Monday, January 31, 2011

Bertudung dalam bogel

20 SuaraSumbang
Rasanya dah banyak kali SS jumpa di kebanyakan blog yang SS lawati mengenengahkan isu ini. Sampai ada yang buat kontest pula untuk bergambar pakai tudung. Macam2..SS pun rasa nak kongsi juga lah sedikit sebanyak yang SS tau tentang masalah ini. Jadi, kalau ada perempuan yang tak puas hati dengan tulisan SS kali ini, amatlah digalakkan untuk tampil ke depan bagi meluahkan perasaan anda. Boleh kita bertukar-tukar pendapat.

Mula2 SS nak sampaikan 2 pengalaman SS apabila ditegur oleh 2 perempuan yang cuba SS tegur terlebih dahulu gara2 tidak bertudung. Ha..pelik kan. Alahai..orang yang nak tegur dia, kita pula yang disalahkan. Masa 2, SS baru darjah 6. Aih..kecik2 lagi SS mulut memang insurans tak cover punya. SS tegur la kawan SS ni sebab taknak pakai tudung. Muka dah cantik dah..terus dia jawab balik kat SS. "Suka hati aku lah nak pakai ke taknak, ini antara aku dengan Tuhan". Amboi..cantiknya bahasa, gila dah ready nak jawab dengan Tuhan. Nak jawab pe la nanti. "Ya Allah, aku tak ready lagi la nak pakai tudung. Umur muda lagi kot..nanti la he pakai boleh tak??" Nak jawab macam 2 ke. Aish..

Kes ke-2, bila SS belajar di kolej masa umur 18 tahun. Kali ini, SS buat pengakuan terbuka. Cehwah..SS cakap yang SS tak suka perempuan tak bertudung. Terus kawan SS marah, jangan cakap macam 2. Tak baik..macam merendahkan martabat wanita. SS nak tanya siapa yang merendahkan martabat wanita. Malah mereka sendiri meletakkan maruah mereka terlalu dibawah. Menutup aurat kan perintah Allah. SS ambil contoh artis la. Kalau berlakon, boleh pula pakai tudung. Perintah pengarah boleh ikut. Perintah tuhan susah sangat nak ikut. Di sekolah, comel je pakai tudung. Bila keluar, free hair pulak. Aih..perintah pengetua boleh ikut. Perintah Allah macam mana? Percaya ke tak ni Allah ada..tepuk dada, sakit la. Ha..sendiri fikir la yea.

Semalam SS keluar memerhatikan dunia semasa hari ini. SS sangat sedih tengok pakaian mak bapak dah macam orang pergi Mekah, sayangnya bila tengok anak sendiri naik meluat pula rasanya. Pakai dah macam tak cukup kain dengan terkinja-kinja nya. Yang ironinya, tahu pula 2 nak ikut mak pergi surau. Baguslah..ingat tuhan lagi. Tapi..kalau dah macam 2, apa gunanya lagi. Undang-undang Islam ambil separuh2 je. Mana sesuai ikut, mana tak tolak ke tepi. Apa punya Islam dah. SS pening la..sana sini orang mengata kaum anda. SS kesian dengan anda semua. Ayuh kita berubah ke arah yang lebih baik. Biarlah orang cakap perempuan bertudung kerana arus fesyen terkini. Sekurang-kurangnya, anda dalam proses perubahan. Membohong la kalau cakap tak sampai seru lagi. Nanti kalau dah sampai Malaikat Maut nak cakap apa?



Kata SS : Minta maaf sebab dah lama tak update sebab buzy dan tengah fokus dengan persiapan untuk menyambut kelahiran blog baru. Dah semakin hampir dah..wait and see jelah yea.

20 SuaraSumbang:

.izzati liyana. said...

wahh.isu hot ni.benda ni terpulang kat individu tu sendiri.kalau dia memang da betul2 sedar,automatically akn ubh semua.tu jenis xdpt hidayah lagi tu.tapi now ni makin ramai lak pakai tdg, pki short sleeves kdg2 sleeveless dgn leggings. fashion yg tah pape.rase mcm nak tarik je tdg dorg tu.bek xyh pki.wt malu org Islam je.

