tengok dengan gelagat remaja-remaja sekarang yang semakin hanyut dibuai arus pemodenan. Ecehwah..SS tak remaja ke. Mana ada, SS kanak2 lagi la. Al-kisahnya SS pun berkunjung la ke I-City seperti yang SS canang2 kan sebelum ini ada Konsert Ria Astro 2010. SS yang punya bersemangat ni pun (SS memang minat hiburan ni tapi agama jaga beb) datang le seawal jam 5 petang ditemani adik SS. Datang awal bukan pasal apa, walaupun tahu start pukul 6 petang. SS tak nak nanti jem pulak, tak jumpa parking la & paling penting tak dapat duduk depan sekali. Rupanya baru lah SS tahu yang konsert start pukul 8.30 malam. Tapi takpe sebab sepanjang tempoh 2, SS pergi tengok aktiviti menarik yang disediakan Astro. Siap dapat jumpa "wanita kesayangan hamba". Siapa lagi kalau bukan Nora Danish. Kenapa lah tak bawa Fasha Sandha sekali. Mesti meletup la. Haha..

Okey..back to the topic, yang SS nak cuba ceritakan kat sini adalah apa yang berlaku pada malam kejadian tersebut. Malam konsert la..dengan dibanjiri ribuan pengunjung yang sanggup meredah hujan termasuk la SS ni, konsert pun dimulakan dengan pembukaan oleh Dato' AC Mizal. Konsert yang diacarakan oleh Reza & Kak Engku ni pada mulanya berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, segalanya bertukar menjadi haru-biru apabila XPDC, band yang dah lama menyepi ini take-over the pentas. Apa lagi, sebahagian penonton mulalah "high". Mereka ini mulalah berdiri untuk menyanyi bersama, head banging, body surf & bermacam-macam lagi aksi yang bagi SS dah biasa pun tengok. Tapi tu SS, kalau yang tidak biasa pula pasti akan memaki hamun & sebagainya. Rata-rata SS tengok hanya kebanyakan mereka berdiri untuk beraksi dalam masa sam menghalang pandangan penonton lain yang tidak mahu berdiri.

SS pun tak salahkan tindakan liar penonton kita yang fanatik itu. Sudahlah datang konsert percuma, dapat tengok artis kesayangan mereka secara live pula. SS pun tak salahkan penonton kita yang tak mahu berdiri itu. Bagi SS, masyarakat kita memang sudah dididik pun untuk menyaksikan konsert secara sopan. Kita diajar duduk dan sekadar menghayati lagu yang dibawakan artis. Haha..macam-macam la. Tapi yang paling SS kesian bila melihat seorang penyanyi lelaki yang sangat digilai wanita suatu ketika dahulu semakin sukar mendapat tempat dikalangan penonton semalam. Adakala penonton mahu beliau berundur kerana mahukan artis yang lebih hebat. Simpati SS kat beliau..lucu pun ada juga apabila beliau sempat membalas laungan penonton itu dengan berkata,"Kalau anda tidak boleh menerima muzik orang lain, mungkin ada yang boleh menerima muzik orang lain. So, please untuk menjadi orang yang open-minded sikit." Lebih kurang macam tu lah. Ha..so, lepas ini Astro mesti fikir 2-3 kali gak la kan sebelum nak buat konsert yang menggabungkan pelbagai genre ini terutamanya underground dengan genre lain. Tapi SS tengok TV3 boleh je melalui Konsert Jom Heboh nya. Ha..SS belum ada jawapan. Mungkin anda ada jawapannya. Tapi, bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ke sana semalam, SS ada preview sedikit buat tatapan pembaca. Apatah lagi tempat seperti I-City memang sangatlah sesuai untuk dikunjungi terutamanya "couple" yang dilamun cinta. Haha..


Ini bandar I-City masa siang. Takde apa yang menarik pun


Alamak..SS sudah ada pesaing la


Ni la bandar cahaya. Sangat menarik


Kemunculan Ahmad Dhani yang membuatkan
penonton bertambah panas. Jangan jealous!!

