Saturday, February 12, 2011

Gadis Youtube - Medan Ujibakat

19 SuaraSumbang


Kali ini SS terpanggil untuk menulis tentang isu yang semakin menjadi trend terutamanya remaja zaman sekarang. Mungkin ramai sudah dapat mengagak apa yang SS maksudkan ini. Apa lagi kalau bukan persembahan melalui Youtube. Tidak dinafikan laman web ini merupakan platform terbaik untuk kebanyakan di antara kita mengasah bakat. SS pun anggap Youtube ni dah macam tempat untuk ujibakat pula. Bezanya bukan di hadapan juri. Dan hampir kebanyakan yang pasti menarik perhatian adalah nyanyian. Caranya mudah..buat cover lagu yang sedang atau pernah popular sebanyak mungkin. Apabila sudah mula mendapat tempat di hati penonton, cuba pula untuk paparkan lagu sendiri. 

Untuk beberapa ketika, anda bukan saja mendapat perhatian dikalangan penonton biasa malah jangan terkejut jika ada beberapa komposer turut berminat terhadap anda. Mungkin jika ada rezeki, anda orang yang terpilih untuk bernaung dibawah mereka. Ini kerana Youtube itu sendiri yang bersifat universal. Boleh dikatakan digunakan hampir seluruh dunia. 

Antara bakat2 terpendam yang pernah dilahirkan dari Youtube adalah Yuna dan Ana Raffali. Malahan mereka kini sudah berada gah dalam industri muzik tanah air. Mereka juga pernah mendapat pengiktirafan hasil kecemerlangan dalam Anugerah Juara Lagu yang berlangsung baru2 ini. SS takde la menafikan hak mereka sebagai insan seni. SS sendiri pernah melihat awal kemunculan mereka sejak dari Youtube ini lagi. Namun kita harus mengerti betapa mereka adalah sebilangan kecil dari beribu-ribu manusia yang menggunakan agenda sama. Tidak ramai yang berjaya mencuri perhatian mungkin kerana faktor rupa atau bakat yang tidak begitu menyerlah. SS cakap ni pun sebab kebanyakan mereka adalah perempuan. Kalau ada pun lelaki lebih kepada sesi mengajar kod lagu.


Persoalan SS mudah je..sejauh mana mereka2 yang bergelar si gadis Youtube ini boleh pergi atau dalam erti kata yang lain boleh bertahan dalam industri seni ini. SS bimbang juga takut mereka tak boleh nak tahan. Yela..masuk industri yang tak seberapa ni secara mengejut. Industri kita pun bukan besar sangat. Yuna sendiri sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuka butik pakaian untuk menjamin masa depan yang stabil. Wow..tindakan bijak. Mungkin ramai akan menghentam SS selepas ini tapi "be rasional" la. SS sangat realistik dalam hal ini. Menyanyi bukan boleh bertahan lama pun. Lain lah kalau kita mempunyai aura tersendiri seperti Dato' Siti Nurhaliza. Tapi orang macam itu one in a million tau. Susah nak jumpa.

Ni SS ada terbuka blog Najwa Latif baru2 ni. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau kerana beliau juga salah seorang gadis Youtube era baru yang juga rakan blogger kita. Dengan usianya yang terlalu muda, SS melihat beliau mempunyai bakat namun masih banyak perlu diasah lagi. Sama2 kita saksikan adakah beliau akan mengikut jejak langkah Yuna & Ana Raffali selepas ini. Satu nasihat SS bukan sahaja kepada beliau tetapi kepada semua yang berminat untuk menjadi penyanyi, utamakan pelajaran terlebih dahulu. Kalau boleh 
jadikan nyanyian ini sebagai hobi atau pekerjaan sampingan sahaja. 

SS baca blog beliau pun kesian juga. Yelah..ke hulu ke hilir membuat persembahan dan temubual sampai tertinggal pelajaran. Aduhai..susah 2. Bukan senang nak cover balik subjek yang tertinggal hanya semata-mata mengejar sesuatu seperti ini. SS ni bukan nak dengki la. Ini pandangan terbuka SS yang sangat2 berkecuali.  Harap2 tidak tersentuh & berjaya mencapai apa yang diidamkan. Nama Najwa Latif hanya sekadar contoh sahaja dari beberapa penyanyi kelahiran Youtube. Nak dengar juga apa pendapat anda pula??



