Menarik di SuaraSendiri

Friday, August 19, 2011

Hayati Islam sepenuhnya

4 SuaraSumbang
Inilah yang dinamakan kehebatan bulan Ramadan dimana setiap amalan kita bukan sahaja akan diganjar malah dilipatgandakan. Buatlah ibadah apa sekalipun, InsyaAllah jika dilakukan dengan ikhlas, maka Allah akan membalas dengan melimpah ruah. Bukan itu sahaja, dalam bulan ini juga terdapat 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan. Apalagi kalau bukan malam Lailatul Qadar. Bukan calang-calang orang boleh dapat berjumpa dengan malam tersebut. Bayangkan 1 tahun ada 12 bulan. Kalau seribu bulan berapa tahun pula?

Macam mana bulan puasa kali ini? Ecehwah..dah macam iklan pulak. Saja nak sampaikan tazkirah sikit2 sebagai peringatan kepada rakan2 semua. SS nak petik sedikit khutbah Jumaat dari masjid kawasan SS tengah hari tadi. Khutbah kali ini berkaitan dengan kitab terhebat umat Islam iaitu Al-Quran, mukjizat teragung Rasulullah. Apa yang menarik perhatian adalah pada ungkapan bahwa "kebanyakan umat Islam pada zaman sekarang begitu menghargai Al-Quran. Tapi malangnya Al-Quran dijaga hanya pada jasadnya". Kita tidak akan letakkan Al-Quran pada lantai. Kita tidak akan sekali-kali membiarkan Al-Quran hanya diatas kerusi, sofa atau dibawah dari paras pinggang kita.

Kita begitu marah bila ada orang yang memijak, mengoyak, membakar dan melakukan apa saja yang dianggap biadap dalam agama kita. Kita malahan begitu sensitif apabila melihat orang bukan Islam mempermainkan ayat suci Al-Quran. Kita takkan biarkan sesiapa pun menggunakan ayat Al-Quran dalam ucapan mereka selagi tidak memeluk Islam. Tapi itulah yang disebut khatib tersebut tentang menghormati hanya pada jasad saja. Tapi sejauh mana kita mengamalkan isi kandungan dalam Al-Quran tersebut. Setakat mana pembacaan kita terhadap ayat-ayat suci tersebut. Malah tindakan sesetengah "umat melayu" dilihat lebih menjijikkan dari apa yang dilakukan orang bukan Islam.

Sikap kita sendiri yang kadang2 menunjukkan kedangkalan kita terhadap ajaran sebenar Islam. Kadang2 SS malu melihat orang Islam bergaduh sesama sendiri kerana isu yang remeh temeh. Malahan ada yang bertikam lidah semata-mata membantah tindakan orang asing menggunakan ayat Al-Quran dalam hujah mereka. SS tidaklah mempertahankan individu tersebut. Cuma SS melihat itu adalah kerana kekerapan mereka yang bergaul dengan orang2 yang mengamalkan ajaran Islam sebenar. Selagi masih tidak bercanggah, apa salahnya untuk kita melihat mereka mendekati Islam. Mudah-mudahan dengan keterbukaan kita itu dapatlah membuka pintu hidayah mereka untuk memeluk Islam.

Cukup setakat ini. SS takut nak hurai panjang. Takut kena saman pula. SS pun sekadar menyampaikan selagi mana yang boleh. Lagipun manusia takkan mencapai tahap sempurna. Yang penting sama2 kita terus membuat yang terbaik kerana bulan ramadan pun sudah melewati separuh bulan. Tak lama lagi kita akan bertemu syawal pula. Seperti yang sering sahabat2 sedih apabila ke penghujungnya adalah samada kita akan bertemu Ramadan lagi tahun hadapan atau tidak?





Kata SS : Pra-tempahan untuk jersi 2011/2012 dibuka semula untuk tempoh yang lebih panjang. Sesiapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke moisoutlet.blogspot.com. Sempat promote lagi tu dalam ceramah.

Tuesday, August 16, 2011

Lee Chong Wei keseorangan

7 SuaraSumbang
Wah..tajuk macam Dato' kita ni baru lepas menduda pula. Padahal kahwin pun belum. Jodoh beliau dengan seorang lagi perseorangan negara, Wong Mew Choo pun tidak berpanjangan. SS ni pun baru tahu pasal ni. Keluar tajuk sikit..bukan cerita jodoh yang ingin SS sampaikan. Tapi lebih daripada itu.

Seperti yang kita sedia maklum baru-baru ini Dato' Lee Chong Wei telah muncul dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di London baru-baru ini. Sepanjang kejohanan, beliau telah beraksi cukup cemerlang dengan purata kemenangan straigh set di bawah 40 minit. Mungkin kerana tidak mendapat cabaran dan tentangan yang sengit dari pihak lawan. Musuh paling kuat pun ketika beraksi di separuh akhir menentang Chen Jin. Mungkin itulah halangan paling sukar namun tetap tiada masalah bagi Chong Wei melangkah ke final.

Ketika itulah senario berubah. Memang perlawanan yang dinanti-nantikan bukan saja rakyat Malaysia tetapi dunia. Menentang pemain kedua terbaik dunia, Chong Wei dilihat perlu berhati-hati kerana musuh dari China itu mempunyai kepakaran psikologi yang akan melemahkan mental sesiapapun. Dan sekali lagi - kali ini yang buat yang ke-16 - jaguh harapan negara tumbang di tangan Lin Dan. Inilah perlawanan yang paling SS sedih dan kecewa. Bukan kerana Chong Wei lemah tetapi kerana beliau telah memberikan antara persembahan terbaik beliau. Perlawanan berlangsung dengan begitu sengit dengan hanya setiap pemain dipisahkan 1 mata saja setiap kali mendapat mata baru.

Yang membuatkan SS bertambah sedih apabila Chong Wei mendapat 2 kali peluang untuk menghabiskan perlawanan tetapi disia-siakan begitu saja. Pada angka 20 di set ketiga, SS begitu yakin kita akan muncul juara buat pertama kali selepas lebih 30 tahun menanti. Namun, harapan tinggal harapan. Kedua-dua mempunyai fizikal, taktikal dan permainan yang sama hebat. Cuma pada tahap ini, kekuatan mental sangat diperlukan. Dan Lin Dan mempunyai bonus di bahagian tersebut. Bayangkan di set pertama, beliau ketinggalan 16-20, namun berjaya menyamakan kedudukan. Itu yang banyak perlu dipelajari oleh pemain-pemain kebangsaan tak kira apa jua permainan sekalipun.

Baik sukan bolasepak pun, kekuatan mental pemain masih belum di tahap optimum. Itulah yang berlaku apabila kita melepaskan gol ke atas Singapura sebaik mendahului. Ini satu kerugian kepada negara. Bertahan dan menyerang haruslah seiring. Namun yang mengejutkan SS adalah tentang Chong Wei yang sebenarnya keseorangan dalam mengharungi liku-liku bergelar pemain terbaik dunia. Bayangkan final tempoh hari membabitkan semua pemain China untuk setiap saingan. Hanya Chong Wei wakil tunggal negara. Tambah membingungkan lagi apabila kita tiada pelapis atau setidak-tidaknya pemain perseorangan yang setaraf Chong Wei. Ingin SS tekankan disini bahwa pemain perseorangan kedua negara adalah Wong Choon Han. Pemain yang semakin dimamah usia. Apa tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Takkan kita nak terus diam dan sekadar berbangga mempunyai  pemain no. 1 dunia.

Sampai bila rekod itu mampu dipertahankan selagi tiada pelapis yang mampu menggantikan Dato' kelak? Kita mahu melihat lebih ramai pemain negara yang akan mengikut jejak langkah beliau. Mungkin Chong Wei akan bersara dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Tapi apakah kita akan melihat pemain China, China dan China terus menguasai badminton Dunia, Olimpik dan Asia - 3 kejuaraan yang masih belum digapai pemain kita.









Kata SS : Sekarang ni jual kuih pulak..maklumlah raya dah dekat. Jual kuih raya la pulak. Siapa2 yang berminat nak mendapatkan kuih raya murah, bolehlah klik pada pautan blogshop di sebelah atau klik disini. Untuk tempahan jersi akan dibuka mulai esok.

Wednesday, August 10, 2011

Dapatkan jersi terbaru EPL 2011/2012

4 SuaraSumbang
SS sejak dah lama tak update ni dengan bangganya nak melancarkan blog kedua SS yang berbentuk blogshop khas untuk pembaca-pembaca sekalian. Untuk permulaan, ditambah masa yang singkat terutamanya bulan puasa ni, SS sekadar menjual jersi terbaru semua pasukan dari Liga Perdana Inggeris bagi musim 2011/2012. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke blogshop SS iaitu moisoutlet.

Dengan segala hormatnya, SS melancarkan blog moisoutlet. Sekian, terima kasih




Kata SS : Walaupun kita penat di bulan puasa, tapi tetap kena berusaha dan beramal ibadat supaya kita tak sekadar mendapat lapar dahaga sahaja.

Monday, August 1, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

2 SuaraSumbang
Seperti biasa untuk blog yang jarang update ni, SS nak minta maaf sebab tak sempat nak bagi cerita terbaru dengan kadar segera. Apapun, rasanya masih belum terlambat untuk SS mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan maghfirah ini. Moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi. Iaitu orang yang amal ibadah dan perangainya tetap sama seperti sebelum bulan mulia ini. Tiada perubahan dan peningkatan. Akhir kalam, SS berharap kita semua dapat merebut seberapa banyak yang boleh ganjaran di bulan ini.






Kata SS : Tamat sudah hari pertama di bulan puasa, ada 29 hari lagi. Bagaimana perasaan?

