Menarik di SuaraSendiri

Sunday, February 27, 2011

Segmen Santai : KISAH cikgu dan pelajar

18 SuaraSumbang
Rasa2 nya dah lam sangat tak buat segmen santai ni. Bulan ni pun takde langsung cerita pasal ni. Semua nak cerita serius je. Kesian pulak pembaca SS yang tertambah tekanan dek cerita2 berat SS. Baik..kita teruskan ye anak2 dengan cerita tentang seorang cikgu dan para pelajar nya. Ni mungkin cerita benar atau pun tidak. Tapi kisah ni berlaku lebih kurang 10 tahun dahulu dan diceritakan semula oleh abang SS. Untuk meringankan kepala pembaca semua, SS buat dalam bentuk animasi la ye. Biar senang sikit kalian nak imagine..cerita bermula apabila..teng..teng..teng..


klik sini untuk bacaan lebih jelas

Begitulah tahap kesempoian pelajar tersebut yang agak matang dalam berfikir. Kira logik juga jawapan beliau kan. Namun, nasibnya tidak begitu baik apabila dibuang sekolah sejurus selepas itu. Tindakan drastik guru tersebut mengundang padah apabila ibubapa pelajar tersebut mengheret gurunya ke mahkamah bagi mendapat pembelaan. Hingga kini dikhabarkan kes tersebut masih belum selesai. Itupun kalau betul terjadi..

Credit to Ain Zulaikhas yang memperkenalkan SS website ini




Kata SS : Cubaan pertama SS untuk berjinak-jinak dalam bidang karikatur. Tapi rasa macam tak boleh pergi jauh je. Haha...

Saturday, February 26, 2011

Bila laki buat kerja perempuan

24 SuaraSumbang
Orang sekarang ni..semua nak sama rata, sama taraf. Tak boleh ada double standard katanya. Ni mesej SS nak tujukan pada insan yang bergelar wanita. Maklumlah, SS kan pencinta wanita. Pelik betul..kalau masa dulu2, masing2 buat kerja masing2. Ikut tahap kemampuan masing2. Kalau lelaki buat lah kerja lelaki. Yang perempuan buat kerja perempuan lah. Takde nak campuradukkan hal kesamarataan jantina ni. Tapi sekarang ni, apa yang laki buat semua perempuan nak buat. Ni bukan isu tukar jantina ye, tapi isu "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Namun, apa yang SS cenderung adalah sikap dan penerimaan perempuan apabila lelaki cuba mengambilalih kerja wanita. Kalau kita tengok macam adegan masak-memasak umpanya. Konon-konon nya kerja perempuan lah, lelaki tak boleh sibuk. Bila lelaki ni cuba nak memasak je, mulalah mereka memandang rendah. "Aih, reti ke masak?? Masak ikan pun lekat kat kuali". Walhal, apa yang kita perhatikan kebanyakan tukang masak di luar sana kebanyakan nya adalah lelaki. Dan banyak juga lagi pekerjaan wanita yang dimonopoli lelaki termasuk jurusolek.

1 lagi pemerhatian SS terhadap lelaki yang buat kerja perempuan ni nampak macam ada lembut2 sikit lah. Alamak..kenapa pula ye jadi sampai macam 2. Bukan bermaksud melakukan kerja perempuan anda perlu menguasai etika keperempuanan. Sedih pun ada tengok yang macam AW! AW! tu. Hish..bahgia sangat kot buat gaya macam 2. Pesan SS kepada mereka yang berada diluar sana, kekalkanlah identiti asal anda tak kira apa profesion yang anda lakukan. Kesian kat mak bapak kita yang asuh baik punya. Alih2 jadi macam 2 pula. Kalau dah tak tahan nak lembut sangat pun tak mengapalah asalkan masih lurus.

Jangan marah naa, Awie!!




Kata SS : Malam ni SS nak tidur awal sikit sebab besok ada 1 appoinment penting la. Ni berita gembira biar SS kasi simpan yea..

