Menarik di SuaraSendiri

Friday, April 29, 2011

Jangan terlalu memilih

10 SuaraSumbang
Geram gila dengan sikap pemandu teksi yang seorang ni. Memilih betul..ni lah yang tak sepatutnya ada pada semua manusia. Mesej ni bukan SS tujukan kepada pemandu teksi ni je, tapi kepada sesiapa pun. Sebelum cerita pasal drebar ni, SS nak tahu lah jugak kenapalah orang zaman sekarang ni kuat noo memilih. Kira macam cerewet sikit la. Kalau bahasa divanya, kekwat lah. Aduh..sebenarnya sikap memilih ni ada baiknya juga. Yang jadi masalahnya pabila terlalu memilih. Ni la senario yang sering kita dengar terutamanya berkaitan dengan siswazah. Statistik menunjukkan terlalu ramai fresh-graduate yang masih gagal mendapatkan kerja meskipun mempunyai ijazah mahupun diploma.

Wah..berat kes ni. Apa tidaknya, belajar sudah lama habis. Kerja tak dapat2 lagi. Macam mana nak tampung kehidupan, nak sara diri dan keluarga. Nak bayar balik duit mak ayah lagi. Nak bayar balik pinjaman PTPTN lagi. Walaupun begitu, SS sangat lah pelik kenapa mereka tidak mendapat pekerjaan lagi sedangkan begitu banyak lambakan kerja terutamanya di bandar2 besar apatah lagi di Kuala Lumpur. Cakap saja kerja apa, pasti ada. Cuma kerjanya tidak begitu setimpal dengan tahap pendidikan yang mereka ada. Namun itu bukan menjadi penghalang dari terus menjadi penganggur. Bukankah lebih baik mereka mengambil inisiatif bekerja sambilan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya ada pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

Itu yang menjadi kehairanan SS mengapa perkara sebegini boleh terjadi. Malah pelajar lepasan SPM kalaupun taknak sambung belajar pun tetap ada peluang pekerjaan. Itu yang SS cuba kaitkan dengan siswazah yang cerewet memilih pekerjaan. Bila dapat tawaran, mereka tolak mentah2. Alasannya tak sesuai la, gaji rendah la, kerja tempat panas la. Aih..hebat sangat ke kau tu sampai nak kena bagi layanan first class 2?? SS pun ada melawat beberapa blog yang mana si blogger ni rajin mencari kerja dan mencuba pelbagai pekerjaan sementara menunggu tawaran yang diingini. Macam 2 la..jangan lah duduk melanguk je mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Itu cerita pasal cari kerja. Tapi yang berlaku pada SS ni tentang orang yang dah ada pekerjaan. Dah elok dah kerja sebagai pemandu teksi. Aih..memilih penumpang pula. Nak penumpang yang pergi tempat jauh2 je. Kalau dekat, tak main lah. Siap buat muka sombong lagi. SS yang hampa ni pun turun lah balik dari teksi tersebut dan beredar ke teksi dibelakangnya. Dengan cerianya, pemandu teksi yang lagi 1 ni membawa SS balik ke rumah SS. Apa lagi, pakcik 2 pun tanya lah. Dia pun malu juga sebab orang bising2 pasal pemandu teksi banyak buat hal. Tapi bukan semua perangai macam 2. Hanya segelintir saja. SS pun faham cuma kenapalah tolak rezeki Allah 2. Even 5 ringgit pun, tetap duit tau. Kalau Allah tarik balik rezeki 2 takde penumpang langsung sebulan macam mana? Kan dah menyesal..

Kalau macam ni, kita pulak terpaksa memilih
nak naik teksi mana - ihsan google







Kata SS : Malam ni Maharaja Lawak akan bersiaran untuk episod ke-5. Takyah pesan lah, korang mesti tau punya. Tak sabar nak tengok Amir..hehe. Nak tengok Amir ter_ _ _ _kir

Wednesday, April 27, 2011

Dilema berambut panjang

5 SuaraSumbang
Apa masalahnya ni SS sampai nak berdilema ni? Memang lah SS ni lelaki tapi salahkah kalau SS nak menyimpan rambut panjang. Ni lah yang berlaku ke atas hidup SS selama menyimpan rambut ni. Rasa sayang pulak nak gunting. Hampir 7 purnama lamanya SS membela rambut sehingga ke tahap ini dan selama itulah SS dikecam hebat oleh orang ramai gara2 berkeras untuk menyimpan aset terbaik itu. Kalau dekat U SS, memang pantang ada student rambut panjang ni. Silap hari bulan kalau kantoi dengan pakguard, saman lah jawabnya. SS pun dah banyak kali dah kena tahan. Tapi berjaya meloloskan diri. 