Friday, July 22, 2011

Sekitar pertemuan Malaysia vs Chelsea

3 SuaraSumbang
SS tak ada banyak nak cerita memandangkan sebentar lagi SS akan bertolak ke Batang Kali untuk menghadiri kem Rakan Muda selama 4 hari di sana. Jadi, selama itu jugalah SS akan bercuti dari sebarang aktiviti termasuk berblogging, bermain futsal, jadi wartawan terjah orang dan berlakon. Ceh..siap berlakon tau SS sekarang. Selama SS tak update sebeleum ni, SS sibuk dengan shooting sebuah filem pendek arahan rakan SS yang juga blogger. Nanti SS akan ceritakan lebih lanjut pasal cerita ni bila dapat green light dari tuan pengarah.

Yang nak diceritakan sekarang adalah tentang perlawanan yang berlangsung hebat semalam dimana SS turun ke Bukit Jalil sekali lagi secara bersendirian. Seronok jalan sorang2 ni. Tak ada nak fikir pasal orang lain. Perlawanan semalam secara keseluruhannya tidak begitu memuaskan kerana Chelsea tampil dengan permainan hambar dengan serangan yang mudah dipatahkan oleh pertahanan Malaysia. SS pun tak berapa gemar tengok corak permainan Malaysia yang ditampilkan beberapa pemain senior. Memang corak lama. Cuma game nampak menarik pada separuh masa kedua apabila hampir semua pemain adalah skuad Harimau Muda. Baru nampak hantaran-hantaran mudah sikit.

Dan pasukan Malaysia hampir mendapatkan gol melalui 2 gerakan. Jika pemain kita lebih bersabar dan tenang, kita mungkin memenangi perlawanan semalam biarpun pasukan musuh gah dengan pemain bintang mereka. Apa yang menjadi kepuasan SS adalah apabila berjaya mem"booooooooooooooo" pemain yahudi yang dilaknat iaitu Yossi Benayoun. Macam mana beliau boleh melepasi pintu kawalan Malaysia, SS pun tak tahu. Perlawanan semalam juga nampak sokongan padu daripada seluruh penonton Malaysia. SS nak ingatkan kepada blogger yang lain yang mempersoalkan tindakan penyokong Malaysia yang memakai jersi pasukan EPL. Bagi SS, ianya bukan masalah. Bukan senang nak tengok pasukan gergasi EPL datang singgah negara kita. Apa salahnya mereka sekali-sekala memakai jersi pasukan kegemaran mereka.

Untuk itu, SS tinggalkan sedikit foto-foto kenangan ketika berada bersama puluhan ribu rakyat yang hadir sekitar perlawanan di sana. SS tetap maintain pakai jersi kuning Malaysia







Disini juga SS ingin kongsikan satu-satunya jaringan gol yang dilakukan oleh Didier Drogba melalui sepakan percuma. Namun bila SS tonton semula di rumah, rupanya bola tidak melepasi garisan gol pun. Sedih2..kalau tidak, kita dah seri pun.



link video tidak dapat dipaparkan buat sementara waktu








Kata SS : Baiklah..nak bertolak sudah. Jumpa lagi. Minggu depan SS akan berada di Bukit Jalil sekali lagi untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya menentang Singapura. Jangan lupa beli tiket cepat2 dan sokong habis-habisan

Tuesday, July 19, 2011

Siapa nak pas latihan Chelsea di Bukit Jalil?

2 SuaraSumbang
Sukacita dimaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pas masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, boleh menghubungi SS segera. SS dapat tiket ni semalam tapi hari ini ada shooting la pulak. So, tak boleh pergi ke sana. Tinggal 1 sahaja lagi..harap maklum


Hubungi Roy di talian 013-7190997. Berdasarkan "siapa cepat dia dapat!"

Friday, July 15, 2011

Laporan lengkap pemain Liverpool untuk Rajagobal

4 SuaraSumbang
Wah..bangga nya dapat tengok pemain-pemain Liverpool dari jarak dekat. Selama ini asyik tengok dekat tv je. Sekarang tengok secara "live". Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Walaupun sekadar latihan biasa, sama seperti kita menonton orang bermain bola petang-petang, namun jumlah kehadiran penyokong sangat memberangsangkan. Tahniah kepada seluruh peminat yang memberi sokongan padu. Ditambah dengan nyanyian, chanting yang tidak henti-henti, SS merasakan satu kepuasan. Cuma kecewa sedikit sebab tak dapat ambil gambar pemain secara dekat.

Ini adalah sebahagian daripada kemeriarahan yang ingin dikongsi kepada anda semua. Dapat gambar latihan pun jadilah. Nak tengok game betul, tak cukup duit nak beli.

Inilah yang dinamakan satu dalam sejuta.
Belakang semua pakai baju warna merah.

Ni masa tengah training. SS dah tahu dah taktik depa.

Tak silap masa ni Andy Carroll ambil free-kick.
Masuk gol dan semua bersorak.

Baru lepas habis training. Tengah nak cool down


Apa yang membuatkan SS bertambah seronok adalah pertemuan hebat SS dengan selebriti kesayangan ramai yang merupakan peminat "kipas susah mati" Liverpool. Cuba teka siapa?

 Abang Afdlin Shauki. Cuba cari perbezaan SS dengan beliau.

Rasanya itu sahaja gambar yang sesuai dikongsi sebab kebanyakannya tak berapa nak cantik. Yang sedia ada ini pun tak memuaskan hati SS. SS pun nak minta maaf pasal gambar-gambar yang tidak berkualiti ini. Biasalah..pergi pun seorang2, tak ada kawan kan. Ini sedikit video semasa penyokong2 berada di dalam stadium untuk memberi sokongan.


Saksikan di Youtube untuk mengelakkan loading yang lama







Kata SS : Gambar tak cantik dan tak banyak. Kalau nak gambar cantik, datanglah beramai-ramai ke Bukit Jalil Sabtu ni. Tapi yang penting pakai jersi kuning. SS sorang2 pun tak ada hal la.

Thursday, July 14, 2011

Siapa nak teman SS esok?

4 SuaraSumbang
Jangan main-main..dalam diam-diam, SS buat kerja bukan-bukan. Bukan buat kerja haram lah. Ni ha..lewat malam tadi SS dok main twitter. Tengah dok godam2, SS pun tercuwit lah perkataan "astro live". Kira macam nak cari lah ada live atau tidak perlawanan Arsenal. Tiba-tiba, ada seorang yang tidak dikenali telah membuat pengumuman sebegini.


SS tanpa ragu-ragu lagi terus menyahut seruannya. Dalam tempoh kurang 4 jam dari waktu itu, SS bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Keramat. Cerita macam bawa duit juta-juta pulak kan. Dan inilah hasilnya..

Terima kasih kepada Bro Mad
atas pemberian ini

Walaupun sekadar training session pass, tapi SS tetap berbesar hati untuk menerima hadiah ni. Boleh juga mengubat hati ini yang duka kerana kecewa dengan Astro yang tidak membawa siaran langsung perlawanan Arsenal tadi. Maka dengan segera SS bersiap untuk menyaksikan latihan pasukan dari Anfield itu berlatih. Apatah lagi, pengurus Manchester United memang menghantar SS untuk meninjau sesi latihan mereka. Cuma perlu pergi atas pembiayaan sendiri. Apalah tok? Nasib baik dapat pas percuma. Tapi SS pergi seorang diri sahaja esok. Kalau ada teman2 lain terutamanya blogger yang turut menyaksikan latihan mereka ni, jangan lupa roger SS tau.






Kata SS : Rasa macam nak pergi sana pakai jersi kuning lah. Bukan BERSIH tapi jersi harimau. Baru nampak patriotik sikit.

Wednesday, July 13, 2011

Teori lucu jelajah asia EPL

8 SuaraSumbang



Pecah perut SS bila dapat berita pasal teori ni dari orang yang boleh dipercayai. Sebenarnya SS dah dengar lama pasal cerita ni. Tapi sengaja SS simpan sampai hari ni sempena perlawanan pertama Malaysia menentang salah satu pasukan gergasi dari Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal bermula malam ini. Hari ini Harimau kita akan dijadualkan menentang Arsenal pada jam 8.45 malam diikuti Liverpool pada hari sabtu ini jam 5.45 malam sebelum menamatkan aksi menentang Chelsea pada hari khamis depan jam 8.45 malam. Semua perlawan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baiklah..kita terus ke teori kedatangan pasukan gergasi ni ke tanah air. Bukan setakat belajar sahaja tau ada teori kedatangan penjajah ke tanah air. Rupanya kedatangan pasukan-pasukan handalan dari negara bekas penjajah ini pun dikatakan atas sebab tertentu. Dan kemungkinan sebab mereka adalah sama begitu tinggi. Apa yang diteorikan mereka sebenarnya? Dengarnya, mereka begitu optimis untuk datang dan bertemu dengan pasukan negara kita kerana percaya jika dapat menewaskan pasukan Malaysia, mereka sangat berpeluang untuk menjuarai EPL untuk musim hadapan.

Itulah yang mereka harapkan berdasarkan prestasi semasa beberapa pasukan gergasi sebelum ini yang pernah singgah di Malaysia terutamanya Manchester United. Pasukan ini berjaya menewaskan Malaysia dua kali sebelum berjaya merangkul takhta kejuaraan. Malah tidak terkecuali juga pasukan gergasi dunia iaitu Brazil yang berjaya menewaskan kita 4-0 pada 2002 menjelang kejohanan Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun. Ironinya, pasukan dari Latin itu berjaya dinobatkan sebagai juara dunia pada saingan itu.