Thursday, February 24, 2011

Baru politik peringkat Universiti

9 SuaraSumbang


Alamak..apa yang dah terjadi dengan Pilihanraya Kampus yang berlangsung hampir di semua universiti seluruh Malaysia. Sangat2 luar biasa pemilihan kali ini. Penuh dengan pelbagai cerita. SS sangat tak sangka melihatkan situasi yang penuh dengan 1001 cerita. Melihatkan situasi politik yang sangat kotor dilancarkan oleh mana2 parti, SS merasakan kaedah berpolitik mereka saling tak tumpah bagai yang sedang berlaku dalam arus politik tanah air.

Mungkin bagi kalian yang tidak berada dalam situasi sebegini agak sukar membayangkan apa yang berlaku, namun SS merasakan kenapa sampai perlu ada pertandingan yang  licik dalam usaha merebut kerusi yang ditawarkan. Cuba anda bayangkan dengan keadaan yang berlaku di Universiti Malaya bilamana ada calon yang diculik atas motif yang tidak pasti. Teringat pula SS akan isu wakil rakyat pembangkang yang dilaporkan diculik sebelum akhirnya melompat ke kerajaan. Aih..takkan sampai terbawa-bawa dalam arena universiti pula. Bukan apa..seorang mahasiswa berapa lama je ada dalam pengajian. Paling banyak pun 5 hingga 6 tahun. Pegang jawatan pun bukan lama sangat. Politik di universiti bukan besar sangat pun. Tak perlu lah ada sabotaj2 sana sini demi agenda tersendiri.

Menceritakan sedikit apa yang berlaku di tempat SS, terkejut juga SS apabila terjumpa flyers kempen yang menghalang pengundi dari mengundi Pro-Mahasiswa kerana didalangi oleh parti pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim. Siap ada gambar bogel beliau yang secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan isu liwatnya. Diakhirnya, terdapat lambang pangkah kepada calon Pro-Aspirasi. Tergelak SS tengok adegan provokasi ini berlaku. SS sekali lagi bersifat terbuka dengan tidak berpihak kepada mana-mana parti. Dengan tempat SS belajar, gelanggang politiknya lebih kecil berbanding universiti2 lain. Itupun ada sampai tahap begini. Siap masuk HarakahDaily lagi.

Betul lah kata orang, "Nak tengok masa depan negara, tengok lah generasi sekarang". Nah..lihat apa yang berlaku di sini hari ini. Inikah generasi yang akan menyambung warisan politik tanah air kita. Masih di takuk yang lama, dengan kaedah yang lama. Belum sentuh soal rasuah lagi. Nampak gaya isu2 yang sama akan terus dan teus berulang di negara kita. Apa salahnya bertanding cara sihat. Ikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Kalau menang, bersyukur..laksanakan manifesto anda. Kalau kalah pula, terima aje lah. Lakukan post-mortem, cari punca kekalahan. Hey..kalau menang pun bukan pasal orang nak undi kamu la. Orang pun tak kenal. Main undi je..dah pihak atasan wajibkan mengundi. Lagipun setiap pengundi dapat makanan. Malas SS nak cakap pasal manifesto. Boleh dikatakan mengarut dan tak masuk akal pun ada. Seram SS tengok perkara ni berlaku.



Kata SS : Mak SS cakap, "SS..dah besar nanti jangan jadi 2 benda ni. Penyanyi dan ahli politik.." Hmm..agak kecewa disitu.

Wednesday, February 23, 2011

Akhirnya..susahnya

13 SuaraSumbang
Lebih kurang seminggu jugak la SS memencilkan diri dari dunia blog malahan cuba menjauhkan diri dari berhadapan dengan internet, namun SS tidak mampu bertahan lagi. SS tidak boleh menolak hakikat bahwa dunia SS memang dunia berblogging. Ok..cukup menipu. Sebenarnya SS sibuk sedikit dengan alam pelajaran. Maka tidak lah sempat SS memberi peluang buat diri ni barang meng'update' blog sekeping dua. Maafkan SS wahai agensi pengiklanan Nuffnang semua kerana gagal melaksanakan kerja SS dengan sempurna.

