Monday, December 20, 2010

Inikan konsert..bukannya gig

6 SuaraSumbang
Alahai SS..kesian SS tengok dengan gelagat remaja-remaja sekarang yang semakin hanyut dibuai arus pemodenan. Ecehwah..SS tak remaja ke. Mana ada, SS kanak2 lagi la. Al-kisahnya SS pun berkunjung la ke I-City seperti yang SS canang2 kan sebelum ini ada Konsert Ria Astro 2010. SS yang punya bersemangat ni pun (SS memang minat hiburan ni tapi agama jaga beb) datang le seawal jam 5 petang ditemani adik SS. Datang awal bukan pasal apa, walaupun tahu start pukul 6 petang. SS tak nak nanti jem pulak, tak jumpa parking la & paling penting tak dapat duduk depan sekali. Rupanya baru lah SS tahu yang konsert start pukul 8.30 malam. Tapi takpe sebab sepanjang tempoh 2, SS pergi tengok aktiviti menarik yang disediakan Astro. Siap dapat jumpa "wanita kesayangan hamba". Siapa lagi kalau bukan Nora Danish. Kenapa lah tak bawa Fasha Sandha sekali. Mesti meletup la. Haha..

Okey..back to the topic, yang SS nak cuba ceritakan kat sini adalah apa yang berlaku pada malam kejadian tersebut. Malam konsert la..dengan dibanjiri ribuan pengunjung yang sanggup meredah hujan termasuk la SS ni, konsert pun dimulakan dengan pembukaan oleh Dato' AC Mizal. Konsert yang diacarakan oleh Reza & Kak Engku ni pada mulanya berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, segalanya bertukar menjadi haru-biru apabila XPDC, band yang dah lama menyepi ini take-over the pentas. Apa lagi, sebahagian penonton mulalah "high". Mereka ini mulalah berdiri untuk menyanyi bersama, head banging, body surf & bermacam-macam lagi aksi yang bagi SS dah biasa pun tengok. Tapi tu SS, kalau yang tidak biasa pula pasti akan memaki hamun & sebagainya. Rata-rata SS tengok hanya kebanyakan mereka berdiri untuk beraksi dalam masa sam menghalang pandangan penonton lain yang tidak mahu berdiri.

SS pun tak salahkan tindakan liar penonton kita yang fanatik itu. Sudahlah datang konsert percuma, dapat tengok artis kesayangan mereka secara live pula. SS pun tak salahkan penonton kita yang tak mahu berdiri itu. Bagi SS, masyarakat kita memang sudah dididik pun untuk menyaksikan konsert secara sopan. Kita diajar duduk dan sekadar menghayati lagu yang dibawakan artis. Haha..macam-macam la. Tapi yang paling SS kesian bila melihat seorang penyanyi lelaki yang sangat digilai wanita suatu ketika dahulu semakin sukar mendapat tempat dikalangan penonton semalam. Adakala penonton mahu beliau berundur kerana mahukan artis yang lebih hebat. Simpati SS kat beliau..lucu pun ada juga apabila beliau sempat membalas laungan penonton itu dengan berkata,"Kalau anda tidak boleh menerima muzik orang lain, mungkin ada yang boleh menerima muzik orang lain. So, please untuk menjadi orang yang open-minded sikit." Lebih kurang macam tu lah. Ha..so, lepas ini Astro mesti fikir 2-3 kali gak la kan sebelum nak buat konsert yang menggabungkan pelbagai genre ini terutamanya underground dengan genre lain. Tapi SS tengok TV3 boleh je melalui Konsert Jom Heboh nya. Ha..SS belum ada jawapan. Mungkin anda ada jawapannya. Tapi, bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ke sana semalam, SS ada preview sedikit buat tatapan pembaca. Apatah lagi tempat seperti I-City memang sangatlah sesuai untuk dikunjungi terutamanya "couple" yang dilamun cinta. Haha..


Ini bandar I-City masa siang. Takde apa yang menarik pun


Alamak..SS sudah ada pesaing la


Ni la bandar cahaya. Sangat menarik


Kemunculan Ahmad Dhani yang membuatkan
penonton bertambah panas. Jangan jealous!!

Kata SS : Tahniah skuad kebangsaan layak ke perlawanan akhir. SS nak tengok siapa yang sebelum ini maki hamun skuad kita, sekarang duduk paling depan kononnya dialah yang bertungkus lumus bawa negara sampai ke tahap ini. Pengecut!!

6 SuaraSumbang:

impish_yatie said...

nora danish ke yang ngn zoey tu SS??

De Mois said...

Yela..2 yang I geram tu

mizzbutterfly said...

nora danish kenal u ke...hahahaha

De Mois said...

Itu i tak berani nak komen la. Atas permintaan nora sendiri. Hehe

E.d.Y said...

serik dah pergi konsert yg berdiri ni..lenguh kaki

De Mois said...

Haha..tahu tak kitorang berdiri dari pukul 8.30 sampai 2 pagi. Gila kau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...