Kata SS : Lepas ini SS nak buat entry pasal Youtube juga tapi dalam cara yang berlainan juga. Maknanya bukan pasal nyanyian.

19 SuaraSumbang:

.izzati liyana. said...

agree.menyanyi ni xleh bwk kemana sgt.xthn lama.xmnjamin mase dpn.

Along Tapa said...

pendapat aku, orang hentam aku gila2 pasal valentine...tapi bila bab nak jadik artis tu, takde sorang pun keluorkan fatwa...kan double standard tu..hihi..

aku tengah butthurt lagi bro pasal entri aku tu..huhu

Gorengbaek - Peribahasa kita...patut ke tak kita tukor?

Hangit Habis dah - Kalo lebih-lebih ni, aku pun benci...

Ain Zulaikha said...

haaaaa nanti saya pun nak market kat u tube suara saya yang sedap ni, lepas tu nak post kat blog, then mintak orang komen padahal tahu nyanyi tak sedap mana pun.. hehehhe tak nak lah, simpangggg... tak reti nyanyi pun.. myb dia orang sengaja suka2 post kat u tube kot video diorang last2 orang serap jadi artis.. tak gitu? wuwuwuuwuwuw

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

teringin gak nak jadi penyanyi.. tapi suara tak sedap cam SS (eh macam bodek je haha) nyanyi sendiri2 cukup la.. rasa cam nak buat entry pasal menyanyi lak pasni..

SS: ada entry novel kat blog saye, mau komen? hehehe

ShafiqIzwan said...

nak jadi artis ni kene betul2 nekad la. sebab karang dah kurang privasi.

aqish basir said...

betul cakap shafiq,sebab dorang dah jadi public figure,sebelom nak jadi,,better pikir balik..kang sesal tak sudah
nak buat itu ak boleh nak buat ini tak boleh

sTaRLighT said...

nak jadi artis perlu ketabahan yg tggi..klu tak awl2 dah t'sungkur tul x..
hehehe
skadar pendapat
:D

Anati Soki said...

yang nih anat setuju sgt.. hm
nk harapkan duit menynayi nk hidu mmg susah la. kiranya. yuna tuh pndai jugak la.. ada backup plan

De Mois said...

@.izzati liyana.
Tahu tak mengape..hehe

De Mois said...

@Along Tapa
Beb..macam mana nak keluarkan fatwa, anak puak2 dia pun ramai jadi penyanyi. Nanti kena pecat lak. Haha..

Teruk sangat dah tahap butthurt kau ni..

De Mois said...

@Ain Zulaikha
Eyh..ain, suara kau memang sdap la. Aku yakin..kih3

Takde la..memang dah trend pun.

De Mois said...

@нαηιмQαтяυηηα∂α
Hmm.SS anggap ini memang 1 pujian. Tq..huhu. Buat la try cuba test

Nanti SS datang ye. Sekarang ni tak boleh lagi. Tengah curi2 line ni.

De Mois said...

@ShafiqIzwan
@aqish basir
@sTaRLighT

Betul2..SS setuju sangat. Banyak benda kena pikir. Jangan pikir yang indah2 je. Dah jadi, kena nekad & tabah

De Mois said...

@Anati Soki
2 yang SS respek 2. Janga bergantung semata-mata pada nyanyian je

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

uummmmm time popular ok lahhhh... nanti kalau dah tak popular....

itu semua hanya bersifat sementara tiada yang kekal pun....

http://aniesandyou.blogspot.com said...

teringat mentor mlm td.. adezzzz...umat akhir zaman

De Mois said...

@Afzainizam
Betul..terus setuju sangat

De Mois said...

@Anies
Eyh, kenapa mentor semalam?? X tengok la..ade apa??

KUREKURE COMEL said...

elok ngaji je...suara pompuan kan aurat...


bkn kata nak poyo...sbb suara pompuan ni blh naikkan ghairah laki..

so...kalau nak nyanyi...sila dirumah sahaja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...