Wednesday, June 30, 2010

WORLD CUP '10-semakin ke penghujung

0 SuaraSumbang
Melihatkan sekarang ini musim bolasepak, eloklah kita mulakan bicara kita berkisar tentang itu. Walaupun SS agak lambat untuk membicarakan tentang ramalan Piala Dunia tahun ini memandangkan sudah melewati pusingan kalah mati, namun rasanya tak salah untuk kita turut menganalisis pasukan yang kini bertarung merebut piala terunggul sukan bolasepak itu. Bagi SS, semua pasukan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tapi baki pasukan yang tinggal untuk bersaing di peringkat suku akhir jumaat nanti dilihat benar-benar hebat. Apa tidaknya, semua pasukan seperti Brazil, Argentina, Jerman, Sepanyol dan Belanda merupakan kuasa utama bolasepak dunia. Maka bertambah peninglah kepala peminat-peminat bolasepak seluruh dunia untuk meneka siapa pula yang bakal menjulang kemahsyuran buat edisi ke 19 ini. Tidak kurang juga buat kaki-kaki judi yang sudah melabur beribu-ribu ringgit meskipun lesen judi di negara ini tak pun diluluskan. Tambah menarik apabila juara dunia 3 kali Jerman dijadualkan turun menentang Argentina seawal
Ketumpulan Rooney menjadi
punca utama England gagal
pergi lebih jauh

peringkat suku akhir dalam pertarungan yang digelar sebagai "Heavyweight". Argentina pastinya mahu menebus kembali kekalahan edisi terdahulu tatkala tersingkir di peringkat yang sama melalui penalti ketika lawan adalah tuan rumah.
Lebih mengecewakan apabila pasukan "Total Football", Belanda berdepan laluan sukar menentang juara dunia 5 kali pastinya pasukan Brazil. Namun, jika dilihat akan prestasi semasa skuad Oranje, seharusnya mereka perlu berwaspada menahan badai ancaman dari pasukan samba itu. Apapun, perlawanan tetap diramalkan sengit kerana kedua-dua pasukan masih belum pernah merasai kekalahan sepanjang kejohanan selain Belanda yang mengekalkan rekod kemenangan 100%.
Ada juga cakap-cakap yang mengagak perlawanan akhir kali ini akan menampilkan pasukan dari Latin kerana ada 4 pasukan mereka yang masih lagi bertahan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pertemuan ranking 1-2 di mana Brazil menentang Sepanyol. Namun SS tetap berpendirian lain kerana tidak kira lah siapa yang akan ditemunya di final, calon paling hangat bagi SS wajar diberikan kepada pasukan Jerman. Mereka mempunyai corak permainan yang cantik serta semangat berpasukan yang tinggi meskipun tidak mempunyai pemain bintang. Itulah uniknya sejarak bolasepak Jerman kerana bintang mereka muncul pada setiap kali piala dunia. Ha..camne 2??
Jerman tetap dianggap
pilihan meskipun tanpa
Ballack (kiri) yang cedera

Kata SS: Asyik tak cukup tidur sebab nak kena tengok bola sampai pagi. Tapi piala dunia hanya sesuai ditonton oleh mahasiswa macam SS sebab tengah cuti. Haha....

0 SuaraSumbang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...