Menarik di SuaraSendiri

Monday, January 31, 2011

Bertudung dalam bogel

20 SuaraSumbang
Rasanya dah banyak kali SS jumpa di kebanyakan blog yang SS lawati mengenengahkan isu ini. Sampai ada yang buat kontest pula untuk bergambar pakai tudung. Macam2..SS pun rasa nak kongsi juga lah sedikit sebanyak yang SS tau tentang masalah ini. Jadi, kalau ada perempuan yang tak puas hati dengan tulisan SS kali ini, amatlah digalakkan untuk tampil ke depan bagi meluahkan perasaan anda. Boleh kita bertukar-tukar pendapat.

Mula2 SS nak sampaikan 2 pengalaman SS apabila ditegur oleh 2 perempuan yang cuba SS tegur terlebih dahulu gara2 tidak bertudung. Ha..pelik kan. Alahai..orang yang nak tegur dia, kita pula yang disalahkan. Masa 2, SS baru darjah 6. Aih..kecik2 lagi SS mulut memang insurans tak cover punya. SS tegur la kawan SS ni sebab taknak pakai tudung. Muka dah cantik dah..terus dia jawab balik kat SS. "Suka hati aku lah nak pakai ke taknak, ini antara aku dengan Tuhan". Amboi..cantiknya bahasa, gila dah ready nak jawab dengan Tuhan. Nak jawab pe la nanti. "Ya Allah, aku tak ready lagi la nak pakai tudung. Umur muda lagi kot..nanti la he pakai boleh tak??" Nak jawab macam 2 ke. Aish..

Kes ke-2, bila SS belajar di kolej masa umur 18 tahun. Kali ini, SS buat pengakuan terbuka. Cehwah..SS cakap yang SS tak suka perempuan tak bertudung. Terus kawan SS marah, jangan cakap macam 2. Tak baik..macam merendahkan martabat wanita. SS nak tanya siapa yang merendahkan martabat wanita. Malah mereka sendiri meletakkan maruah mereka terlalu dibawah. Menutup aurat kan perintah Allah. SS ambil contoh artis la. Kalau berlakon, boleh pula pakai tudung. Perintah pengarah boleh ikut. Perintah tuhan susah sangat nak ikut. Di sekolah, comel je pakai tudung. Bila keluar, free hair pulak. Aih..perintah pengetua boleh ikut. Perintah Allah macam mana? Percaya ke tak ni Allah ada..tepuk dada, sakit la. Ha..sendiri fikir la yea.

Semalam SS keluar memerhatikan dunia semasa hari ini. SS sangat sedih tengok pakaian mak bapak dah macam orang pergi Mekah, sayangnya bila tengok anak sendiri naik meluat pula rasanya. Pakai dah macam tak cukup kain dengan terkinja-kinja nya. Yang ironinya, tahu pula 2 nak ikut mak pergi surau. Baguslah..ingat tuhan lagi. Tapi..kalau dah macam 2, apa gunanya lagi. Undang-undang Islam ambil separuh2 je. Mana sesuai ikut, mana tak tolak ke tepi. Apa punya Islam dah. SS pening la..sana sini orang mengata kaum anda. SS kesian dengan anda semua. Ayuh kita berubah ke arah yang lebih baik. Biarlah orang cakap perempuan bertudung kerana arus fesyen terkini. Sekurang-kurangnya, anda dalam proses perubahan. Membohong la kalau cakap tak sampai seru lagi. Nanti kalau dah sampai Malaikat Maut nak cakap apa?



Kata SS : Minta maaf sebab dah lama tak update sebab buzy dan tengah fokus dengan persiapan untuk menyambut kelahiran blog baru. Dah semakin hampir dah..wait and see jelah yea.

Keputusan pilihanraya DUN Tenang

2 SuaraSumbang
Seperti yang SS ramalkan, keputusan pilihanraya DUN Tenang jelas sekali menjadi milik parti Barisan Nasional. Memang tak boleh dinafikan lagi. Jangan ingat SS sokong kerajaan pula ye. SS berkecuali dalam membuat analisis politik ini. SS pun taknak cerita panjang. Jom kita lihat keputusan penuh pemilihan yang berlangsung dalam cuaca hujan lebat yang mengakibatkan banjir terburuk sejak 2006.



vs

Dalam pilihanraya kali ini..calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, 39, menewaskan calon PAS, Normala Sudirman, 38, apabila memperoleh 6,699 undi, mengatasi bekas guru itu yang mendapat 2,992 undi dengan majoriti 3,707
Untuk berita lanjut, anda boleh dapati di BH Online





Kata SS : Wah..banjir terburuk pernah berlaku sampai makcik SS pun tak boleh nak keluar pekan Labis. Diorang janji nak datang rumah SS semalam, tapi apakan daya

Wednesday, January 26, 2011

MLM - Nasib di tangan anda

18 SuaraSumbang
Singkatan kepada maksud asal iaitu multi-level marketing yang kini semakin serasi dengan dunia hari ini. Rasanya SS tak perlulah terangkan apa maksud nya kerana SS yakin umum pasti mengetahuinya malah mungkin lebih arif dari SS. Sekarang ni, di mana jua anda berada pasti akan pernah terdengar akan perihal ini. Ini bermakna MLM sudah menjadi perkara lazim dalam masyarakat sejagat.

Namun SS ketika ini sedang mempertikaikan sejauh mana kebenaran perniagaan ini yang kini lebih kerap dilakukan melalui internet. Online marketing dalam bahasa mudahnya. Sebut sahaja nama2 besar seperti Uptrend, RPI, Bulohmas, Luxor dan bermacam-macam jenis lagi, pasti ramai yang mungkin sudah lali mendengarnya. SS cuma nak minta pendapat pembaca sekelian samada perniagaan sebegini rupa boleh dipercayai sekaligus digunapakai dalam kehidupan kita. Menceritakan pengalaman SS yang sudah melalui pelbagai closing bertujuan untuk menarik pelanggan bagi menyertainya, SS begitu hampir tidak percaya dengan sebarang bentuk perniagaan MLM. Apatah lagi SS juga nyaris menjadi mangsa penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Serik SS dibuatnya..

