Thursday, February 24, 2011

Baru politik peringkat Universiti

9 SuaraSumbang


Alamak..apa yang dah terjadi dengan Pilihanraya Kampus yang berlangsung hampir di semua universiti seluruh Malaysia. Sangat2 luar biasa pemilihan kali ini. Penuh dengan pelbagai cerita. SS sangat tak sangka melihatkan situasi yang penuh dengan 1001 cerita. Melihatkan situasi politik yang sangat kotor dilancarkan oleh mana2 parti, SS merasakan kaedah berpolitik mereka saling tak tumpah bagai yang sedang berlaku dalam arus politik tanah air.

Mungkin bagi kalian yang tidak berada dalam situasi sebegini agak sukar membayangkan apa yang berlaku, namun SS merasakan kenapa sampai perlu ada pertandingan yang  licik dalam usaha merebut kerusi yang ditawarkan. Cuba anda bayangkan dengan keadaan yang berlaku di Universiti Malaya bilamana ada calon yang diculik atas motif yang tidak pasti. Teringat pula SS akan isu wakil rakyat pembangkang yang dilaporkan diculik sebelum akhirnya melompat ke kerajaan. Aih..takkan sampai terbawa-bawa dalam arena universiti pula. Bukan apa..seorang mahasiswa berapa lama je ada dalam pengajian. Paling banyak pun 5 hingga 6 tahun. Pegang jawatan pun bukan lama sangat. Politik di universiti bukan besar sangat pun. Tak perlu lah ada sabotaj2 sana sini demi agenda tersendiri.

Menceritakan sedikit apa yang berlaku di tempat SS, terkejut juga SS apabila terjumpa flyers kempen yang menghalang pengundi dari mengundi Pro-Mahasiswa kerana didalangi oleh parti pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim. Siap ada gambar bogel beliau yang secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan isu liwatnya. Diakhirnya, terdapat lambang pangkah kepada calon Pro-Aspirasi. Tergelak SS tengok adegan provokasi ini berlaku. SS sekali lagi bersifat terbuka dengan tidak berpihak kepada mana-mana parti. Dengan tempat SS belajar, gelanggang politiknya lebih kecil berbanding universiti2 lain. Itupun ada sampai tahap begini. Siap masuk HarakahDaily lagi.

Betul lah kata orang, "Nak tengok masa depan negara, tengok lah generasi sekarang". Nah..lihat apa yang berlaku di sini hari ini. Inikah generasi yang akan menyambung warisan politik tanah air kita. Masih di takuk yang lama, dengan kaedah yang lama. Belum sentuh soal rasuah lagi. Nampak gaya isu2 yang sama akan terus dan teus berulang di negara kita. Apa salahnya bertanding cara sihat. Ikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Kalau menang, bersyukur..laksanakan manifesto anda. Kalau kalah pula, terima aje lah. Lakukan post-mortem, cari punca kekalahan. Hey..kalau menang pun bukan pasal orang nak undi kamu la. Orang pun tak kenal. Main undi je..dah pihak atasan wajibkan mengundi. Lagipun setiap pengundi dapat makanan. Malas SS nak cakap pasal manifesto. Boleh dikatakan mengarut dan tak masuk akal pun ada. Seram SS tengok perkara ni berlaku.



Kata SS : Mak SS cakap, "SS..dah besar nanti jangan jadi 2 benda ni. Penyanyi dan ahli politik.." Hmm..agak kecewa disitu.

9 SuaraSumbang:

AZRUL AZMI said...

semuanya perlu diubah sebenarnya... kita selalu mengklasifikasikan politik sebagai kotor,jijik, rasuah dan menanam tebu di tepi bibir... kita generasi sekarang yang berpendidikan tinggi harus mengubahnya.... betul kata SS, nak tgk masa depan negara, tgklah generasi muda mereka....

De Mois said...

Yup..betul. 2 yang SS nak diubah cara pemilihannya. Bertanding cara sihat

sTaRLighT said...

macam mane ek masa depan??
qila selalu fikir klu dengan generasi skng yg x sgt mementngkn keamanan tapi kuasa dan pupulariti yang akan jadi nt???
selalu mnjadi persolan
huhuhu
:))

De Mois said...

Haah..tau tak mengapa. Sekarang ni takde kuasa takde pengaruh

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

bagi sesetengah orang, cara dorang berpolitik tu dah menunjukkan sikap yang sebenar, tak kisah la baik ke buruk, walaupun setakat di kampus. tapi ramai juga yang pandai berlakon.. *cam lari topik je haihhh*

p/s: berminat nak jadi pelakon atau ahli politik ke?

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

eh! pelakon pulak, penyanyi.. sekali silap daaa....

De Mois said...

Takpe..masih dalam topik lagi 2 sikit2.

Haha..takde la. Siapa cakap?? kui3..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pemuda harapan bangsa... pemuda jiwa pengisian merdeka....sebelum merdeka otai-otai berpolitik tak ade yang buat cam ni... tapi sekarang lain macam plak... itu baru politik kampus... haiiii zaman dah berubahh....

De Mois said...

Haha..zaman sudah berubah. Apa boleh buat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...