AZRUL AZMI said...

betul kata SS tu!!!!
tapi saya tak se'agresif' SS la nka cakap kat perempuan macam tu...
bagi saya, perempuan yang tidak memakai tudung ini sangat berani... kerana apa..??? kerana mereka sudah menyediakan jawapan untuk mematahkkan hujah kita untuk menyuruh diorang ni bertudung...
kadang2 saya terfikir, adakah orang yang tak bertudung ni menunaikan solat.... bukan apa... kalu difikirkan balik logik tak org yang tidak bertudung ni semayang... tak malu ke kepada Allah, tempat kita meminta pertolongan, bantuan dan segalanya. Kalu saya mesti malu...
LAgi satu, pasal artis, saya amat kagum dengan artis yang boleh berubah daripada tidak memakai tudung kepada memakai tudung.. kerana apa..??? kerana orang2 seperti inilah boleh menyedarkan masyarakat kita...

SS: kenapa nak buat blog baru...???

Along Tapa said...

tapi aku lagi rasa annoyed bila orang pakai tutup aurat gila babeng, muka suci murni dua kali peringkat...tapi hati busuk melantong macam longkang tersumbat...ngalahkan orang takde igama jek lagaknya..

cam emo lebih lak aku pasal ni..haha..


Gorengbaek - "Orang ni jam banyak yang gila"..Meon kata..Kenapa ek??

Hangit Habis dah - Haih....

De Mois said...

@Izzati liyana
Ha..2 yang sakit hati 2 tengok pakai macam 2

De Mois said...

@Azrul Azmi
Kita kena muhasabah diri semula la.

Sebab nak buat 1 lagi blog yang berasaskan keseriusan sediki. Tapi jangan risau blog SS ni tetap ada..hehe

De Mois said...

@Along Tapa
Haah..apasal emo ni. Tapi betul gak kau cakap.

iwan_dextrous said...

seeloknya kalau kita mampu tegur kte tegur..law x mmpu doakan je ler..

De Mois said...

@Iwan
Betul2..kena kekuatan 2 nak tegor

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

tak paham kenapa kat sekolah/masa berlakon boleh pakai tudung tapi lepas tu bukak. yang terbaru pergi kerja pakai, kalau tak kerja bukak. SS paham tak??? *tetibe plak tanya*

De Mois said...

@нαηιмQαтяυηηα∂α
Memang SS tak paham..tak paham sebab SS lak yang kena jawab. Haha

impish_yatie said...

huhu..aku harap, aku tak tergolong dalam golongan yg ko ckp ni.huhu..

btw, ade blog baru ke? sentap mak nak!!hahaha=P cayalah SS!

FasiHaH SupiaN said...

Yup, benda ni memang betul. Yang wajib tutup aurat.. kalau dia dah tutup aurat lengkap, tapi hati busuk, itu masalah lain. Yang asas wajib dan memang kene buat, tudung bukan fesyen, tapi maruah seorang perempuan. Tudung bukan setakat tutup rambut, tapi perlu tahu, tak ketat dan jarang, ramai yang pakai tudung tapi sebenarnya tak tutup aurat hari ini..ya, kadang ibubapa dah cantik pakaian, anak pula, sebab itu sebagai seorang Muslim, mereka perlu tahu, apa tanggungjawab mereka. Sebagai parents, they should know, what should be done and what should not be done. Sometimes, too sporting is the reason why they are not aware what is right what is wrong..

De Mois said...

@impish_yatie
Haha..kau memang SS kenal sangat. Bagus2..jaga aurat

Nak tau ke?? hehe..shhhh

De Mois said...

@FasiHaH SupiaN
Thanks semua girl2 yang bagi pendapat. Tapi SS teringin nak dengar dari gurl2 yang free hair?? Apa pendapat kamu?

ANATI SOKI said...

supaya tbukak pintu hati diorng nk tutup aurat.. AMIN... :)

KUREKURE COMEL said...

nak buat cmne....lg tegur...lagi angkuh jwpnnye...tanggungjwb kite sudah lps dlm beri nasihat...slps tu...terpulang la pd mereka utk menilai diri mereka.....

De Mois said...

@ANATI SOKI
Amin....fuhh

De Mois said...

@KUREKURE COMEL
Betul2..yg lain serah pada tuhan

abdul quddus said...

ada bberapa ayat yang aku RESPECT...teruskan menulis

De Mois said...

@abdul quddus
Hehe..tq. Selalu la jenguk ke sini yea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...