Tuesday, January 11, 2011

Babak standard dalam drama

33 SuaraSumbang
Alahai penat tau SS balik2 tengok drama atau cerita2 kat tv tu. Mesti nak selitkan adegan yang sama setiap kali diterbitkan. Kadang2 dalam filem pun ulang lagi babak yang sama. Kalau awal2 dulu takpe lagi. Mungkin boleh diterima sebab kelakar atau sedih. Tapi kalau dah beratu-ratus kali buat benda sama sampai sekarang, orang pun naik jelak. SS pun kadang2 tak faham kenapa director kita buat macam 2. Terlupa kot dah ada orang lain buat macam 2. Atau mungkin nak jadikan identiti beliau kot. Yang producer lak, asyik terlepas pandang je dengan adegan2 yang sama setiap kali ditayangkan. Haish..berikut adalah beberapa babak standard yang dapat SS terjah.

BABAK 1 :
Si A cakap seorang2 di depan untuk menasihati si B. Alih2 pusing belakang, si B sudah hilang sebab lari senyap2 tadi. Lepas 2, mula lah buat2 cari la. Buat2 panggil lah. Dah tau tengah bagi nasihat, yang tak nak tengok muka orang 2 kenapa? Dah hilang, tak nak pulak kejar. Biar macam 2 je...

BABAK 2 :
Babak paling susah kebanyakan pelakon nak buat. Babak menangis..mungkin penggunaan "eye-mo" dilihat begitu palsu, maka pengarah menggunakan kaedah menangis dalam cuaca hujan. Memang tak boleh beza lah antara air mata dengan air hujan. Paling tidak pun, lari masuk bilik cekup muka dekat bantal. Memang tak nampak pun tapi orang tahu lah dia tengah nangis.

BABAK 3 :
Ni yang paling SS dah naik bosan. Situasinya adalah seorang pelakon yang cuba berjalan ke satu arah dalam keadaan memaling belakang. Apabila kembali berpusing ke depan terus terhantuk pada tiang atau pokok atau apa objek sekalipun. Ala..bosannya. Kalau dulu tergelak la juga, tapi sekarang geleng kepala je la yang termampu. Dah tak pandai nak jalan kot.

BABAK 4 :
SS paling pelik part babak macam ni yang melibatkan seorang hero. Mesti dia kena kalahkan semua penjahat dulu. Lepas dah bermandi darah semua baru le segala polis, bomba, ambulans sampai. Hai.. lambat dapat maklumat ke??

BABAK 5 :
Ni mungkin sudah tiada kaitan, tapi SS tetap nak luahkan juga supaya lega perasaan ini. Babak dalam sebuah drama, standard la mesti ada lagu tema. Tapi rupa2 nya ada band yang tengah mengiringi lagu tersebut di bahagian background. Entah macam mana tiba2 je ada band main muzik kat tengah2 babak orang tengah gaduh ke, tengah bercinta ke. Tadi takde pun..haish, biasa cerita2 seorang pengarah ni memang ada part ni.

Patutlah kebanyakan cerita melayu orang boleh agak apa yang akan berlaku untuk babak berikutnya atau pun kesudahannya. Dah macam FINAS keluarkan memo wajib pulak kena buat babak macam 2. Cuba cari kelainan sikit...baik, kepada sesiapa yang nak tau apa perkara yang sangat typikal dalam drama melayu bolehlah mengunjungi blog Along Tapa yang kebetulan utarakan masalah sama minggu ini.





Kata SS : Kalau dah hari2 tengok cerita macam ni je, baik SS tengok wayang kulit je. Haha..syoknya hari ini negeri Johor cuti. Yang lain jangan cemburu buta ye...

33 SuaraSumbang:

iwan_dextrous said...

hihih..pasni try r wat filem..

Mr. Swift said...

Haha. Betul sangat tu!

ADfeez said...

hahaha.. tu la kesilapan kecil yg kadang2 producer lupa nk telitikan.. hehehe...
bila da selalu tgk..kekadang lawak tu nmpk murah dan bodo kan? ;)

ieMa ackLes said...

nak tgk ss wt filem pulak la lepas ni cmner....