Alamak..tercerita pasal peribadi pulak. Mintak mahap la ye kalau ada yang tak berkenan dengan cerita ini. Sebenarnya SS nak rungkaikan kenapa la orang tak suka sangat lelaki berambut panjang ni. Hasil kajian yang terperinci mendapati persoalan SS terjawab. Antaranya ialah..

1 - Menyusahkan kerja pegawai dari Jabatan Agama Islam untuk melakukan serbuan ke atas pasangan khalwat. Sebagai contoh, bila mereka nak tangkap sepasang kasih yang sedang berdua-duaan maka akan timbul rasa kurang yakin kerana menyangkakan kedua-dua manusia terbabit adalah wanita. Kan sakit hati 2..

2- Menyukarkan kerja-kerja bagi membuat spot-check tak kira lah samada cikgu ke, pegawai kastam ke, imigresen ke, warden asrama ke mahupun pengawas peperiksaan. Meskipun mereka sudah memeriksa diseluruh badan anda, namun tidak menemui sebarang petunjuk pun kerana barang sudah dinyorokkan dalam rambut anda terlebih dahulu.

3- Merimaskan orang ramai yang berada di sekeliling anda. Tak tahulah mereka benar2 rimas ataupun dengki dengan kepanjangan rambut anda. Dan sebagai reaksi ke atas rasa tidak puas hati mereka itu, mereka dengan sesuka hati akan menarik rambut anda kerana ianya lebih mudah. Maklumlah.."guna jari pun boleh".

4- Memberi tanggapan buruk bahwa anda mungkin mempunyai kecacatan di bahagian kepala sehingga terpaksa berambut panjang bagi mengaburi pandangan mereka. Anda juga mungkin dianggap cuba untuk menyembunyikan jerawat batu yang berada disekitar dahi anda.

Itulah dia serba sedikit dilema yang berlaku ke atas para lelaki yang bersifat rambut panjang ini. Macam SS, langsung tak mengaitkan rambut panjang ni sebagai fesyen. Cuma SS selesa sebegini tanpa mahu meniru gaya artis pun. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mana tak nya, rambut yang selama ini menjadi teman paling akrab SS bakal ditinggalkan tidak lama lagi setelah mendapat tentangan ayah SS. Nak taknak kena potong. Apa?? Potong?! Haha..nak buat fesyen apa pulak lepas ni yea??

"Panjang sangat ke rambut pakcik ni?
Rasa macam pendek lagi je ni"
-ihsan google



Kata SS : Dah banyak dah SS cuba balik rumah bawak buku. Tapi seperti yang dijangka, tak tersentuh pun buku apabila sudah masuk hari ke-3 SS di rumah. Doakan SS dapat belajar esok. Kesian buku2 tu..

Monday, April 25, 2011

Berapa lama anda tidur?

14 SuaraSumbang
Hari ini SS nak berkongsi tips dengan pembaca semua tentang waktu tidur yang paling cukup bagi seorang dewasa. Al-maklumlah, sekarang ni kan dah nak dekat exam, maka ramailah dikalangan pelajar2 yang mengadu tak cukup tidur gara-gara sibuk menelaah pelajaran. Tulah..siapa suruh belajar last minute. Sebenarnya SS tuju untuk diri SS sendiri. Untuk entry yang ringkas ni, SS bahagikan waktu tidur yang paling ideal kepada beberapa bahagian dan kebaikannya.

Tidur 4 jam..
Adapun dengan tidur selama waktu ni dikatakan sudah mencukupi bagi mereka yang sangat sibuk dengan kerjaya atau pelajaran. Tidur pada anggaran 4 jam adalah baik untuk pemulihan tenaga bagi menghadapi hari mendatang.

Tidur 6 jam..
Bagi mereka yang tidur lebih kurang 6 jam boleh dianggap sebagai sangat sesuai kerana tidak terlalu lama dan tidak terlalu sekejap. Tidur selama ini adalah baik untuk kesihatan supaya tidak mengalami penyakit yang memudaratkan.

Tidur 8 jam..
Hampir menyamai waktu tidur bayi, namun tidur ini dianggap paling nyenyak sekali kerana lebih dari sekadar mencukupi. Walaubagamanapun, tidur selama ini adalah baik untuk kecantikan untuk kelihatan sentiasa anggun dan muda selalu.