Juga minta maaf kepada pengunjung2 dan pembaca setia blog SS kerana tidak menyediakan juadah terbaru untuk tatapan kalian. Mujurlah blog SS belum sempat disinggah sawang atau dimakan anai2. Sempat juga SS terbuka blog Abang Faizal tadi berkenaan blog yang ditinggalkan terlalu lama. Maka tidaklah mahu SS mempunyai blog sampai ke tahap sebegitu. Adapun sebenarnya SS saja tulis lain macam sikit sebab SS rasa terharu kerana setelah berbulan-bulan SS melancarkan blog ni, akhirnya berjaya juga SS mencapai pengikut blog ni kepada 100 orang. Walaupun ni benda kecil je kan, tapi SS nak bagi penghargaan kepada semua pembaca sudi menjadi SSrocks. Semoga anda terus bersama SS dan tak tinggalkan SS terkontang-kanting di sini.

Sempena dengan itu, SS telah memperkenalkan ruangan "Link Exchange" sebagai pemudah cara untuk sesiapa yang mahu bertukar-tukar link blog anda dengan SS. Senang2 nanti boleh SS pergi ke blog anda pula.



Kata SS : Bilakah SS akan menerima lirik lagu ni?? Dah lama tunggu anda hantar lirik..hantar la..hantar la..pergi je kat ruangan MUSIK anda

Tuesday, February 15, 2011

Blog cara video

27 SuaraSumbang
Yeah..seperti yang SS uar2 kan sebelum ini, ada satu lagi kaedah yang digunakan orang sekarang untuk menonjolkan diri. Kaedah yang digunakan adalah membuat penceritaan melalui isu2 semasa atau cerita2 panas yang hampir sama kita, para blogger sekelian lakukan. Bezanya mereka menggunakan cara video. Ini SS anggap sebagai 1 tindakan kreatif dan terpuji kerana berani melakukan sesuatu. Maknanya takde lah terlalu fokus untuk menyanyi sambil bermain gitar untuk cover lagu. Antara yang SS paling berkenan waktu dok godam2 laman web Youtube ini adalah IniAnwarHadi. Menarik juga penceritaan nya. Sangat kreatif..kalian juga digalakkan untuk menontonnya kerana beliau juga sentiasa update video beliau. Dan yang paling menarik perhatian SS adalah video ini.


Banyak lagi lah cerita pasal beliau. Kalian bolehlah rajin2 kan diri menjenguk video nya yang biasanya di update seminggu sekali. Bolehlah 2..lagipun, beliau buat video. Bukannya blog..lagi 1, video yang berjaya menambat hati SS ini adalah Matluthfi90. Ini masih lagi banyak kena buat improvement memandangkan ada sedikit ketidaksempurnaan. Tapi terbaik juga SS tengok..umur pun baru 21 tahun kan. Muda lagi kan..boleh pergi jauh juga beliau ini.

Video2 macam ini lah yang kita nak perhatikan dan diperlukan dalam laman macam ni. Baru orang seronok. Mereka kelihatan mempunyai misi untuk berkongsi dalam bentuk berbeza. Bukan nyanyi saja2 je. Kalau setakat nyanyi saja je, baik nyanyi dalam bilik air.."saja aku mandi". Sekali lagi SS nak tegaskan ini pandangan peribadi SS. Bukan mahu bersifat berat sebelah..



Kata SS : Beberapa hari ini SS teramat lah sangat penat dengan melayan test nya, abang SS pula boleh suruh balik. Ada family day la katakan. Tapi takpe, seronok..ada Nazmi raja lawak. Uih..dahsyat!!

