Monday, May 23, 2011

Dulu lain, sekarang lain

25 SuaraSumbang

Ingat lagi tak gambar di atas ni? Kalau anda pernah melalui zaman persekolahan suatu ketika dahulu pasti merasai atau mungkin merindui aksi ini. Ni kita cerita kemudian...

Rangkap pertama
Dah..kita beralih ke topik santai semula. Asyik cerita berat je..pening pulak kepala ni. Tapi nak buat macam mana, memang kegemaran SS kan cari isu panas. Kita kasi terjah sikit. Sekarang ni SS nak bercerita tentang topik permainan yang sering kita main masa kecik2 dulu. Ha..SS nak bawa anda semua mengimbau kembali nostalgia semasa berada di bangku sekolah dahulu. Bukan apa, sebab bila kita tengok pelajar zaman sekarang sedih pun ada jugak. Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan permainan budak sekarang ni.

Teknologi dunia tanpa sempadan
Budak sekarang, cakap saja semua game mereka main, PSP, Wii, I-pod, X-Box dan pelbagai lagi yang berunsur teknologi. Memang kalau nak dibandingkan seperti langit dan bumi bezanya. Sekolah rendah lagi dah pandai main internet. Main facebook..sebab itu SS prefer untuk buat twitter dari buat facebook sebab budak sekolah pun boleh main facebook. Sekarang ni, budak sekolah rendah hari2 tengok cerita lucah. Lepas tu, siap buat amali lagi. Tu yang banyak gejala sosial berlaku sana sini terutama dikalangan remaja sebab didedahkan terlalu awal kepada anasir2 kuning ni.

Permainan masa dulu
Sebelum SS mengarut lebih dalam lagi, baik SS terus ke topik asal berkenaan permainan yang selalu kita buat masa zaman sekolah dulu. Tak tahulah kalian main sama ke tak. Tapi hasil perbincangan SS dengan rakan2 yang turut bertolak ke Tioman tempoh hari hampir memberikan idea yang sama meskipun datang dari negeri yang berlainan termasuk dari utara, selatan, pantai timur dan pantai barat. Antara permainan yang semakin dilupakan generasi sekarang adalah

Main kejar-kejar
- Kita mulakan dengan yang basic dulu la. Sebab SS pasti semua orang mesti main ni. Tak pun main police entry.






Main tutup botol
- Ada banyak panggilan untuk permainan ini. Tapi tempat SS, memang panggil ni. Biasa guna tutup botol air
  gas. Kumpul dalam 5 biji kemudian main. Takkan tak ingat main timbang dan tembak ni. Bagi orang
  perempuan, mereka lebih gemar bermain batu seremban.



Main lawan pen
- Setiap seorang akan bermain dengan sebatang pen dengan misi untuk menjatuhkan pen musuh dari meja.
  Biasanya bermain sewaktu cikgu belum masuk kelas lagi.



Main lawan pemadam
- Juga dilakukan ketika ketiadaan cikgu, anda hanya memerlukan pemadam berlawan secara one by one.    
  Pemenang dikira apabila pemadam anda berjaya menghempap pemadam musuh.



Main kad tepuk
- Setiap peserta akan mempertaruhkan seberapa banyak kad masing2. Mereka perlu menunggu giliran untuk
  menepuk kad yang dikumpul dan disusun seperti menara. Sebaik ditepuk, setiap kad yang terbalik adalah
  milik anda. Ni nampak macam judi sikit. Tapi masa tu kan tengah bodoh lagi..





Main tiang ke tiang
- Yang ni pun SS tak berapa ingat apa ke namanya?? Tapi yang SS ingat setiap orang perlu menyentuh tiang
  dan berlari secepat mungkin untuk ke tiang seterusnya. Anda dikira tewas jika anda dapat disentuh oleh
  orang yang "jadi" ketika hendak ke tiang seterusnya. Kemudian anda pula yang akan "jadi". Ulanglah aksi ini
  sampai tamat waktu rehat.



Sebenarnya ada banyak lagi permainan yang SS main masa dulu2..tapi malas pula nak menaip dekat sini. Ni kira sebahagian je. Biasanya game macam ni mesti akan diakhiri dengan pergaduhan dan kesedihan. Maklumlah tengah belum matang lagi. Jadi, mungkin anda ada permainan lain yang boleh dikongsi disini. SS nak tahu juga apa yang anda buat masa kecil2 dulu. Boleh bagi pengajaran dekat budak zaman sekarang. Jangan asyik terperap dekat rumah je.