Kata SS : Tahniah skuad kebangsaan layak ke perlawanan akhir. SS nak tengok siapa yang sebelum ini maki hamun skuad kita, sekarang duduk paling depan kononnya dialah yang bertungkus lumus bawa negara sampai ke tahap ini. Pengecut!!

Friday, December 17, 2010

Cakap baik2 tak boleh ke, bang??

5 SuaraSumbang
Kau ni dah kenapa SS?? Ha..dengar tajuk macam ada 1 pergaduhan yang berlaku kan. Kalau kalian nak tau, memang betul pun. Geram betul SS dengan sorang brader ni. Kalau betul pun salah SS, cakap biasa2 dah le. Ni sampai memekik macam besar sangat salah SS ni. Rilek..ni nak cerita la ni. Kesah nya bila SS bila SS singgah 1 kedai ni dekat dalam 1 shopping mall ni. 1kedai 1mall 1Malaysia. Eyh, bergurau pulak. Kejadian berlaku ketika SS cuba untuk membuang masa sementara tunggu time nak tengok wayang cerita Narnia (pakai 3D beb..haha). Tengah dok belek2 salah 1 barang kat kedai 2, SS pun macam berkenan la tengok cover hard disk 2. Tapi tak la pula nak membelinya. Akhirnya, SS pun campak la semula cover yang dalam bentuk kain 2 dalam longgokan tempat asalnya. Tup2..promoter tu pun perasan la aksi SS ni. Dia bukan main marah macam kedai tu kedai dia punya. Dia pun sound la SS, "Bang, bole tak kalau nak tengok tengok je. Kalau tak nak beli, jangan nak baling2 pulak!!' SS yang dah tersipu-sipu ni pun cakap ok jela. Siap mintak mahap lagi. Hey brader ni betul2 tak puas hati lagi. Dia sound lagi. SS yang dah hilang mood apa lagi, blah jela terus. Buat sakit hati je.SS nak pesan sikitla. Bro, kalau macam tu layan customer sampai kiamat pun orang tak datang. Patutlah SS tengok kedai 2 sepi je.


Woi, dahi kau lagi luas la??~sekadar gambar hiasan~

Kata SS : Arghh..geramnya. Tak dapat tengok cerita Ngangkung lagi. Dah cubaan kedua dah ni nak tengok cerita tu. Soli la David Teo, tak dapat support celita lu.

Thursday, December 16, 2010

I've got a dream

0 SuaraSumbang
Haha..entah la. Tiba2 SS tergerak hati pula nak cerita pasal filem animasi yang tengah rancak kat pawagam ni. Bukan pasal ape, cerita ni sangat2 la kelakar & sangat2 la sesuai untuk ditonton. Bukan sahaja jalan cerita nya yang menarik, (walaupun dah tau ni cerita fairy tales) tapi aksi & telatah pelakon2 nya pun cukup mencuit hati. Wah..macam promoter lak SS ni. Yang wat SS ketawa terbahak-bahak pula banyak disebabkan binatang2 yang terbabit dalam cerita ini. Al-kisah nya SS tengok cerita ni minggu lepas iaitu sejurus tamat peperiksaan terakhir. Haha..terus enjoy beb. Tapi yang menjadi ironi nya, SS bukan nak tengok pun cerita tu. SS dengan teman2 memang dah berpakat nak tengok cerita Ngangkung. Ala..cerita Sam tu. Alih2...sampai sana lepas makan2, terus berubah fikiran nak tengok cerita perempuan rambut panjang ni. Haha..bukan apa, semuanya gara-gara terserempak dengan sekumpulan perempuan yang kebetulan kawan SS. Apa lagi, lepas sembang2..terus mereka mempelawa kami menonton cerita yang sama. Kawan SS pun setuju & berjaya juga menghasut SS untuk berubah fikiran. Perghh..frust nya tidak terkata. Nak wat macam mana. Setuju je la. Pun begitu, SS sempat memberi amaran kepada teman SS tu, "Kalo cite ni x sedap, balik ni aku pukul kau!!" kata SS dengan nada marah. Haha..nak dijadikan cerita, dari mula sampai habis SS pula yang tak henti-henti ketawa. Kira SS pula yang overshadow dari yang lain. Yang paling SS geli hati tu adalah part Villain nyanyi lagu "I've got a dream". Kalau ada yang tak berkesempatan atau nak ingat balik babak tu, SS ada sediakan untuk tatapan semua pembaca. SS tu Enjoy la..~~~~~lalalala