Maka hakikat itulah yang mungkin sekadar kebetulan harus diambil peluang oleh mana-mana pasukan yang berminat untuk menjadi juara. Justeru, Arsenal, Liverpool dan Chelsea berebut-rebut untuk menjelajahi sekaligus menjajah negara dalam usaha merampas piala dari tangan Red Devils. Tapi harus diingat, mereka perlu menewaskan pasukan Malaysia terlebih dahulu. Namun, Malaysia bukan seperti Malaysia yang dahulu yang mudah diratah. Persoalannya, bolehkah Malaysia ditewaskan?







Kata SS : Kecewa dengan Astro kerana tidak membawa perlawanan malam ini secara langsung. Kena tengok ulangan esok. Mana puas..harap2 masa liverpool dengan chelsea ada live la.

Monday, July 11, 2011

Mesej rakyat jelas, wahai Najib!

9 SuaraSumbang
SS geram betul tengok media2 arus perdana ni. Mereka betul2 telah memutarbelitkan segala kenyataan yang sebenar. Fakta yang jelas telah berjaya dipesongkan malah diubah dan ditokoktambah supaya rakyat yang tidak mengetahui keadaan sebenar akhirnya tertipu. Satu propaganda kerajaan yang mahu menjadi hero dan jagoan rakyat.

Sebenarnya kerajaan melihat isu bersih ini satu peluang terbaik untuk mereka menyebarkan kelemahan parti pembangkang yang seperti sengaja mahu menghasut rakyat untuk terlibat dalam demonstrasi jalanan. Pastinya rakyat yang hanya bergantung semata-mata ke atas media mereka akan terpengaruh dengan cerita2 palsu mereka. Namun, harus diingat rakyat bukan seperti dahulu yang mudah digula-gulakan kerajaan. Mereka tidak mudah lagi percaya dengan agenda buruk kerajaan ini. Apatah lagi dengan bantuan internet yang memudahkan rakyat mengakses segala kebenaran. Umumnya, seluruh dunia melihat apa perkara yang sebenar yang berlaku pada tanggal 9 Julai lalu.

Rasanya tak perlulah SS menghuraikan secara panjang lebar tentang apa yang berlaku pada perhimpunan ini. Cuma SS melihat bahwa rakyat telah menunjukkan satu isyarat yang sebenar, satu mesej yang jelas iaitu pemerintahan yang adil dan telus. Bagaimana untuk mendapat pemerintahan sebegitu rupa hanyalah melalui pilihanraya yang jujur. Dan itulah yang dituntut oleh puluhan ribu rakyat yangberhimpun di sekitar ibu negara. Itu angka yang boleh dikatakan ramai ditambah lagi dengan terlalu banyak sekatan dilakukan. Sekiranya tiada halangan, SS percaya dan yakin BERSIH 2.0 mampu mencapai kehadiran sejuta rakyat.

Ada satu lagi yang membuatkan SS tambah kecewa adalah sikap pemerintah kita yang begitu berkuasa. Mereka sangat bersikap putar-belit terutamanya oleh ketuanya. Pada siri perundingan ke arah perhimpunan, kerajaan begitu berlengah dan seolah-olah terdesak untuk membatalkan perhimpunan ini. Sehingga pada suatu ketika, Najib bersifat terbuka dengan bersedia untuk memberi peluang mengadakan perhimpunan di stadium dengan syarat tiada demonstrasi jalanan. Pihak mereka juga sempat memberi cadangan supaya pertemuan dengan Yang Di Pertuan Agong diadakan. Mereka beranggapan yang institusi diraja tidak akan membenarkan sama sekali sebarang bentuk perhimpunan. Namun, tanggapan mereka ternyata silap apabila Tuanku Mizan sebaliknya membenarkan perhimpunan diadakan di stadium.

Tiba masa, Najib berubah fikiran apabila tidak membenarkan semula perhimpunan diadakan di stadium. Maka pada ketika ini siapa yang dianggap derhaka pada Raja Melayu? SS minta siapa2 yang kaki ampu ni tolong jawab soalan di atas. Kalau boleh SS minta Najib sendiri yang jawab. SS juga kecewa apabila kerajaan memutarbelitkan lagi kenyataan apabila mendakwa penganjur tidak memohon permit meskipun diberi peluang oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sakitnya hati bila baca suratkhabar cakap macam orang bodoh. Apabila permohonan dibuat ke atas stadium merdeka, pihak stadium meminta pula agar permit dikeluarkan dulu. Kemudian, apabila mereka memohon permit dari polis, polis pula mahukan kebenaran dari pihak stadium pula. Apa cerita ni?

Muhyidin pula tidak kurang hebatnya apabila mendakwa urusan stadium tiada kaitan dengan pihak kerajaan kerana stadium bukan milik kerajaan tetapi milik perbadanan. Tiba-tiba beliau buat kenyataan pula yang kabinet sudah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan di stadium. Aih..tadi kata stadium bukan milik kerajaan. Kabinet dengan kerajaan bukan sama ke maksudnya? Jawab la lagi kaki bodek sekalian.

Begitulah hebatnya kerajaan negara kita yang berjaya memporak-perandakan rakyat dengan agenda jahat mereka. Mengapa SS tak nampak langsung berita mengulas tentang keburukan yang berlaku sebaik PATRIOT melakukan perhimpunan di Bukit Bintang. Macam mana dengan penggerai di sana? Sebenarnya penggerai lagi suka kalau ada perhimpunan kerana mereka akan mendapat pelanggan yang ramai terutamanya mereka yang menjual air. Boleh fikir sendiri..lagipun, SS terkejut kerana berita di TV3 memaparkan kesan perhimpunan dimana banyak sampah bertaburan. Yeke? Mana datangnya sampah kalau kedai pun tak buka? Yang tambah pelik lagi bila ada sampah bekas makanan McDonald. Owh..rupanya sebelum perhimpunan, mereka diberi makanan McD untuk menambah tenaga.

Kalau nak ulas memang panjang lagi. Tapi cukuplah setakat ini kerana SS yakin anda sendiri berjaya menilainya dengan adil dan saksama. Keputusan yang SS dapat semasa undian dilakukan tempoh hari juga melihat ramai kalangan blogger yang bersetuju perhimpunan diteruskan. Inilah hasil undian yang dapat SS paparkan meskipun tidak ramai, tetapi SS tetap berpuas hati.


Tahniah ke atas mereka yang sudi mengambila bahagian dalam undian ini. Dan SS ingin mengalungkan jutaan ucapan tahnia ke atas mereka yang berhimpun untuk menyuarakan kebenaran. Sama-sama juga kita ucapkan takziah ke atas keluarga salah seorang ahli yang turut terlibat dalam perhimpunan. Beliau menyahut seruan Ilahi ketika hendak menunaikan solat dan disembur dengan gas water canyon (pemedih mata) lalu mengalami sesak nafas. Al-fatihah kepada Allahyarham Baharudin Ahmad yang tidak dilaporkan langsung dalam media arus perdana. Untuk pengetahuan anda, gas pemedih mata ini sangat berbahaya tetapi apa pula kata orang yang tidak pernah merasai gas tersebut. Cuba anda dengar.

sumber dari sini. boleh ke sana untuk baca komen rakyat


















Kata SS : Macam mana? Sakit hati tak? Kalau selama ni SS lebih bersikap berkecuali. Kali ni, SS dengan lantang dan terbuka membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan terhadap rakyat. 

Saturday, July 9, 2011

Hantar undian anda sempena perhimpunan BERSIH

16 SuaraSumbang
Undian akan ditutup pada 8 Julai 2011 sebelum pukul 12 malam. Keputusan undian akan diberitahu kemudian..






Thursday, July 7, 2011

Keputusan undian kelayakan akhir zon asia olimpik 2012

1 SuaraSumbang
group a - korea republic, qatar, saudi arabia, oman
group b - australia, iraq, uzbekistan, uae
group c - japan, bahrain, syria, malaysia





Kata SS : Dah..cukup. Harap malaysia boleh pergi jauh

Thank you very much

0 SuaraSumbang
Kenapa ucap terima kasih ni SS? Siapa yang SS tujukan ni? Jangan risau semua..tak ada siapa pun. Ni juga bukan isu perhimpunan BERSIH yang dengar khabar dibatalkan. Tapi bukan batal perhimpunan tau. Batal demonstrasi saja. Perhimpunan tetap diteruskan dan Stadium Merdeka yang menjadi mangsa. Jadi, SS pun nak tutup la pasal isu ni sebab SS rasa semua orang lega dengan tindakan tersebut. Orang ramai pun tak perlu mengharungi jalan yang sesak panjang.

Itu kisah tentang isu yang sangat berat untuk disentuh. Namun, undian masih belum ditutup kerana SS mahu melihat samada perhimpunan ini wajar diteruskan atau tidak. Dan SS masih mahu meneliti suara dikalangan rakan-rakan blogger berhubung isu terbabit. Jadi, anda boleh teruskan mengundi di sticky post di atas atau terus ke undian disini. Esok adalah tarikh akhir undian. Jadi undi secepat mungkin sementara masih ada waktu. SS akan beritahu secepat mungkin keputusannya sebaik undian ditutup. Kisah yang SS nak kaitkan dengan tajuk diatas adalah tentang apa yang ayah SS lakukan.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, semalam adalah hari lahir ayah SS. Maka SS pun apa lagi, SS hantar lah mesej kepada beliau. Mesej ucapan la ni. SS cakap dalam mesej tersebut lebih kurang macam ni bunyinya.

"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-56. Semoga dilimpahi keberkatan dan murah rezeki sentiasa. Yang penting, manisnya kurma ini. (abaikan ayat yang terakhir)".