Pada SS, MLM mungkin ada kebenarannya. Namun kebanyakan yang SS jumpa lebih kepada berunsur penindasan yang mana hasil keuntungan orang bawahan akan diagihkan sedikit kepada orang atasan yang mempunyai point lebih besar. Dalam kata erti lain, sistem piramid yang sama sekali haram disisi Islam. Kalau dilihat kepada modus operandi program seumpama ini boleh dikatakan hampir sama. Mereka akan diberi 1 sesi ceramah yang dipenuhi dengan kata2 manis hingga membuat pengunjung dikaburi dengan kekayaan yang mereka perolehi. SS bukan apa..bimbang lah kalau tak dibuat begini makin ramai lah yang terus terjebak dek kerana terlalu mengejar kekayaan. Yang SS perasan, pengunjung yang pergi ceramah pun orang Melayu juga. Namun, mungkin ramai juga yang membantah dengan tindakan SS membongkar perkara ini. Namun SS cakap berdasarkan pengalaman SS. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Bak kata salah salah seorang usahawan MLM yang pernah SS temui, "Hidup adalah pilihan, bukannya nasib"


Kata SS : Ingat template ni SS nak guna untuk blog kedua SS yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tapi rasanya macam seronok je pakai kat sini. Hehe..

Sunday, January 23, 2011

Kemaruk nak jadi artis

32 SuaraSumbang
Semalam tempat SS ada ujibakat Astro untuk 1 rancangan yang belum ada judul lagi. Tapi yang pasti rancangannnya berkait rapat dengan hiburan seni la. Aih..rancangan Astro dah masuk u SS tau. Jangan jeles ye semua. Ujibakat ini memerlukan setiap peserta menguasai kemahiran menyanyi, menari & bermain alat muzik. Wow..bukan senang 2 nak kuasai semua elemen 2. SS ni yang sememangnya tidak berbakat saja2 la menjenguk ke studio 2. Ala..nak tengok diorang yang otai2 ni tunjuk bakat masing2. SS pun nak terjah juga something ni

Yang SS kesahkan sangat ni kenapa lah dibuatnya sampai masuk universiti pula. Bukan SS nak bantah pun. Tapi kalau sampai peserta yang terpilih perlu menangguhkan pelajaran terlebih dahulu, tak ke kesian mak bapak diorang hantar belajar tinggi2. SS dah lama perhatikan yang banyak syarikat2 rakaman tarik golongan belia untuk bernaung di bawah mereka. Yela..awak dah berhempas pulas belajar bagai nak rak, tup2 berhenti belajar sebab nak jadi penghibur dan sebagainya. Belum kira lagi duit orang tua kita yang banyak sangat kita guna semata-mata nak bagi anak2 nya jadi pandai. SS dengar je krew Astro 2 briefing pada semua peserta. SS pun tergerak hati juga nak masuk rancangan 2. Tapi tak berani la..mahu kena marah dengan ibu ayah SS.

SS pun tak boleh nak menolak dengan trend sekarang ni. Sikit2 nak jadi artis..baru belasan tahun dah teringin nak jadi artis. Artis ni nak pakat cerita kat kalian semua sampai umur berapa tahun je boleh bertahan. 2 kalau popular..kalau tidak, awal2 lagi dah lingkup. Buat segan je kena balik kampung semula tanam jagung. Kalau yang memang dah tak tahan sangat 2, cuba bersabar dulu..habiskan pelajaran dulu. Bukan tak boleh pun. Sekurang-kurangnya walaupun artis, tetapi artis yang educated macam Dr Fazley kita ni. Dengan ijazah, diploma kita 2, boleh la guna untuk masa hadapan. Jangan fikir yang bahgia2 je ye..tapi SS cakap je ni. SS pun teringin jugak. Haha..tahu tak hadiah juara dapat berapa?? RM500,000 kau




Kata SS : Cuti sabtu ahad SS rasa macam tiada beza langsung la. Sama je macam hari2 biasa. Bila lah boleh jalan2 keluar ni??

Keputusan pilihanraya DUN Tenang - updated

2 SuaraSumbang
Ramai yang boleh menjangkakan keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang. Ramalan kuat mengatakan bahwa kerusi itu kekal menjadi milik Barisan Nasional. Memang agak sukar untuk membenarkan kenyataan akan ada kejutan berlaku di DUN ini apatah lagi kawasan ini adalah kubu kuat parti pemerintah ketika ni. Ini ditambah pula dengan calon pembangkang yang meletakkan calon wanita bergelar seorang guru tatkala berdepan calon BN yang mempunyai ijazah sarjana politik dari luar negara.


Bagi SS, biar apa pun kelayakan yang mereka ada itu bukanlah tiket untuk menjamin mereka bagi memenangi kerusi. Yang penting adalah penguasaan dari segi komitmen kepada rakyat dan tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi untuk membangunkan kawasan mereka. Dah gaya macam penganalisis politik pula SS ni. Bukan apa, SS memang minat sebenarnya dengan isu2 politik tanah air kita. Cuma baru ini sahaja dapat berpeluang analisis pilihanraya kecil sejak ada blog ini. Kebetulan pula, Tenang ni memang kampung SS. Hari2 lah Felda Tenang, kampung SS ni masuk RTM dengan tv yang lain.

Lagipun, bagus juga kepada pembaca yang berminat dengan isu politik ini. Apapun, nanti SS akan bawakan kepada anda keputusan penuh pilihanraya kecil DUN Tenang yang bakal berlangsung pada 30 Januari ini. Sama2 kita melihat sama ada BN akan mempertahankan kerusi nya atau akan berlaku kejutan nanti.
Berikut adalah calon2 yang bakal bertanding untuk pilihanraya kali ini.

Azhar Ibrahim (Barisan Nasional)


Normala Sudirman (PAS)




Kata SS : Lepas ini SS nak cover pilihanraya DUN Merlimau pula sebab kawasan kampung teman SS pula. Yang penting, kepada pengundi semua jangan lupa undi calon yang bukan sahaja berkaliber tetapi sihat2 belaka. Tahu kan sebab apa??

Friday, January 21, 2011

Antara "mindset" dan "ego"

31 SuaraSumbang
Semalam selesai sudah sambutan Thaipusam. SS suka sangat bukan sebab dapat sambut perayaan tapi sebab dapat cuti la. Sehari suntuk SS menggunakan kesempatan untuk bercuti. Tapi tak berpeluang langsung nak update blog. Hmm..takpe, bukan masalah pun. Tak terjejas pun kewangan anda kan. Ni satu isu baru SS dapat. SS bukan nak persoalkan tapi setiap kali isu yang SS keluarkan sedikit sebanyak mesti ada kaitan dengan perihal masyarakat kita. Ada 2 isu sebenarnya tapi SS rangkumkan dalam 1 cerita. Sebenarnya 2 perkataan ni membawa maksud yang berbeza tapi sangat mempunyai pertalian antara keduanya.

