Saturday, April 23, 2011

Fanatik nya..

8 SuaraSumbang
SS kembali lagi setelah lebih sebulan tidak bersiaran. Hehe..mesti rindu kan. Ecehwah..terperasan pulak. Takpe2..SS sebenarnya ada banyak cerita yang nak disampaikan. Tapi kekangan masa yang menjadi penghalang untuk SS berhubung dengan komputer. Nak blogwalking, pun tak sempat kau. Ni pulak dah nak dekat final exam. Jadi, mana yang sempat SS update, jadilah yea.


Ok..kembali ke topik asal SS berkenaan dengan fanatik. Kalau dibuka kembali kamus dewan bahasa edisi ke-2 jilid 15 mukasurat 356, Fanatik membawa maksud sikap melampau yang dimiliki oleh seseorang sehingga menyebabkan dia tidak mahu meraikan apa juga pendapat lain yang berbeza. Dan inilah yang berlaku ke atas diri SS sepanjang membuat kajian ke atas sikap penonton/pendengar/peminat yang sangat2 fanatik. Untuk eksperimen pertama, SS menggunakan penyanyi sebagai bahan ujikaji. Seperti biasa, medan ujian yang paling sesuai adalah Youtube. Masihkah kalian mengingati akan post SS sebelum ini berkaitan tentang Gadis Youtube. Lihatlah betapa ketaksuban yang sangat ketara dalam hati peminat nya. 


Untuk pengetahuan anda, SS sengaja memilih artis yang baru meningkat naik kerana mereka masih belum ada nama. Jadi, dari situ boleh dilihat sejauh mana kefanatikan peminat2 beliau. Syukur, akhirnya 2 bulan SS mengkaji berjaya membuahkan hasil. Malah mematuhi hipotesis ciptaan SS. Alkisahnya begini, adalah seorang artis ni..beliau mencipta lagu dan menyanyikan sendiri. SS pun dengar lah dengan hati yang ikhlas. Tapi SS peliklah kenapa semua orang puji sangat. Puji yang bagi SS menimbun sangat. Yelah..orang tu baru je, macam belum layak menerima pujian sebegitu sampai ada yang kata bakal ganti Siti Nurhaliza. Yang menjadi ironinya, ada yang mempersoalkan kenapa ada orang dislike video ni. Haha..hebat sangat ke orang ni sampai tak boleh di"dislike"kan. Maka SS pun tampil dengan nada yang lembut2 kuku je.



Sopan kan SS cakap..tak menjatuhkan langsung. Lagipun SS tujukan kepada penyanyi tersebut. Bukan untuk peminat. Maka ada lah yang melenting dek melatah dengan kelantangan SS ni. SS pun kena hentam lah sorang2 dengan peminat selama sebulan SS biarkan diri ini dicemuh. Antaranya berbunyi begini...




Yang ni ok lagi..tunggu, ada banyak lagi..Nah, ambik kau SS





Rasanya banyak ni jelah yang SS nak tunjuk dekat kalian. Kalau anda rajin, cuba cari dekat youtube. SS taknak bagitahu identiti SS. Dan SS tak pernah melenting pun dengan ayat2 mereka ni sebab ini kan eksperimen SS. Memang sudah dijangka lebih awal akan komen panas ni. Ni pun bukan jadi dekat SS je. Banyak juga terjadi dekat channel lain yang apabila ditegur atau dikritik secara membina, dibalas dengan cemuhan. Bagi pembaca sekalian, terpulang kepada anda untuk menilai..apa kata anda pula??





Kata SS : Terima kasih kepada semua rakan2 blogger yang memberi sokongan dalam ruangan belasungkawa SS sebelum ni. Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa anda semua


8 SuaraSumbang:

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

SS! Lamanyaaaaaaa hilang.. Ye2 saya ngaku la saya rindu kat TULISAN SS hehehe..

Peminat fanatik memang camtu. Kalau ada yang tak minat atau rasa artis kesayangan dorang tu masih banyak kekurangan, automatik dorang akan jadikan orang yang menegur tu sebagai musuh, seolah2 artis tu sangat perfect, hanya boleh dipuji dan tak patut ditegur. Kita kena la ingat sendiri, citarasa manusia ni berbeza-beza. Kalau dah semua suka takde improvement la.... *panjang pulak komen*

De Mois said...

Amboi..panjang komen. Lepas geram nampak. Haha..terima kasih sebab still sokong SS. Tapi SS tak boleh nak macam dulu la. Buzy sikit..sory yea..

Nadia H. said...

hai iman..x rindu ke kat bekas bini ko ni ha? haha

Along Tapa said...

aku taknak sebut pasal ko lama takde...tu ubat dia tampor kepala jek...

yang pasal youtube tu, dek jek la...selalu sangat orang2 kita ni overreacting...aku pun tak paham apsal..

Gorengbaek - Permainan minda: solve and you get the message

Hangit Habis dah - Laugh out loud damn it....cheer for this world....

Kerat Senget - Kaa Dabri

De Mois said...

@Nadia H.
Haha..nad, takkan tak rindu kot. Nafkah dah stop bayar kan??

@Along Tapa
Macam man boleh tak paham? Cer kaji sikit..

zulfitry.com said...

hai..

im XXXXX / i will sing this song. hope u guyz enjoy..


haha

Tun Aqilah said...

a'ah
lme gila kot menghilang
asal buka je blog ss still entry sme
huhuhu

wah peminat fanatik mmg cmtu..ade gak cite yg minta artis korea smpi nk bunuh diri sbb artis tu da kawen.. =.='

De Mois said...

@zulfitry.com
Wah..macam pernah dengar je gaya cakap macam 2

@Tun Aqilah
Gila lah sampai nak berbunuh bunuh lak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...