Hook Hand Thug:

I'm malicious, mean and scary
My sneer could curdle dairy
And violence-wise, my hands are not the cleanest
But despite my evil look
And my temper, and my hook
I've always yearned to be a concert pianist
Can'tcha see me on the stage performin' Mozart?
Tickling the ivories 'til they gleam?
Yep, I'd rather be called deadly
For my killer show-tune medley
Thank you!
'Cause way down deep inside
I've got a dream

Thug Chorus:
He's got a dream!
He's got a dream!

Hook Hand Thug:
See, I ain't as cruel and vicious as I seem!
Though I do like breaking femurs
You can count me with the dreamers
Like everybody else
I've got a dream!

Big Nose Thug:
I've got scars and lumps and bruises
Plus something here that oozes
And let's not even mention my complexion
But despite my extra toes
And my goiter, and my nose
I really want to make a love connection
Can't you see me with a special little lady
Rowin' in a rowboat down the stream?
Though I'm one disgusting blighter
I'm a lover, not a fighter --
'Cause way down deep inside
I've got a dream
I've got a dream!

Thug Chorus:
He's got a dream!

Big Nose Thug:
I've got a dream!

Thug Chorus:
He's got a dream!

Big Nose Thug:
And I know one day romance will reign supreme!
Though my face leaves people screaming
There's a child behind it, dreaming --
Like everybody else
I've got a dream

Thug Chorus:
Tor would like to quit and be a florist
Gunther does interior design
Ulf is into mime
Attila's cupcakes are sublime
Bruiser knits
Killer sews
Fang does little puppet shows

Hook Hand Thug:
And Vladimir collects ceramic unicorns!

Flynn:
I have dreams, like you -- no, really!
Just much less touchy-feely
They mainly happen somewhere
warm and sunny
On an island that I own
Tanned and rested and alone
Surrounded by enormous piles of money

Rapunzel:
I've got a dream!

Thug Chorus:
She's got a dream!

Rapunzel:
I've got a dream!

Thug Chorus:
She's got a dream!

Rapunzel:
I just want to see the floating
lanterns gleam!

Thug Chorus:
Yeahh!

Rapunzel:
And with every passing hour
I'm so glad I left my tower --
Like all you lovely folks
I've got a dream!

Thug Chorus:
She's got a dream!
He's got a dream!
They've got a dream!
We've got a dream!
So our diff 'rences ain't
really that extreme!
We're one big team...!
Call us brutal --
Sick --

Hook Hand Thug:
Sadistic --

Big Nose Thug:
And grotesquely optimistic

Thug Chorus:
'Cause way down deep inside
We've got a dream!

Hook Hand Thug:
I've got a dream!

Big Nose Thug:
I've got a dream!

Thug Chorus:
I've got a dream!
I've got a dream!
I've got a dream!

Rapunzel:
I've got a dream!

All:
Yes way down deep
inside, I've got a dream!
Yeahh!

Kata SS : Ha..SS ada impian. Impian SS nak takluk dunia pakai selipar je. Mustahil?? Takla..memang la SS pakai selipar. Lepas tu, naik la kapal terbang. Haha..apa impian kalian semua??