Perasan tak kebanyakan dari masyarakat kita memang sentiasa ditanam dengan pelbagai perkara, tak kesah la pantang larang ke, petua ke, apa2 pun la sampai dah jadi sebati dalam diri kita. Contohnya apabila dikatakan yang malam2 jangan keluar rumah sebab ada hantu. Lalu kita pun terpengaruh dan terus tak berani keluar rumah.  Inilah yang dikatakan sebagai mindset. Begitu juga dengan pengambilan makanan sebagai contoh. Kalau dari kecil2 lagi dididik jangan makan makanan2 yang berbau seperti durian, tempoyak, petai atas alasan tertentu, maka sampai ke tua lah tak berani sentuh. Tengok pun dah cukup buat rasa nak muntah. Walhal tiada masalah pun, takde lah sampai mati atau keracunan makanan pun. Paling busuk pun, kentut je. Dek kerana minda sudah berkata tidak, maka susah lah mulut nak terima. 

Bagaimana pula nak kaitkan semua ini dengan perkataan ego? SS bagi contoh ringkas..Mamat sangat suka makan di restoran ini sebab makanannya banyak dan murah2 pula 2. Maka tertanam la mindanya untuk makan disitu sahaja setiap hari. Nak dijadikan cerita, Mamat terperasan ada lipas dalam makanannya. Aih..marah terus Mamat ni. Tapi mungkin dia mempunyai sifat pemaaf, maka terus lah dia berdegil tanpa ada rasa serik pun untuk terus mengunjungi restoran tersebut. Orang ajak makan kedai lain pun ditolaknya dan masih mempertahankan restoran kegemarannya. Bagi SS, Mamat tolak pun sebab ego yang menebal dalam dirinya. Yelah..sebelum ni bukan main puji restoran 2, takkan nak jilat ludah sendiri kot. Malu lah dengan kawan2. Agak kalau dah ada bangkai tikus dalam makanan 2 kot baru nak serik. Aish..

SS bagi contoh ringkas je ni tapi masih berdasarkan pengalaman sebenar. Ada lagi contoh2 yang lebih besar sampai bawa maut juga seperti taknak pergi hospital. Susah sebenarnya nak handle orang yang ada 2 sifat ini sekaligus. Yang 1 pun belum tentu boleh. Tapi masih boleh ditumpaskan jua akhirnya. Nasihat SS kepada mereka yang berpegang teguh kepada sifat ini, kurang2 kan lah seminimum yang boleh. Ni untuk kebaikan anda juga..




Kata SS : Pagi tadi kami dipaksa bermain "explorace" dengan menyiapkan assignment dalam masa sejam setengah. Menarik juga..tapi menarik muncung la masing2. Susah kot soalannya.

Tuesday, January 18, 2011

Perihal ubat nyamuk

33 SuaraSumbang
"Woi..ada ubat nyamuk tak?? Aku nak bunuh nyamuk kat bilik aku ni.." Itulah antara dialog yang sering kita dengar setiap kali berada di kawasan perumahan, rumah sendiri atau bilik kita bilamana didatangi nyamuk. Memang perasaan benci sentiasa hadir di segenap sanubari ini. Yelah..terutammanya ketika sedang dibuai mimpi, tiba2 datang pula serangga ini menggigit 1 badan. Apa lagi, angin mari..nyamuk pun dibunuh dengan kejamnya menggunakan ubat nyamuk, tak kesah la..ridsect ke, baigon ke waima lingkaran ubat nyamuk sekalipun. Kalau nak moden sikit pakai lah ubat nyamuk elektrik.

Namun, bukan isu itu yang SS nak sentuh. SS cuma tertanya-tanya yang nyamuk 2 bukan kita nak bunuh ke..hai, kalau dah macam 2 kenapa kita nak bagi ubat pula. Ubat kan untuk kesihatan.. Maka dengan pemberian ubat ni bukan boleh membunuh sebaliknya membantu nyamuk untuk terus hidup subur. So, lepas ni kita kena tukar ayat la. Kena pakai racun nyamuk ke, pembunuh nyamuk ke. Tapi kalau tak berani nak guna ubat nyamuk, bakar jela. Kan dah cakap..kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. 2 baru cerita pasal ubat nyamuk. Ada banyak lagi ayat yang tak sesuai digabungkan dengan perkataan ubat ni.

Dalam bidang kesihatan terutamanya, apabila pesakit minta ubat itu ubat ini. Sebagai contoh cirit-birit. Mesti minta kat doktor nak ubat cirit-birit. Kalau pesakit lain pula, nak ubat demam la, ubat batuk la. Kan kita nak sihat..maka minta lah ubat taknak cirit-birit, ubat taknak demam, ubat taknak batuk.  Rungsing pemikiran SS setiap kali melihat perkara ini berlaku. Silap2 boleh kena migrain. Tapi jangan risau..kan kita ada ubat taknak migrain. Ha..ingat 2!! Ubat taknak migrain...lepas ni dah boleh praktikkan amalan ini di rumah yea. -gambar sumber  google 






Kata SS : Siap sedia hari khamis ini, ada Pesta Thaipusam. Ada acara menarik setiap tahun terutamanya di Batu Caves..huhu

Monday, January 17, 2011

Wikileaks - Laporan Ananda untuk PDRM

20 SuaraSumbang
Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pelayan restoran berhubung kes gangguan seksual yang diterimanya. Walaubagaimanapun laporan itu masih dalam bentuk draft lagi yang membawa makna polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan. SS dengan kekuatan anggota seramai 4 orang telah membantu beliau dengan mendedahkan kepada anda laporan tersebut. Sila amati betul2..


Bila??
 Malam tadi..lebih kurang pukul 1215

Dekat mana?!
  Mamak 24 jam..dekat dengan suatu tempat di tepi jalan utama

Buat apa?
  Tengok bola Man Utd lawan Spurs (sorry la penyokong2 lain, rekod MU masih belum tercabar)

Apa ceritanya..??!
   Seorang pelanggan dipercayai suspek telah memanggil Ananda(bukan nama sebenar) dari jarak jauh..ini bertujuan untuk membuat pesanan makanan. Ananda yang begitu yakin dan bersemangat sekali datang ke meja suspek tersebut tepat pada masa yang ditetapkan.
 Ananda : Ya..sudah order?? Apa mau?
 Suspek :  Hmm..bagi saya french fries 1.
 Ananda : Orite..nes ais yea

Huh..suspek jadi tidak keruan lalu ketawa terbahak-bahak mengenangkan nasib dirinya yang sangat tidak mengerti itu. Lain di order, lain yang dengar.
 