Saturday, February 12, 2011

Gadis Youtube - Medan Ujibakat

19 SuaraSumbang


Kali ini SS terpanggil untuk menulis tentang isu yang semakin menjadi trend terutamanya remaja zaman sekarang. Mungkin ramai sudah dapat mengagak apa yang SS maksudkan ini. Apa lagi kalau bukan persembahan melalui Youtube. Tidak dinafikan laman web ini merupakan platform terbaik untuk kebanyakan di antara kita mengasah bakat. SS pun anggap Youtube ni dah macam tempat untuk ujibakat pula. Bezanya bukan di hadapan juri. Dan hampir kebanyakan yang pasti menarik perhatian adalah nyanyian. Caranya mudah..buat cover lagu yang sedang atau pernah popular sebanyak mungkin. Apabila sudah mula mendapat tempat di hati penonton, cuba pula untuk paparkan lagu sendiri. 

Untuk beberapa ketika, anda bukan saja mendapat perhatian dikalangan penonton biasa malah jangan terkejut jika ada beberapa komposer turut berminat terhadap anda. Mungkin jika ada rezeki, anda orang yang terpilih untuk bernaung dibawah mereka. Ini kerana Youtube itu sendiri yang bersifat universal. Boleh dikatakan digunakan hampir seluruh dunia. 

Antara bakat2 terpendam yang pernah dilahirkan dari Youtube adalah Yuna dan Ana Raffali. Malahan mereka kini sudah berada gah dalam industri muzik tanah air. Mereka juga pernah mendapat pengiktirafan hasil kecemerlangan dalam Anugerah Juara Lagu yang berlangsung baru2 ini. SS takde la menafikan hak mereka sebagai insan seni. SS sendiri pernah melihat awal kemunculan mereka sejak dari Youtube ini lagi. Namun kita harus mengerti betapa mereka adalah sebilangan kecil dari beribu-ribu manusia yang menggunakan agenda sama. Tidak ramai yang berjaya mencuri perhatian mungkin kerana faktor rupa atau bakat yang tidak begitu menyerlah. SS cakap ni pun sebab kebanyakan mereka adalah perempuan. Kalau ada pun lelaki lebih kepada sesi mengajar kod lagu.


Persoalan SS mudah je..sejauh mana mereka2 yang bergelar si gadis Youtube ini boleh pergi atau dalam erti kata yang lain boleh bertahan dalam industri seni ini. SS bimbang juga takut mereka tak boleh nak tahan. Yela..masuk industri yang tak seberapa ni secara mengejut. Industri kita pun bukan besar sangat. Yuna sendiri sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuka butik pakaian untuk menjamin masa depan yang stabil. Wow..tindakan bijak. Mungkin ramai akan menghentam SS selepas ini tapi "be rasional" la. SS sangat realistik dalam hal ini. Menyanyi bukan boleh bertahan lama pun. Lain lah kalau kita mempunyai aura tersendiri seperti Dato' Siti Nurhaliza. Tapi orang macam itu one in a million tau. Susah nak jumpa.

Ni SS ada terbuka blog Najwa Latif baru2 ni. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau kerana beliau juga salah seorang gadis Youtube era baru yang juga rakan blogger kita. Dengan usianya yang terlalu muda, SS melihat beliau mempunyai bakat namun masih banyak perlu diasah lagi. Sama2 kita saksikan adakah beliau akan mengikut jejak langkah Yuna & Ana Raffali selepas ini. Satu nasihat SS bukan sahaja kepada beliau tetapi kepada semua yang berminat untuk menjadi penyanyi, utamakan pelajaran terlebih dahulu. Kalau boleh 
jadikan nyanyian ini sebagai hobi atau pekerjaan sampingan sahaja. 

SS baca blog beliau pun kesian juga. Yelah..ke hulu ke hilir membuat persembahan dan temubual sampai tertinggal pelajaran. Aduhai..susah 2. Bukan senang nak cover balik subjek yang tertinggal hanya semata-mata mengejar sesuatu seperti ini. SS ni bukan nak dengki la. Ini pandangan terbuka SS yang sangat2 berkecuali.  Harap2 tidak tersentuh & berjaya mencapai apa yang diidamkan. Nama Najwa Latif hanya sekadar contoh sahaja dari beberapa penyanyi kelahiran Youtube. Nak dengar juga apa pendapat anda pula??



