Wednesday, April 27, 2011

Dilema berambut panjang

5 SuaraSumbang
Apa masalahnya ni SS sampai nak berdilema ni? Memang lah SS ni lelaki tapi salahkah kalau SS nak menyimpan rambut panjang. Ni lah yang berlaku ke atas hidup SS selama menyimpan rambut ni. Rasa sayang pulak nak gunting. Hampir 7 purnama lamanya SS membela rambut sehingga ke tahap ini dan selama itulah SS dikecam hebat oleh orang ramai gara2 berkeras untuk menyimpan aset terbaik itu. Kalau dekat U SS, memang pantang ada student rambut panjang ni. Silap hari bulan kalau kantoi dengan pakguard, saman lah jawabnya. SS pun dah banyak kali dah kena tahan. Tapi berjaya meloloskan diri. 

Alamak..tercerita pasal peribadi pulak. Mintak mahap la ye kalau ada yang tak berkenan dengan cerita ini. Sebenarnya SS nak rungkaikan kenapa la orang tak suka sangat lelaki berambut panjang ni. Hasil kajian yang terperinci mendapati persoalan SS terjawab. Antaranya ialah..

1 - Menyusahkan kerja pegawai dari Jabatan Agama Islam untuk melakukan serbuan ke atas pasangan khalwat. Sebagai contoh, bila mereka nak tangkap sepasang kasih yang sedang berdua-duaan maka akan timbul rasa kurang yakin kerana menyangkakan kedua-dua manusia terbabit adalah wanita. Kan sakit hati 2..

2- Menyukarkan kerja-kerja bagi membuat spot-check tak kira lah samada cikgu ke, pegawai kastam ke, imigresen ke, warden asrama ke mahupun pengawas peperiksaan. Meskipun mereka sudah memeriksa diseluruh badan anda, namun tidak menemui sebarang petunjuk pun kerana barang sudah dinyorokkan dalam rambut anda terlebih dahulu.

3- Merimaskan orang ramai yang berada di sekeliling anda. Tak tahulah mereka benar2 rimas ataupun dengki dengan kepanjangan rambut anda. Dan sebagai reaksi ke atas rasa tidak puas hati mereka itu, mereka dengan sesuka hati akan menarik rambut anda kerana ianya lebih mudah. Maklumlah.."guna jari pun boleh".

4- Memberi tanggapan buruk bahwa anda mungkin mempunyai kecacatan di bahagian kepala sehingga terpaksa berambut panjang bagi mengaburi pandangan mereka. Anda juga mungkin dianggap cuba untuk menyembunyikan jerawat batu yang berada disekitar dahi anda.

Itulah dia serba sedikit dilema yang berlaku ke atas para lelaki yang bersifat rambut panjang ini. Macam SS, langsung tak mengaitkan rambut panjang ni sebagai fesyen. Cuma SS selesa sebegini tanpa mahu meniru gaya artis pun. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mana tak nya, rambut yang selama ini menjadi teman paling akrab SS bakal ditinggalkan tidak lama lagi setelah mendapat tentangan ayah SS. Nak taknak kena potong. Apa?? Potong?! Haha..nak buat fesyen apa pulak lepas ni yea??

"Panjang sangat ke rambut pakcik ni?
Rasa macam pendek lagi je ni"
-ihsan google



Kata SS : Dah banyak dah SS cuba balik rumah bawak buku. Tapi seperti yang dijangka, tak tersentuh pun buku apabila sudah masuk hari ke-3 SS di rumah. Doakan SS dapat belajar esok. Kesian buku2 tu..

5 SuaraSumbang:

Along Tapa said...

hah!!!potong buat fesyen toyol le..tak pun stail upin ipin...tapi taknak la upin...takde rambut terus...macam ipin...ada rambut seto'et tercacak...sure comel kan??

Gorengbaek - Pesanan untuk sahabat....

Hangit Habis dah - Misi menukor header dan design....

Kerat Senget - Kaa Dabri

De Mois said...

Kah3..boleh diterima pakai. Akan dimasukkan dalam senarai pencalonan.

Tun Aqilah said...

rmbut pnjang sgt pon rimas kot =.=
lagi2 yg jenis rmbut tebal huhuhu

angah ko! said...

potong je la, nnti ayah marah..haha =D

De Mois said...

Memang tebal pun..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...