Masa ini SS masih berada di Batu Pahat ketika baru saja tamat short sem SS. SS masa ni tulis sebijik-sebijik tau takut ayah SS tak faham pulak tulisan short form. Memang kebiasannya pun SS akan tulis macam tu kalau mesej dengan ayah. Tapi tiba-tiba handset SS bergegar. Bila dilihat pada peti masuk, terpapar nama "Ayah Da Besh". Wah..ayah reply ni. Lajunya..bila dibuka, maka terkejut lah SS apabila melihat ayah membalas,

            "Thank you very much"

Apa yang dikejutkan? Biasalah itu SS. Meskipun anda menganggap biasa tapi tidak bagi SS kerana hakikatnya ayah SS menulis, "TQVM". Ha..terkejut kan. Punya lah SS taip sebijik-sebijik nak bagi ayah faham. Ayah balas macam tu je. Handal tak handal. Bila masa entah ayah belajar main tulis pendek2 ni. Nasib baik ayah tak tulis, OMG ke LOL ke dan pelbagai lagi. Entah budak-budak sekarang ni suka sangat tulis pendek-pendek. Sampai ada teman SS cakap dia tinggal dekat SK. SK tu apa? Dia jawab, SK tu Seri Kembangan la. Amboi..macam semua orang tahu pulak tengok gayanya. Ni lah yang AC Mizal cakap masa Maharaja Lawak tempoh hari iaitu AK.

Apapun, Selamat Hari lahir SS tujukan sekali lagi kepada ayah meskipun kelmarin dan semalam dah wish siap makan-makan besar lagi. Kali ini SS wish secara live melalui blog picisan SS ni. Satu Malaysia baca tau, ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dengan keberkatan yang melimpah ruah hendaknya. AMIN..anda pun boleh wih jugak. Nak kirim salam pun boleh tapi yang perempuan tak boleh nak tackle yea. Ayah SS dah isteri. Eyh..bukan mak SS ke??






Kata SS : Anda ni tahu ke apa maksud AK ni? Kalau nak tau, meh dekat sikit SS nak cakap ni. Abah Kau!! Bukan SS cakap yea..

Sunday, July 3, 2011

Sana kuning..tangkap dia

8 SuaraSumbang

Ini kira macam permintaan daripada teman baik SS. Dia minta SS ceritakan apa implikasi nya warna kuning dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ketika ini. SS pun rasa terpanggil nak cerita kepada kalian. Lagipun sekarang tengah isu hot kan. SS kan wartawan, mestilah kena ambil port semua ni. Mungkin ramai yang tak minat nak ambil peduli namun harus diingat, apa keadaan sekalipun ianya melibatkan negara dan kita perlu harus untuk mengambil tahu sekurang-kurangnya.

SS pun tak nak buat berat-berat tentang isu ini. Maka SS mengambil pendekatan animasi aje lah. SS pun dah lama tak buat cerita kartun ini. Jadi, cerita yang SS nak ketengahkan ini adalah cerita tentang perhimpunan BERSIH tapi dibuat dalam bentuk yang santai. Genre cerita ini adalah sinikal. Harap anda amati dan hayati betul sambil terhibur. Jangan lupa terus mengundi kerana kedudukan agak sengit. SS pun terkejut jugak. Boleh ke sticky post di atas untuk mengundi atau ke sini


















Kata SS : Petang ini Malaysia akan menentang Taiwan. Semoga mereka berjaya menewaskan pasukan itu dan melangkah ke pusingan seterusnya. Agak-agaknya diorang pakai jersi warna KUNING tak?

Saturday, July 2, 2011

Sejauh mana BERSIH bertindak bertindak bersih

16 SuaraSumbang


Salam hari Jumaat semua pembaca SS sekalian. Hari ini SS nak bercerita pasal isu berat sikit memandangkan isu ini sangat popular dan berjaya mencuri hampir suku dari berita samada di dada akhbar mahupun media massa. Satu perkara yang harus dipuji ketika ini adalah kerana hampir semua polis di seluruh Malaysia dikerah untuk berjaga-jaga dalam situasi sebegini menjelang perhimpunan BERSIH yang dijangka berlangsung pada 9 Julai ini.

Tahniah kerana dalam masa yang sama banyak kes-kes jenayah dilaporkan meningkat. Setiap hari berlaku kes ragut, rompakan kemalangan malahan pembunuhan gara-gar kekurangan polis yang mempunyai tugasan lebih besar mungkin. Malah berita-berita jenayah di dalam akhbar terpaksa dikurangkan gara-gara memberi peluang untuk mensensasikan perihal perhimpunan ini. SS menjangkakan jenayah akan berleluasa pada tanggal tarikh keramat tersebut andai kata pihak berkuasa (merujuk kepada Polis terutamanya) gagal menjalankan tugas yang sepatutnya berbanding apa yang sedang berlaku ketika ini.

SS seperti biasa harus bersikap berkecuali dalam menangani isu ini. SS tidak berpihak langsung kepada Kerajaan dan juga Pakatan Rakyat. Namun, kita seharusnya mendalami terlebih dahulu objektif dan misi yang cuba disampaikan oleh gabungan ini. Meskipun dikelolakan oleh badan bukan kerajaan (NGO), namun boleh dilihat perhimpunan ini dibayangi oleh Pakatan Rakyat. Dan disebabkan itulah Kerajaan sangat bimbang andai kata perhimpunan ini berjaya mempengaruhi minda rakyat. Kesannya maka boleh dilihat sebaik pilihanraya nanti yang bakal berlangsung pada bila-bila masa mulai sekarang.

Sayang seribu kali sayang, meskipun kita berada di negara yang bebas dan berdemokrasi pula jauh dari sudut sebenar, kita tidak mengamalkan dasar bebas bersuara. Malang sekali, kerana setiap suara dan percakapan kita akan diperhatikan. Jika tersilap langkah maka buruklah padahnya. Pun begitu, SS masih menaruh kepercayaan kepada sang pemerintah untuk terbuka hati menerima suara rakyat. Kalau dilihat di luar negara, termasuk di Britain (negara penjajah kita suatu ketika dahulu), kerajaan mereka menyediakan platform untuk bersuara. Dan media mereka bebas untuk memberi mana-mana parti untuk menyalurkan hasrat dan impian mereka.

Memang kalau diamati betul-betul, perhimpunan ini mungkin boleh menimbulkan banyak masalah. Sebagai contoh, pada hari kejadian akan berlaku kesesakan yang teruk, pergaduhan antara yang menyokong dan yang membantah dan kemungkinan untuk berlaku rusuhan besar-besaran serta darurat tetap ada. Sebaliknya, kita perlu kaji semula apa yang menyebabkan kemungkinan di atas boleh berlaku. Antara lain adalah kerana sikap pihak berkuasa sendiri seperti yang SS uar-uarkan di atas tadi yang terlalu memfokuskan kepada perhimpunan ini. Mereka mengerah pasukan mereka selain mengadakan sekatan jalan yang boleh menyebabkan kesesakan yang sukar untuk dielakkan.

Selain itu, kehadiran kumpulan lain yang ingin membantah perhimpunan ini membuka peluang untuk menghadirkan pergaduhan atau rusuhan. Pasti akan berlaku provokasi yang melampau sehingga kedua-dua kumpulan hilang pertimbangan diri. Ini sebahagian daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku andai kata perkara ini dibiarkan terjadi. SS tidak melihat perhimpunan ini yang boleh menyebabkan malapetaka kerana mereka sekadar berhimpun untuk meluahkan harapan mereka. Bukan mahu mencari gaduh pun. Nama pun perhimpunan. Belum pernah lagi SS tengok ada anak-anak murid bergaduh ketika berada dalam perhimpunan di sekolah. Begitulah yang boleh SS andaikan sekiranya penganjur berjaya mengawal para peserta mereka dan berhimpun mengikut prosedur yang betul.

Memang satu perkara yang mengecewakan apabila melihat banyak acara-acara penting terpaksa ditangguhkan malah dibatalkan gara-gara kebimbangan terhadap perhimpunan ini. Antaranya Konsert Raksasa oleh Sweet Charity di Stadium Merdeka dan banyak lagi terpaksa ditunda pada tarikh lain. Ayah SS juga dicadangkan untuk menangguhkan seminar nya di Subang Jaya juga atas alasan yang sama. Bayangkanlah mereka ini sudah membuat persediaan yang begitu rapi, tiba masa terpaksa pula ditangguhkan. Nasib baiklah perlawanan terdekat Malaysia menentang jagoan Liga Perdana Inggeris berlangsung selepas tarikh tersebut. Kalau tidak, pasti akan ditangguhkan jua.

Apa cara sekalipun, anda yang menentukan baik buruknya serta implikasi kepada negara andai kata perhimpunan ini diteruskan juga. SS minta pendapat anda. Mungkin dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ini kerana masih ada 7 hari sebelum perhimpunan berjalan. Sila undi pendapat anda untuk melihat sejauh mana reaksi anda terhadap isu ini pada sticky post diatas. SS akan tutup undian pada 8 Julai nanti. Terima kasih.







Kata SS : Sekarang ni SS rajin beli suratkhabar tau. Selain nak tahu perkembangan isu semasa, ada satu lagi sebab kenapa SS beli. Tapi rahsia lah. Antara salah satu projek ni tau.

Thursday, June 30, 2011

Nenek SS meninggal dunia

5 SuaraSumbang
Nenek SS yang paling disayangi telah pergi meninggalkan SS buat selama-lamanya pada hari Isnin, 27 Jun yang lalu kira-kira jam 1 tengah hari. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga roh nya dicucuri rahmat oleh Allah dan di letakkan bersama orang-orang yang beriman, InsyaAllah.

-
-
-
-

الفاتحة




laporan lanjut akan SS ceritakan kemudian pada masa yang lebih sesuai..

