Thursday, December 30, 2010

Timnas..rakyat Malaysia tunggu alasan anda

7 SuaraSumbang

Mendebarkan..Hebat..Terbaik..Apa lagi yang boleh diperkatakan mengenai kehebatan pasukan Malaysia setelah membenam cabaran musuh tradisi, Timnas (merujuk kepada Team Nasional Indonesia). SS antara jutaan rakyat Malaysia yang terpekik-pekik meraikan kejayaan yang amat bermakna. Meskipun kita tewas dalam perlawanan malam tadi, namun itu belum cukup untuk menghalang kita dari merangkul kejuaraan paling bersejarah itu. Buat kesekian kalinya, kita kini dinobat sebagai jaguh di rantau ini sekaligus menutup tirai 2010 dengan penuh bergaya. 

Wah..ayat paper tau SS karang ni. Ha..agak2 la apa yang akan terpampang kat setiap dada2 akhbar pagi esok ye. Bak kata Shebby, hanya 1 ayat mungkin paling sesuai iaitu "Champion". Menarik itu. Yang pasti, semuanya akan mengekspresikan kegembiraan tidak terkata tentang kejayaan ini. Tapi mungkin juga akan keluar tajuk, "Malaysia Juara, Rakyat Dapat Cuti". Ha..jangan tak tahu. Perdana Menteri yang kita kasihi, DS Najib Tun Razak telah pun mengumumkan cuti umum pada hari jumaat ini. Memang bonus tahun baru la sampai mak SS pun tak percaya dibuatnya. Aih..bola kan sukan no 1 negara. 

Lagi 1 yang boleh kita jangkakan selain dari cuti umum ini adalah kemungkinan juralatih negara, K Rajagobal akan mendapat nama baru. Mungkin lepas ini orang akan panggilnya Dato' Rajagobal. Bukan calang2 tau nak bawa Malaysia sampai ke tahap ini. Apapun, dapat ke tidak, beliau sudah membuktikan kemampuan beliau dengan perancangan yang baik sekali. Anda ada pemain muda yang berbakat. Kekalkan generasi ini & bawa mereka ke tahap lebih tinggi selepas ini. Mungkin boleh memikirkan peringkat Asia pula. Siapa tahu? Gambar sumber Berita Harian.

   


Kata SS : Nampak penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi kena laser. Takde boikot pun..siap bole save penalti lagi.

7 SuaraSumbang:

Along Tapa said...

dah menang Piala AFF Suzuki baru la boleh bergembira..yeay!!tahniah Harimau Malaya..mungkin masa akan datang kita boleh menang Piala Asia lak..Piala dunia??sabor..perjalanan masih panjang..

Gorengbaek - Cara-cara kentut dengan bergaya,,,

Hangit habis dah - Bukan cerita bola...cerita lain...aku emosi~

impish_yatie said...

haha..btol tu! tahniah sgt tok skuad harimau! hehehe..ss ni makin laser tau!!!=P

ops, kurangkan kontroversi, tingkatkn prestasi..mcm melodi gitu!
=P

nabilah_2908 said...

bab kena leser tu..tkde pun nk heboh2 kn..?

pape pun..tahniah Malaysia..!!

jom ke APA KATA HATI pulak,
LAYAN HINDUSTAN

De Mois said...

Along Tapa : Ha..sabor. Kita jgn gelojoh2..sikit2 kite naek.

impish_yatie : Hehe..i cakap yg betul ok. bukan fitnah2. Tak baek kontroversi ni

De Mois said...

nabilah_2908 : Yup..laser x rosak mata pun. Tq

alexa yussida said...

indon tuh kecoohhh jee lebih..penalti pon tersasar..ekkeke..

yg pntg kita dah menang:)

De Mois said...

Hehe..bangge i. biasa la dah kalah mcm 2 la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...