Friday, February 4, 2011

Atasi lelaki sensitif

20 SuaraSumbang
Dua episod sebelum ni SS cerita pasal perempuan je kan. So, kali ni SS nak cerita pasal lelaki pula. SS pun pelik juga lah kenapa orang lelaki pun boleh sensitif. Kalau sensitif dengan alam takpe juga. Ni tidak, dengan kawan pun sensitif, dengan awek apatah lagi. Senang kata tangkap leleh lah ni. SS masa zaman2 kecik dulu ada lah gak. Yela, nama pun budak. Kalau kena buli 2, standard lagi kalau menangis. Ni kalau dah besar panjang, tak ke buruk muka nak tengok nya. Lantaran itu, SS nak berkongsi pandangan SS bagaimana berhadapan dengan lelaki sensitif ini tak kira dari sudut teman wanita, adik beradik mahupun rakan2. Semua boleh pakai.

Cara 1 :
Sebaik sahaja anda menyedari lelaki yang anda kenal ini seorang yang sangat sensitif, sentiasa lah berbuat baik dengan nya dengan memberikan hadiah selalu, mendodoinya sebelum tidur, memandikannya. Jadikan diri anda tempat paling beliau rapat

Cara 2 :
Sentiasa menghamburkan kata2 pujian ke atas beliau tanpa menyakitkan hatinya. Kalau boleh ayat yang sangat2 melampau meskipun dia tidak menyerupai seperti apa yang digambarkan. Contohnya mengatakan beliau seorang yang paling hensem di dunia, tiada siapa boleh cabar ketampanan beliau.

Cara 3 :
Sentiasa back-up beliau jika beliau diejek, dihina atau dimaki orang lain. Anda hanya perlu menafikan tanggapan orang lain malah jika perlu ajak mereka memuji sekali lelaki sensitif ini.

Cara 4 :
Pastikan anda memenuhi setiap permintaannya meskipun sangat mustahil seperti mahukan ferrari, rumah banglo lagi besar dari "White House". Anda perlu berkorban supaya hatinya tidak tersentuh. Namun, elakkan dari diri anda yang terkorban.

Cuba amalkan semua kaedah diatas berkali-kali. Ianya mungkin mengambil sedikit masa dimana apabila lelaki tersebut mulai sedar, beliau akan mengubah sendiri sikapnya itu. Namun jika masih gagal setelah berbulan lamanya. Duit anda pun sudah banyak habis gara2 membeli hadiah. Anda pun teruk dipukul orang lain kerana cuba back-up nya, apa kata anda cuba kaedah seterusnya. Ini pasti dijamin berkesan.

Cara 5 :
Ini cara yang efektif untuk anda lakukan. Terus terang sahaja dengan lelaki berkenaan yang anda memang menyampah dengan beliau. Luahkan perasaan anda semampu mungkin sambil mengeji dan mengutuk sekeras-kerasnya sikap lelaki tersebut. Lihatlah reaksinya..moga dia tidak menghidap penyakit kemurungan pula selepas ini.




Kata SS : Belum pernah cuba semua kaedah di atas. Tapi SS yakin atas keberkesanannya. Anda cuba lakukan dahulu. Kalau jadi bagitau SS. SS tak nak cuba tapi nak gelakkan je. Haha.. 

20 SuaraSumbang:

AZRUL AZMI said...

Byk kawan saya cakap saya sensetif, tapi diorang tu tak penah plak buat bende2 kat saya...

sy pun rasa sy ni sensetif, tapi kalu sy terasa dengan org sy cuba jadi orng yang paling professional di dunia dan sy akan pastikan saya lah org yang paling bijak pada masa itu sbab saya tak nak percaturan langkah sy tu silap...

sebab tu la diorang tu selalu cakap sy sensetif tapi tak penah pun nak jaga hati org...

sy peduli apa org nak cakap sy sensetif, sbab sy pun boleh nak cakap balik diorang tu sensetif... hehheheh...

De Mois said...

Hehe..boleh diterima. Bagus sebab professional

Amanina Sofea said...

teruk la kalo bf sndri jd mcm nie..
tp yg risau 2 spupu sye umo 14 thn mcm nie jgak tp tak brani la nk try..
kang kne mrah plak dgn maknye..

KUREKURE COMEL said...

susah dpt laki sensitif ni...
aduyaaiii...kena jge perasaan je...

huhuhu...

De Mois said...

@Amanina Sofea
Haha..boleh, belum try belum tau..

De Mois said...

@KUREKURE COMEL
Yeke..abiz yang laki nak jaga pompuan ni camne lak? Cu cite..cu cite..hehe

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

De Mois said...

Yup..insyaallah. Semoga mereka semua selamat.

Anonymous said...

seb baek aku tak sensitip

nas said...

susah la kalau ada lelaki2 sensitif ni
kang kene pujuk lak
hu3
nak tak nak kena la xleh lukakan hati diorang

aku kemalangan terlanggar bangla! kecewa dan trauma

sTaRLighT said...

huishh
kalau due2 laki prmpuan sensitif mmg pyh lew

De Mois said...

@nas
Memang ada pun..

@sTarlight
huih..2 lagi susah woo

Nadia Mashuri said...

hahaa..
kalau saya terus je buat cara ke 5..

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

cara 1 tu tak boleh belah.. dodoikan? mandikan? hahaha.. cara 4 tu............agak melampau di situ.. baik tikam berkali2 je hehehehe..

Sham said...

i tak sensitif...i romantik...

De Mois said...

@Nadia Mahsuri
Jangan..kan SS cakap buat semua cara 2 dulu. Kalau x jadi baru buat cara 5

De Mois said...

@нαηιмQαтяυηηα∂α
Xbahaya ke. 2 dah kategori membunuh 2

De Mois said...

@Sham
Siapa yang isyhtihar kan 2?

Anati Soki said...

atasi lelaki sensitif.. kalau anat
ehehhe.. bila dia majok je wat dunno sudah.. nnti dia cool sndiri.. wakakakkaka

De Mois said...

Kenapa tak pujuk anat oii?? x kesian ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...