Kata SS : Lepas ini SS nak buat entry pasal Youtube juga tapi dalam cara yang berlainan juga. Maknanya bukan pasal nyanyian.

Thursday, February 10, 2011

Wikileaks : Ariel tiada dalam penjara - Musa Hassan

36 SuaraSumbang
Ha..panas! panas! Cerita ni SS dapat dari orang dalam juga tadi. Aih..terkejut juga SS dengar cerita macam ni. Kan mahkamah dah putuskan yang Ariel sah dimasukkan dalam penjara. Kalau mahkamah dah kata macam 2, sumbat jela dia dalam penjara. Macam mana boleh timbul isu panas ni pula. Yang SS bertambah hairan, tiada seorang pun di seluruh Indonesia yang mengetahui akan hal ini. Lagi panas..kira SS antara yang bertuah lah dapat cerita macam ni. Bagi yang sangat meminati Ariel, pasti melompat kegirangan. Namun SS melalui sumber Wikileaks SS bersedia membongkar kes ini. Laporan ini dikatakan bocor dari tangan pihak berkuasa Indonesia. Ikuti laporan berikut. Sila amati betul2..

Polisi Indonesia
Bila??
  Siang tadi

Dekat mana?!
  Dalam penjara di suatu tempat tersembunyi

Buat apa?
  Rehat dan makan tengah hari

Apa ceritanya..?!
  Dikatakan seluruh banduan sedang beratur untuk mengambil makanan. Di suatu sudut ada banduan yang sedang bersendeloka sambil bermain gitar, ada juga yang turut bemain kejar2 atau lebih dikenali sebagai "police entry" walaupun hakikatnya mereka bukan polis. Maka di sebalik suasana meriah itu, dua banduan yang bernama Musa (bukan nama sebenar) dan Hassan (bukan nama sebenar) begitu tertekan dalam keadaan begitu. Mungkin ini kali pertama mereka dalam penjara. Belum cocok lagi. Musa & Hassan yang ketika itu sangat penat menunggu giliran bagi mendapat makanan membuat keputusan untuk tidak lagi beratur. Musa mengajak Hassan untuk ke bilik rehat bagi mengambil peluang menonton tv. Sesampai di sana, Musa terus membuka tv sambil bertanya pada Hassan.

Musa : Agak2 apa lah cerita menarik hari ini ek?? Gua dah lama sangat tak tengok ni. Sangap beb..
Hassan : Kau elok2 sikit. Kita dalam penjara ni. Cakap nak taubat. Cukup lah sekali ni je. Dah le kau yang  
              rogol minah malam 2. Dengan aku2 masuk penjara.
Musa : Ala..salah lu gak. Gua dah suruh usha line. Siapa suruh lari.
Hassan : Ek eleh..aku pulak yang kena. Dah masa 2 aku nampak hantu, lari le. Nak tunggu apa lagi
Musa : 2 bukan hantu la ngok..2 polis la.
Hassan : La..yeke?? Dahsyat..

Sambil membelek2 tv tersebut, Musa kelihatan begitu aneh sekali.

Hassan : Dah kau buat apa tercegat lagi? Bukaklah cepat tv nye.
Musa : Ni yang gua pelik ni. Bukak dah bukak dah. Tapi gambar langsung takde. Apasal ek??

Tiba2 muncul seorang pengawal polis dari luar bilik sambil berkata

Pengawal : Memang lah takde gambar. Kau buat sampai kiamat pun takkan dapat nye jep.
Musa : Tapi kenapa cik?
Pengawal : Sebab ariel takde. Mana pasang lagi. Hari tu cabut sebab rosak. Kawan kau guna buat pukul
                 orang.
Musa & Hassan : Apa?? Ariel takde?
Pengawal : Ye anak muda. Ariel takde dalam penjara ni. Paham!!




