Thursday, July 1, 2010

Teka Skor Perlawanan Peringkat Suku Akhir

0 SuaraSumbang
Perlawanan Piala Dunia peringkat suku akhir bakal bermula Jumaat ini ketika kejohanan berehat seketika bagi memberi peluang semua pasukan bersedia sepenuhnya menghadapi saingan getir ini. Baiklah, di kesempatan ini SS tergerak hati la nak buat ramalan tentang siapa yang bakal memenangi perlawanan masing-masing sekaligus mara ke peringkat seterusnya. Ayuh beri ramalan anda...

Jumaat Port Elizabeth 10 malam


Perlawanan dijangka sengit yang mungkin boleh mengheret ke masa tambahan. Serangan bertali arus mampu memberi jaringan awal buat Brazil yang bermakna bahaya menanti skuad Belanda.
Mungkin kemenangan berpihak kepada anak buah Dunga dengan defisit 1 gol. Teka skor SS ramalkan Brazil 2-1 Belanda. Apapun SS tetap mengharapkan kejutan dari Belanda kerana memang SS yakin apatah lagi kehadiran semula bintang sayap, Arjen Robben.

Sabtu Soccer City 230 pagi


Mungkin ramai yang berpendapat perlawanan ini pastinya sangat bosan untuk ditonton. Namun SS pasti perlawanan ini mempunyai nilainya sendiri meskipun pemenang pasti bakal berdepan laluan sukar. Teka skor SS tidak berani meramalkan jumlah gol yang banyak. Walaubagaimanapun, kelebihan berpihak kepada Uruguay yang mendapat cuti sehari lebih ditambah dengan keletihan skuad Ghana yang dipaksa bertarung sehingga masa tambahan tempoh hari. Apapun, segalanya nampak sukar buat Ghana untuk mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari benua Afrika mara sehingga peringkat separuh akhir. Ramalan SS adalah Uruguay 2-0 Ghana.

Sabtu Cape Town 10 malam


Inilah pertembungan dua bekas juara dunia yang pastinya ditungu-tunggu oleh semua peminat seluruh dunia. Perlawanan yang penuh emosi ini pastinya akan menampilkan permainan pantas sama seperti yang ditampilkan ketika perlawanan Jerman menentang England sebelum ini. Tiada pasukan yang akan bertahan kerana kedua-duanya ghairah memburu kemenangan yang sangat penting. Bagi Jerman pimpinan Joachim Loew, pasti mereka akan berhati-hati dengan helah dan provokasi pihak lawan ketika lawan pula bersiap sedia dengan kemungkinan perlawanan berakhir dengan penentuan penalti. Anak didik Diego Maradona kini giat menjalani latihan sepakan penalti untuk mara lebih jauh. Jerman pula sibuk memikirkan cara terbaik untuk merantai pemain terbaik dunia, Lionel Messi. Dalam perlawanan "wajib tonton" ini, SS ramalkan kemenangan berpihak kepada skuad Tembok Berlin ini dengan
Argentina 1-3 Jerman

Ahad Ellis Park 230 pagi


Hanya beberapa jam selepas perlawanan di atas, Sepanyol pula akan turun menentang pasukan dari Amerika Selatan, Paraguay. Belum pun perlawanan bermula, ada yang sudah berani meramalkan skuad bergelar Matador itu tidak mempunyai masalah menundukkan pasukan Paraguay yang tidak mempunyai barisan bintang. Ini dibantu oleh aksi longlai mereka ketika bergelut untuk menundukkan wakil Asia, Jepun tatkala menang melalui sepakan penentuan penalti sahaja. Malah, skuad Sepanyol pula gah menumbangkan jagoan Eropah iaitu Portugal. Mungkin akan berlaku kenduri gol meskipun jarang-jarang sekali berlaku, namun, kemungkinan itu tetap ada. Pun begitu, harus diingat bahawa Sepenyol sendiri tumbang pada perlawanan pembukaan menentang pasukan yang jauh lebih rendah rankingnya iaitu Switzerland. Apapun dengan David Villa-sangat tajam di depan pintu gol dan begitu konsisten aksinya-dan Fernando Torres yang dilihat sudah mula menemui rentak permainannya berdasarkan persembahan terakhir menentang Portugal, tidak mustahil Sepanyol akan memenangi perlawanan dengan bergaya. Kemungkinan juga Torres akan menamatkan kemarau golnya. Sama-sama kita saksikan. Teka skor memihak kepada keputusan Paraguay 0-3 Sepanyol.
Ha..camne tu??

Kata SS: Ini ramalan SS je tapi masih optimis berdasarkan prestasi semasa. Bukan ikut rekod terdahulu. Ingat ni main kuda kepang ke??

0 SuaraSumbang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...