Saturday, January 15, 2011

Segmen Santai : Hilangkan rasa bosan ketika di bilik termenung

15 SuaraSumbang
Yayah..sekali lagi kita bertemu dalam ruangan untuk tenangkan minda anda. Sambil kita belajar suatu benda yang baru, SS harap anda boleh hilangkan tekanan masing2 dengan membaca apa yang cuba SS sampaikan ni. Boleh tahan juga tips yang SS nak bagi ni. Sebelum 2, SS nak tanya kalian tahu tak apa yang dikatakan dengan bilik termenung ni. Haha..pandai pun. Itu adalah sinonim kepada tandas ataupun jamban. Mesti boring kan duduk lama2 kat dalam 2 sebab anda pastinya tidak digalakkan untuk bergerak. Jika tidak, pastinya akan berciciran lah jawabnya. Nak2 kalau anda mengalami cirit-birit..berjam-jam lamanya la jawabnya. Dari itu..SS sedia membantu dengan beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan anda rasa cepat bosan setiap kali mahu menghabiskan sisa2 najis anda.

Cara 1 :
Menyanyi..ini adalah cara yang mungkin sudah menjadi kebiasaan atau pun trademark kebanyakan manusia yang kuat melabur. Ini penting juga kerana mungkin anda semakin serasi untuk berada lebih lama disana. Banyakkan menyanyi lagu yang mudah2 & ringan2 bagi mengelakkan masalah untuk penyahtinjaan. Ingat, jangan sekali-kali cuba membawakan lagu nasyid kerana berunsur ketuhanan.

Cara 2 :
Air..bermain dengan air paip boleh membantu anda menghilangkan tumpuan terhadap pelaburan anda itu. Cuba lakukan sesuatu yang menarik terhadap air seperti memancut-mancut ke arah dinding atau pintu dan menyembur ke arah lantai. Walaubagaimanapun cara ini dilihat boleh membawa kepada pembaziran melainkan anda sudah bersedia untuk menjelaskan bil air yang melambung.


Cara 3 : 
Membaca..kaedah ini sangat lapuk tetapi masih sangat berguna terutama ketika anda dalam kecemasan seperti kes ini. Anda boleh membawa pelbagai majalah, novel, komik atau suratkhabar sekalipun bagi meredakan ketegangan anda. Pastikan anda tidak membawa majalah yang berunsur lucah kerana dikhuatiri boleh membawa kesan buruk apatah lagi anda sudah berada di posisi yang selesa.


Cara 4 : 
Berbual..ini satu langkah yang dianggap proaktif bagi anda tetapi tidak bagi kawan anda. Berbuual yang dimaksudkan disini adalah menggunakan telefon atau handphone. Anda boleh berborak panjang dengan rakan anda atau teman 'special' anda untuk melupakan seketika masalah yang anda hadapi. Yang pasti, jangan beritahu yang anda sedang berada di dalam tandas kerana bimbang boleh mendatangkan rasa loya tekak tambahan jika sedang menikmati juadah.

Cara 5 :
Karang..bukanlah bermaksud anda terken batu karang tetapi cupa karang atau cipta sebuah lagu sepanjang berada di sana. Mungkin nampak janggal tetapi sudah banyak testimoni yang menyarankan cadangan ini. Malah kebanyakan penulis lirik & komposer mendapat ilham dari bilik air. Anda boleh menggunakan pelbagai prop untuk kesenangan anda seperti gitar, drum, keyboard dan sebagainya. Apapun, anda akan mengalami masalah ketika hendak menyucikan diri anda nanti kerana kini bilik air anda adalah sebuah studio jamming.
 
Cara 6 :
Ini cara optional..terpulang kepada anda untuk melakukannya atau tidak. Gunakan jamban mudah alih yang boleh digunakan pada bila2 masa sahaja jika anda memerlukannya. Anda boleh beristinjak di hadapan televisyen, di kamar tidur, di dapur, di laman rumah atau di mana jua anda berada. Namun kaedah ini masih diragui keberkesanannya. Anda mungkin mengundang perasaan malu pada diri sendiri dalam masa sama menyebabkan orang disekeliling anda sudah mula menjauhkan diri dari anda setelah melihat aksi "man to watch" anda itu.. 

Setakat 6 tips sahaja yang SS dapat bantu. Rasa bersalah sangat tak dapat tolong nak bagi banyak tips ni. Tapi SS tak tau la yang kesemua 6 cara ni pun belum tentu dapat dipenuhi. Andai kata mahu kelainan, lakukan kesemua tips ini pada setiap hari yang berbeza. Ini boleh mengelakkan anda dari berhadapan rutin yang sama setiap kali menerjah ruang tandas terbabit.

15 SuaraSumbang:

Wan Gerrard said...

main game pun terbaik gak ^_^

Nadia Mashuri said...

huhu.. no komen..
=)

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

haha. mula2 tgk tajuk, reaksi===>apakah~ tapi dah baca, leh terima gak cara2 tu hehehe. setuju gak dgn inche wan gerrard kt ats tu, main game atau on9 bg yg guna hp. ^.~

ieMa ackLes said...

on9 kt fb buat status tgh berry..
huhu

Along Tapa said...

tapi tetap tak boleh kalahkan bersilat...sebab bila bersilat, force yang kita gunakan boleh dialihkan ke situ...jadik, pengeluaran akan menjadik lebih lancar dan bergaya...

Gorengbaek - Tips nak rampas tunang(?)

Hangit Habis dah - Aku tak panggil ko datang..yang ko menggedik datang bakpe?

De Mois said...

@Wan Gerrard
Hohoi..nak main ps3 ke x-box ni??

@Nadia Mashuri
Tak terkata kau. Kih3

De Mois said...

@нαηιмQαтяυηηα∂α Hehe..saja je. Boleh gak buat idea 2. Dia memang selalu main game. Huhu..

De Mois said...

@ieMa ackLes O ala..sampai 2 pun kena bagitau yea. Haha..

De Mois said...

@Along Tapa Boleh 2 memang boleh..tapi kena cari silat yang cangkung lah. Kalau x, problem 2

dayah asri said...

nice blog. keep it up. :)

Solihin Zubir said...

ahaha.. berak pon bley bosan eh..

iwan_dextrous said...

den tag ekaw

Dextrous cyber life

░♥si lampu neon♥░ said...

entri ni lawak gile ok ! hahahah mengelamun je sudah.. =p


Check it out Entri Paling Best !
# # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
# Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#

De Mois said...

Berak la paling boring kan.
Kena mengelamun je. Huhu..tq

sukahaha said...

tido pun best gak.. lebih-lebih lagi bila musim hujan ni hehe..

jemput sini yer
blog Matdin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...