Wednesday, December 15, 2010

Asah bakat anda

2 SuaraSumbang
Ha..kepada semua pembaca2 yang budiman. SS nak minta tolong sikit la. Yela..SS ni minat sangat pada muzik. Dan SS ni suka buat lagu sendiri. Ada la dalam 4 5 lagu yang SS ada buat. So, untuk kesempatan kali ini SS nak minta kepada sesiapa yang berminat nak hantar karya anda untuk dijadikan sebagai lirik lagu SS. Tak kesah la lirik dalam apa bentuk jenis sekalipun, SS terima je. Nak bagi jiwang ke, rock ke, kehidupan ke, persahabatan ke. Haha..SS tak kesah pun. Janji kalau sesuai & 'ngam' dengan lagu SS, SS terima. Nanti kalau jadi SS post kan lagu tu untuk next entry. Huhu...tolong la

Kata SS : Teringin juga nak jadi penyanyi fofular macam Rosyam Nor tu. Eyh..?????

SuaraSendiri: Tahniah..anda kini traveler

0 SuaraSumbang

Tuesday, December 14, 2010

Tahniah..anda kini traveler

6 SuaraSumbang
Pergh...akhirnya brjye gak SS jejakkan kaki kt pahang setelah sekian lama mninggalkn negeri lme ku itu. Hehe...last SS pg kuantan mse amik result spm. mse 2 18 taun. Aih..skrng da 21 taun. Xde la lme sgt pn. Sj je nk wat gmpak cket. Apepun, baru2 ni SS & tman telah pn slamat men'travel'kn dri ke phg darul makmur ni. Beh krg 3h2m SS mnghmbekn dri kt sne. Yela..bru pas exam katekn. Agpn mmg SS ske travel cket stiap kli awl sem n pas abiz sem. Cme kli ni je bru kua cket la dr kepompong ngri Johor ni. Kalo x, bekok la, segamat la, muar la, jb la. Utk sem dpn, da ad plan da nk pg 1 negri ni. Kalo nk tau, tnggu jela. Hahaa..kt phg ni ade mcm2 tmpt mnarik. So, rugi la kalo korang x follow skali. Besh gle aw..tp SS cm mls le nk cte ape yg SS da wat spjg kt sne. Hehe..tp SS bole preview la cket ttg aktiviti kt sne yg bole wat korng cair nye. Ciap wat pnggambaran ag. Nanti, SS akn ctekn n tnjukkn kt korng vdeo 2 utk next entry. Tnggu yeeaaaa...









Ha..2 dia. Ni baru cket. Da kate preview o sedutan kn. Kre mcm trailer. Nanti la kalo SS ade mase, SS cte kn la pngalaman spnjg brade di sana. Ape yg psti, mmg byk knangan yg x bole d lupakn hngge ke ari ni. Yela..sbb bru pg kn. Haha..tp ade pristiwa yg mmalukn. Nk tau pe dy..tnggu!!!

Kata SS : Esok Malaysia lwn Vietnam kat Bukit Jalil. Macam nak pergi. Tapi duit lak dah pokai pasal dah abiz sakan ber'travel'. Aduisss....

Thursday, October 7, 2010

OKTOBER - Bulan penuh kejutan

0 SuaraSumbang
Nah..setelah lama menyepi, akhirnya SS kembali lagi. Bukan tak nak post cerita baru. Tapi SS sibuk sangat dengan event sana sini. Ada je program. Yang paling besar pastinya Karnival Kokurikulum 2010 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Nantikan saja. Jgn lupe saksikan sesuatu yang bkal menggemparkan seluruh bandar Batu Pahat ini.

Kata SS : Saja je tak nak beritahu apa tu...hehe

Thursday, July 1, 2010

Teka Skor Perlawanan Peringkat Suku Akhir

0 SuaraSumbang
Perlawanan Piala Dunia peringkat suku akhir bakal bermula Jumaat ini ketika kejohanan berehat seketika bagi memberi peluang semua pasukan bersedia sepenuhnya menghadapi saingan getir ini. Baiklah, di kesempatan ini SS tergerak hati la nak buat ramalan tentang siapa yang bakal memenangi perlawanan masing-masing sekaligus mara ke peringkat seterusnya. Ayuh beri ramalan anda...

