Wednesday, January 12, 2011

Segmen Santai : Peribahasamu peribahasaku - tidak terperi

18 SuaraSumbang
Ini segmen pengenalan SS dalam ruangan santai yang membawa pembaca semua berfikir tentang isu2 yang ringan sahaja. Dalam masa yang sama, SS beri anda peluang belajar tentang perkara2 yang mungkin sudah lama berlalu. Untuk topik yang julung2 kalinya SS nak bawakan kepada anda tajuk peribahasa yang sudah tidak relevan lagi kerana boleh membawa maksud yang negatif atau memberi kesan buruk jika disalahtafsirkan. Berikut adalah peribahasa yang tidak wajar digunakan lagi & mungkin perlukan sedikit modifikasi..

Peribahasa 1 :
Biar mati anak, jangan mati adat.
- SS merasakan ianya sangat tidak sesuai digunakan kerana sanggup melihat anak sendiri mati daripada  
  membiarkan adat pupus dalam kehidupan seharian. Kan lebih cantik spesifik kan terlebih dahulu seperti 
 anak kucing, anak tekak atau anak baju.

Peribahasa 2 :
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
-Mungkin sudah menjadi kebiasaan barang yang sedikit seperti duit syiling, jika disimpan maka akan 
 bertimbun lah duitnya seperti bukit. Namun, ianya seperti tidak logik jika sebenarnya kita mengambil sedikit 
 demi sedikit duit yang kita tabung 2. Bukankah ianya semakin sedikit. Tak jadi bukit lah jawabnya.


Peribahasa 3 :
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.
-Walaupun membawa maksud yang murni dimana seseorang itu boleh sesuaikan diri dengan mana2 tempat
 sekalipun, namun agak bermasalah jika berada di kandang harimau. Pastinya mereka akan mati dibaham 
 tanpa sempat mengaum sekalipun.


Peribahasa 4 :
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
-Yang ni memang SS dari sekolah rendah tak faham2 lagi. Kenapa lah orang suka sangat dengan negeri 
  sendiri yang hanya ada hujan batu memandangkan pada akhirnya disebut..'lebih baik di negeri sendiri'. Kan 
  lebih kaya jika berada di negeri orang. Banyak emas tu.

Peribahasa 5 :
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
-Ini sangat berbahaya terutamanya jika terdedah kepada kanak2 bawah umur yang masih belum mumayyiz. 
 Dibimbangkan jika mereka cuba untuk menggenggam bara yang masih panas itu. Pastinya akan
 mendatangkan kecederaan.


Peribahasa 6 :
Air dicincang tidak akan putus.
-Yang ini lagi lah tak boleh digunapakai. Air memang tak akan putus kalau dicincang. Tapi sekiranya kita
  gagal untuk menjelaskan bil air kerana masalah kewangan apatah lagi sering meminjam ceti haram, pastinya
  air dirumah akan putus jua selain akan dicincang oleh 'ah long'.

Sebenarnya SS nak buat 5 peribahasa je. Yang ke-6 tu saja SS tambah lepas terbaca ada komen macam ni. Namun segalanya memberi kesan seperti yang SS cakap diatas sekiranya kita mengambil maksudnya secara direct. Baiklah, setakat ini sahaja pembelajaran kita untuk segmen kali ini. Mana yang tidak faham, boleh segera angkat tangan untuk bertanyakan soalan. Jangan malu2 yea..


Dalam ruangan ini, SS tidak akan menyediakan selingan bagi Kata SS lagi kerana menganggap ini hanya ruangan untuk tenang2 kan fikiran anda. Terima kasih..hingga bertemu lagi di segmen yang sama akan datang.

18 SuaraSumbang:

fyna said...

hihihi..
siap huraian lg...
besh...
just utk release tensen..



jom join n follow2 belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

gadisBunga said...

hahaha. definisi peribahasa 2011. boleh diterima!

odah + one = odahone said...

Peribahasa 7: Harapkan pagar, pagar yg tlg bukak pintu pagar...hoho...


LOVE LETTER FROM 8 YEARS OLD BOY

Nadia Mashuri said...

huhu..
singgah bace2 n follow..
=)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ini sudah bagus...siap ada huraian terperinci lg...hehehehehe...walau mcmana pun.. org kita tetap guna jg peribahasa ni...

De Mois said...

@fyna
Hehe..saja2 je buat santai2

Thanks..nanti SS pergi

De Mois said...

@gadisBunga
Yeyeh..dah dapat kelulusan

De Mois said...

@odah one = odahone
Haha..yang ini tak tau pula kerja pagar

De Mois said...

@Nadia Mashuri
Hehe..tq.

De Mois said...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
Of course la..peribahasa kan turun-temurun 2. Hehe..just nak release tension

Hanis MY said...

hahha lawak la huraian yg sgt kelakar...salam kenal dan folo...

De Mois said...

@Hanis MY
Hehe..salam jua

Hanis MY said...

hehe cadangan menarik tu! tapi sy bukan galmer time worst takde org nk ambik gambar time best je ada hehe

sissyira said...

salam

bagus3...

kita belajr peribahasa melayu sekarang, melayu takkan hilang di dunia :D

De Mois said...

@Hanis MY
Haha..ada lak camtu. Nanti SS amik kan

De Mois said...

@sissyira
Kih3..hidup melayu. Opps te'racist' lak

Along Tapa said...

peribahasa hujan tu, sebenornya ayat tak habis...ada part awal yang dilupakan..sebab tu macam tak logik..

peribahasa yang takleh pakai lagi skang..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga..tupai skang dah tak sibuk melompat..diorang dah jadik artis...siap ada filem lagi kat wayang..cerita alvin and the chipmunks tu..

Gorengbaek - Perkara yang typical dalam drama melayu

Hangit habis dah - Ko ingat ego tinggi tu bagus ke?

De Mois said...

@Along Tapa
Hoho..tolong bagitahu aku apa ayat yang aku tak ketahuan 2.

Hehe..banyak lagi sebenarnya peribahasa yang tak sesuai. Nice2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...