Monday, June 27, 2011

Jozan mengecewakan SS

18 SuaraSumbang



Baiklah..berakhir sudah program jenaka yang berjaya mencetuskan fenomena di negara ini sehingga menarik beratu-ratus ribu penonton untuk melanggan saluran yang menyiarkan rancangan ini. Program Maharaja Lawak adalah program yang menghimpunkan semua bekas finalis dari Raja Lawak musim pertama sehingga kelima. Maka, kemuncak kepada program realiti ini jumaat lalu kemudiannya menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara buat julung kalinya.

Memang satu kejutan yang luar biasa apabila kumpulan yang berasal dari Johor itu berjaya memecah monopoli kumpulan Jozan yang selama ini berada di tangga teratas untuk setiap minggu. Okey..SS taknak ulas panjang sebab SS pasti anda semua lebih mengerti akan perihal yang berlaku. Persembahan final tempoh hari memang sangat mengecewakan. Bukan kerana Jozan tak menjadi juara. Tetapi persembahan kebanyakan finalis sangat biasa. Tiada perkara yang baru. Hanya Sepah sahaja yang berjaya mengekalkan konsistensinya bukan setakat untuk kedua-dua segmen, tetapi untuk setiap minggu. Sepah tidak pernah mengecewakan. Lantaran itu, SS ni yang memang meminati kumpulan Jozan sangat mengharap sangat lah untuk menyaksikan suatu program final yang menghiburkan. Biar pecah perut kata orang gitu. SS ni peminat no 1 Jozan tau.

Walaupun mereka sangat sebati dengan penonton apatah lagi mempunyai peminat yang ramai, namun SS melihat sikap selesa mereka yang menjadi punca persembahan mereka sekadar biasa sahaja. Tiada suatu pembaharuan. Lawak Ah Chai dan Mael Lambung tidak mampu mengundang ketawa yang terbahak-bahak. Malahan Jambu sendiri hadir dengan lawak yang merapu pada pusingan pertama. Mujurlah mereka membuat kebangkitan pada pusingan kedua. Mungkin mereka lebih memfokuskan pada pusingan kedua barangkali. Apatah lagi mereka mendapat bonus dengan kehadiran "awek impian" Yus iaitu Zila Bakarin.

Untuk persembahan Nabil, SS boleh maafkan lagi kerana membuat persembahan secara solo bukanlah suatu yang mudah. Anda perlu mencari idea sendiri dan berhadapan dengan penonton bersendirian. Itupun dianggap berjaya kerana Nabil sentiasa positif dan bertahan sehingga meraih tempat ketiga. Nabil sangat smart dalam hal ini kerana tidak perlu berkongsi wang yang diraih malah menerima jumlah wang lebih tinggi berbanding rakan2 mereka yang lain.

Apapun, SS mengharapkan program2 seperti ini dapat diteruskan lagi untuk mengetengahkan bakat2 baru dalam dunia pelawak. Sepah deserved diatas kejayaan mereka hasil usaha yang berterusan itu. Memang tak tahan tengok mereka ini terutamanya watak "Ustazah Kurma" tu. Bagi Jozan pulak, walaupun kalah..rezeki mereka mungkin bukan disitu. Tetapi lebih kepada filem. Sebab SS dengar seorang pengarah dah offer mereka ni 1 filem. Tak percaya baca ni yang SS jumpa di laman twitter SS.








Kata SS : Zizan jangan marah pulak yea kalau baca cerita SS ni. Harap2 dia baca lah..SS dah twit2 kat dia ni. Baca lah..apapun SS LOVE Jozan

Friday, June 24, 2011

Pengulas sukan buat hal

12 SuaraSumbang
Tahniah kepada skuad Harimau kita yang berjaya membenam cabaran Lubnan meskipun kita tak duduk senang semalam gara-gara kehilangan pemain ditambah pula dengan jaringan buat merapatkan kedudukan oleh pasukan lawan itu. Memang penuh dramatik. Apapun semangat kental anak muda kita yang bertahan dengan cemerlang berjaya membawa cabaran negara ke peringkat kumpulan yang dijangka berlangsung pada hari raya ini.

Namun bukan perlawanan semalam yang SS nak ketengahkan dalam isu kali ini. Yang nak diceritakan adalah pengulas sukan itu sendiri. Nampak macam serius kan. Apa masalahnya dengan pengulas itu? Sakit ke? Racist ke? Kena tangkap khalwat ke? Tak adalah..sebenarnya saja je nak bangkitkan isu ini supaya dapat provok sikit mereka2 ni. Semalam SS tengah layan Malaysia lawan Lubnan dekat Astro Arena, tiba-tiba abang SS mencelah
 "Kenapa lah pengulas ni?"
 "Apa masalahnya?", balas SS
 "Yela..kenapa nak ulas benda yang orang dah nampak?", jawab abang SS
 "Ni bukan radio pun..kan orang nampak tu", tambah beliau lagi menguatkan hujah
 "Dah tu kerja diorang..kalau tak, nak ulas apa lagi?", ujar SS untuk mendapatkan kepastian

Boleh tahan jugak isu yang cuba dimainkan abang SS ni. Meskipun bukan isu besar, tetapi jauh di suatu sudut ada juga kebenarannya. Bayangkanlah pengulas menyebut perkara yang sudah terang lagi bersuluh penonton dapat melihatnya. Contohnya seperti "Ye, bola keluar" atau "Ahh..kad kuning dilayangkan kepada pemain kita" atau "Satu tangkapan kemas dari penjaga gol" 


Kalau begitu lah yang tidak digemari, apa lagi yang mahu diceritakan oleh pengulas? Hei..nama pun pengulas, maka ulaslah apa yang berlaku. Bukan beritahu..yang anda lakukan adalah beritahu. Sesungguhnya ulas dan beritahu adalah dua perkara yang berbeza. Kan lebih elok pengulas ambil pendekatan sebegini, sebagai contoh "Ahh..bola yang keluar itu mungkin sudah tidak boleh digunakan lagi kerana bocor" atau "Yang pergi tackle tu kenapa? Kan dah kena kad kuning" atau "Bola itu memang mudah sangat, siapa2 pun boleh tangkap". Kan lebih kurang je maksudnya, cuma cara penyampaian yang berbeza.


Ni seperkara yang SS tak gemar tentang pengulas. Suka sangat menggunakan perkataan kalau. Contohnya,"Kalaulah penjaga gol ni tak tangkap dengan kemas, mesti dah masuk gol dah tadi". Ayat ni memang tipikal sangat. SS selalu dengar ada pengulas cakap macam tu. Dah tentu la kalau penjaga gol tak tangkap bola tu masuk punya. Nak cerita kalau, kalau lah blog SS no 1 dalam Alexa ranking.

Itulah sedikit sebanyak yang SS nak perkatakan setelah lama tak muncul di ruang blog ni kan. Ingat senang ke nak jadi pengulas ni. Silap hari bulan, orang naik menyampah dengan kita. Nasib baiklah pengulas ni duduk belakang tabir je. Tapi kalau pengulas takde pun tak seronok jugak. Nampak sunyi je perlawanan kan. Aish.. macam-macam.

Yang ni saja je nak bagi anda tertarik sikit..
-sekadar gambar hiasan (ihsan google)
















Kata SS : Sedang sibuk dengan projek penjenamaan semula blog SS setelah melihat banyak kekurangan dan kelemahan. Harap projek ini berjaya dan bakal menemui anda secepat yang mungkin.

Wednesday, June 8, 2011

This Is My Choice - Final Part

14 SuaraSumbang
Peringatan!! Ini adalah sambungan kepada entry yang sebelum ini. Bagi mereka yang terlepas untuk membaca Part Idan Part II, bolehlah ke sini dan situ.


Hari berganti hari, masa berdetik dengan sendiri, waktu kian bergerak pantas..sedar tak sedar rupa-rupanya 6 bulan sudah SS berada di semester ini malahan telah tamat pun perjuangan untuk sem ini. Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu untuk melihat keputusan peperiksaan terutamanya yang melibatkan subjek kegemaran Dr Y. Satu persatu SS belek untuk melihat gred yang diperoleh pelajar beliau.


Tak boleh tahan
"D, D, E, E, E, D, D, E, E........." "Apa ni, ramainya failed!" getus hati SS. SS mula bimbang dengan pola pemarkahan Dr Y ni. Paling tinggi pun C+. Sangat rendah..bagaimana dengan SS? Ingat lagi tak sebelum ni SS pernah berbisik dengan Apek suatu plan gila. Sebenarnya SS merancang untuk menggugurkan subjek Dr Y ni dengan harapan semester akan datang SS akan mengambil semula tapi biarlah dengan pensyarah lain. Inilah pilihan yang bukan saja SS buat tetapi dalam 5-6 orang pelajar mengikut jejak langkah SS termasuklah Apek dan Dani sendiri. Memang sangat berat tapi itu sajalah pilihan yang kami ada. Jika tidak nasib malang akan menimpa diri kami.


Terasa dianiayai
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sepanjang waktu kami dihalau kelas tempoh hari, rupa-rupanya Dr Y mengadakan kuiz. Mungkin mahu mengenakan kami. Malahan kami dianggap tidak hadir kelas tersebut kerana tidak menandatangani kehadiran. Itulah beberapa siri kezaliman beliau terhadap kami yang tidak berdosa ni. Ada juga suara2 sinis mengatakan akhirnya ada juga pensyarah yang tidak memilih bulu, tak kisah la "you melayu ke cina ke, lelaki ke perempuan ke, you salah you failed". Itulah penangan nya Dr Y.