 Suspek : Haha..french fries la ane, kentang goreng tu. Adoyaii..(masih dalam mood gelak lagi)
  Ananda : Ooo yea..mana saya tau jugak. U cakap lain tadi..(muka malu tapi macam nak marah)

Ananda berlalu pergi dalam keadaan penuh sugul. Sekian laporan Ananda..harap pihak tuan dapat memberkas kesemua 4 orang suspek dan dibawa ke muka pengadilan. Terima kasih..

Yang membuat laporan,

      Ananda


Sehingga kini Ananda hidup dalam ketakutan dan mentalnya sangat terganggu atas peristiwa itu. Beliau sempat untuk membunuh diri sejurus selepas itu apabila memanjat bumbung restoran terbabit. Namun, oleh kerana bumbung tersebut langsung tidak tinggi..beliau pun langsung tidak menerima kecederaan ketika cuba melompat apatah lagi tiada siapapun yang mempedulikan beliau. Apa yang pasti, SS tetap dapat makan nes ais, eyh..french fries tersebut. Bukan 1 tapi 2..Alamak..terkantoi pula nama suspek nya.




Kata SS : Apa yang anda buat ketika sedang asyik buang air besau, tiba2 air paip tak ada sedangkan itu satu2 nya sumber air anda?? Haha..

Saturday, January 15, 2011

Segmen Santai : Hilangkan rasa bosan ketika di bilik termenung

15 SuaraSumbang
Yayah..sekali lagi kita bertemu dalam ruangan untuk tenangkan minda anda. Sambil kita belajar suatu benda yang baru, SS harap anda boleh hilangkan tekanan masing2 dengan membaca apa yang cuba SS sampaikan ni. Boleh tahan juga tips yang SS nak bagi ni. Sebelum 2, SS nak tanya kalian tahu tak apa yang dikatakan dengan bilik termenung ni. Haha..pandai pun. Itu adalah sinonim kepada tandas ataupun jamban. Mesti boring kan duduk lama2 kat dalam 2 sebab anda pastinya tidak digalakkan untuk bergerak. Jika tidak, pastinya akan berciciran lah jawabnya. Nak2 kalau anda mengalami cirit-birit..berjam-jam lamanya la jawabnya. Dari itu..SS sedia membantu dengan beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan anda rasa cepat bosan setiap kali mahu menghabiskan sisa2 najis anda.

Cara 1 :
Menyanyi..ini adalah cara yang mungkin sudah menjadi kebiasaan atau pun trademark kebanyakan manusia yang kuat melabur. Ini penting juga kerana mungkin anda semakin serasi untuk berada lebih lama disana. Banyakkan menyanyi lagu yang mudah2 & ringan2 bagi mengelakkan masalah untuk penyahtinjaan. Ingat, jangan sekali-kali cuba membawakan lagu nasyid kerana berunsur ketuhanan.

Cara 2 :
Air..bermain dengan air paip boleh membantu anda menghilangkan tumpuan terhadap pelaburan anda itu. Cuba lakukan sesuatu yang menarik terhadap air seperti memancut-mancut ke arah dinding atau pintu dan menyembur ke arah lantai. Walaubagaimanapun cara ini dilihat boleh membawa kepada pembaziran melainkan anda sudah bersedia untuk menjelaskan bil air yang melambung.


Cara 3 : 
Membaca..kaedah ini sangat lapuk tetapi masih sangat berguna terutama ketika anda dalam kecemasan seperti kes ini. Anda boleh membawa pelbagai majalah, novel, komik atau suratkhabar sekalipun bagi meredakan ketegangan anda. Pastikan anda tidak membawa majalah yang berunsur lucah kerana dikhuatiri boleh membawa kesan buruk apatah lagi anda sudah berada di posisi yang selesa.


Cara 4 : 
Berbual..ini satu langkah yang dianggap proaktif bagi anda tetapi tidak bagi kawan anda. Berbuual yang dimaksudkan disini adalah menggunakan telefon atau handphone. Anda boleh berborak panjang dengan rakan anda atau teman 'special' anda untuk melupakan seketika masalah yang anda hadapi. Yang pasti, jangan beritahu yang anda sedang berada di dalam tandas kerana bimbang boleh mendatangkan rasa loya tekak tambahan jika sedang menikmati juadah.

Cara 5 :
Karang..bukanlah bermaksud anda terken batu karang tetapi cupa karang atau cipta sebuah lagu sepanjang berada di sana. Mungkin nampak janggal tetapi sudah banyak testimoni yang menyarankan cadangan ini. Malah kebanyakan penulis lirik & komposer mendapat ilham dari bilik air. Anda boleh menggunakan pelbagai prop untuk kesenangan anda seperti gitar, drum, keyboard dan sebagainya. Apapun, anda akan mengalami masalah ketika hendak menyucikan diri anda nanti kerana kini bilik air anda adalah sebuah studio jamming.
 
Cara 6 :
Ini cara optional..terpulang kepada anda untuk melakukannya atau tidak. Gunakan jamban mudah alih yang boleh digunakan pada bila2 masa sahaja jika anda memerlukannya. Anda boleh beristinjak di hadapan televisyen, di kamar tidur, di dapur, di laman rumah atau di mana jua anda berada. Namun kaedah ini masih diragui keberkesanannya. Anda mungkin mengundang perasaan malu pada diri sendiri dalam masa sama menyebabkan orang disekeliling anda sudah mula menjauhkan diri dari anda setelah melihat aksi "man to watch" anda itu.. 

Setakat 6 tips sahaja yang SS dapat bantu. Rasa bersalah sangat tak dapat tolong nak bagi banyak tips ni. Tapi SS tak tau la yang kesemua 6 cara ni pun belum tentu dapat dipenuhi. Andai kata mahu kelainan, lakukan kesemua tips ini pada setiap hari yang berbeza. Ini boleh mengelakkan anda dari berhadapan rutin yang sama setiap kali menerjah ruang tandas terbabit.

