Saturday, January 1, 2011

Ulang skrip sama

18 SuaraSumbang
Bertemu lagi dalam ruangan yang lebih bertenaga sempena menyambut tahun baru ini. SS memberi sedikit nafas baru dalam blog ni walaupun ramai tak perasan pun perubahan yang SS buat. Macam biasa SS tengok kita perlukan perubahan demi meningkatkan produktiviti. Namun perubahan tak semestinya perlu dilakukan setiap kali menyambut tahun baru. Hijrah ini perlu dilakukan apabila kita merasakan ianya sesuai dilakukan. Makanya tak perlu lah tunggu tahun baru, baru lah nak berubah. Itupun baru nak pasang azam. Bagi SS, kalau setakat berazam tu memang membohong lah jawabnya.

SS juga seperti biasa sudah mengagak apa yang akan berlaku pada malam sambutan tahun baru. Semuanya saling tak tumpah bagai mengulangi skrip yang sama seperti saban tahun. Namun SS taknak sentuh pasal isu maksiat berleluasa selepas sambutan, isu bunga api ataupun isu "tak tau nak apa masa habis countdown"(kalau sambutan kemerdekaan, at least boleh juga cakap 'Merdeka! Merdeka!). Yang SS nak sentuh ni berkenaan isu mat rempit yang sudah pasti menguasai hampir keseluruhan kawasan sambutan. Tak perlu cerita panjang lah sebab pembaca pun boleh agak perangai mereka ini.Walaupun tak dinafikan ada mat rempit yang baik seperti minta kebenaran mak terlebih dahulu sebelum keluar, namun segelintir ini lah yang menyebabkan rosak susu sebelanga.

Terbaru , kes budak enam tahun dilanggar mat rempit. Sangat2 lah menyayat hati. Apa tidaknya budak 2 baru nak terbayang masuk sekolah macam SS cerita dalam entry sebelum ini, tup2 kena langgar sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia. Paling sebak tu, beliau meninggal ketika mahu mencari ibunya yang turut terlibat dalam kemalangan itu namun sekadar patah kaki. Macam mana tu? SS tak kisah sangat pun mereka2 ni nak berlumba. Bagus juga sebab kena bersaing untuk mencapai kejayaan. Tapi kalau dah melibatkan nyawa. Tambahan nyawa orang lain pula 2. Hishhhh..dengan kejadian itu, bermulalah episod duka dalam kalendar tahun baru negara.



Kata SS : Bangun tidur je tadi terus cari idea cepat2 sebab petang ni nak bertolak ke Batu Pahat sambung belajar. Johor..tunggu!!!!!

18 SuaraSumbang:

iwan_dextrous said...

betul tu..kdg2 ble kte dh berhati-hati..tp org len lak yg menjadi punca..tu tunjukkan bahawa ajal maut di tgn tuhan..

Dextrous cyber life

mizzbutterfly said...

selamat mula kuliah...

Bob Merley said...

sungguh tragis peristiwa tersebut :(

Odah+One = OdahOne said...

benci kt smseng jalanan!

merahitujambu said...

SELAMAT THN BARU..MOGA THN LALU MENJADIKAN LEBIH MATANG DLM HIDUP

nabilah_2908 said...

memang dah sampai ajal budak tu..tk terbayang macam mana la perasaan mak dia kan... :(

rasa2nya mat rempit tu sedar atau tidak dgn kesilapan dia..?

jom ke APA KATA HATI pulak,
ENTRI MAKAN-MAKAN

maiMOONyet said...

sian budak tuh baru nak masuk alam persekolahan. damn! T___T

De Mois said...

@iwan_dextrousYup..nak2 kalau bawa motor

De Mois said...

@mizzbutterfly haha..tq. tau le kelas kau x pack..huhu

De Mois said...

@Bob Merley Perghh..kau ni memang org yang boleh berimaginasi la bro. Hehe

De Mois said...

@Odah One = OdahOne Jangan benci i ok

De Mois said...

@merahitujambu Tq..anda pun diharap begitu jua

De Mois said...

@nabilah_2908 Tapi memang menyayat hati kalau baca cerita mak dia.

Sori la..x sempat nak baca entry hang. Ni curi2 line ni. Haha..

De Mois said...

@maiMOONyet 2la pasal..geram gila beb. Tak tahu nak cakap apa lagi dah.

FasiHaH SupiaN said...

budak 6 tahun jadi mangsa tak pasal-pasal..kesian dia..

Along Tapa said...

lama tak datang sini sebab feed untuk blog ko tetiba hilang..belajor kat BP?kat mana tu bai??

pasal mat rempit ni, memang ramai yang menghentam diorang...macam2 masalah yg diorang bawak..aku pun still tak dapat pikirkan entri nak nasihatkan diorang ni...

Gorengbaek - Kenapa ramai jantan sudah tangkap syok sama janda skang??

Hangit habis dah - Alahai cik kak...bertimbang rasa la sikit ek...

De Mois said...

@FasiHaH SupiaN Haah..tak macam sedih pula

De Mois said...

@Along Tapa Ada la long..mana boleh bagitau.

Tu la..ko try bg 1 entry beb. kalau dapat yang HHD nye. Baru bernanah telinga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...