Friday, December 31, 2010

Rumah kata pergi, sekolah kata mari

10 SuaraSumbang
Inilah yang bakal dihadapi setiap insan bernama kanak2 & remaja setiap kali menjelang tahun baru. SS pun tujukan kepada penuntut2 IPT atau kolej seluruh Malaysia termasuk yang seangkatan dengan SS ni. Tak lupa juga guru2 & pensyarah2 yang kembali bertugas awal tahun ini walaupun ada yang sudah memulakan kerja terlebih dahulu. SS dahulukan dengan ucapan Selamat Datang Tahun 2011. SS tak nak la cerita pasal azam tahun baru seperti kebanyakan orang selalu buat. SS lebih berminat untuk bercerita tentang kata-kata pujangga di atas. Lazimnya ayat tersebut disamakan dengan kata-kata, "Rumah kata pergi, Kubur kata mari". Tapi untuk kesesuaian dengan isu semasa ketika ini, SS pun olah sedikit ayat tersebut.

Sebenarnya SS nak kaitkan dengan kata2 ni sebab boleh dikatakan kebanyakan kita mula tak selesa atau senang duduk bila menjelang sesi persekolahan. Yang anak2, mula rasa malas kembali ke sekolah kerana sudah sebati dengan rumah, game & internet. Yang remaja, tidak mahu balik matrikulasi, kolej atau universiti sebab jauh dari orang tua & mungkin otak pun dah lama tak digunakan. Ibu bapa tidak kurangnya, pasti risau kerana beban kewangan mereka akan bertambah semula. Apa tidaknya, seorang demi seorang anak2 nya minta duit nak beli itu beli ini. Yang SS jadi pelik bin ajaib nya, kenapa lah bila sesi persekolahan bermula semula, baru lah ibu bapa terkial-kial nak bersesak-sesak beli barang. Ini bukan isu persekolahan sahaja, malahan musim perayaan turut mengalami senario serupa. Inilah yang sering berlaku di negara kita. Tabiat suka pada saat2 akhir. Mungkin ada aksi dramatik disitu.

Apapun, hanya satu golongan sahaja yang paling gembira pabila sesi persekolahan membuka tirainya. Siapa lagi kalau bukan murid2 tahun 1. Maklumlah..tak pernah masuk sekolah. Manusia memang dianugerahkan sifat sentiasa ingin tahu. Lantas, merekalah antara manusia paling teruja memulakan sekolah. Kalau boleh, tidur pun nak pakai baju & kasut sekolah. Tunggulah bila berada di sekolah nanti. Begitulah fenomena yang seringkali terjadi setiap kali menjelang tahun baru tak kira apa kapasiti pun. Maknanya memang sudah menjadi trend la ye.... 



Kata SS : Cepat beli barang sekarang sebelum masuk tahun baru. Nanti kalau orang puji, "Wah..kasut baru la!!" Kita boleh jawab dengan mudah, "Kasut tahun lepas la!!"

10 SuaraSumbang:

saya_arief said...

all the best untuk 2011.

De Mois said...

Tq..all the best juga!!

iwan_dextrous said...

semakin hari semakin baik..hihihi

Dextrous cyber life

Armiza said...

ayuh kembali ke sekolah ayuh..!!!

Bob Merley said...

Nasib baik saye dah tak skolah. hehe

h A n Y S said...

teringat tagline iklan apa ntah "ayuh kembali ke sekolah~!"
haha~

btw, selamat tahun baru..
;)

Along Tapa said...

huhu...pandangan sinis ek bro..

aku paling syok baca tang kata ss tu..memang terserlah sikap student melayu yang penuh dengan sifat pemalu dan merendah diri...ahaks~

selamat tahun baru bai~

Gorengbaek - Along menegur pasal cara mengomen entri...

Hangit habis dah - Benda yang aku tak faham setiap kali tahun baru

De Mois said...

iwan_dextrous : Hehe..jgn makin teruk yea.

Armiza : Ayuh jom pakai new era!! haha

Bob Merley : Takde2..pergi sekolah jugak

De Mois said...

h A n Y S : Siapakah bertagline seperti 2?? hehe..Selamat tahun baru gak yea..

Along Tapa : Haha..aku x suka direct2..
Org melayu kan..memang sopan.
Selamat tahun baru jua...

echah mashuri said...

lama xpakai baju sekolah.rinduuu.;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...