Once broken..considered sold

8 SuaraSumbang
Ayat yang kerap kali kita temui di kebanyakan kedai2 kat shopping mall berdekatan dengan rumah anda. Mungkin ada juga yang tak pernah tengok walau seinci perkataan pun. Wow..ajaib sungguh. Tidak mengapa, SS rela terangkan. Ayat ini secara direct nya membawa maksud "sekali rosak dikira jual". Ayat ini sangat tajam maksudnya apatah lagi bagi mereka yang gatal tangan untuk menyentuh setiap barang yang dipamerkan di kedai tersebut terutamanya barang berkaca. Tujuan dibuat ayat ini bagi memberi amaran kepada pelanggan supaya lebih baik tidak sentuh bagi mengelakkan anda dari membeli andai kata berlaku kerosakan.


SS pastilah mesti ramai di luar sana pernah mengalami situasi sebegini. Dah nama pun manusia..SS pun pernah juga kena. Tapi masa kecik2 dulu la. Jadi kepada anda semua, jangan main2 ye dengan amaran macam ni. Kalau boleh elakkan lah duduk dalam kedai2 berkaca ni. Mungkin lepas ni baru ada yang faham maksud ayat tu..hope so.


Ceritakan pengalaman anda jika pernah terlibat dalam situasi "Once broken, considered sold" ni...

Nice to see,
Nice to hold,
Once broken, considered sold






Kata SS : Pengalaman yang paling SS tak boleh lupakan bila pecahkan kaca yang cover untuk display emas tu. Seramnya..asalnya nak jual minyak terus batal niat. Aish..

Friday, January 14, 2011

Tipu!! tipu!! tipu!!

12 SuaraSumbang
Sahaja je SS nak kongsi2 sikit pengalaman SS yang pernah menerima e-mel mahupun SMS yang boleh dikategorikan berbahaya la juga jika ada sedikit kecuaian. Walaupun kerap kali kedengaran iklan2 di radio yang menyuruh kita sentiasa berwaspada dengan setiap e-mel yang kita terima, namun kalau dah memang nama pun manusia..memang sentiasa nak kena beringat. Masih lagi dalam konteks penipuan berbentuk wang ringgit. Tapi kali ini menggunakan modus operandi yang berbeza. Kalau dulu..ada yang sering menerima mesej berbentuk, "Tahniah..simcard anda memenangi RM100,000. Sila masukkan no akaun anda....bla...bla...untuk menebus wang anda!!" Ada juga yang menerima e-mel yang mengatakan mereka telah dipilih sebagai pemenang untuk sebuah peraduan anjuran mana2 syarikat besar seperti Petronas, Pepsi dan banyak lagi.

Pelik betul SS macam mana ramai boleh terpedaya dengan ada yang masukkan sejumlah wang yang didakwa sebagai syarat untuk menebus hadiah kemenangan. Bukan sikit2..ribu2 pun ada juga yang sanggup. Nampaklah kebodohan disamping sikap tamak tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Baik..mungkin cara itu sudah tak laku lagi. Yelah..ramai yang dah kena. Takkan nak buat cara sama. Sebab kalau dalam 1 rumah pun ada 2-3 orang boleh menang, tak ke membohong namanya tu?? Maka datanglah 1 idea baru untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah ini. Dan SS antara orang yang diharap sangat dapat memakan umpan mereka. Ada 2 cara yang dilakukan & berlaku dalam tempoh tak sampai 2 minggu pun.

Cara yang pertama adalah mereka seperti biasa menghantar mesej secara rawak dengan berkata, "Tolong masukkan topup RM40 kat no ini..012-xxxxxxx. Ayah ada di balai polis..jangan telefon dulu. Nanti ayah bagitau masalahnya". Ni ayat SS olah sikit untuk mudah difahami. Kebetulan sms ni ditujukan kepada ayah SS. Dan oleh kerana ayah SS ni baca sepintas lalu sebelum beritahu kepada ibu SS, apa lagi kelam kabut lah mereka. Cepat2 pergi petronas nak beli topup walaupun baru pukul 7 pagi. Dalam pada itu, emak SS pun telefon no SS yang masa 2 jauh di perantauan sebab adik beradik yang lain memang ada dekat rumah. Terkejut lah SS bila emak SS tanya yang SS ni kat lokap ke. Aih..pelik tul. Dalam hati mak SS, mesti ada orang nak buat tak baik ni. Duit pun melepas lah 40 ringgit. Tapi nak dijadikan cerita ayah SS balik2 terus cakap topup kat kedai dah habis. Lalu telefon SS balik untuk menceritakan hal sebenarnya. SS mintak forwardkan mesej 2 & ternyata palsu melihatkan tulisannya seperti dari seberang.

Lagi 1 cerita tentang emel yang SS terima pula..ni lagi dahsyat. SS dapat emel dari kawan SS. Memang pun nama dia. Dia cerita la yang dia sekarang ada dekat UK untuk bercuti. Tapi masa nak balik dia sangkut la pula sebab tak dapat jelaskan bil hotel yang bernilai ribu2 la juga. So, dia ni pun kena tahan oleh manager selagi tak bayar sehinggakan teman SS ni terlepas flight balik. Dia merayu minta tolong SS pinjamkan dulu duit SS. Wah..SS mana lah ada duit sebanyak 2. SS memang terkejut sebab memang sebijik2 alamat emel dia & kebetulan dia ni memang pandai cakap omputih. Tapi SS tinggalkan jela semua 2 jadi titik noktah jela. Tak tau la nak percaya atau tidak.

Beberapa hari lepas kejadian, ayah SS balik cerita yang rakan sekerjanya pernah mengalami situasi diatas. Ada yang melalui emel..ada yang melalui sms. Betul2 la diorang ni..nak cari duit guna cara jahat macam ni. Kan haram tu..kalau buat belanja makan macam mana?? Yang buat SS tergelak ni bila ayah cakap yang kawan dia dapat mesej pasal suruh ayah masukkan topup 2. Padahal jangan kata dia belum ada anak, kahwin pun belum malah ayah dia pun sudah meninggal..kah3... Pesan SS berhati-hatilah dengan sebarang cubaan menipu ni. Jangan main tangkap muat je..



Kata SS : Tengah syok dok update blog sampai pagi buta..tetiba room-mate pula asyik mengigau. Ni dah masuk enam kali dah. Naik seram badan ni..