Tidur 10 jam ke atas..
Tidur selama di atas sangatlah tidak digalakkan dan dianggap sebagai keterlaluan melainkan anda seorang penganggur yang mahu menjimatkan kos makanan kerana tidak perlu sarapan pagi. Tidur melebihi waktu ini adalah lebih baik tidak perlu bangun terus kerana sudah boleh diisyhtiharkan sebagai tidak bernyawa lagi. Lagipun, cara ini lebih menjimatkan kerana tidak perlu lunch atau mungkin dinner terus.

Tidur tak cukup antara punca gagal
memberi fokus kepada kerja - ihsan google

Begitulah sedikit sebanyak tips bersama Doktor Mois yang terbukti secara klinikal. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih jurang masa yang sesuai untuk anda beradu di kamar impian anda. Anda lah yang menentukan corak peniduran anda.





Kata SS : Balik KL sekejap untuk tenangkan perasaan. Nanti kena balik U semula untuk sambung perasaan tension. Arghh...

Saturday, April 23, 2011

Fanatik nya..

8 SuaraSumbang
SS kembali lagi setelah lebih sebulan tidak bersiaran. Hehe..mesti rindu kan. Ecehwah..terperasan pulak. Takpe2..SS sebenarnya ada banyak cerita yang nak disampaikan. Tapi kekangan masa yang menjadi penghalang untuk SS berhubung dengan komputer. Nak blogwalking, pun tak sempat kau. Ni pulak dah nak dekat final exam. Jadi, mana yang sempat SS update, jadilah yea.


Ok..kembali ke topik asal SS berkenaan dengan fanatik. Kalau dibuka kembali kamus dewan bahasa edisi ke-2 jilid 15 mukasurat 356, Fanatik membawa maksud sikap melampau yang dimiliki oleh seseorang sehingga menyebabkan dia tidak mahu meraikan apa juga pendapat lain yang berbeza. Dan inilah yang berlaku ke atas diri SS sepanjang membuat kajian ke atas sikap penonton/pendengar/peminat yang sangat2 fanatik. Untuk eksperimen pertama, SS menggunakan penyanyi sebagai bahan ujikaji. Seperti biasa, medan ujian yang paling sesuai adalah Youtube. Masihkah kalian mengingati akan post SS sebelum ini berkaitan tentang Gadis Youtube. Lihatlah betapa ketaksuban yang sangat ketara dalam hati peminat nya. 


Untuk pengetahuan anda, SS sengaja memilih artis yang baru meningkat naik kerana mereka masih belum ada nama. Jadi, dari situ boleh dilihat sejauh mana kefanatikan peminat2 beliau. Syukur, akhirnya 2 bulan SS mengkaji berjaya membuahkan hasil. Malah mematuhi hipotesis ciptaan SS. Alkisahnya begini, adalah seorang artis ni..beliau mencipta lagu dan menyanyikan sendiri. SS pun dengar lah dengan hati yang ikhlas. Tapi SS peliklah kenapa semua orang puji sangat. Puji yang bagi SS menimbun sangat. Yelah..orang tu baru je, macam belum layak menerima pujian sebegitu sampai ada yang kata bakal ganti Siti Nurhaliza. Yang menjadi ironinya, ada yang mempersoalkan kenapa ada orang dislike video ni. Haha..hebat sangat ke orang ni sampai tak boleh di"dislike"kan. Maka SS pun tampil dengan nada yang lembut2 kuku je.



Sopan kan SS cakap..tak menjatuhkan langsung. Lagipun SS tujukan kepada penyanyi tersebut. Bukan untuk peminat. Maka ada lah yang melenting dek melatah dengan kelantangan SS ni. SS pun kena hentam lah sorang2 dengan peminat selama sebulan SS biarkan diri ini dicemuh. Antaranya berbunyi begini...




Yang ni ok lagi..tunggu, ada banyak lagi..Nah, ambik kau SS





Rasanya banyak ni jelah yang SS nak tunjuk dekat kalian. Kalau anda rajin, cuba cari dekat youtube. SS taknak bagitahu identiti SS. Dan SS tak pernah melenting pun dengan ayat2 mereka ni sebab ini kan eksperimen SS. Memang sudah dijangka lebih awal akan komen panas ni. Ni pun bukan jadi dekat SS je. Banyak juga terjadi dekat channel lain yang apabila ditegur atau dikritik secara membina, dibalas dengan cemuhan. Bagi pembaca sekalian, terpulang kepada anda untuk menilai..apa kata anda pula??





Kata SS : Terima kasih kepada semua rakan2 blogger yang memberi sokongan dalam ruangan belasungkawa SS sebelum ni. Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa anda semua


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...