Kata SS : Teruja menonton perlawanan bolasepak  persahabatan antara Hong Kong dan Malaysia tadi. Tahniah Malaysia menang 2-0.

Tuesday, February 8, 2011

Opps..baru ku tahu

38 SuaraSumbang
Harap2 ni bukan entry mengarut. SS saja nak kongsi sedikit. Mungkin ramai sudah mengetahui akan hal ini tapi mungkin ramai juga yang tak tahu. Tadi SS dok godam2 blog SS dan blog kalian. Tengah asyik cacamerba, tiba2 SS perasan benda alah ni yang biasa ada dekat feedjit kita 2.


Aih..pelik juga SS, bila masa pula dekat Perak ada Kota Bharu. Setahu SS Kota Bharu atau Newcastle (seri dengan Arsenal..haha) ini terletak di Kelantan. Ingat benda alah ni dah gila. So, SS pun terus search dekat google. Memang ada pun rupanya. Hehe..malu SS tau. Tapi SS tak tau la dekat area mana. Kalau ada yang tahu kat mana kawasan ni ataupun memang tinggal di kawasan ni, apalagi kome..cuba cite



Kata SS : Syukur ke hadrat Illahi kerana menyelamatkan saudara2 kita yang berada di Mesir. Semoga keadaan di sana kembali aman dan stabil

Friday, February 4, 2011

Atasi lelaki sensitif

20 SuaraSumbang
Dua episod sebelum ni SS cerita pasal perempuan je kan. So, kali ni SS nak cerita pasal lelaki pula. SS pun pelik juga lah kenapa orang lelaki pun boleh sensitif. Kalau sensitif dengan alam takpe juga. Ni tidak, dengan kawan pun sensitif, dengan awek apatah lagi. Senang kata tangkap leleh lah ni. SS masa zaman2 kecik dulu ada lah gak. Yela, nama pun budak. Kalau kena buli 2, standard lagi kalau menangis. Ni kalau dah besar panjang, tak ke buruk muka nak tengok nya. Lantaran itu, SS nak berkongsi pandangan SS bagaimana berhadapan dengan lelaki sensitif ini tak kira dari sudut teman wanita, adik beradik mahupun rakan2. Semua boleh pakai.

Cara 1 :
Sebaik sahaja anda menyedari lelaki yang anda kenal ini seorang yang sangat sensitif, sentiasa lah berbuat baik dengan nya dengan memberikan hadiah selalu, mendodoinya sebelum tidur, memandikannya. Jadikan diri anda tempat paling beliau rapat

Cara 2 :
Sentiasa menghamburkan kata2 pujian ke atas beliau tanpa menyakitkan hatinya. Kalau boleh ayat yang sangat2 melampau meskipun dia tidak menyerupai seperti apa yang digambarkan. Contohnya mengatakan beliau seorang yang paling hensem di dunia, tiada siapa boleh cabar ketampanan beliau.

Cara 3 :
Sentiasa back-up beliau jika beliau diejek, dihina atau dimaki orang lain. Anda hanya perlu menafikan tanggapan orang lain malah jika perlu ajak mereka memuji sekali lelaki sensitif ini.

Cara 4 :
Pastikan anda memenuhi setiap permintaannya meskipun sangat mustahil seperti mahukan ferrari, rumah banglo lagi besar dari "White House". Anda perlu berkorban supaya hatinya tidak tersentuh. Namun, elakkan dari diri anda yang terkorban.

Cuba amalkan semua kaedah diatas berkali-kali. Ianya mungkin mengambil sedikit masa dimana apabila lelaki tersebut mulai sedar, beliau akan mengubah sendiri sikapnya itu. Namun jika masih gagal setelah berbulan lamanya. Duit anda pun sudah banyak habis gara2 membeli hadiah. Anda pun teruk dipukul orang lain kerana cuba back-up nya, apa kata anda cuba kaedah seterusnya. Ini pasti dijamin berkesan.

