Friday, January 21, 2011

Antara "mindset" dan "ego"

31 SuaraSumbang
Semalam selesai sudah sambutan Thaipusam. SS suka sangat bukan sebab dapat sambut perayaan tapi sebab dapat cuti la. Sehari suntuk SS menggunakan kesempatan untuk bercuti. Tapi tak berpeluang langsung nak update blog. Hmm..takpe, bukan masalah pun. Tak terjejas pun kewangan anda kan. Ni satu isu baru SS dapat. SS bukan nak persoalkan tapi setiap kali isu yang SS keluarkan sedikit sebanyak mesti ada kaitan dengan perihal masyarakat kita. Ada 2 isu sebenarnya tapi SS rangkumkan dalam 1 cerita. Sebenarnya 2 perkataan ni membawa maksud yang berbeza tapi sangat mempunyai pertalian antara keduanya.

Perasan tak kebanyakan dari masyarakat kita memang sentiasa ditanam dengan pelbagai perkara, tak kesah la pantang larang ke, petua ke, apa2 pun la sampai dah jadi sebati dalam diri kita. Contohnya apabila dikatakan yang malam2 jangan keluar rumah sebab ada hantu. Lalu kita pun terpengaruh dan terus tak berani keluar rumah.  Inilah yang dikatakan sebagai mindset. Begitu juga dengan pengambilan makanan sebagai contoh. Kalau dari kecil2 lagi dididik jangan makan makanan2 yang berbau seperti durian, tempoyak, petai atas alasan tertentu, maka sampai ke tua lah tak berani sentuh. Tengok pun dah cukup buat rasa nak muntah. Walhal tiada masalah pun, takde lah sampai mati atau keracunan makanan pun. Paling busuk pun, kentut je. Dek kerana minda sudah berkata tidak, maka susah lah mulut nak terima. 

Bagaimana pula nak kaitkan semua ini dengan perkataan ego? SS bagi contoh ringkas..Mamat sangat suka makan di restoran ini sebab makanannya banyak dan murah2 pula 2. Maka tertanam la mindanya untuk makan disitu sahaja setiap hari. Nak dijadikan cerita, Mamat terperasan ada lipas dalam makanannya. Aih..marah terus Mamat ni. Tapi mungkin dia mempunyai sifat pemaaf, maka terus lah dia berdegil tanpa ada rasa serik pun untuk terus mengunjungi restoran tersebut. Orang ajak makan kedai lain pun ditolaknya dan masih mempertahankan restoran kegemarannya. Bagi SS, Mamat tolak pun sebab ego yang menebal dalam dirinya. Yelah..sebelum ni bukan main puji restoran 2, takkan nak jilat ludah sendiri kot. Malu lah dengan kawan2. Agak kalau dah ada bangkai tikus dalam makanan 2 kot baru nak serik. Aish..

SS bagi contoh ringkas je ni tapi masih berdasarkan pengalaman sebenar. Ada lagi contoh2 yang lebih besar sampai bawa maut juga seperti taknak pergi hospital. Susah sebenarnya nak handle orang yang ada 2 sifat ini sekaligus. Yang 1 pun belum tentu boleh. Tapi masih boleh ditumpaskan jua akhirnya. Nasihat SS kepada mereka yang berpegang teguh kepada sifat ini, kurang2 kan lah seminimum yang boleh. Ni untuk kebaikan anda juga..




Kata SS : Pagi tadi kami dipaksa bermain "explorace" dengan menyiapkan assignment dalam masa sejam setengah. Menarik juga..tapi menarik muncung la masing2. Susah kot soalannya.

31 SuaraSumbang:

eqbalzack said...

tak elok ego2...baik kita merendah diri je...kan?

mataharigilak said...

bukan setakat sejam setengah..pkol 12 td br habes kn..group ss yang paling last anta kn2..haha =pp

Nadia Mashuri said...

huhuu..
mungkin pengaruh persekitaran semasa seseorg tu mbesar yg sbb kn ego n mind set tu..

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

ooo mindset ni sangat kena dengan apa yang terjadi hari ni.. sebelum ni sangat susah nak makan ubat, sebab mindset kata tak boleh, tak suka, susah.. tapi pagi tadi!! dah berjaya makan ubat dengan mindset yang baru. yeay! *happy gila oke* hahaha..

De Mois said...

@eqbalzack Betul2..lagi diberkati. Eceh..

De Mois said...

@mataharigilak Chett..jangan la cakap kuat2

De Mois said...

@Nadia Mashuri Tapi macam semua orang je ada mindset masing2

De Mois said...

@нαηιмQαтяυηηα∂α Wahh..baguihh. Ni la contoh yang terbaik. Yang lain, belajar ye dari hanim.

shameel Iskandar said...

Apabila sudah terbiasa dgn pelbagai peraturan dan pantang larang akan menjadi kesukaranlah utk menyalahi kebiasaan dan menyangahi kelaziman.

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

@De Mois
eh! err.....*blushing*

De Mois said...

@shameel Iskandar Wah3..ayat yang mantoppp

De Mois said...

@нαηιмQαтяυηηα∂α Kah3..tau malu. Tp memang betul SS cakap 2. Hehe..saja nak bagi malu lagi.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami Datang Ziarah Blog Anda....
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

biar seperti padi lagi menunduk lagi berisi

Along Tapa said...

mindset tu penting untuk kita berjaga2 dan ego tu penting supaya kita nampak macho..

tapi...


kenala letak kat tempat yang sesuai...betul tak??

Gorengbaek - Tips nak nampak lebih muda...psichologically...

Hangit Habis dah - Ko ingat aku kisah kalo ko pandang slack??!

ieMa ackLes said...

xsalah nk ego...kena bertempat la.

.::: Princess MOMOY :::. said...

uit...sampai bermuncung
isk...isk..kenapa
best ke main kalau macam tu

Student Perlu Tahu | RESUME
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?

.izzati liyana. said...

err? sy xsuke g hospital..tp xdelah smpi saket nak mati pon x g an.hee :)

echah mashuri said...

ego biar btempt..

De Mois said...

@Along Tapa Yela..mesti kena ada gak. Kalau tak, hilanglah maruah

De Mois said...

@ieMa ackLes Betul..same like along

De Mois said...

@.::: Princess MOMOY :::. Dah soalannya susah, mana tak muncung momoy

De Mois said...

@.izzati liyana. Kah3..sekadar mengambil contoh dari Ismet Ulam Raja je

De Mois said...

@echah mashuri Yup..thanks

Miecyber said...

Mindset dan Ego ialah dua perkara yang berbeza..

Pramugari MAS mati disebabkan sindrom jet lag

Ungu said...

ismet ulam raja degil tanak gi sepital.
3 minit kemudian, on the spot mati.
=.=

tenangsudey said...

bukan xle ego.. tapi biarlah bertempat kan.. jgn sampai makan diri sendirik





Mari singgah ke Official BLog for Tenangsudey.

Wan Gerrard said...

mindset bleh ditukar, ego pula selalu ada dlm diri seseorang tu ^_^

De Mois said...

@Miecyber Tapi masih boleh dikaitkan lagi kan macam cerita di atas

De Mois said...

@UnguHaha..betul2. So, jangan ego2 yea

De Mois said...

@tenangsudey Hehe..yup n thanks ye

De Mois said...

@Wan Gerrard Wow..nice idea. Betul2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...