Wednesday, January 12, 2011

Berhadapan situasi lawak tak menjadi - Part 2

19 SuaraSumbang
.......................Tak payah nak menyorok2 lagi. SS pasti setiap manusia pernah mengalami situasi lawak tak menjadi. Pelik pula.. bukan semua orang suka melawak pun. So, yang SS nak ceritakan bukan bagi pelawak tetapi bagi mereka yang berhadapan dengan orang yang sedang membuat lawak dihadapan mereka atau sedang berusaha menghiburkan orang lain. Harus mengerti bahawa pelawak dan pelakon komedi adalah 2 watak yang berbeza. Bukan semua pelakon komedi adalah pelawak tetapi pelawak boleh membawakan watak komedi.

Biasanya keadaan seperti ini dimana lawak tidak menjadi ini sering berlaku pada bakat2 baru atau mereka yang begitu confident bahwa mereka adalah sangat kelakar meskipun pada hakikatnya tidak. SS terpanggil untuk menulis entry ini setelah menonton rancangan Raja Lawak Astro yang kini sudah masuk musim ke-5. Sekali lagi SS meluahkan perasaan kecewa setelah menonton rancangan tersebut. Hampeh sungguh terutamanya apabila menyaksikan saingan ujibakat. SS kadang2 tertanya-tanya secara monolog dalaman,"Kenapalah diorang ni masuk jugak..dah tau tak lawak duk umah jela?" Yang SS kesiankan tu..kebanyakan mereka datang mencuba nasib kerana didorong oleh rakan2. Alahai..buat lawak dengan kawan2, memanglah nampak kelakar. Benda 2 kadang2 antara kawan jelah yang tahu. Bila nak guna modal sama untuk orang lain gelak manalah nak jadi. Orang jadi tak faham.

Yang buat SS lebih yakin tu adalah apabila diajukan soalan kepada ibubapa peserta, mereka sendiri pun tak sangka yang anak mereka ini rupanya kelakar. Nampak sangat kat rumah pendian atau serius je. Tak tau la kalau2 betul memang ada bakat terpendam. Lainlah macam cerita yang SS dengar masa peserta RL musim pertama, si Johan ni. Memang mak bapak dia akuilah akan kebolehannya. Malah bapa saudaranya pun cakap dia memang funny. Tau tak siapa pakcik johan ni?? Siapa lagi kalau bukan Salleh Yaacob. SS ni bukanlah cemburu ke tak dapat masuk. Nanti orang cakap macam lah lawak sangat nak condem2 orang. SS bagi teguran je supaya setiap orang bersedia. Bukan setakat nak masuk Raja Lawak je, nak masuk pape pun kena bersedia beb. Nanti diri sendiri juga yang malu. 1Malaysia tu tengok..

 Pelawak zaman sekarang makin market beb. -sumber google


Kata SS : Memang SS sengaja 'reveal' kan part 2 ni dulu. Maknanya ada cerita yang sepatutnya akan keluar sebelum isu ini. Fahamkan cerita ini baru dapat tangkap apa yang SS nak ceritakan 

Segmen Santai : Peribahasamu peribahasaku - tidak terperi

18 SuaraSumbang
Ini segmen pengenalan SS dalam ruangan santai yang membawa pembaca semua berfikir tentang isu2 yang ringan sahaja. Dalam masa yang sama, SS beri anda peluang belajar tentang perkara2 yang mungkin sudah lama berlalu. Untuk topik yang julung2 kalinya SS nak bawakan kepada anda tajuk peribahasa yang sudah tidak relevan lagi kerana boleh membawa maksud yang negatif atau memberi kesan buruk jika disalahtafsirkan. Berikut adalah peribahasa yang tidak wajar digunakan lagi & mungkin perlukan sedikit modifikasi..

Peribahasa 1 :
Biar mati anak, jangan mati adat.
- SS merasakan ianya sangat tidak sesuai digunakan kerana sanggup melihat anak sendiri mati daripada  
  membiarkan adat pupus dalam kehidupan seharian. Kan lebih cantik spesifik kan terlebih dahulu seperti 
 anak kucing, anak tekak atau anak baju.

Peribahasa 2 :
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
-Mungkin sudah menjadi kebiasaan barang yang sedikit seperti duit syiling, jika disimpan maka akan 
 bertimbun lah duitnya seperti bukit. Namun, ianya seperti tidak logik jika sebenarnya kita mengambil sedikit 
 demi sedikit duit yang kita tabung 2. Bukankah ianya semakin sedikit. Tak jadi bukit lah jawabnya.


Peribahasa 3 :
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.
-Walaupun membawa maksud yang murni dimana seseorang itu boleh sesuaikan diri dengan mana2 tempat
 sekalipun, namun agak bermasalah jika berada di kandang harimau. Pastinya mereka akan mati dibaham 
 tanpa sempat mengaum sekalipun.


Peribahasa 4 :
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
-Yang ni memang SS dari sekolah rendah tak faham2 lagi. Kenapa lah orang suka sangat dengan negeri 
  sendiri yang hanya ada hujan batu memandangkan pada akhirnya disebut..'lebih baik di negeri sendiri'. Kan 
  lebih kaya jika berada di negeri orang. Banyak emas tu.

Peribahasa 5 :
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
-Ini sangat berbahaya terutamanya jika terdedah kepada kanak2 bawah umur yang masih belum mumayyiz. 
 Dibimbangkan jika mereka cuba untuk menggenggam bara yang masih panas itu. Pastinya akan
 mendatangkan kecederaan.


Peribahasa 6 :
Air dicincang tidak akan putus.
-Yang ini lagi lah tak boleh digunapakai. Air memang tak akan putus kalau dicincang. Tapi sekiranya kita
  gagal untuk menjelaskan bil air kerana masalah kewangan apatah lagi sering meminjam ceti haram, pastinya
  air dirumah akan putus jua selain akan dicincang oleh 'ah long'.

Sebenarnya SS nak buat 5 peribahasa je. Yang ke-6 tu saja SS tambah lepas terbaca ada komen macam ni. Namun segalanya memberi kesan seperti yang SS cakap diatas sekiranya kita mengambil maksudnya secara direct. Baiklah, setakat ini sahaja pembelajaran kita untuk segmen kali ini. Mana yang tidak faham, boleh segera angkat tangan untuk bertanyakan soalan. Jangan malu2 yea..


Dalam ruangan ini, SS tidak akan menyediakan selingan bagi Kata SS lagi kerana menganggap ini hanya ruangan untuk tenang2 kan fikiran anda. Terima kasih..hingga bertemu lagi di segmen yang sama akan datang.

