Saturday, January 8, 2011

Ibu buang bayi, anak buang emak

19 SuaraSumbang
Agak2 nya siapa menang?? Haha..melawan pula ye ibu dengan anak. Mesti mak dia menyesal tak buang anak dia masa kecil dulu sebab sekarang mereka sudah tersadai di rumah kebajikan orang-orang tua. Paling menyayat hati ada juga yang terbiar berseorangan di kampung. Entahkan makan atau tidak. Yelah..anak2 sudah merantau jauh ke ibukota. Sampaikan emak sakit pun tak nak balik jenguk. Mungkin tak berani sebab takut berjangkit kot.

Itulah gambaran sebenar yang berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang ini. Kalau kita imbau kenangan dulu2, memang banyak kes dimana ibu terbiar tanpa belaian kasih sayang anak lagi. Sampaikan kita pernah terdengar, "Ibu seorang boleh jaga anak yang berderet-deret sampai sepuluh orang, tapi anak yang sepuluh orang ni pun tak boleh nak jaga ibu seorang". Apalah masalah sangat nak jaga orang tua sendiri ni sampai orang lain yang nak kena jaga makan pakai emak kita. Sampai hati kita berkelakuan begitu. Ada juga yang tergamak mempersoalkan tanggungjawab ibu yang tidak menjaga mereka semasa mereka kecil. Sebab 2 kena hantar rumah kebajikan sebagai balas dendam akibat kena hantar nursery suatu ketika dahulu. Dangkal sungguh pemikiran manusia.

Itu isu lapuk..meskipun masih berlaku di kala ini namun isu buang bayi jelas lebih popular lantas mengambil tempat atas kebanyakan kes yang dilaporkan di negara tercinta ini. Jelas sekali Malaysia semakin hampir menuju ke tahap negara2 maju yang lain dalam menjalinkan hubungan seks sebelum nikah. Jadi adakah ini bermakna  kes buang bayi lebih jahat dari kes buang ibu kerana sekurang-kurangnya masih dibawah jagaan pihak tertentu? Bagi SS, jawapannya sama sahaja jahat setannya. Kedua-duanya berlaku atas kehendak nafsu yang mengatasi pemikiran. Subjek utama adalah manusia & ternyata manusia semakin hilang pertimbangan dalam membuat keputusan rasional. Inilah perihal yang berlaku pabila manusia sudah tidak menghargai manusia yang lain meskipun dari darah dagingnya sendiri. Isu ini bukan SS terhadkan kepada wanita sahaja, malahan lelaki juga menjadi punca apabila tidak bertanggungjawab di atas perilaku terkutuk mereka. "Dah sedap tinggal macam tu saja".

Adakah jari ibu ini & anaknya berkekalan untuk 
saling bersentuhan? sumber google



Kata SS : Seminggu sudah tidak dapat update & BW kalian punya blog sebab sibuk sangat. Harap kalian tak marah..haha. Macam fofular je..

19 SuaraSumbang:

Nabila Azureen Azis said...

salam. sokong 100 persen trhdap pndangan anda. seorg ibu mampu menjaga 10 org anak, tp 10 org anak mustahil dpt mnjaga sorg ibu.

nice post. keep writing :)

iwan_dextrous said...

buanng bayi berdosa besar sebab membunuh nyawa...buang ibu berdosa besar jugak sebab syurga di bawah telapak kaki ibu..semua tu dosa besar..x ad beza pun...

Dextrous cyber life

Along Tapa said...

menjaga ibubapak=tanggungjawab anak
menjaga anak=tanggungjawab ibubapak

dua2 ni hubungan tanggungjawab dengan tanggungjawab..kalo tak dijalankan tanggungjawab ni, cemana kita nak ngaku muslim??sebab hidup beragama tu pun satu tanggungjawab gak..cemana nak ngaku kita ni khalifah bumi?sebab pegang title khalifah pun tanggungjawab jugak..ehem..dah jadik HHD lak komen ni...tata~

Gorengbaek - Pengaruh sekolah yang tak patut dibawak pegi rumah...

Hangit habis dah - Lu kan..perangai macam p*** la bangang...

Mohd Shafiq Izwan B Abdullah said...

manusia akhir zaman..

De Mois said...

@Nabila Azureen Azis Tq..terharu i tau..hehe

De Mois said...

@iwan_dextrous Of coz..2 yang aku cakap sama je jahat setannya. Hahaha

De Mois said...

@Along Tapa Haha..kau memang tak boleh lari dari HHD kau 2. Kira tanggungjawab gak 2. Nice persamaan kau. Kui3..

De Mois said...

@Mohd Shafiq Izwan B Abdullah Simple tapi bermakna..tq. Hehe..

ieMa ackLes said...

berdoa je agar kita xterjerumus dari melakukan dosa2 buang bayi atau mak..

De Mois said...

@ieMa ackLes Alala..bagus2. Niat 2 penting..jangan sampai tergamak buat macam 2 yea

sarah honey said...

sokong3..
smoga kita djauhkan dari mnjadi ank drhaka,dan dijaohkan dari dosa-dosa besar sekalian..

De Mois said...

@sarah honey Yup..berdoalah mintak jauh banyak2. Takut tau..

h A n Y S said...

situasi ni yg aku takutkan skang..dah byk kes..harap aku tak tergolong dlm golongan anak2 yg mcm tu..

De Mois said...

@h A n Y S Yup..harap2 macam 2la. Tapi jangan risau, kau takkan kena buang punya sebab bukan bayi lagi. Hehe..

aqish basir said...

qis sokong dgn pendapat awak

haishhhhhh
harap2 budak2 ni sedar la

FasiHaH SupiaN said...

Dua2 tak bagus untuk dilakukan..berdosa....

Cerita Semalam -Pesta Coklat Malaysia, Miod Valley

De Mois said...

@aqish basir Thanks..memang budak2 pun. Tak berfikiran langsung..

De Mois said...

@FasiHaH SupiaN Hehe..betul2. Hish..

Ain Zulaikha said...

jadi, adakah dunia ini adil? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...