Friday, January 14, 2011

Tipu!! tipu!! tipu!!

12 SuaraSumbang
Sahaja je SS nak kongsi2 sikit pengalaman SS yang pernah menerima e-mel mahupun SMS yang boleh dikategorikan berbahaya la juga jika ada sedikit kecuaian. Walaupun kerap kali kedengaran iklan2 di radio yang menyuruh kita sentiasa berwaspada dengan setiap e-mel yang kita terima, namun kalau dah memang nama pun manusia..memang sentiasa nak kena beringat. Masih lagi dalam konteks penipuan berbentuk wang ringgit. Tapi kali ini menggunakan modus operandi yang berbeza. Kalau dulu..ada yang sering menerima mesej berbentuk, "Tahniah..simcard anda memenangi RM100,000. Sila masukkan no akaun anda....bla...bla...untuk menebus wang anda!!" Ada juga yang menerima e-mel yang mengatakan mereka telah dipilih sebagai pemenang untuk sebuah peraduan anjuran mana2 syarikat besar seperti Petronas, Pepsi dan banyak lagi.

Pelik betul SS macam mana ramai boleh terpedaya dengan ada yang masukkan sejumlah wang yang didakwa sebagai syarat untuk menebus hadiah kemenangan. Bukan sikit2..ribu2 pun ada juga yang sanggup. Nampaklah kebodohan disamping sikap tamak tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Baik..mungkin cara itu sudah tak laku lagi. Yelah..ramai yang dah kena. Takkan nak buat cara sama. Sebab kalau dalam 1 rumah pun ada 2-3 orang boleh menang, tak ke membohong namanya tu?? Maka datanglah 1 idea baru untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah ini. Dan SS antara orang yang diharap sangat dapat memakan umpan mereka. Ada 2 cara yang dilakukan & berlaku dalam tempoh tak sampai 2 minggu pun.

Cara yang pertama adalah mereka seperti biasa menghantar mesej secara rawak dengan berkata, "Tolong masukkan topup RM40 kat no ini..012-xxxxxxx. Ayah ada di balai polis..jangan telefon dulu. Nanti ayah bagitau masalahnya". Ni ayat SS olah sikit untuk mudah difahami. Kebetulan sms ni ditujukan kepada ayah SS. Dan oleh kerana ayah SS ni baca sepintas lalu sebelum beritahu kepada ibu SS, apa lagi kelam kabut lah mereka. Cepat2 pergi petronas nak beli topup walaupun baru pukul 7 pagi. Dalam pada itu, emak SS pun telefon no SS yang masa 2 jauh di perantauan sebab adik beradik yang lain memang ada dekat rumah. Terkejut lah SS bila emak SS tanya yang SS ni kat lokap ke. Aih..pelik tul. Dalam hati mak SS, mesti ada orang nak buat tak baik ni. Duit pun melepas lah 40 ringgit. Tapi nak dijadikan cerita ayah SS balik2 terus cakap topup kat kedai dah habis. Lalu telefon SS balik untuk menceritakan hal sebenarnya. SS mintak forwardkan mesej 2 & ternyata palsu melihatkan tulisannya seperti dari seberang.

Lagi 1 cerita tentang emel yang SS terima pula..ni lagi dahsyat. SS dapat emel dari kawan SS. Memang pun nama dia. Dia cerita la yang dia sekarang ada dekat UK untuk bercuti. Tapi masa nak balik dia sangkut la pula sebab tak dapat jelaskan bil hotel yang bernilai ribu2 la juga. So, dia ni pun kena tahan oleh manager selagi tak bayar sehinggakan teman SS ni terlepas flight balik. Dia merayu minta tolong SS pinjamkan dulu duit SS. Wah..SS mana lah ada duit sebanyak 2. SS memang terkejut sebab memang sebijik2 alamat emel dia & kebetulan dia ni memang pandai cakap omputih. Tapi SS tinggalkan jela semua 2 jadi titik noktah jela. Tak tau la nak percaya atau tidak.

Beberapa hari lepas kejadian, ayah SS balik cerita yang rakan sekerjanya pernah mengalami situasi diatas. Ada yang melalui emel..ada yang melalui sms. Betul2 la diorang ni..nak cari duit guna cara jahat macam ni. Kan haram tu..kalau buat belanja makan macam mana?? Yang buat SS tergelak ni bila ayah cakap yang kawan dia dapat mesej pasal suruh ayah masukkan topup 2. Padahal jangan kata dia belum ada anak, kahwin pun belum malah ayah dia pun sudah meninggal..kah3... Pesan SS berhati-hatilah dengan sebarang cubaan menipu ni. Jangan main tangkap muat je..



Kata SS : Tengah syok dok update blog sampai pagi buta..tetiba room-mate pula asyik mengigau. Ni dah masuk enam kali dah. Naik seram badan ni..

12 SuaraSumbang:

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

my sis pnh dpt, tp memang x caye la kn. lgpn pggln ayah tu x de dlm famili sbb kitorg pggl abah. yg sindiket ni pn, ingat sume org sng kene tipu ke?

http://aniesandyou.blogspot.com said...

bab2 begini, pd anies, anies just p-k 1 hal je..

knape zaman x de tenet + hp dulu, benda2 cam ni x de?.. selanjut nyer..p-k la sendiri

impish_yatie said...

btol3..sepupu aku pon kne gak..huhu..nsb bek tak tertpu..;)

spe yg ngigau tu ss??=P

░♥si lampu neon♥░ said...

yg kena tipu melalui email or alam cyber ni mmg tak berakal..dalam ni semuanya boleh jadi fake..senang org nak buat duit..


Check it out Entri Paling Best !
# Isteri Mengidam Makan Babi !#
# Cara Buang Windows Genuine Notification#
# Awek Leggings Ketat Seksi #

De Mois said...

@нαηιмQαтяυηηα∂α Haha..diorang hentam je. Bukan tau pun..

De Mois said...

@http://aniesandyou.blogspot.com Dulu paling teruk pun pakai surat berantai.

De Mois said...

@impish_yatie Haha..bagus2..mana boleh bagitau. Cari sendiri la..

De Mois said...

@░♥si lampu neon♥░ Betul2..ni sebagai peringatan untuk semua

hans said...

den kalau dapat sms macam tu terus padam

P/S : Bersama Hans Menikmati Aneka Masakan Berasaskan Telur Di Kampung Kuantan

ShafiqIzwan said...

kalau suara syaitan dah lebih kuat x kenal halal haram dah..

De Mois said...

@hans
Aku lagi suka simpan..nak buat kenangan. Kih3..

De Mois said...

@ShafiqIzwan Betul3..setuju sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...