Tuesday, January 18, 2011

Perihal ubat nyamuk

33 SuaraSumbang
"Woi..ada ubat nyamuk tak?? Aku nak bunuh nyamuk kat bilik aku ni.." Itulah antara dialog yang sering kita dengar setiap kali berada di kawasan perumahan, rumah sendiri atau bilik kita bilamana didatangi nyamuk. Memang perasaan benci sentiasa hadir di segenap sanubari ini. Yelah..terutammanya ketika sedang dibuai mimpi, tiba2 datang pula serangga ini menggigit 1 badan. Apa lagi, angin mari..nyamuk pun dibunuh dengan kejamnya menggunakan ubat nyamuk, tak kesah la..ridsect ke, baigon ke waima lingkaran ubat nyamuk sekalipun. Kalau nak moden sikit pakai lah ubat nyamuk elektrik.

Namun, bukan isu itu yang SS nak sentuh. SS cuma tertanya-tanya yang nyamuk 2 bukan kita nak bunuh ke..hai, kalau dah macam 2 kenapa kita nak bagi ubat pula. Ubat kan untuk kesihatan.. Maka dengan pemberian ubat ni bukan boleh membunuh sebaliknya membantu nyamuk untuk terus hidup subur. So, lepas ni kita kena tukar ayat la. Kena pakai racun nyamuk ke, pembunuh nyamuk ke. Tapi kalau tak berani nak guna ubat nyamuk, bakar jela. Kan dah cakap..kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. 2 baru cerita pasal ubat nyamuk. Ada banyak lagi ayat yang tak sesuai digabungkan dengan perkataan ubat ni.

Dalam bidang kesihatan terutamanya, apabila pesakit minta ubat itu ubat ini. Sebagai contoh cirit-birit. Mesti minta kat doktor nak ubat cirit-birit. Kalau pesakit lain pula, nak ubat demam la, ubat batuk la. Kan kita nak sihat..maka minta lah ubat taknak cirit-birit, ubat taknak demam, ubat taknak batuk.  Rungsing pemikiran SS setiap kali melihat perkara ini berlaku. Silap2 boleh kena migrain. Tapi jangan risau..kan kita ada ubat taknak migrain. Ha..ingat 2!! Ubat taknak migrain...lepas ni dah boleh praktikkan amalan ini di rumah yea. -gambar sumber  google 






Kata SS : Siap sedia hari khamis ini, ada Pesta Thaipusam. Ada acara menarik setiap tahun terutamanya di Batu Caves..huhu

33 SuaraSumbang:

Nadia Mashuri said...

hahaa..
bukan ubat nyamuk..
racun serangga..

Armiza said...

ohh incik...kasi itu ubat kasik itu nyamuk tarak boleh idup satu...percuma laa...kalu bayar saya x mau beli sama incik....=P

De Mois said...

@Nadia Mashuri
Kih3..salah la ni yea

De Mois said...

@Armiza
Aiyaa..wa tarak mau jual la. Itu pasai wa punya nyamuk manyak sihat

arep_lockermonth said...

nyamuk mmg menyakitkan ati!

caliph shuriken said...

patot nyamuk sehat2 sbb dpt ubat, hukk...

De Mois said...

@arep_lockermonth
Kah3..nyamuk ke kau yang sakit hati ni??

De Mois said...

@caliph shuriken
Tahu takpe..stop bagi ubat kat nyamuk

Mr.IX said...

dah jadi kebiasaan kan...org lain pn fhm maksud dia...haha

Klik-Klik-Klik!! :
Minum Milo Jadi SIhat dan Kuat!!!

Along Tapa said...

ubat nyamuk tu efektif sebab dia letak banyak2..tak caya cuba ko telan ubat banyak2...apa jadik??haha

Gorengbaek - Kelemahan-kelemahan kaum jantan..

Hangit Habis dah - Transformasi HHD

ShafiqIzwan said...

siap sedia khamis ni xde kelas hehe.

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

haha.. tak terpikir lak sebelum ni.. mungkin pasni kena panggil ubat pembunuh nyamuk (panjang sangat la pulak nak nyebut huhu)

JR Shoppe said...

Penggunaan bahasa kita memang kdg2 kurang tepat. Sama juga macam "sembahyang", sembahyang adalah dari bahasa Sanskrit bererti sembah dewa-dewa (yang bermakna dewa-dewa). Tapi masyarakat Melayu dah selesa dgn istilah itu sedangkan istilah "solat" adalah lebih tepat..

sahromnasrudin said...

saya nak mintak ubat gegat..nak kalau lipas kat dalam almari hehehehehe

gadisBunga said...

ubat nyamuk tu sebenarnya adalah ubat untuk kita. nyamuk tu adalah penyakit. sama macam ubat cirit birit. cirit adalah penyakit.

just my 2 cents. :D

aqish basir said...

daripada nyamuk baik lipas hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

haha...sangat-sangat la logic dear
momoy suka
Peristiwa itu masih menhantui diriku...

ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI

De Mois said...

@Mr.IX
Hehe..saja buat orang makin tak paham

@Along Tapa
Kau try dulu la along...huhu

De Mois said...

@ShafiqIzwan
Kalau cuti reti pulak nak siap sedia yea..haha

De Mois said...

@нαηιмQαтяυηηα∂α Panjang sangat 2..tp boleh diterima la

De Mois said...

@JR Shoppe
Yup..saya lebih selesa guna words solat

De Mois said...

@sahromnasrudin
Taknak.....

@gadisBunga
Owh..macam itu ka?? Yang lain setuju x..

De Mois said...

@aqish basir
Dari lipas baik gajah je..haha

@.::: Princess MOMOY :::.
Thanks momoy

Wan Gerrard said...

ubat nyamuk tu untuk tipu nyamuk, diorang ingat tu ubat..rupenyer racun wakakaka :P

Solihin Zubir said...

banyak lagi sebenarnya..
ubat nyamuk..
ubat gegat..
ubat gigi...
haha..

De Mois said...

@Wan Gerrard
Haha..kesian2 nyamuk kena tipu

De Mois said...

@Solihin Zubir Yup..jgn guna jugak

Mknace said...

:) :) :)
hehehe.. satu satunya ubat untuk bunuh
terbaeekkk!!!!

singgah pagi dari mknace unlimited

De Mois said...

Hehe..betoi3

aNiS tHe BumbleBee said...

hihihi..kite sebut spray nyamuk...yawww!

Imran nyambek said...

sembur pakai deodorant je.hehe

De Mois said...

@aNiS tHe BumbleBee haah ek..ada gak yang sebut spray kan

De Mois said...

@Imran nyambek Amboi..wangi la nyamuk 2 nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...