Berjuang demi kegagalan
Ini belum dikira lagi saat sukar untuk menyiapkan projek beliau. Ada 1 kumpulan pelajar yang di reject proposal nya sehingga 5 kali. Belum pernah lagi berlaku dalam sejarah hidup SS. Inilah cerita2 yang SS dengar sendiri dari rakan yang masih berjuang. Mereka sendiri mengakui akan    
keperitan menghadapi seksa tersebut. Hinggakan mereka perlu membentang projek sehingga 2-3 kali gara2 Dr Y tidak berpuas hati walaupun silapnya sikit saja. Ada juga pelajar yang perlu membentangkan projek mereka semula sebaik selepas tamat kertas peperiksaan subjek beliau kerana beliau sangat tidak berpuas hati dengan pembentangan sebelumnya. Kalau dah kena buat lepas paper exam, macam mana lah nak fokus dengan subjek tersebut. Sebab itulah ada di antara pelajar yang tidak pernah gagal sebelum ini, akhirnya kecundang di tangan Dr Y.


Begitulah sedikit sebanyak perkara yang dapat dikongsi dengan pembaca sekalian. Memang ada keburukan jika kita menggugurkan sesuatu subjek, tapi kita perlu mengkaji terlebih dahulu sebab dan alasannya terlebih dahulu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. SS telah membuat pilihan SS. Anda bila lagi?














Kata SS : Akhirnya selesai sudah cerpen paling pendek SS untuk 3 siri. Macam best je buat cerita macam ni. Lain kali nak buat lagi lah. Hehe..

Sunday, May 29, 2011

Make Your Choice Part II

7 SuaraSumbang
Peringatan!! Ini adalah sambungan kepada entry yang sebelum ini. Bagi mereka yang terlepas untuk membaca Part I, boleh klik disini.. Make Your Choice



"Hey, you two get out from my class!" tengking Dr Y kepada SS dan seorang lagi teman baik SS.
"Tapi saya nak..", belum sempat SS menghabiskan ayat, Dr Y mencelah
"No, you two get out now!".

Suasana ketika itu sangat sunyi dan sugul. Semua orang seakan-akan terpaku bagai tidak percaya perkara ini boleh terjadi. Belum pernah seumur hidup SS dihalau kelas. Inilah kali pertama SS menghadapinya. Sebenarnya, kejadian ini berlaku kerana Dr Y ternampak kami sedang berbual ketika beliau sedang mengajar sedangkan.. sedangkan ketika itu SS sedang bertanyakan tentang salah 1 slide Dr Y kepada teman SS itu. SS agak musykil dan tidak faham dengan slide itu.

Melangkah pergi
Akhirnya SS menunaikan permintaan Dr Y tersebut dengan keluar walaupun berat kaki ini melangkah pergi. Dr Y langsung tidak mempedulikan kami ketika itu. Malahan tidak pula memandang kami. Apapun, kami tingggalkan beg dan buku di dalam kelas dengan harapan ingin bertemu semula "pujaan" hati kami ini.

"Jom lah lepak surau dulu", tegas SS kepada Apek (bukan nama sebenar). "Nanti, kelas habis budak2 ni bagitau la", tambah SS lagi. Apek diam dan turutkan saja.

Di surau, kami sekadar baring dan bermain handset masing2 sementara menunggu masuk waktu Isya'. Kami sempat juga berbual tentang perkara yang baru berlaku tadi. Kadang2, kami tergelak sendiri bila mengenangkan nasib yang menimpa diri ini. Yelah..tak pasal2 kami dihalau dalam keadaan yang sangat memalukan. Ingat kami ni budak kecik lagi ke nak sampai halau2 macam tu. Dalam minda kami hanya terbayang wajah Dr Y saja. Rasanya baru kelas yang ke-3, kami sudah diperlakukan sebegitu.

Siapa sebenar Dr Y
Minta maaf sebab SS tak boleh nak dedahkan siapa sebenar beliau sebab ada yang bertanya. Namun, SS boleh berkongsi sedikit tentang latar belakang beliau. Beliau masih muda dan berusia lingkungan awal 30-an. Mendapat pendidikan tertinggi sehingga ke luar negara. Seorang yang sangat sibuk dan sering tiada dalam kelas kerana komitmen lain. Beliau sering dijemput oleh universiti, masjid dan sebagainya untuk memberi syarahan termasuk minggu SS dihalau, beliau baru pulang dari Islamabad. Gaya dan cara cakap sangat berprofil tinggi kerana mempunyai loghat seperti UK English. Cukup setakat itu yang mampu SS kongsi.

Menunggu kelas tamat
Detik demi detik kami menunggu dengan penuh rasa sabar. Terasa begitu lama masa berjalan. Kelas sepatutnya berakhir pada pukul 10 malam. "Apek, kau tau tak aku sanggup tidur petang tadi supaya aku dapat bagi fokus kat kelas dia malam ini, macam 2 je dia halau aku", ujar SS. Apek sekadar senyum sinis. Dia seperti tidak dapat menerima takdir itu. Yelah..Apek tak cakap apa pun masa dalam kelas. SS yang tanya Apek. Alih2..dengan dia sekali diheret dalam kesalahan itu. Malam itu kami berbincang taktikal. Bukan untuk menghancurkan Dr Y tapi bagaimana caranya untuk mintak maaf kepada beliau.

Bincang taktikal
Dalam kami serabut nak memikirkan perihal minta maaf ni, SS terfikirkan perkara lain. Ada 1 perkara jahat berlegar-legar di fikiran SS ketika itu. Tanpa membuang masa, SS terus membisikkan kepada telinga Apek.

"Kau gila ke apa nak buat benda ni!", tegas Apek yang sedikit meninggikan suaranya. "Aku rasa ni je pilihan yang kita ada", balas SS. "Do or die!!", tambah SS untuk menguatkan hujah.

Apek terdiam lagi. Mindanya semakin berserabut. "Tengoklah dulu", ujar Apek untuk menutup perbualan. Kami perhatikan jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 10.30. Namun tiada khabar pun dari sana. Ini yang buat kami gelisah. Tiba-tiba, "Ding Ding". Mesej masuk ke dalam peti masuk SS yang bertulis "Woi, kelas dah habis" dari Dani (bukan nama sebenar).

Apa lagi kami pun bertaburan lah lari untuk mendapatkan Dr Y. Ketika kami terlihat kelibat beliau, Dr Y juga bertaburan lari untuk mendapatkan keretanya. Apek sempat panggil nama beliau. Maka kami pun bertembung antara 1 sama lain. Saat mata bertentang mata, ketika itulah Apek melafazkan maaf kami. SS dah macam taknak layan sangat. SS duduk dibelakang saja sebab SS ada rancangan lain.


*Apa reaksi Dr Y ketika kami minta maaf? Apa rancangan sebenar SS?  Nantikan episod seterusnya yang bakal menerjah anda tidak lama lagi. Bersambung lagi





Kata SS : Seluruh peminat Man Utd bersedih meratapi kekalahan kepada Barca semalam. SS antara yang terlibat. Barca bermain seperti biasa, namun United bermain dibawah kemampuan sebenar.

Thursday, May 26, 2011

Make Your Choice

17 SuaraSumbang


Sebenarnya tajuk di atas sangat berkait rapat dengan SS semasa memulakan semester lepas awal tahun ni.

Killer lecturer
SS ada mengambil 1 subjek wajib ini. Apa yang berlaku adalah SS berhadapan dengan seorang pensyarah yang amat "popular" di tempat pengajian SS. Namanya sering menjadi sebutan bukan kerana pencapaian terpuji nya tetapi kerana beliau mempunyai perangai pelik iaitu menghancurkan masa depan pelajar beliau. Ini mungkin 1 kenyataan berani namun SS yakin beliau bukan lah orang yang paling disenangi dikalangan pelajar terutamanya jurusan elektrik komunikasi. Apa yang pasti semua orang bimbang andai kata berhadapan dengan beliau.

Siri penguasaan "Dr Y"
Pertama kali SS melangkah masuk ke kelas beliau, tidak ada nampak tanda2 beliau seorang yang zalim seperti yang dikhabarkan oleh kebanyakan pelajar sebelum ini. Malahan..buah mulut dari senior SS tentang sikap beliau yang gemar memberi failed kepada pelajar2 beliau SS anggap hilang dalam fikiran ini dek jatuh cinta dengan tutur kata beliau yang sangat kemas lagi tersusun. Ditambah dengan longhat Inggeris nya yang sangat berbeza dengan orang Malaysia disini. "Mungkin beliau dah banyak berubah kot", getus hati SS. "Dah 2, yang senior cakap apa pulak??"tambah SS lagi bermonolog. "Ahh..khabar angin jela 2",SS kuatkan diri dan bertambah semangat. Akhirnya, indah khabar dari rupa. Sejurus sebelum tamat kelas, Dr Y sempat memberi kuiz ketika kami masih terpinga-pinga tentang subjek beliau. Malahan kami juga sering diberikan tugasan yang perlu disiapkan serta dihantar sebelum pukul 8 pagi keesokan harinya. Keadaan sebegini membuatkan kebanyakan pelajar sangat tertekan.

Pendapat pensyarah lain
SS tampak tenang menghadapi situasi ini sehinggalah SS bertemu dengan seorang pensyarah yang seangkatan dengan Dr Y. Sebaik berbincang, pensyarah tersebut sangat terkejut apabila SS menyatakan yang sedang belajar di kelas Dr Y. Beliau menyarankan SS supaya berpindah ke kelas lain atau gugurkan saja subjek tersebut. SS pun turut terkejut dengan kenyataan tersebut. Seolah-olah SS perlu lakukan sesuatu tak kira apa pun terjadi asalkan bukan lagi Dr Y. SS kuatkan lagi diri ini untuk menolak andaian tersebut. Akhirnya SS nekad untuk hadir ke kelas beliau. SS perlu sebab seumur hidup SS belum pernah menggugurkan mana2 subjek yang telah diambil. Memang prinsip SS, "Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan".