*harap maaf kerana kualiti gambar tidak begitu memuaskan - ihsan google




Kata SS : Terkejut dengar kawan SS main game lompat2 asap masa dulu2. Teruk bebeno sampai asap pun boleh jadi bahan hiburan. 

25 SuaraSumbang:

ijatbong said...

ko lupe nak mention dewa kepada dewa permainan kite mase kanak2 seperti,men bola botol/kertas gumpal2,men bola yg pemain gune kotak,bola gune tembaga rokok..tp sume yg SS mention antara feveret gua

De Mois said...

@ijatbong
ha..yang tu pun game fevret gak. memang peluh 1 badan

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Semua pernah main kecuali lawan pen dengan kad tepuk. Yang last tu best, panggil rebut tiang.. Nostalgia betul.. Lagi 1, bebudak pompuan suka main getah.. Hehe..

De Mois said...

@нαηιмQαtяυηηα∂α
Haha..budak getah kah ini??

Ain Zulaikha said...

sampai sekarang i main ceper tau.. hahahah selalu sangat main dengan adik2..

De Mois said...

@Ain Zulaikha
mesti kalah kan..haha. dah agak dah

Fariq said...

"Sekarang ni, budak sekolah rendah hari2 tengok cerita lucah. Lepas tu, siap buat amali lagi." apakah?? hahahaha



serius teringat zaman sekolah rendah dulu... mmg seronok.. lagi2 main tiang2 tu.. tergelak bile tgk gmbr tiang tu.. ade lagi yg budak sekarang tak main.. baling2 selipar la, konda kondi.. grrrr.. seronok gile bile teringat.. :p

Latest -
- Cuba Untuk Belajar Sendiri

De Mois said...

@Fariq
Haha..yang pasal maksud ayat 2 paham2 sendiri la ye.

Tulah pasal..banyak gila yang diorang ni melepas ni. Rugi woo tak dapat main

Pert Doherty said...

gua legend main tiang.. ohoi

De Mois said...

@Pert Doherty
Bukan kau ke yang main lompat asap tu?? haha

iwan_dextrous said...

aku rindu semua tu..skrg ap yg ak main balek2 futsal,bola, badminton, paintball, bowling..semuanya duit.hahaha

De Mois said...

@iwan_dextrous
haha..nak jimat main lah balik game2 diatas ye

http://aniesandyou.blogspot.com said...

cuma terfikir 1 perkara... utk 50 thn akn dtg, masih wujudkah permainan sebegini?

Serius hot! WFTXO@#$%&*!

nabilah_2908 said...

tengok cerita upin & ipin tak...?

dalam cerita tu mengetengahkan permaian yg selalu kita main masa kecik2 dulu..

kesan....?

budak2 yg tgk cerita ni..main juga permaainan yg di tunjukkan dalam cerita ni...

adik sy tgk kemaruk main lontar selipar dgn kawan2..huhu... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
PAKAI BOTOX KE ??

Musa said...

Ada satu lagi aku selalu main kat sekolah
'Lobang tikus'
kalau tak tawu tanye kengkawan pompuan SS. hihihihi

De Mois said...

@Anies
Yup..rasanya mesti dah pupus lah game2 ni kan

De Mois said...

@nabilah_2908
wah..baguslah macam 2. sebab cerita macam 2 memang sangat bagi kesan kan

De Mois said...

@Musa
Mak aih..seram je namanya. Nanti SS tanya

Afzainizam said...

Assalamualaikum wbt,

Dulu lain… sekarang dah lain…
Dulu bujang… sekarang… dah kahwin…

(Ops sedikit intro dari lagu SM Salim - Dulu Lain, Sekarang Dah Lain)

zaman dulu semua permainan tu jenis tak ade pakai duit semua free... tak yahh isi borang... semua permainan boleh joint sapa-sapa pun bolehhh...

zaman sekarang nak main game play station pun kena beli tau...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

vespa naza

redza said...

hahaha best..besttt

kalaulah boleh balik semula ke zaman tu huhuu

Wan Gerrard said...

rindu zaman dulu..main konda kondi gak dulu hehe

De Mois said...

@Afzainizam
Dulu pun nak kena isi borang jugak ke?? haha..

De Mois said...

@redza
haha..kalau boleh tak nak lah. nanti penat nak tepuk2 kad lagi. huhu

De Mois said...

@Wan Gerrard
Yup..salah 1 game terbaik!!

Solihin Zubir said...

hahaha.. nostalgia gila suma game2 tu..
aku dulu juara kad tepuk kot..
satu guni aku sapu..
modal 30keping ja.. heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...