Wednesday, December 22, 2010

Pantang larang..jangan..nanti..padahal..

6 SuaraSumbang
SS memang sudah lama teringin nak buat entry ni. Akhirnya ada kesempatan juga nak bercerita sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sentiasa cuba dikaitkan oleh orang tua2 dengan apa yang cuba kita lakukan. Pantang larang ini sebenarnya sudah wujud bertahun-tahun dahulu. Asal-usul timbulnya perkataan pantang-larang ini dikatakan bermula apabila pelakon yang memegang watak ibu kepada Sabariah Mansur dalam cerita Ibu Mertuaku dengan berkata, "Pantang nenek moyang aku kahwin dengan ahli musik!!" Akhirnya perkataan pantang itu terus digunapakai & diperluaskan hingga ke hari ini.

Persoalannya apakah pantang-larang ini memang benar2 wujud & kalaulah ada yang melanggarnya akan mengalami nasib yang buruk seperti yang diuar-uarkan. Atau sekadar direka-direka supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak disukai orang veteren ini. Bagi kebanyakan generasi muda, sukar untuk menerima pantang larang macam ini. Namun, mesti ada sebab nya kenapa orang dulu2 buat pantang larang. Ini antara Top 10 pantang larang yang dapat SS selongkarkan kebenarannya.

Pantang Larang 1 :
Jangan bertukar-tukar tempat makan.
Nanti kahwin ramai. Padahal banyak tempat kotor, penatlah mak nak kemas meja makan.

Pantang Larang 2 :
Jangan buka payung dalam rumah.
Nanti ular masuk. Padahal rumah orang dulu2 rendah, takut rosak bumbung. Tak pun payung rosak.

Pantang Larang 3 :
Jangan potong kuku waktu malam.
Nanti bawa sial. Padahal dulu2 malam mesti gelap sebab tiada elektrik, takut terpotong jari pula.

Pantang Larang 4 :
Jangan duduk atas bantal .
Nanti punggung kena bisul. Padahal kan bantal letak kat kepala, nak duduk kat kerusi la.

Pantang Larang 5 :
Jangan bermain waktu senja.
Nanti disorok hantu. Padahal dah Maghrib, balik la solat.

Pantang Larang 6 :
Jangan tinggalkan pinggan di meja lepas makan.
Nanti lambat dapat menantu. Padahal pinggan sendiri, sendiri basuh la.

Pantang Larang 7 :
Jangan duduk di tepi tangga.
Nanti susah nak dapat jodoh. Padahal block jalan, payah la orang nak lalu.

Pantang Larang 8 :
Jangan letak pinggan atas tangan masa tengah makan.
Nanti takut rampas suami orang. Padahal takut pinggan jatuh, kan pecah nanti.

Pantang Larang 9 :
Jangan angkat kaki ketika meniarap.
Nanti emak atau ayah mati. Padahal susah orang nak langkah. Dah le tutup jalan, buat halangan pula tu.

Pantang Larang 10 :
Jangan menyapu waktu malam.
Nanti pendek rezeki. Padahal time malam gak nak sapu, bukan nampak apa pun. Sapu esok pagi jela.



Namun, kadang-kala teori ini mungkin ada juga kebenarannya. Sebagai contoh..orang perempuan jangan menyanyi masa memasak. Nanti dapat suami tua. Cuba tengok penyanyi fofular kita, Dato' Siti Nurhaliza. 2 mesti kuat menyanyi masa di dapur. Hehe...SS tak cakap apa2 ye.


Kata SS : Finally, dapat juga SS tengok cerita melayu, Hantu Kak Limah Balik Rumah..haha..kelakar gila. Rugi kalau tak tengok cerita ini. SS memang support lah cerita2 macam ini. Lain dari yang lain.

6 SuaraSumbang:

gadisBunga said...

pantang2 larang ni asalnya sebab nak berlapik cakap je kan? sekarang ni tak payah la ikut lagi sebab dah terbukti tak berasas. (mesti kene ban dgn org2 tua lepas ni..hihi)

De Mois said...

Haha..betol 2. I pun da kena ban ni. Harap2 org2 tua takde blog.Hehe..

mataharigilak said...

wah! hebat..huhu

De Mois said...

Haha..apa yang hebat. Hebat berpantang ke??
Huhu..

.izzati liyana. said...

haha.smart :)
da lame nak taw gak sejarah benda ni.betul la ape yg dipikirkan selama ni.

De Mois said...

Haha..sekarang pun dah makin moden. Tak tau la sejarahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...