Tuesday, December 28, 2010

Amboi3..lagi LASER dari Azwan Ali tau

9 SuaraSumbang
Yeah..SS sebenarnya tak nak cerita pasal AFF Suzuki Cup ni sebab kebanyakan blogger dah luahkan isi hati masing2 untuk mengulas perlawanan Ahad lepas tentang aksi terpuji skuad negara kita. Tapi sebab nak terus kan kemeriahan hampir 27 juta rakyat (bak kata pengulas RTM), SS pun terpanggil lah untuk menyatakan kegembiraan yang terbuku di sanubari ini. Tambahan pula, kejohanan masih belum tamat kerana masih ada 90 minit baki permainan yang harus dilunaskan pejuang2 negara kita pada hari Rabu ini. Jadi, jangan lupa bagi sokongan anda dengan datang beramai-ramai ke Stadium Gelora Bung Karno. Jangan lupa pakai baju kuning ye. Mak aih..bukan dekat Indonesia ke?? Jauhnya..takpe, walaupun kau terpisah beribu-ribu batu dari kami..kami tetap akan sentiasa bersama anda wahai Harimau Malaya.

SS tak nak la ulas panjang mengenai Skuad Garuda yang menyalahkan laser sebagai punca kekalahan sebab Joegrimjow pun sudah membuktikan teori nya sangat benar & logik untuk diterima akal.  SS pun tak faham kenapa rakyat Indonesia memilih untuk menyerang psikologi dengan cara itu seperti dalam laman web ini, www.tribunnews.com sedangkan kita juga mengalami nasib yang sama ketika beraksi dalam perlawanan pembukaan awal bulan yang lalu. Takde pun nak boikot2 ni. Menariknya, kesemua tiga gol yang terhasil kelmarin hadir hanya beberapa minit selepas bantahan dibuat dimana tiada lagi aksi laser-melaser dibuat. Ala..kira rugi la ni si Markus tu buat bantahan. Lain kali, fikir 2-3 kali dulu la sebelum bertindak ye. Tapi SS musykil la. Dalam gambar tu, semua penonton pakai baju putih la, hitam la. Padahal masa game betulnya, bukan ramai pakai baju kuning ke. Lagi 1, bila masa pula Stadium Bukit Jalil ada pagar macam tu. Cuba tengok betul2 kat gambar tu.

Dalam pada itu, SS bimbang jugalah bila kita bertandang ke sana pula. Iyelah..dengar cerita sampai ada yang meninggal dunia & cedera parah semata-mata berebut nak dapat tiket final. Wah..baru beli tiket, belum tengok lagi. Apapun.. kepada anak2 buah K Rajagobal, lupakan perkara sekeliling & fokus kepada permainan. SS berharap sangat pemain2 kita dapat mengekalkan prestasi terbaik mereka untuk bergelar juara. Anda dalam momentum perubahan generasi bolasepak negara yang moden. Dah nak dekat sangat dah..
Mampukah aksi ini diulang semula pemain-pemain negara?

 Kata SS : Tengok bola dari rumah je sebab anak buah datang rumah. Itupun menjerit sampai gegar rumah. Kesian jiran tengah pantang lepas bersalin.

9 SuaraSumbang:

iwan_dextrous said...

ap jdi pun jdi r kn...kedua-dua pihak kena bersikap professional..

Dextrous cyber life

mizzbutterfly said...

suek amirul hadi sesangat...tapi dgr citer die tak dpt bermain time kat jakarta nih...betul kah??

nabilah_2908 said...

sebelum perlawanan..mmg dh dpt agak akan timbul masalah dari org2 Indon ni...

betul pun..perkara yg tk sepatut diperbesarkan..diperbesarkan...mmg saja nk cari pasal..tk sudah2 dengki dgn Malaysia..bila nak sudah...entah la...

kepada team Malaysia...hope mereka dpt kekalkan prestasi yg baik ni masa lawan kat Indon nnti.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
VACATION 2010

.izzati liyana. said...

bagus entry ni! tah pape la indon. xnk terima kekalahan betul.

De Mois said...

iwan_dextrous : betul2..professional la sikit. baru berjaya.

De Mois said...

mizzbutterfly : sebab ari 2 dia injured. tapi xpe..kita ada byk lagi pemain yg boleh gntikan dy. Igt x..si ashaari yg gntikan dy la yg skor ari 2.

De Mois said...

nabilah_2908 : 1 ulasan & kata2 semngat yg menarik. Semoga malaysia juara

De Mois said...

.izzati liyana. : thanks..pasukan pilihan kan. memang susah sikit nak terima ni

maCy said...

suka muslim. lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...