Kejadian aneh berlaku di kelas
Sebaik tiba di kelas beliau, masa tu hari Selasa. SS masih ingat lagi Dr Y buat kelas malam sebab siang beliau sangat sibuk berurusan dengan pelbagai perkara. SS gembira sebab datang lebih awal dari beliau..kemudian Dr Y pun sampai. Tanpa membuang masa memulakan sesi pengajaran. Belumpun masuk 15 minit beliau mengajar, segalanya terus berubah apabila....................... - akan bersambung -


*Apa yang terjadi kepada SS? Siapakah sebenarnya Dr Y? Nantikan episod seterusnya yang bakal menerjah  
  anda tidak lama lagi.







Kata SS : Percubaan pertama untuk membuat novel walaupun tak memenuhi kriteria pun. Cerpen pun jauh lagi kot..

Monday, May 23, 2011

Dulu lain, sekarang lain

25 SuaraSumbang

Ingat lagi tak gambar di atas ni? Kalau anda pernah melalui zaman persekolahan suatu ketika dahulu pasti merasai atau mungkin merindui aksi ini. Ni kita cerita kemudian...

Rangkap pertama
Dah..kita beralih ke topik santai semula. Asyik cerita berat je..pening pulak kepala ni. Tapi nak buat macam mana, memang kegemaran SS kan cari isu panas. Kita kasi terjah sikit. Sekarang ni SS nak bercerita tentang topik permainan yang sering kita main masa kecik2 dulu. Ha..SS nak bawa anda semua mengimbau kembali nostalgia semasa berada di bangku sekolah dahulu. Bukan apa, sebab bila kita tengok pelajar zaman sekarang sedih pun ada jugak. Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan permainan budak sekarang ni.

Teknologi dunia tanpa sempadan
Budak sekarang, cakap saja semua game mereka main, PSP, Wii, I-pod, X-Box dan pelbagai lagi yang berunsur teknologi. Memang kalau nak dibandingkan seperti langit dan bumi bezanya. Sekolah rendah lagi dah pandai main internet. Main facebook..sebab itu SS prefer untuk buat twitter dari buat facebook sebab budak sekolah pun boleh main facebook. Sekarang ni, budak sekolah rendah hari2 tengok cerita lucah. Lepas tu, siap buat amali lagi. Tu yang banyak gejala sosial berlaku sana sini terutama dikalangan remaja sebab didedahkan terlalu awal kepada anasir2 kuning ni.

Permainan masa dulu
Sebelum SS mengarut lebih dalam lagi, baik SS terus ke topik asal berkenaan permainan yang selalu kita buat masa zaman sekolah dulu. Tak tahulah kalian main sama ke tak. Tapi hasil perbincangan SS dengan rakan2 yang turut bertolak ke Tioman tempoh hari hampir memberikan idea yang sama meskipun datang dari negeri yang berlainan termasuk dari utara, selatan, pantai timur dan pantai barat. Antara permainan yang semakin dilupakan generasi sekarang adalah

Main kejar-kejar
- Kita mulakan dengan yang basic dulu la. Sebab SS pasti semua orang mesti main ni. Tak pun main police entry.






Main tutup botol
- Ada banyak panggilan untuk permainan ini. Tapi tempat SS, memang panggil ni. Biasa guna tutup botol air
  gas. Kumpul dalam 5 biji kemudian main. Takkan tak ingat main timbang dan tembak ni. Bagi orang
  perempuan, mereka lebih gemar bermain batu seremban.



Main lawan pen
- Setiap seorang akan bermain dengan sebatang pen dengan misi untuk menjatuhkan pen musuh dari meja.
  Biasanya bermain sewaktu cikgu belum masuk kelas lagi.



Main lawan pemadam
- Juga dilakukan ketika ketiadaan cikgu, anda hanya memerlukan pemadam berlawan secara one by one.    
  Pemenang dikira apabila pemadam anda berjaya menghempap pemadam musuh.



Main kad tepuk
- Setiap peserta akan mempertaruhkan seberapa banyak kad masing2. Mereka perlu menunggu giliran untuk
  menepuk kad yang dikumpul dan disusun seperti menara. Sebaik ditepuk, setiap kad yang terbalik adalah
  milik anda. Ni nampak macam judi sikit. Tapi masa tu kan tengah bodoh lagi..





Main tiang ke tiang
- Yang ni pun SS tak berapa ingat apa ke namanya?? Tapi yang SS ingat setiap orang perlu menyentuh tiang
  dan berlari secepat mungkin untuk ke tiang seterusnya. Anda dikira tewas jika anda dapat disentuh oleh
  orang yang "jadi" ketika hendak ke tiang seterusnya. Kemudian anda pula yang akan "jadi". Ulanglah aksi ini
  sampai tamat waktu rehat.



Sebenarnya ada banyak lagi permainan yang SS main masa dulu2..tapi malas pula nak menaip dekat sini. Ni kira sebahagian je. Biasanya game macam ni mesti akan diakhiri dengan pergaduhan dan kesedihan. Maklumlah tengah belum matang lagi. Jadi, mungkin anda ada permainan lain yang boleh dikongsi disini. SS nak tahu juga apa yang anda buat masa kecil2 dulu. Boleh bagi pengajaran dekat budak zaman sekarang. Jangan asyik terperap dekat rumah je.

*harap maaf kerana kualiti gambar tidak begitu memuaskan - ihsan google




Kata SS : Terkejut dengar kawan SS main game lompat2 asap masa dulu2. Teruk bebeno sampai asap pun boleh jadi bahan hiburan. 

Saturday, May 21, 2011

Filem Kongsi memang untuk dikongsikan

26 SuaraSumbang



Ni bukan edisi preview filem sebab kalau tengok trailer pun dah tahu cerita ni bakal mencecah kutipan box-office. Jadi, kepada sesiapa yang belum tengok lagi, eloklah berbuat demikian sebelum tarikh wajib tayang tamat. Jangan bagi alasan wayang tak tayang maa. David Teo siap angkat hampir 100 pawagam tau semata-mata nak bagi rakyat Malaysia tengok. Satu lagi sebab tarikan utamanya, siapa lagi kalau bukan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular iaitu Shaheizy Sam. Ha..ni memang kawan rapat SS sebab pangkal nama dia pun SS. Oppss..terperasan la pulak.

Penonton pun nak kongsi sama
Yang SS nak tekankan pasal isu kali ini bukan tentang jalan ceritanya. Sebab SS taknak mempengaruhi pembaca untuk menonton. Bagi SS, biar kepuasan yang SS dapat tu dikongsi bersama siapa yang dah tonton sahaja. Untuk pengetahuan anda, SS antara ratusan ribu penonton di Malaysia yang menonton filem ini pada hari pertama tayangan. Wah..kira berbangga lah ni. Tapi percayakah anda SS antara orang yang paling tak gumbira sepanjang menonton filem ini selain 5 teman SS. Bukan kerana jalan ceritanya. Tapi disebabkan ada pencerita tambahan di belakang tempat duduk kami. Ada lah seorang hamba Allah ini yang sanggup beli tiket sampai dua kali semata-mata nak kongsikan pengalaman beliau dengan kami semua. Siap hafal semua skrip pulak. Ni kalau dapat ni, teruk jugak budak2 ni SS kerjakan. Tapi dek kesabaran yang sangat melampau, SS pendamkan jua. Kadang2 sempat jugak SS meninggikan leher toleh ke belakang. Buat muka ketat lagi. Aih..dia buat tak reti je..siap sambung skrip.

Lu langsi lu mati
Mungkin sebab terlalu taksub dengan cerita Sam, beliau sanggup turun sampai 2 kali. Siap cerita sampai 1 wayang nak dengar,"Tengah hari tadi aku tengok dengan awek aku!".  Makanya malam nak luangkan masa dengan kawan pulak. Cehh..tak ada sivik punya orang. Yang bertambah sakit hati tu pulak, member2 yang lain siap support pulak 2. Kadang2 sempat tanya, "Eyh, lepas ni apa pulak jadi?". Wah..memang baran. Boleh dikatakan setiap ayat yang kelakar terutamanya dari teraju utama filem satu wayang dah gelak, tapi kami ber-enam sekadar mendiamkan diri. Yelah.dah tahu dia nak cakap apa. Agak2 kalau SS sound budak2 ni mesti mereka akan cakap, "Lu langsi lu mati!!" Apa nasib punya badan lah..ingat tengok hari pertama mesti seronok sebab tak ada orang tengok lagi.

Tak percaya cerita kawan
SS masih percaya sebelum perkara ni berlaku yang mana mungkin ada orang perangai macam ni kan. Yela..dulu abang SS pun pernah mengalami perkara sama masa menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Teman SS pun turut menceritakan benda alah yang sama. Sekarang bila dah terkena pada batang hidung sendiri baru lah nak maki hamun. Dunia2..rasanya teman kita Yatt ni  pernah bercerita pasal ni dekat   sini dulu. Persoalannya sekarang, apa yang patut kita lakukan terhadap manusia sebegini. Takkan nak "kita bakor je" jugak.







Kata SS : Dengar cerita filem ni dah kutip RM7 juta dalam masa seminggu..ada kemungkinan boleh dapat lebih RM10 juta ni. Hmm..dapat bonus lagi lah anak buah David.

Thursday, May 19, 2011

Semester pendek yang panjang

23 SuaraSumbang
Ni kalau teman SS baca ni mesti mengamuk ni. Dia paling pantang kalau ada orang cakap "pendek". Tak keruan hidupnya. Sebab apa?? Faham2 sendiri lah yea. Inilah kelemahannya kalau anda buat semester pendek ketika rakan2 lain semua sedang bersuka-ria di kampung masing2. Cehwah..macam hari raya la pulak. SS memang tak dapat nak nafikan yang SS sekarang ni sedang kesunyian sejak menduda di rumah sewa. Nasib baik ada seorang lagi housemate kat rumah ni. Itupun tak boleh harap..kerja dari pagi sampai ke petang, asyik nak membuta je. Dah macam kelawar pulak SS tengok.

