Saturday, December 25, 2010

Zaman Samanolitik?

13 SuaraSumbang
Hai SS..buat istilah baru nampak. Haha..bagi mereka yang kebingungan apa yang cuba SS maksudkan, teruskanlah membaca. Kalaulah pembaca perasan di luar sana, kita sudah masuk ke zaman baru setelah jauh meninggalkan Zaman Paleolitik, Mesolitik & Neolitik. Untuk pengetahuan pembaca, inilah zaman paling mencabar yang perlu ditempuhi umat masa kini. Zaman sekarang adalah zaman dimana kita perlu berhati-hati dengan setiap pergerakan, perbuatan mahupun percakapan kita. Andai tersilap langkah, maka bencana buruk pasti akan menimpa kita.

Baiklah..biar SS berterus-terang sebelum kalian menjadi bertambah confuse. Mungkin ada yang mengerti maksud SS ni. Kalau kita belek2 semula akhbar2 atau menonton berita media elektronik, boleh dikatakan hari2 pasti kita akan mendengar isu saman-menyaman & naik turun mahkamah. Pantang ada buat silap sikit, sure kena saman. Salahnya pun tidak lah SS ketahui sebab jarang didedahkan tapi kita yang menjadi pemerhati ini boleh meneka lah. Semuanya tidak lain tidak bukan kerana wang. Tengoklah samannya, bukan sikit2. Sekali tuntutan dalam 2-3 juta. Kalau dulu2..menang 2-3 ribu pun dah syukur. Kini..sekali lagi dunia tanpa sempadan menyaksikan perubahan yang begitu ketara sekali.

 Kes yang kerap kita dengar pastinya antara golongan artis dengan artis. Hasil daripada perselisihan faham yang gagal diselesaikan segera terpaksa berlarutan hingga dalam mahkamah. Kan penat tu..nak kena turun naik mahkamah, nak kena tunggu prosiding sampai beberapa tahun. Kalau menang kira orite lagi la. Ni yang kalah ni macam mana la nasibnya. Terbaru, kes saman tehadap bekas presiden & CEO Sime Darby. Bukan calang2 tu. Ini belum kira ada dikalangan teman seperjuangan kita dikalangan blogger2 pun ada yang membuat tindakan serupa. Semuanya gara2 tulisan atau artikel yang mengaibkan atau mendatangkan fitnah. Aishh..seram pula SS dibuatnya. Yelah..takut ada yang nak saman SS walaupun cerita SS semuanya berkaitan dengan alam, tumbuh-tumbuhan & haiwan2 ternakan.

SS ini bukan apa..nak minta la kita dikalangan blogger mahupun rakyat biasa sentiasa berjaga-jaga dengan penulisan kita, percakapan & tingkah laku. Takut nanti ada yang ambil tindakan nanti sebab terasa atau tersinggung. Memang tak salah kalau nak saman-menyaman ni, tapi kan lebih manis bersemuka serta bincangkan dengan lebih teliti. Bagi SS, kalau penulisan tu betul baguslah. Siapa yang terasa pedas, pergi makan cili tu kenapa??

  Mungkin inilah tempat yang sesuai untuk orang2 
sekarang berpesta-sumber ourglobal.wordpress.com


Kata SS : Bila dah sembuh kaki ini, tiba2 kena cirit-birit pula pagi tadi. Macam ada sekuel pula ye. Hai..ada orang nak kenakan SS ke?? Saman karang..

13 SuaraSumbang:

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Janganlah sampai ada blogger yang saling menyaman.
Untuk itu kenalah berhati2 dalam penulisan agar tidak menyusahkan orang lain.

TQ

Along Tapa said...

aku nak tgk gak sape yang berani buat kije gile saman diri sendiri sebab tersalah tulis entri kat dalam blog...ada tak orang nak buat??

Gorengbaek - Kenali jenis entri dulu kalo nak berblogging

Hangit habis dah - Gila ko!!!Along Nak berenti berblog??!!!

De Mois said...

Admin P@P :
Yup..setuju sangat.

Along Tapa :
Haha..2 namanya mencari publisiti. Tak pun sebab duit banyak sangat, dah tak tau nak buat apa.

ieMa ackLes said...

see u in court jela...
msg terdesak nk duit sbb 2 maen sman2..

De Mois said...

ieMa ackLes :
Haha..terdesak sangat 2

Mohd Nor Quiyyum said...

ada pro n cons dlm isu saman menyaman ni:)

Ati Masrif said...

salam kenal,

betul tu, jgn sbb mulut bdn binasa

FLW U..

biskut said...

ah,janji kita tahu penulisan kita asli punya.tuh sebab jangan main copas macam tuh jer n then main tulih pasal orang tu lah pasal orang nih lah...bahaya2.

De Mois said...

Mohd Nor Quiyyum :
Ha..apa pro & cons nya tu??
Cuba ceghite2..

Ati Masrif :
Hehe..thanks.
Kena jaga mulut & badan sekali tau

biskut :
Yup..setuju sangat. Check dulu sebelum bertindak

alif said...

gua harap lu tak saman gua sebab komen ni hehehehehehe

De Mois said...

Haha..tadi dah terpikir da nak saman ko Alif.
Nasib baik kau merayu..

hans said...

insyaallah
tapi jika nanti blogger pun sama popular seperti artis mungkin kita akan dengar kes saman menyaman sesama blogger pula
tak ada apa yang mustahil di dalam dunia nih Osman(iklan maggi)

apa2pun thanks follos blog saya yang merepek tu yer
(^_^)Y

P/S : Drama Antara Garisan Memang Layak Ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010

De Mois said...

2la..harap2 takde la. Seram i tengok.
Thanks juga hans.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...