Wednesday, January 26, 2011

MLM - Nasib di tangan anda

18 SuaraSumbang
Singkatan kepada maksud asal iaitu multi-level marketing yang kini semakin serasi dengan dunia hari ini. Rasanya SS tak perlulah terangkan apa maksud nya kerana SS yakin umum pasti mengetahuinya malah mungkin lebih arif dari SS. Sekarang ni, di mana jua anda berada pasti akan pernah terdengar akan perihal ini. Ini bermakna MLM sudah menjadi perkara lazim dalam masyarakat sejagat.

Namun SS ketika ini sedang mempertikaikan sejauh mana kebenaran perniagaan ini yang kini lebih kerap dilakukan melalui internet. Online marketing dalam bahasa mudahnya. Sebut sahaja nama2 besar seperti Uptrend, RPI, Bulohmas, Luxor dan bermacam-macam jenis lagi, pasti ramai yang mungkin sudah lali mendengarnya. SS cuma nak minta pendapat pembaca sekelian samada perniagaan sebegini rupa boleh dipercayai sekaligus digunapakai dalam kehidupan kita. Menceritakan pengalaman SS yang sudah melalui pelbagai closing bertujuan untuk menarik pelanggan bagi menyertainya, SS begitu hampir tidak percaya dengan sebarang bentuk perniagaan MLM. Apatah lagi SS juga nyaris menjadi mangsa penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Serik SS dibuatnya..

Pada SS, MLM mungkin ada kebenarannya. Namun kebanyakan yang SS jumpa lebih kepada berunsur penindasan yang mana hasil keuntungan orang bawahan akan diagihkan sedikit kepada orang atasan yang mempunyai point lebih besar. Dalam kata erti lain, sistem piramid yang sama sekali haram disisi Islam. Kalau dilihat kepada modus operandi program seumpama ini boleh dikatakan hampir sama. Mereka akan diberi 1 sesi ceramah yang dipenuhi dengan kata2 manis hingga membuat pengunjung dikaburi dengan kekayaan yang mereka perolehi. SS bukan apa..bimbang lah kalau tak dibuat begini makin ramai lah yang terus terjebak dek kerana terlalu mengejar kekayaan. Yang SS perasan, pengunjung yang pergi ceramah pun orang Melayu juga. Namun, mungkin ramai juga yang membantah dengan tindakan SS membongkar perkara ini. Namun SS cakap berdasarkan pengalaman SS. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Bak kata salah salah seorang usahawan MLM yang pernah SS temui, "Hidup adalah pilihan, bukannya nasib"


Kata SS : Ingat template ni SS nak guna untuk blog kedua SS yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tapi rasanya macam seronok je pakai kat sini. Hehe..

18 SuaraSumbang:

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

Waa template baru ye!

Penat kan menepis ajakan2 MLM ni.. Sape la yang tak nak senang kan, tapi caranya mesti la betul.. Takde shortcut2 nya..

http://aniesandyou.blogspot.com said...

hampir terjebak ttp alhamdulillah...TERSELAMAT

Nadia Mashuri said...

Ayh slalu jer dpt twrn cmtu..
tapi ayah xjoin pun..

De Mois said...

нαηιмQαтяυηηα∂α - 2 yang nak cuba bagitau, takde jalan pintas nak berjaya

De Mois said...

Anies - Bagus..syukur selamat

De Mois said...

Nadia Mashuri - Ok lah camtu, jangan percaya sangat

hans said...

den xpercaya MLM

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

De Mois said...

Apa yang ekau percaya eh?? Haha..

tenangsudey said...

daripada masuk MLM baik wat bisnes sendiri.. xde benda mudah dalam dunia...





Mari tengok Top 10 Most Expensive Cars in the World 2010

Along Tapa said...

aku ingat MLM tu stands for mampoih la mu...bukan eh...

nak buat blog kedua ek De Mois...SS versi ganas ke??hihi...

Gorengbaek - Tips untuk dapat idea buat entri..

Hangit Habis dah - Entri jiwang versi Along..cuba korang tafsirkan...

Khairul Antasha said...

sy lansung xpenah berminat & nk amik tau psl MLM nih.. hohoh

Amanina Sofea said...

sye xpena tahu pun psal MLM nie..

HAQ said...

dri ape yg ambe tgk, ad yg sukses n ad gak yg kantoi... so if kpde sape2 yg berminat ngn MLM, enter at your own risk ok... ambe x minat pon bnde nie

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

EEEEMMMM aku tak ade bakat jadi jurujual MLM ni tak pandaiiii... tak pandai mengayat orang.... biarlahhh diorang nak kaya pasal MLM ni tapi jangan tipuuuuuuu

Sham said...

salam kenal bro...

pernah gak join MLM suatu ketika dulu...tp tak leh g...

Ain Zulaikha said...

actually MLM ni ada pro an kontra dia kan... benda ni sebenarnya ada faedah dia, cuma antara kita kena tipu atau pun kita tak rajin nak melakukan sesuatu.. tp saya mmg tak sukakan MLM.. hehhheheh

Trah Wann said...

Tak pernah tahu dan taknak ambil tahu pasal MLM T___T

Bytheway template baru superb ! ^^

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MLM katanyerrr menjana ekonomi.... tapi aku tengok ramai yang lingkop sparuh jalan..... buang masa tinggal anak bini berjuang utuk MLM.... issshhh udah lerrrr tak mau lah aku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...