Friday, April 29, 2011

Jangan terlalu memilih

10 SuaraSumbang
Geram gila dengan sikap pemandu teksi yang seorang ni. Memilih betul..ni lah yang tak sepatutnya ada pada semua manusia. Mesej ni bukan SS tujukan kepada pemandu teksi ni je, tapi kepada sesiapa pun. Sebelum cerita pasal drebar ni, SS nak tahu lah jugak kenapalah orang zaman sekarang ni kuat noo memilih. Kira macam cerewet sikit la. Kalau bahasa divanya, kekwat lah. Aduh..sebenarnya sikap memilih ni ada baiknya juga. Yang jadi masalahnya pabila terlalu memilih. Ni la senario yang sering kita dengar terutamanya berkaitan dengan siswazah. Statistik menunjukkan terlalu ramai fresh-graduate yang masih gagal mendapatkan kerja meskipun mempunyai ijazah mahupun diploma.

Wah..berat kes ni. Apa tidaknya, belajar sudah lama habis. Kerja tak dapat2 lagi. Macam mana nak tampung kehidupan, nak sara diri dan keluarga. Nak bayar balik duit mak ayah lagi. Nak bayar balik pinjaman PTPTN lagi. Walaupun begitu, SS sangat lah pelik kenapa mereka tidak mendapat pekerjaan lagi sedangkan begitu banyak lambakan kerja terutamanya di bandar2 besar apatah lagi di Kuala Lumpur. Cakap saja kerja apa, pasti ada. Cuma kerjanya tidak begitu setimpal dengan tahap pendidikan yang mereka ada. Namun itu bukan menjadi penghalang dari terus menjadi penganggur. Bukankah lebih baik mereka mengambil inisiatif bekerja sambilan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya ada pendapatan untuk meneruskan kehidupan.

Itu yang menjadi kehairanan SS mengapa perkara sebegini boleh terjadi. Malah pelajar lepasan SPM kalaupun taknak sambung belajar pun tetap ada peluang pekerjaan. Itu yang SS cuba kaitkan dengan siswazah yang cerewet memilih pekerjaan. Bila dapat tawaran, mereka tolak mentah2. Alasannya tak sesuai la, gaji rendah la, kerja tempat panas la. Aih..hebat sangat ke kau tu sampai nak kena bagi layanan first class 2?? SS pun ada melawat beberapa blog yang mana si blogger ni rajin mencari kerja dan mencuba pelbagai pekerjaan sementara menunggu tawaran yang diingini. Macam 2 la..jangan lah duduk melanguk je mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Itu cerita pasal cari kerja. Tapi yang berlaku pada SS ni tentang orang yang dah ada pekerjaan. Dah elok dah kerja sebagai pemandu teksi. Aih..memilih penumpang pula. Nak penumpang yang pergi tempat jauh2 je. Kalau dekat, tak main lah. Siap buat muka sombong lagi. SS yang hampa ni pun turun lah balik dari teksi tersebut dan beredar ke teksi dibelakangnya. Dengan cerianya, pemandu teksi yang lagi 1 ni membawa SS balik ke rumah SS. Apa lagi, pakcik 2 pun tanya lah. Dia pun malu juga sebab orang bising2 pasal pemandu teksi banyak buat hal. Tapi bukan semua perangai macam 2. Hanya segelintir saja. SS pun faham cuma kenapalah tolak rezeki Allah 2. Even 5 ringgit pun, tetap duit tau. Kalau Allah tarik balik rezeki 2 takde penumpang langsung sebulan macam mana? Kan dah menyesal..

Kalau macam ni, kita pulak terpaksa memilih
nak naik teksi mana - ihsan google







Kata SS : Malam ni Maharaja Lawak akan bersiaran untuk episod ke-5. Takyah pesan lah, korang mesti tau punya. Tak sabar nak tengok Amir..hehe. Nak tengok Amir ter_ _ _ _kir

10 SuaraSumbang:

Along Tapa said...

secara psikologi, manusia jadik memilih disebabkan beberapa perkara...

1. pride
2. status
3. lust

dan kebanyakannya tak percaya pada konsep berusaha untuk kaya tapi percaya ada kaya sekelip mata...

tu yang jadik memilih nak kije tu..

Gorengbaek - Sebab filem melayu susah nak hit kat wayang....

Hangit Habis dah - Aku faham perasaan ko.....Anwar....

Kerat Senget - My Own Path

Anati Soki said...

org jenis cmtuh dia pikir nk untung cepat.. haaaish... sabar je la

Tun Aqilah said...

klu seumur hidup memlih susahle =.=

Nadia Mashuri said...

hhehee..
pernah juga berdepan dgn hal ni..
pemandu teksi tu main lepas tgn jer penumpang pada org lain..

De Mois said...

@Along Tapa
Kan payah kat diorang jugak nanti kan

De Mois said...

@Anati Soki
Nak untung tapi usaha takde tak guna jugak

De Mois said...

@Tun Aqilah
Biarlah diorang nak sehidup semati dengan perangai memilih tu

De Mois said...

@Nadia Mashuri
Kau suka ke hape ni?? Hehe..

░♥si lampu neon♥░ said...

kesian ss huhuhu..jangan memilih kerja ye adik adik sekalian..ada usaha, mesti berjaya =)

De Mois said...

@silampuneon
yup..betul tu. sekarang ni pun tengah menunggu part time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...