Tuesday, January 11, 2011

Babak standard dalam drama

33 SuaraSumbang
Alahai penat tau SS balik2 tengok drama atau cerita2 kat tv tu. Mesti nak selitkan adegan yang sama setiap kali diterbitkan. Kadang2 dalam filem pun ulang lagi babak yang sama. Kalau awal2 dulu takpe lagi. Mungkin boleh diterima sebab kelakar atau sedih. Tapi kalau dah beratu-ratus kali buat benda sama sampai sekarang, orang pun naik jelak. SS pun kadang2 tak faham kenapa director kita buat macam 2. Terlupa kot dah ada orang lain buat macam 2. Atau mungkin nak jadikan identiti beliau kot. Yang producer lak, asyik terlepas pandang je dengan adegan2 yang sama setiap kali ditayangkan. Haish..berikut adalah beberapa babak standard yang dapat SS terjah.

BABAK 1 :
Si A cakap seorang2 di depan untuk menasihati si B. Alih2 pusing belakang, si B sudah hilang sebab lari senyap2 tadi. Lepas 2, mula lah buat2 cari la. Buat2 panggil lah. Dah tau tengah bagi nasihat, yang tak nak tengok muka orang 2 kenapa? Dah hilang, tak nak pulak kejar. Biar macam 2 je...

BABAK 2 :
Babak paling susah kebanyakan pelakon nak buat. Babak menangis..mungkin penggunaan "eye-mo" dilihat begitu palsu, maka pengarah menggunakan kaedah menangis dalam cuaca hujan. Memang tak boleh beza lah antara air mata dengan air hujan. Paling tidak pun, lari masuk bilik cekup muka dekat bantal. Memang tak nampak pun tapi orang tahu lah dia tengah nangis.

BABAK 3 :
Ni yang paling SS dah naik bosan. Situasinya adalah seorang pelakon yang cuba berjalan ke satu arah dalam keadaan memaling belakang. Apabila kembali berpusing ke depan terus terhantuk pada tiang atau pokok atau apa objek sekalipun. Ala..bosannya. Kalau dulu tergelak la juga, tapi sekarang geleng kepala je la yang termampu. Dah tak pandai nak jalan kot.

BABAK 4 :
SS paling pelik part babak macam ni yang melibatkan seorang hero. Mesti dia kena kalahkan semua penjahat dulu. Lepas dah bermandi darah semua baru le segala polis, bomba, ambulans sampai. Hai.. lambat dapat maklumat ke??

BABAK 5 :
Ni mungkin sudah tiada kaitan, tapi SS tetap nak luahkan juga supaya lega perasaan ini. Babak dalam sebuah drama, standard la mesti ada lagu tema. Tapi rupa2 nya ada band yang tengah mengiringi lagu tersebut di bahagian background. Entah macam mana tiba2 je ada band main muzik kat tengah2 babak orang tengah gaduh ke, tengah bercinta ke. Tadi takde pun..haish, biasa cerita2 seorang pengarah ni memang ada part ni.

Patutlah kebanyakan cerita melayu orang boleh agak apa yang akan berlaku untuk babak berikutnya atau pun kesudahannya. Dah macam FINAS keluarkan memo wajib pulak kena buat babak macam 2. Cuba cari kelainan sikit...baik, kepada sesiapa yang nak tau apa perkara yang sangat typikal dalam drama melayu bolehlah mengunjungi blog Along Tapa yang kebetulan utarakan masalah sama minggu ini.





Kata SS : Kalau dah hari2 tengok cerita macam ni je, baik SS tengok wayang kulit je. Haha..syoknya hari ini negeri Johor cuti. Yang lain jangan cemburu buta ye...

Monday, January 10, 2011

Short Entry : Dua FT yang tewas

25 SuaraSumbang
Wah..menarik cerita ini. Kebetulan pula ada 2 FT yang mengalami kekalahan sebentar sahaja tadi. SS taknak sembang banyak. Kita terus sahaja kepada topik asal. FT yang pertama adalah Faizal Tahir yang tewas dalam perebutan Anugerah Juara Lagu. Namun tetap berpuas hati setelah berjaya merangkul kategori persembahan terbaik. Juara bagi pertandingan buat kali ke-25 ini adalah Ana Raffali. Pelik sungguh.. Lagi 1  FT  yang terlibat dalam kekalahan sebelumnya adalah Fernando Torres yang gagal membantu pasukannya, Liverpool menewaskan Manchester United dalam saingan Piala FA. Liverpool tewas 1-0 hasil jaringan Ryan Giggs melalui sepakan penalti. Best kan??

 Dua aksi hampir serupa dari dua FT yang tewas - sumber google





Kata SS : Sempat tengok keputusan AJL je sebab sibuk tengok bola. Ni SS ishtiharkan sebagai entry SS paling pendek pernah di'post'kan. Tolong ingatkan SS buat panjang2 yea..hehe

Sunday, January 9, 2011

Tiada lagi Facebook selepas Mac 2011

20 SuaraSumbang

Terkejut SS bila dapat berita dari teman SS pagi tadi. Yelah..katanya Zuckerberg, pengasas laman sosial Facebook mahu bersara sekaligus menamatkan riwayat Facebook itu sendiri. Kaget pun ada, gembira pun ada. SS mula2 tak percaya lah. Takkan la beliau yang memperoleh kekayaan sehingga menjadi billionare hasil usahanya itu mahu menutup periuk nasinya dalam sekelip mata sahaja. Lantas SS terus ke link yang diberi teman SS untuk mendapat kesahihan cerita beliau itu. Bagi anda yang belum lagi membaca tentang perkhabaran terbaru ini, bolehlah klik disini.

Sejauh mana kebenaran cerita ini masih belum dapat dipastikan sehingga suatu tempoh masa nanti. Mungkin khabar angin sahaja. Tapi kalau benar lah cerita ini, pastinya SS orang yang paling gembira kerana tak perlu lagi SS dengar perkataan keramat 2. Dah naik merah telinga SS ni. Semua orang bercakap pasal FB. Baik pun FB, buruk pun FB. Sikti2 FB..belum kira lagi yang SS kena marah sebab tak ada FB. So, anda diberi masa lebih kurang 3 bulan untuk meraikan jamuan perpisahan terhadap FB. Kira baik lagi la si Zuckerberg ni bagi notis berhenti 3 bulan supaya penggunanya dapat membiasakan diri dengan ketiadaan FB selepas ini. Wah..menarik.
 mungkinkah akan terjadi? sumber google

Maknanya lepas ini, kena pakai laman sosial yang dah kena tinggal dulu la ye macam FS atau MS. Haha..friendster & myspace la. Kesian diorang..terbiar macam 2 je. Apa kata anda hidupkan semula account masing2. Senang nak berhubung lepas ni. Atau mungkin ada yang terfikir untuk membina laman sosial baru untuk menyaingi kehebatan FB ini. Wah..1 peluang untuk menjadi kaya-raya kerana memang sangat diperlukan ketika ini. Market 2..apapun, sama-sama lah kita tunggu lihat samada berita ini akan bertukar menjadi kenyataan atau sekadar dongeng semata-mata.Yang penting SS tak pernah kisah atau marah sekalipun kalian ada FB ke tidak.



