Menarik di SuaraSendiri

Saturday, March 19, 2011

Belasungkawa

10 SuaraSumbang
Awal Mac ini, di suatu pagi yang hening SS menerima panggilan dari ibu angkat SS yang berada di Ayer Hitam memaklumkan akan pemergian ayah angkat SS yang paling disayangi tatkala menghembuskan nafas nya yang terakhir ketika SS sangat sibuk di dunia pembelajaran. Alhamdulillah SS sempat tiba di rumah sebelum pengebumian. Namun sangat terkilan kerana tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir apatah lagi mahu mencium dahinya. Setibanya di rumah, lalu ditunjukkan SS ke ibu yang sugul di tepi pintu belakang bersama teman-temannya dan ahli keluarga yang lain. Kehadiran SS membuatkan beliau tambah sebak lalu SS menghampiri & memeluk erat bagi meredakan kesedihannya. Rupanya beliau tambah emosi lalu menitikkan air mata nya sambil meluahkan perasaannya, "kau dah lama tak balik, nak!!" SS sekadar terdiam dan memujuknya untuk bersabar. SS turut gagal mengawal emosi yang serba daif ini.

Sedikit cerita tentang ayah angkat SS. Allahyarham Mesron Hj ALi seorang yang ceria dan sangat rapat dengan anak-anaknya. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak lelakinya yang juga akrab dengan SS. Pemergian beliau sangat2 meninggalkan kesan yang amat mendalam apatah lagi ketika beliau berada dalam keadaan sihat dan berusia 52 tahun. Malahan yang membuatkan SS terkilan apabila tidak sempat menjenguk beliau bilamana SS sudah pun berjanji dengan beliau. SS teringat lagi 2 hari sebelum pemergiannya, arwah menelefon SS

Abah : Kau kat mana ni??
SS : Ada disini..belajar la abah.
Abah : Owh..sibuk sangat ke. Kau duduk kat mana sekarang?
SS : Kat u lagi la abah.
Abah : Hmm..kat Malaysia lagi la ye. Ingat dekat Europe.

Kami berdua tergelak-gelak dalam perbualan itu. Lalu SS sambung perbualan dengan bertanya hal apa yang mahu diajukan sehingga menelefon SS ni. Beliau menjawab

Abah : Ayah nak pergi hospital ni.
SS : Ha?? Nak buat apa? Ayah sakit apa ni?!
Abah : Biasa la..orang merokok. (sambil ketawa)
SS : Betul2 la abah
Abah : Eyh, betul la. Nanti jangan lupa datang melawat.
SS : Ha..insyaallah. Kalau saya sempat balik, saya datang. Abah bagitau je wad apa nanti.
Abah : Orite..tapi jangan lupa bawak buah tangan. Jangan bawak buah aje. (sekali lagi kami ketawa)

Dalam keadaan sebegitu pun, arwah masih boleh bergurau sehingga SS seperti tidak percaya. Apakan daya SS tidak sempat melawat arwah kerana terpaksa pergi ke Johor Bahru malam itu dan pulang pada keesokan harinya membuatkan SS keletihan yang amat sangat. Namun panggilan terakhir yang dibuat pada pagi Isnin itu betul2 membuatkan SS tersentap. SS seperti tidak percaya dan marah pada diri ini kerana mungkir pada janji. Apakan daya, masa takkan mampu diulang. Apa yang tersirat dalam hati SS biarlah terus disimpan. Mungkin ini boleh menjadi pengajaran buat semua supaya sentiasa kasihkan ibu bapa anda. Walaupun mereka ibu bapa angkat sekalipun. Teringat pada 1 quote dalam drama melayu, "Sukar untuk menghargai orang ketika hayatnya masih ada, namun bila sudah tiada semuanya tinggal kenangan"

Kenangan ketika kali pertama bertemu ibu angkat SS

Sekalung ucapan takziah ditujukan kepada keluarga arwah. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman hendaknya.


Usah ditanya emosi ku ketika menyiapkan entry ini. Lagu Pergi dendangan Aizat jelas sekali membuatkanku tersentuh. Namun hidup harus diteruskan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...