Cara 5 :
Ini cara yang efektif untuk anda lakukan. Terus terang sahaja dengan lelaki berkenaan yang anda memang menyampah dengan beliau. Luahkan perasaan anda semampu mungkin sambil mengeji dan mengutuk sekeras-kerasnya sikap lelaki tersebut. Lihatlah reaksinya..moga dia tidak menghidap penyakit kemurungan pula selepas ini.




Kata SS : Belum pernah cuba semua kaedah di atas. Tapi SS yakin atas keberkesanannya. Anda cuba lakukan dahulu. Kalau jadi bagitau SS. SS tak nak cuba tapi nak gelakkan je. Haha.. 

Wednesday, February 2, 2011

Gadis semasa Sunsilk serlah sikap sebenar wanita

23 SuaraSumbang

Al-kisah semalam SS tertonton lah drama ni yang ditayangkan di TV3 semalam. Mula2 rasa macam tak nak tengok, tapi tiba2 tertarik pula hingga membuatkan SS terlekat depan tv hinggalah habis rancangan. Macam biasa SS takkan bagi sinopsis sebab SS pun tengok sekali je cerita 2 sedangkan ini drama bersiri. So, kalau ada sesiapa yang berminat tontonlah petang ini. Tapi macam SS pernah cakap dalam entry sebelum ini, kalau terlepas 1 episod pun jangan risau lah. Sebab cerita melayu kan. Senang sangat nak baca. Banyak drama kat tv pun, kalau kita terlepas takkan menyesal punya lah.

Baiklah..dalam cerita ini memang betul2 buat SS sentap. Antara babak yang menjadi perhatian bila mana seorang lelaki ini sedang sibuk bekerja untuk mengejar cita2 nya. Dia bertungkus lumus menyiapkan kerjanya. Dalam masa yang sama, dia turut mempunyai seorang teman wanita. Pada suatu ketika, si perempuan ini menelefon teman lelakinya. Mungkin untuk meluahkan masalah. Dalam kesibukan kerja sudah tentu si lelaki ini tidak boleh memberi perhatian buat seketika untuk girlfriend nya. Terus muncung muka perempuan 2 sampai stress sangat SS tengok. La..takkan tak boleh tahan sekejap. Laki awak tu kan tengah sibuk. Nanti dah habis kerja, pasti dia akan datang semula kepada kamu.

Satu lagi babak yang mencuri perhatian SS bila seorang lelaki ini sanggup buat apa-apa sahaja asalkan perempuan ini menyertai syarikat rakaman muzik tempat dia bekerja. Akhirnya perempuan ini mengambil kesempatan untuk mengenakan lelaki ini. Meskipun dia tetap menyertai syarikat itu, namun cara yang dilakukan sangat2 tidak beretika. Sebagai contoh, diajaknya lelaki itu bawa keluar berjalan-jalan ke hulu ke hilir dengan van buruknya itu. Semuanya gara2 janji lelaki tersebut yang sanggup memenuhi kehendak wanita tersebut.

Secara kesimpulan yang SS nampak, drama ini berjaya mengupas sikap wanita dalam kehidupan seharian namun dalam cara yang mungkin kita tak sedari. Sikap sebegini memang ada dan perlu ada juga dalam diri wanita. Walaubagaimanapun, mereka harus bijak memanfaatkannya agar tidak menyakiti hati orang lain. Mungkin ada yang tidak mengerti, cuba tonton drama ini dulu dan fahami mesej yang cuba disampaikan pengarahnya. Kalau nak tahu tips nak handle perempuan macam ini, pergi tanya Along Tapa. Haha..



Kata SS : Blog kedua sudah pun ke udara dan kini telah pun berada di pasaran. Selamat pun SS lancarkan tepat 12 malam tadi. SS tak nak bagi link dulu..kita surprise sikit yea..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...