Carl a.k.a Amer said...

jom kte lak wat drama

aqish basir said...

betul2..paling sokong babak 5..cehhhhhhhhhhhhhh

Nordin said...

Dan naik bosan dengan drama2 di malaysia ni.. Malas sudah mau tengok.. Hehe

Along Tapa said...

woo..mekasih backlink..babak ko memang nice bai..just aku nak tambah 1...kalo cerita hantu, mesti ada part tok imam baca2 lepas tu keluor api2..cehh..pengaruh drama indon betul...

Gorengbaek - Perkara yang typical dalam drama melayu

Hangit habis dah - Kata adik beradik...cenggini ke??

Kerat Senget - Permulaan cerita

De Mois said...

@iwan_dextrous
Tengah try la ni..tapi takde bajet la..kui3

De Mois said...

@Mr. Swift
Hehe..tq

@ADfeez
2la pasal boring gila. Kesian pun ada..

De Mois said...

@ieMa ackLes
Ni nak uji SS ke hape ni?? hehe..

De Mois said...

@Carl a.k.a Amer
Jom2..mesti meletup punya la. Sampai terbakar terus..haha

De Mois said...

@aqish basir
Hehe..tq. Common sgt ek..

De Mois said...

@Nordin
Huhu..siang cerita indon, malam drama melayu. Nak tengok apa lagi??

De Mois said...

@Along Tapa
Sesama..haah, lupa pulak. Memang dah trend pun sebab banyak sgt cerita hantu nya.

iEra NaDiRa said...

bukan tu je.. dalam cerita Melayu mesti ada babak makan sambil bincang2.

Buhsann. =____="

Bob Merley said...

tu pasal saye stop tengok drama dan filem melayu. dah tak tahan :)

De Mois said...

@iEra NaDiRa
Haha..tergelak pulak. Betul gak ek..

De Mois said...

@Bob Merley
Jgn la stop terus..kesian lak nanti kat diorang.

AdiaLuze said...

Ha'ah la hari ni Johor cuti...Alaaa...esok keja balik...hehehe..

List babak2 kat atas tu begitu tepat ngan citer2 drama kite skrg ni kan..huhuhu..

Dh join GA akak ker? ^_^

De Mois said...

@AdiaLuze
Ala..dengki la 2. Hehe..

Tak sempat la nak join2 ni. Nanti ada masa saya join ye kak. Tq..memang 2 la pe'el drama kita

hans said...

hahahahaha
betul juga tu

P/S : Mak Nih Bisinglah!!!! Cuba Mak Diam Sikittt!

http://aniesandyou.blogspot.com said...

bese la manusia

merahitujambu said...

napa endingnya sama jee setiap kali cerita sama jee..baik x yah tgok sbb dh th anding mesti sama punya.uhuk

odah + one = odahone said...

Babak 6 : tgh syok2 lyn sekali dia mmpi daa...peh! ptg stim btullh tgk cite mlayu yg cmni...tnsion

LOVE LETTER FROM 8 YEARS OLD BOY

Nadia Mashuri said...

hehe..
singgah bace2 and follow..
thanks follow saye..

jungrara said...

kekeke...same jer kan...

De Mois said...

@hans
Yup..tq

@http://aniesandyou.blogspot.com
Tapi saya tak biasa..hehe

De Mois said...

@merahitujambu
Tula pasal..senang sangat buat cerita

De Mois said...

@odah one = odahone
Haha..betul gak. Nice idea..

De Mois said...

@Nadia Mashuri
Tq juga..

@jungrara
Haah..gelak yea

Dark Half said...

tapi ada jugak drama melayu yg aku suka antaranya ghost lakonan anding indrawani dan cheryl samad. blogger boy dan KAMI pun best

currently aku layan tiramisu.sentuhan kabir bhatia mmg awesome!

De Mois said...

@Dark Half
Member aku ada tengok cerita tiramisu. Besh ke?? Se'besh' kek nya ke? haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...