Jumaat Port Elizabeth 10 malam


Perlawanan dijangka sengit yang mungkin boleh mengheret ke masa tambahan. Serangan bertali arus mampu memberi jaringan awal buat Brazil yang bermakna bahaya menanti skuad Belanda.
Mungkin kemenangan berpihak kepada anak buah Dunga dengan defisit 1 gol. Teka skor SS ramalkan Brazil 2-1 Belanda. Apapun SS tetap mengharapkan kejutan dari Belanda kerana memang SS yakin apatah lagi kehadiran semula bintang sayap, Arjen Robben.

Sabtu Soccer City 230 pagi


Mungkin ramai yang berpendapat perlawanan ini pastinya sangat bosan untuk ditonton. Namun SS pasti perlawanan ini mempunyai nilainya sendiri meskipun pemenang pasti bakal berdepan laluan sukar. Teka skor SS tidak berani meramalkan jumlah gol yang banyak. Walaubagaimanapun, kelebihan berpihak kepada Uruguay yang mendapat cuti sehari lebih ditambah dengan keletihan skuad Ghana yang dipaksa bertarung sehingga masa tambahan tempoh hari. Apapun, segalanya nampak sukar buat Ghana untuk mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari benua Afrika mara sehingga peringkat separuh akhir. Ramalan SS adalah Uruguay 2-0 Ghana.

Sabtu Cape Town 10 malam


Inilah pertembungan dua bekas juara dunia yang pastinya ditungu-tunggu oleh semua peminat seluruh dunia. Perlawanan yang penuh emosi ini pastinya akan menampilkan permainan pantas sama seperti yang ditampilkan ketika perlawanan Jerman menentang England sebelum ini. Tiada pasukan yang akan bertahan kerana kedua-duanya ghairah memburu kemenangan yang sangat penting. Bagi Jerman pimpinan Joachim Loew, pasti mereka akan berhati-hati dengan helah dan provokasi pihak lawan ketika lawan pula bersiap sedia dengan kemungkinan perlawanan berakhir dengan penentuan penalti. Anak didik Diego Maradona kini giat menjalani latihan sepakan penalti untuk mara lebih jauh. Jerman pula sibuk memikirkan cara terbaik untuk merantai pemain terbaik dunia, Lionel Messi. Dalam perlawanan "wajib tonton" ini, SS ramalkan kemenangan berpihak kepada skuad Tembok Berlin ini dengan
Argentina 1-3 Jerman

Ahad Ellis Park 230 pagi


Hanya beberapa jam selepas perlawanan di atas, Sepanyol pula akan turun menentang pasukan dari Amerika Selatan, Paraguay. Belum pun perlawanan bermula, ada yang sudah berani meramalkan skuad bergelar Matador itu tidak mempunyai masalah menundukkan pasukan Paraguay yang tidak mempunyai barisan bintang. Ini dibantu oleh aksi longlai mereka ketika bergelut untuk menundukkan wakil Asia, Jepun tatkala menang melalui sepakan penentuan penalti sahaja. Malah, skuad Sepanyol pula gah menumbangkan jagoan Eropah iaitu Portugal. Mungkin akan berlaku kenduri gol meskipun jarang-jarang sekali berlaku, namun, kemungkinan itu tetap ada. Pun begitu, harus diingat bahawa Sepenyol sendiri tumbang pada perlawanan pembukaan menentang pasukan yang jauh lebih rendah rankingnya iaitu Switzerland. Apapun dengan David Villa-sangat tajam di depan pintu gol dan begitu konsisten aksinya-dan Fernando Torres yang dilihat sudah mula menemui rentak permainannya berdasarkan persembahan terakhir menentang Portugal, tidak mustahil Sepanyol akan memenangi perlawanan dengan bergaya. Kemungkinan juga Torres akan menamatkan kemarau golnya. Sama-sama kita saksikan. Teka skor memihak kepada keputusan Paraguay 0-3 Sepanyol.
Ha..camne tu??

Kata SS: Ini ramalan SS je tapi masih optimis berdasarkan prestasi semasa. Bukan ikut rekod terdahulu. Ingat ni main kuda kepang ke??