Cerita kelawar
Cakap pasal kelawar, teringat pulak SS masa pergi Tioman tempoh hari. Yela..semua orang sedia maklum yang kelawar ni kerja nya siang tidur, malam pergi berburu. Tengah kami berjalan di kampung Tekek, tiba2 ternampak sekumpulan kelawar sedang bergantungan di atas pokok yang rendang. Memang banyak..padahal takde gua pun. Member SS pun tanya, "Eyh, ni mana datang ni?". SS pun pelik juga. Agaknya masa tengah nak balik gua tiba2 hari dah siang kot. Tu yang rasa ngantuk sangat 2. Apa lagi landing la terus kat mana pokok yang sempat.

Mak, nak balik!!
Dulu masa orang dok sibuk nak buat short-sem, SS pun sibuk la jugak. Alih2 sekarang tinggal sorang2, dah sibuk nak balik rumah. Tengok poket pun dah mula kempis ni. Tengok dompet, mak aih..berhabuk aje. Ni semua gara2 nak bercuti ke Tioman. Kalau dulu, lepas penat travel terus balik .Sekarang, jawablah sendiri SS. Dalam keadaan sebegini, memang sangat terasa setiap detik yang berlalu amatlah sangat lamanya. Bagai tidak bergerak pulak masa ni. Maka SS dengan senang hati memujuk diri ini dengan lagu Menghitung Hari. Siap dah hafal dah pun.

1 hari, 2 hari, 3 hari....2 bulan - ihsan google






Kata SS : Ahh..kantoi sudah identiti SS dalam twitter. Mana nak sorok diri ini. Haha..kepada yang belum follow, jangan lupa. Senang SS nak tukar2 idea dengan anda. Takziah juga kepada keluarga Abdul Hakim iaitu pemilik blog TELORDIBASUH. Sahabat kita yang banyak menyumbang dalam dunia penulisan blog ni. Al-fatihah kepada arwah

Wednesday, May 18, 2011

...kalau tak, mak lempang

16 SuaraSumbang

Aih..SS masih belum puas lagi tentang isu pendidikan tanah air kita ni. Sebelum ini SS ada cerita pasal isu pendidikan di sini.Memang kalau nak diceritakan terlalu banyak kebocoran dan kelemahan dalam sistem yang sedia ada. Tapi disebabkan negara kita sudah menggunapakai sistem sebegini terlalu lama, masyarakat sepertinya sudah sebati. Mereka menerima bulat2 tanpa ada usul periksa mahupun bantahan sekalipun. Hanya kini sahaja ramai yang sudah mula bangkit menentang beberapa dasar baru yang langsung tak boleh diterima dalam kita menuju arus kemodenan yang amatlah terlampau ini.

PPSMI umpanya atau lebih dikenali sebagai Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Inggeris telah mengundang tanggapan yang negatif terutama golongan cendekiawan dan sastera yang mahu Bahasa Melayu dikekalkan. Malahan bahasa ini harus dimartabatkan. Tak salah pun nak berbahasa Inggeris kerana itupun bahasa pengantara yang hampir diguna secara meluas diseluruh dunia. Namun, lebih molek jika bahasa ibunda sendiri yang dititikberatkan. SS sendiri pernah buat kajian dengan teman semasa berada di tahun 1 ketika isu ini hangat diperkatakan. Kajian SS telah menyimpulkan 1 ulasan yang sangat ironi. Jika dikaji dengan lebih mendalam, kebanyakan pelajar dari sekolah yang SS sasarkan berjaya menguasai peperiksaan dengan jayanya meskipun terpaksa menjawab dalam bahasa Inggeris. Setidak-tidak pun, mereka lulus dengan cemerlang. Namun, pabila ditanya adakah mereka mahu meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris atau kembali dalam bahasa asal, kami sangat terkejut apabila mereka memilih untuk menggunakan bahasa Malaysia.

Begitulah senario yang berlaku terhadap pelajar2 dan murid di Malaysia. Mereka sangat terbeban padahal jika diberi pengkhususan, hanya sedikit yang perlu mereka pelajari. Maka mereka akan lebih fokus dan menguasai dengan sangat efektif. Ingat lagi tak dulu masa kita kecik2, kena bawak beg berat2. Sampai kawan cakap,"Aih..kau bawak buku ke batu, Sanip oii??". Nah..itulah penangan sistem pendidikan di Malaysia. Belum dikira dengan setiap bulan mesti ada ujian bulanan, ujian setara, ujian pertengahan tahun, ujian, ujian, ujian dan ujian. Diluar negara, anda hanya perlu mengambil ujian untuk melepasi subjek yang diambil sahaja. Malah mereka bukan mengukur gred, mereka hanya perlukan anda lulus atau gagal sahaja.

Ingat juga tak pabila kita pernah diberitahu guru kita semasa SPM dahulu, "Anak2 semua, buat betul2 SPM ni. Tinggal exam ni je yang susah. Lepas ni dah tak susah". Kesian kan kita kena tipu. Siapa cakap exam di Matrikulasi senang. Siapa cakap exam masa Diploma senang, masa Ijazah senang. Siapa cakap?? Ternyata kita dimomokkan dengan isu pendidikan yang maya ini. Malahan, peperiksaan STPM dianggap sebagai antara peperiksaan yang paling sukar di dunia selepas Oxford. Ha..siapa nak jawab 2?? Ala..kita ni kan pelajar..mana ada suara. Terima sajalah..mungkin ada hikmahnya. Cuma SS berharap akan ada perubahan dalam sistem asal ini. Sekurang-kurangnya anak cucu kita mendapat tahap pendidikan yang betul dan sempurna. Selamat Hari Wesak!! Ada kaitan ke






Kata SS : Buat pertama kali SS menggunakan sosial network setelah sekian lama. Kepada semua pembaca2, bolehlah mengunjungi laman twitter SS untuk kemudahan bersama. Anda boleh pergi ke        
http://twitter.com/de_mois. Jangan lupa follow ye. Nanti SS follow balik.

Tuesday, May 17, 2011

Kau mesti dapat A, kalau tak..

12 SuaraSumbang
Baru masuk hari ke-2, orang lain semua cuti. Tapi SS pulak dok sibuk nak sambung belajar. Konon2 nak mudahkan lagi kerja. Ni dah amik subjek dulu. Semester depan makin kurang lah subjek nya. Tak yah pening2 kepala lagi. Yeke dah tak pening ni? Belajar kat u di Malaysia mana pernah yang tak pening. Semuanya nak kasi pecah kepala jugak. Sistem pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan. Bukan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

SS tak kisah sangat pun sebab memang dari kecik lagi kita dah ditanam dengan "mindset" untuk mendapat A dalam semua subjek. Dapat no 1 dalam kelas. Dapat masuk sekolah asrama penuh. Last sekali, mesti habiskan pelajaran di universiti. Tapi berapa banyak input yang kita dapat ek hasil dari sistem pembelajaran begini. Belajar sebab terpaksa dengan belajar sebab minat lain he. Sebagai contoh, kalaupun anda berminat dengan kejuruteraan komunikasi anda masih perlu belajar dengan semua subjek lain yang tiada kaitan pun dengan major anda ni. Itu belum kira lagi masa kat sekolah dulu kena belajar subjek biologi, perakaunan dan sebagainya. Alasannya mudah..sebagai persediaan untuk diserap ke bidang kerja yang lain jika terdapat kekosongan. Maka bertambahlah tekanan pelajar untuk mengetahui semua perkara sekalipun diluar kadar keminatan mereka.

Diluar negara, setiap pelajar akan dikesan minat dan bakat mereka sejak berumur tujuh tahun lagi. Dari situ, mereka akan memilih kelas yang bersesuaian dengan minat mereka. Malah, jika mereka berminat bermain gitar pun, maka ibubapa secara tidak langsung akan menghantar ke kelas muzik. Memang sistem pembelajaran disana sangat sistematik & efektif. SS sendiri sempat berbual dengan seorang pelancong dari Germany ketika sedang bercuti di Tioman. Bryan namanya. Umur sebaya dengan SS. Tetapi sudah tahu masa depannya dengan corak pembelajaran yang sudah diatur sejak dari Highschool lagi. Di Malaysia, kita hanya belajar secara khusus untuk bidang yang diambil sebaik melangkah ke tahun empat. Bukan darjah empat. Tahun empat di universiti. Itu kan tahun akhir. Memberi makna, sebelum tu kena belajar semua. Mana tak pecah kepala dik oii. Bryan pun sempat gelak bila dengar kami cerita pasal ni. Naik malu pula SS jadinya.

Yang bertambah menariknya bila SS terdengar berita di radio baru2 ni yang kerajaan sedang mengkaji sistem pembelajaran yang digunapakai di luar negara untuk diadaptasi di negara kita. Aih..baru nak kaji ke?? Tak tau la bila nak laksanakan. Lagi 1 hal, sistem pembelajaran di Malaysia ni tak pernah konsisten. Sering bertukar2 seiring dengan pertukaran menteri pelajarannya. Kejap nak buat ini, kejap nak buat itu lah. Yang jadi mangsa nya anak2 sendiri. Belajar2 tapi tak faham apa pun.

Sempena hari guru yang disambut oleh berjuta2 diseluruh dunia ini, SS nak ucapkan lah jugak selamat hari guru. Semoga mereka terus tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik .Teringat pulak masa kecik dulu, mesti suruh mak buat keychain ucapan hari guru untuk dihadiahkan kepada semua cikgu SS.

Ni buku akaun, ni buku biologi..arghh!!
-ihsan google

                                                             

                        

Kata SS : Rasa bermakna sangat Hari Guru tahun ini. Sebab ada orang tu dah jadi cikgu dah. Kui3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...