Wednesday, February 2, 2011

Gadis semasa Sunsilk serlah sikap sebenar wanita

23 SuaraSumbang

Al-kisah semalam SS tertonton lah drama ni yang ditayangkan di TV3 semalam. Mula2 rasa macam tak nak tengok, tapi tiba2 tertarik pula hingga membuatkan SS terlekat depan tv hinggalah habis rancangan. Macam biasa SS takkan bagi sinopsis sebab SS pun tengok sekali je cerita 2 sedangkan ini drama bersiri. So, kalau ada sesiapa yang berminat tontonlah petang ini. Tapi macam SS pernah cakap dalam entry sebelum ini, kalau terlepas 1 episod pun jangan risau lah. Sebab cerita melayu kan. Senang sangat nak baca. Banyak drama kat tv pun, kalau kita terlepas takkan menyesal punya lah.

Baiklah..dalam cerita ini memang betul2 buat SS sentap. Antara babak yang menjadi perhatian bila mana seorang lelaki ini sedang sibuk bekerja untuk mengejar cita2 nya. Dia bertungkus lumus menyiapkan kerjanya. Dalam masa yang sama, dia turut mempunyai seorang teman wanita. Pada suatu ketika, si perempuan ini menelefon teman lelakinya. Mungkin untuk meluahkan masalah. Dalam kesibukan kerja sudah tentu si lelaki ini tidak boleh memberi perhatian buat seketika untuk girlfriend nya. Terus muncung muka perempuan 2 sampai stress sangat SS tengok. La..takkan tak boleh tahan sekejap. Laki awak tu kan tengah sibuk. Nanti dah habis kerja, pasti dia akan datang semula kepada kamu.

Satu lagi babak yang mencuri perhatian SS bila seorang lelaki ini sanggup buat apa-apa sahaja asalkan perempuan ini menyertai syarikat rakaman muzik tempat dia bekerja. Akhirnya perempuan ini mengambil kesempatan untuk mengenakan lelaki ini. Meskipun dia tetap menyertai syarikat itu, namun cara yang dilakukan sangat2 tidak beretika. Sebagai contoh, diajaknya lelaki itu bawa keluar berjalan-jalan ke hulu ke hilir dengan van buruknya itu. Semuanya gara2 janji lelaki tersebut yang sanggup memenuhi kehendak wanita tersebut.

Secara kesimpulan yang SS nampak, drama ini berjaya mengupas sikap wanita dalam kehidupan seharian namun dalam cara yang mungkin kita tak sedari. Sikap sebegini memang ada dan perlu ada juga dalam diri wanita. Walaubagaimanapun, mereka harus bijak memanfaatkannya agar tidak menyakiti hati orang lain. Mungkin ada yang tidak mengerti, cuba tonton drama ini dulu dan fahami mesej yang cuba disampaikan pengarahnya. Kalau nak tahu tips nak handle perempuan macam ini, pergi tanya Along Tapa. Haha..



Kata SS : Blog kedua sudah pun ke udara dan kini telah pun berada di pasaran. Selamat pun SS lancarkan tepat 12 malam tadi. SS tak nak bagi link dulu..kita surprise sikit yea..

23 SuaraSumbang:

Anonymous said...

ss kalau kat umah mmg slalu tgk tv ke ss? ss nak wat blog bnyak2 wat pe?

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

tak minat realiti tv drama ni *boleh tak*

nak link!! nak link!! *apesal cam gedix je hahaha..*

JR Shoppe said...

Tak leh komen sebsb tak tengok drama tu, Drama tu tak ada tokoh korporat ke? Saya benci betul cerita2 yg ada tokoh korporat bergelar Datuk, Tan Sri...

geeds said...

haih. study keep me away from tv. since skrg tgh cuti, remote control is mine! haha.

De Mois said...

@anonymous
Time cuti ni jela peluang nak tengok tv

@Hanim
Adala gedik sikit..haha. Nak link ke negeri mana??

De Mois said...

@JR Shoppe
Haha..SS sangat2 memahami maksud di sebalik ayat 2

De Mois said...

@geeds
Amboi..orang lain tak boleh pegang remote la ni

Trah Wann said...

Weee saya tengok dari episod 1 .

First mcm tak best , tapi dah tengok beberapa episod , boleh tahan best jugak lah ^^

De Mois said...

@Trah Wann
Yeke?? Tapi SS tak follow pun dari mula. Hehe

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

haha.. link ke negeri isketambatu.

kura2 dalam perahu la ss ni.. =P

De Mois said...

Betoi..SS tak tau ni. Haha..

Anonymous said...

ss masih tidak menjawab soalan sy..ss nak wat blog smpai dua nak wat mende?

De Mois said...

Haha..amboi marah nampak. Ni siapa ni..tak boleh nak jawab camni je..nak tau dulu siapa??

ANATI SOKI said...

ahahah.. prmpuan mmg cmtuh :) heheheh
anat pun kadang2 cmtuh.. tp kena bljr lebih memahami encik hubby :)
dulu sblm dia fly ke mesir.. hari2 sms.. hari2 ckp phone, hari2 jumpa. mcm tak bleyh pisah
bila dia fly ke mesir..
anat bljr memhami. mula2 mmg susah. tp skrg dah ok. :)
ym sehari 15minit pun anat dah tak kesah. cuma asalkan dapat tanya khabaq dia. tau dia sihat n slmt pun dah ok :)
pengalaman mengajar kita untuk lebih matang agaknya :)

De Mois said...

@ANATI SOKI
Yup..macam 2 la yg terbaik. Baru lelaki tak rimas. Hehe..kot.

Apa cerita ur hubby kat mesir??

iwan_dextrous said...

ak dh miss cte tu...so kesimpulannya malas nk tgok..ahhaha

Afzainizam said...

… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll........ lllllll .......lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhhhhhh gadissss sunsilk reality lagiiiii.... kadang tu bukan aku tak mau tengok...aku malas nak tengok pun pasal aku tak ade masa sebuk lahhh

De Mois said...

@iwan dextrous
Haha..cakap je yg memang kau tak nak tengok pun

De Mois said...

@Afzainizam
Orite..faham. SS pun tengok sekali 2 je

Anonymous said...

aku badat la ss

Adzriel AB said...

kalau lelaki tu susahkan saya, saya susahkan dia balik le. kalau tak buat dek je. ala..lama2 kawin baru faham bertolak ansur..insyaallah.

De Mois said...

@Anonymous
Owh..mana la SS tau. Buat la blog

De Mois said...

@Adzriel AB
Haha..boleh pakai gak cara 2 kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...