SuaraSendiri: WORLD CUP '10-semakin ke penghujung

0 SuaraSumbang

Wednesday, June 30, 2010

WORLD CUP '10-semakin ke penghujung

0 SuaraSumbang
Melihatkan sekarang ini musim bolasepak, eloklah kita mulakan bicara kita berkisar tentang itu. Walaupun SS agak lambat untuk membicarakan tentang ramalan Piala Dunia tahun ini memandangkan sudah melewati pusingan kalah mati, namun rasanya tak salah untuk kita turut menganalisis pasukan yang kini bertarung merebut piala terunggul sukan bolasepak itu. Bagi SS, semua pasukan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tapi baki pasukan yang tinggal untuk bersaing di peringkat suku akhir jumaat nanti dilihat benar-benar hebat. Apa tidaknya, semua pasukan seperti Brazil, Argentina, Jerman, Sepanyol dan Belanda merupakan kuasa utama bolasepak dunia. Maka bertambah peninglah kepala peminat-peminat bolasepak seluruh dunia untuk meneka siapa pula yang bakal menjulang kemahsyuran buat edisi ke 19 ini. Tidak kurang juga buat kaki-kaki judi yang sudah melabur beribu-ribu ringgit meskipun lesen judi di negara ini tak pun diluluskan. Tambah menarik apabila juara dunia 3 kali Jerman dijadualkan turun menentang Argentina seawal
Ketumpulan Rooney menjadi
punca utama England gagal
pergi lebih jauh

peringkat suku akhir dalam pertarungan yang digelar sebagai "Heavyweight". Argentina pastinya mahu menebus kembali kekalahan edisi terdahulu tatkala tersingkir di peringkat yang sama melalui penalti ketika lawan adalah tuan rumah.
Lebih mengecewakan apabila pasukan "Total Football", Belanda berdepan laluan sukar menentang juara dunia 5 kali pastinya pasukan Brazil. Namun, jika dilihat akan prestasi semasa skuad Oranje, seharusnya mereka perlu berwaspada menahan badai ancaman dari pasukan samba itu. Apapun, perlawanan tetap diramalkan sengit kerana kedua-dua pasukan masih belum pernah merasai kekalahan sepanjang kejohanan selain Belanda yang mengekalkan rekod kemenangan 100%.
Ada juga cakap-cakap yang mengagak perlawanan akhir kali ini akan menampilkan pasukan dari Latin kerana ada 4 pasukan mereka yang masih lagi bertahan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pertemuan ranking 1-2 di mana Brazil menentang Sepanyol. Namun SS tetap berpendirian lain kerana tidak kira lah siapa yang akan ditemunya di final, calon paling hangat bagi SS wajar diberikan kepada pasukan Jerman. Mereka mempunyai corak permainan yang cantik serta semangat berpasukan yang tinggi meskipun tidak mempunyai pemain bintang. Itulah uniknya sejarak bolasepak Jerman kerana bintang mereka muncul pada setiap kali piala dunia. Ha..camne 2??
Jerman tetap dianggap
pilihan meskipun tanpa
Ballack (kiri) yang cedera

Kata SS: Asyik tak cukup tidur sebab nak kena tengok bola sampai pagi. Tapi piala dunia hanya sesuai ditonton oleh mahasiswa macam SS sebab tengah cuti. Haha....

Dari sudut tinta

1 SuaraSumbang
Salam pembuka bicara...
Pertama sekali penulis ingin memanjatkan kesyukuran kerana pada akhirnya penulis dapat menghasilkan blog sendiri setelah lama mengimpikan untuk berbuat demikian. Desakan masa yang tidak mencukupi banyak membataskan peluang untuk penulis lebih rapat dengan kemudahan internet. Maka dikesempatan yang ada ini penulis berharap dapat berkongsi segala cerita yang menarik untuk menjadi tatapan pengunjung blog ini. Anda juga digalakkan memberi pendapat tersendiri dalam kita bertukar-tukar idea. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Sekian....SS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...