Friday, December 31, 2010

Kenapa masjid di Putrajaya ada dua?

7 SuaraSumbang
Saingan AFF sudah pun melabuhkan tirainya. Pasukan Malaysia pun dah selamat sampai ke KLIA petang tadi tanpa sebarang insiden tidak diingini. Makanya semua blogger di seantero Asia ini kembali lah menjalani tugas masing2 seperti sedia kala. Apa lagi taip entry2 baru la yang lebih bertenaga buat tatapan pembaca. SS sendiri tidak terkecuali dalam hal ini. Tugas SS seperti biasa cari cerita2 panas untuk dikongsi bersama bagi dijadikan iktibar & panduan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, lebih kurang bulan Jun yang lalu Tunku Mizan telah selamat merasmikan Masjid Baginda yang turut dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya. Dan seperti yang kita semua sedia maklum juga, Putrajaya sudah pun mempunyai sebuah Masjid yang cantik & mewah yang bernama Masjid Putra. Bagi kebanyakan rakyat, ini merupakan satu lagi tarikan buat pelancong2 dari luar negara untuk bertandang menyaksikan ukirannya yang jelas sekali begitu halus & kreatif sekali. Dan bagi penduduk & pekerja di sekitar Presint 3 berpendapat ianya 1 tindakan yang tepat yang memudahkan mereka menunaikan solat. SS bukan menulis disini untuk membantah tindakan membina masjid ini. Tapi SS terpanggil memaparkan isu ini setelah mendengar cerita dari teman SS yang kebetulan berada disana untuk menguruskan lawatan pelajar sekolah menengah di Perbadanan Putrajaya. Pada 1 sesi soal jawab, seorang pelajar tingkatan 4 telah menanyakan hal ini. Agak menghairankan bagaimana seorang pelajar yang baru berusia 16 tahun boleh berfikiran luar dari pemikiran yang sepatutnya.

Justeru SS terfikir sejenak, mungkin ada kebenaran disebalik soalan itu. Kajian sepatutnya dilakukan secara terperinci mengambil kira faktor lokasi yang begitu hampir. Mengapa perlu sampai ada 2 masjid yang mewah dibina berhampiran. Kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit -lebih kurang 250 juta untuk Masjid Putra & 180 juta untuk Masjid Besi. Wow..ni dalam Ringgit Malaysia ye. Bukanlah SS kata ini satu pembaziran atau menghalang orang membuat kebaikan. Tapi SS melihat dari sudut positif. Memang tidak dinafikan pada awal penggunaannya jemaahnya boleh dikatakan ramai walaupun tidak penuh tetapi kebetulan masa 2 bulan puasa. Ramailah hadir untuk berterawikh, qiyamullail & sebagainya. Namun..kita bimbang apa akan jadi pada hari2 kemudian. Penduduk di Putrajaya kini mempunyai option untuk menunaikan solat jemaah. Tapi semua rakyat solat jemaah ke? Paling tidak pun solat Jumaat je. Yang lain, lebih baik solat di rumah. Itupun kalau solat. Malah dengan pembinaan satu lagi masjid akan memecahkan jumlah jemaah dalam masjid pertama.  Putrajaya bukan besar mana pun.

Bukankah kita sepatutnya bersatu padu dan meramaikan jemaah? Nak jalankan aktiviti pun senang. Nak bermesyuarat pun senang. Kan itu fungsi sebenar masjid. Bukannya nak bermegah-megah dengan kemewahan tidak ternilai 2. SS takut ramai yang datang sebab nak tengok masjid, bukan nak beribadah. SS kecewa juga lah. SS teringat lagi di tempat SS suatu ketika dahulu ada 2 surau yang sangat berdekatan. SS pun tanya kenapa sampai dua. Apa salah kita bergabung? Ada orang jawab,"Orang India sibuk nak buat kuil banyak2, takkan kita nak robohkan surau pula?" SS diam je..dalam hati SS cakap, bukan roboh..ubah fungsi je. Tak lama kemudian, akhirnya kedua-dua surau bergabung manakala salah satu surau dijadikan kelas fardhu ain. Boleh kan??

Masjid Besi tarikan terbaru Putrajaya - sumber google search


Kata SS : Betul ke kata orang yang senibina semua bangunan di Putrajaya ada kaitan dengan Freemason. Harap2 salah fakta ini..

7 SuaraSumbang:

iwan_dextrous said...

bina masjid dh elok..cara x kena..hihih

Dextrous cyber life

Along Tapa said...

lepas ni setiap satu rakyat bina satu masjid sendiri la..barula 1malaysia ada 1masjid setiap 1orang...tak faham betul aku...

Gorengbaek - Tips nak tau awek itu dah berpunya ke belum...

Hangit habis dah - Apa yang orang melayu takutt??!!Babi!!!

De Mois said...

iwan_dextrous : 2la..kan ada byk cara kan.

Along Tapa : Wahh..betul2 1Malaysia ni. Sahut..

anak mama's said...

salah satu tanda kiamat, ialah mendirikan masjid untuk bermegah2..tetapi kita harus memandang perkara itu dari sudut yang positif. hai ini bermaksud, kitalah orang minoriti itu. jadi, insyaAllah masjid selalu diisi dengan manusia.


kisah benar graduan melayu bila diinterview

10 keywords yang dicari dalam google

alexa yussida said...

hurm..bab2 camni selalu je dorang tak peka..apalah nak jadi..moga lagi ramai yg buka mata n ambil tindakan sepatutnya..

noname said...

Saya okay jer bab bina masjid nie. even saya yang duduk UPM pun selaluu pergi solat jemaah di Masjid Besi.
Masjid nie gak penting di masa depan. Putrajaya perlu menampung lebih ramai pengunjung + pelawat kerajaan + pembangunan putrajaya perlu terancang mengambil kira aspek masa depan dan sebagainya.

Cuma yang keliru, lokasi terlalu dekat. Adakah masjid tersebut berada di dua mukim berbeza?

Pssssssssssssssssss
Join kontes geng lepak
Geng Lepak | Kontes Lepak | Hadiah menarik dari Langkawi

De Mois said...

anak mama's : maybe ada pros & cons nya.

alexa yussida : thanks sebab peka

noname : kita tak kesah dgn jumlah penduduk yg bertamabah. cuma kalau dekat sgt..kan rugi kalau smpai kne berpecah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...