Kata SS : Apa agaknya nama yang sesuai untuk SS letakkan kalau SS nak buat laman sosial. Mungkin SSBook kot..SSpace..SSter..hmm

Saturday, January 8, 2011

Ibu buang bayi, anak buang emak

19 SuaraSumbang
Agak2 nya siapa menang?? Haha..melawan pula ye ibu dengan anak. Mesti mak dia menyesal tak buang anak dia masa kecil dulu sebab sekarang mereka sudah tersadai di rumah kebajikan orang-orang tua. Paling menyayat hati ada juga yang terbiar berseorangan di kampung. Entahkan makan atau tidak. Yelah..anak2 sudah merantau jauh ke ibukota. Sampaikan emak sakit pun tak nak balik jenguk. Mungkin tak berani sebab takut berjangkit kot.

Itulah gambaran sebenar yang berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang ini. Kalau kita imbau kenangan dulu2, memang banyak kes dimana ibu terbiar tanpa belaian kasih sayang anak lagi. Sampaikan kita pernah terdengar, "Ibu seorang boleh jaga anak yang berderet-deret sampai sepuluh orang, tapi anak yang sepuluh orang ni pun tak boleh nak jaga ibu seorang". Apalah masalah sangat nak jaga orang tua sendiri ni sampai orang lain yang nak kena jaga makan pakai emak kita. Sampai hati kita berkelakuan begitu. Ada juga yang tergamak mempersoalkan tanggungjawab ibu yang tidak menjaga mereka semasa mereka kecil. Sebab 2 kena hantar rumah kebajikan sebagai balas dendam akibat kena hantar nursery suatu ketika dahulu. Dangkal sungguh pemikiran manusia.

Itu isu lapuk..meskipun masih berlaku di kala ini namun isu buang bayi jelas lebih popular lantas mengambil tempat atas kebanyakan kes yang dilaporkan di negara tercinta ini. Jelas sekali Malaysia semakin hampir menuju ke tahap negara2 maju yang lain dalam menjalinkan hubungan seks sebelum nikah. Jadi adakah ini bermakna  kes buang bayi lebih jahat dari kes buang ibu kerana sekurang-kurangnya masih dibawah jagaan pihak tertentu? Bagi SS, jawapannya sama sahaja jahat setannya. Kedua-duanya berlaku atas kehendak nafsu yang mengatasi pemikiran. Subjek utama adalah manusia & ternyata manusia semakin hilang pertimbangan dalam membuat keputusan rasional. Inilah perihal yang berlaku pabila manusia sudah tidak menghargai manusia yang lain meskipun dari darah dagingnya sendiri. Isu ini bukan SS terhadkan kepada wanita sahaja, malahan lelaki juga menjadi punca apabila tidak bertanggungjawab di atas perilaku terkutuk mereka. "Dah sedap tinggal macam tu saja".

Adakah jari ibu ini & anaknya berkekalan untuk 
saling bersentuhan? sumber google



Kata SS : Seminggu sudah tidak dapat update & BW kalian punya blog sebab sibuk sangat. Harap kalian tak marah..haha. Macam fofular je..

Saturday, January 1, 2011

Ulang skrip sama

18 SuaraSumbang
Bertemu lagi dalam ruangan yang lebih bertenaga sempena menyambut tahun baru ini. SS memberi sedikit nafas baru dalam blog ni walaupun ramai tak perasan pun perubahan yang SS buat. Macam biasa SS tengok kita perlukan perubahan demi meningkatkan produktiviti. Namun perubahan tak semestinya perlu dilakukan setiap kali menyambut tahun baru. Hijrah ini perlu dilakukan apabila kita merasakan ianya sesuai dilakukan. Makanya tak perlu lah tunggu tahun baru, baru lah nak berubah. Itupun baru nak pasang azam. Bagi SS, kalau setakat berazam tu memang membohong lah jawabnya.

SS juga seperti biasa sudah mengagak apa yang akan berlaku pada malam sambutan tahun baru. Semuanya saling tak tumpah bagai mengulangi skrip yang sama seperti saban tahun. Namun SS taknak sentuh pasal isu maksiat berleluasa selepas sambutan, isu bunga api ataupun isu "tak tau nak apa masa habis countdown"(kalau sambutan kemerdekaan, at least boleh juga cakap 'Merdeka! Merdeka!). Yang SS nak sentuh ni berkenaan isu mat rempit yang sudah pasti menguasai hampir keseluruhan kawasan sambutan. Tak perlu cerita panjang lah sebab pembaca pun boleh agak perangai mereka ini.Walaupun tak dinafikan ada mat rempit yang baik seperti minta kebenaran mak terlebih dahulu sebelum keluar, namun segelintir ini lah yang menyebabkan rosak susu sebelanga.

Terbaru , kes budak enam tahun dilanggar mat rempit. Sangat2 lah menyayat hati. Apa tidaknya budak 2 baru nak terbayang masuk sekolah macam SS cerita dalam entry sebelum ini, tup2 kena langgar sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia. Paling sebak tu, beliau meninggal ketika mahu mencari ibunya yang turut terlibat dalam kemalangan itu namun sekadar patah kaki. Macam mana tu? SS tak kisah sangat pun mereka2 ni nak berlumba. Bagus juga sebab kena bersaing untuk mencapai kejayaan. Tapi kalau dah melibatkan nyawa. Tambahan nyawa orang lain pula 2. Hishhhh..dengan kejadian itu, bermulalah episod duka dalam kalendar tahun baru negara.



Kata SS : Bangun tidur je tadi terus cari idea cepat2 sebab petang ni nak bertolak ke Batu Pahat sambung belajar. Johor..tunggu!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...