Sunday, January 23, 2011

Keputusan pilihanraya DUN Tenang - updated

2 SuaraSumbang
Ramai yang boleh menjangkakan keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang. Ramalan kuat mengatakan bahwa kerusi itu kekal menjadi milik Barisan Nasional. Memang agak sukar untuk membenarkan kenyataan akan ada kejutan berlaku di DUN ini apatah lagi kawasan ini adalah kubu kuat parti pemerintah ketika ni. Ini ditambah pula dengan calon pembangkang yang meletakkan calon wanita bergelar seorang guru tatkala berdepan calon BN yang mempunyai ijazah sarjana politik dari luar negara.


Bagi SS, biar apa pun kelayakan yang mereka ada itu bukanlah tiket untuk menjamin mereka bagi memenangi kerusi. Yang penting adalah penguasaan dari segi komitmen kepada rakyat dan tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi untuk membangunkan kawasan mereka. Dah gaya macam penganalisis politik pula SS ni. Bukan apa, SS memang minat sebenarnya dengan isu2 politik tanah air kita. Cuma baru ini sahaja dapat berpeluang analisis pilihanraya kecil sejak ada blog ini. Kebetulan pula, Tenang ni memang kampung SS. Hari2 lah Felda Tenang, kampung SS ni masuk RTM dengan tv yang lain.

Lagipun, bagus juga kepada pembaca yang berminat dengan isu politik ini. Apapun, nanti SS akan bawakan kepada anda keputusan penuh pilihanraya kecil DUN Tenang yang bakal berlangsung pada 30 Januari ini. Sama2 kita melihat sama ada BN akan mempertahankan kerusi nya atau akan berlaku kejutan nanti.
Berikut adalah calon2 yang bakal bertanding untuk pilihanraya kali ini.

Azhar Ibrahim (Barisan Nasional)


Normala Sudirman (PAS)




Kata SS : Lepas ini SS nak cover pilihanraya DUN Merlimau pula sebab kawasan kampung teman SS pula. Yang penting, kepada pengundi semua jangan lupa undi calon yang bukan sahaja berkaliber tetapi sihat2 belaka. Tahu kan sebab apa??

2 SuaraSumbang:

fze said...

sye sokong!

De Mois said...

kau sokong siape ni fze??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...