Wednesday, May 18, 2011

...kalau tak, mak lempang

16 SuaraSumbang

Aih..SS masih belum puas lagi tentang isu pendidikan tanah air kita ni. Sebelum ini SS ada cerita pasal isu pendidikan di sini.Memang kalau nak diceritakan terlalu banyak kebocoran dan kelemahan dalam sistem yang sedia ada. Tapi disebabkan negara kita sudah menggunapakai sistem sebegini terlalu lama, masyarakat sepertinya sudah sebati. Mereka menerima bulat2 tanpa ada usul periksa mahupun bantahan sekalipun. Hanya kini sahaja ramai yang sudah mula bangkit menentang beberapa dasar baru yang langsung tak boleh diterima dalam kita menuju arus kemodenan yang amatlah terlampau ini.

PPSMI umpanya atau lebih dikenali sebagai Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam Inggeris telah mengundang tanggapan yang negatif terutama golongan cendekiawan dan sastera yang mahu Bahasa Melayu dikekalkan. Malahan bahasa ini harus dimartabatkan. Tak salah pun nak berbahasa Inggeris kerana itupun bahasa pengantara yang hampir diguna secara meluas diseluruh dunia. Namun, lebih molek jika bahasa ibunda sendiri yang dititikberatkan. SS sendiri pernah buat kajian dengan teman semasa berada di tahun 1 ketika isu ini hangat diperkatakan. Kajian SS telah menyimpulkan 1 ulasan yang sangat ironi. Jika dikaji dengan lebih mendalam, kebanyakan pelajar dari sekolah yang SS sasarkan berjaya menguasai peperiksaan dengan jayanya meskipun terpaksa menjawab dalam bahasa Inggeris. Setidak-tidak pun, mereka lulus dengan cemerlang. Namun, pabila ditanya adakah mereka mahu meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris atau kembali dalam bahasa asal, kami sangat terkejut apabila mereka memilih untuk menggunakan bahasa Malaysia.

Begitulah senario yang berlaku terhadap pelajar2 dan murid di Malaysia. Mereka sangat terbeban padahal jika diberi pengkhususan, hanya sedikit yang perlu mereka pelajari. Maka mereka akan lebih fokus dan menguasai dengan sangat efektif. Ingat lagi tak dulu masa kita kecik2, kena bawak beg berat2. Sampai kawan cakap,"Aih..kau bawak buku ke batu, Sanip oii??". Nah..itulah penangan sistem pendidikan di Malaysia. Belum dikira dengan setiap bulan mesti ada ujian bulanan, ujian setara, ujian pertengahan tahun, ujian, ujian, ujian dan ujian. Diluar negara, anda hanya perlu mengambil ujian untuk melepasi subjek yang diambil sahaja. Malah mereka bukan mengukur gred, mereka hanya perlukan anda lulus atau gagal sahaja.

Ingat juga tak pabila kita pernah diberitahu guru kita semasa SPM dahulu, "Anak2 semua, buat betul2 SPM ni. Tinggal exam ni je yang susah. Lepas ni dah tak susah". Kesian kan kita kena tipu. Siapa cakap exam di Matrikulasi senang. Siapa cakap exam masa Diploma senang, masa Ijazah senang. Siapa cakap?? Ternyata kita dimomokkan dengan isu pendidikan yang maya ini. Malahan, peperiksaan STPM dianggap sebagai antara peperiksaan yang paling sukar di dunia selepas Oxford. Ha..siapa nak jawab 2?? Ala..kita ni kan pelajar..mana ada suara. Terima sajalah..mungkin ada hikmahnya. Cuma SS berharap akan ada perubahan dalam sistem asal ini. Sekurang-kurangnya anak cucu kita mendapat tahap pendidikan yang betul dan sempurna. Selamat Hari Wesak!! Ada kaitan ke






Kata SS : Buat pertama kali SS menggunakan sosial network setelah sekian lama. Kepada semua pembaca2, bolehlah mengunjungi laman twitter SS untuk kemudahan bersama. Anda boleh pergi ke        
http://twitter.com/de_mois. Jangan lupa follow ye. Nanti SS follow balik.

16 SuaraSumbang:

Ain Zulaikha said...

rasanya better dia orang gunakan dwi bahasa dari prefer 1 bahasa je.. sebab kekadang bukan semua orang boleh buat ayat english dengan baik, lagi2 kalau subjek tu pun nak grammar yang betul tak ke faild budak tu.. cth nye macam ain ni hahahhaahhaha

De Mois said...

Bukan kata ain je, SS pun sama. Lintang pukang dibuatnya. Haha

AZRUL AZMI said...
This comment has been removed by the author.
AZRUL AZMI said...

bagi saya perkara ini terlalu rumit untuk dibincangkan kerana banyak pengaruh... kalu kita nak guna English, orang akan mempertikaikan nasib pelajar di pedalaman... kalu kita nak guna Bahasa Melayu, orang akan cakap mempertikaikan bahasa inggeris tu sebagai bahasa antarabangsa... lebih parah lagi bila terdapat pihak yang mempersoalkan kerugian yang akan ditangung daripada permainan tarik tali itu... kejap nak guna BI kejap nak guna BM... akhir2nya perbelanjaan negara banyak dihabiskan dengan perkara itu sahaja...

De Mois said...

Ha..itu yang sakit hati 2. Banyak pakai duit 2..

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Betul cakap ain tu, buat dwi bahasa kan senang. Nak jawab dalam bahasa melayu boleh, dalam bahasa inggeris pun boleh. Terpulang pada pelajar tu sendiri. Kan kan kan... *lebih baik SS setuju, kalau tak....... Haha.... =P

De Mois said...

Kalau tak, mak nak buat apa?? hehe..

Hmm..yang ni SS pun tak pasti keberkesanannya. Sebab yang penting masa belajar, bukan masa exam

redza said...

lagi satu..kita di malaysia diajar supaya baca buku utk lulus periksa...bkn krn ilmu yg terkandung dlm buku tersebut



aku akan follow kemudian ye..ada masalah sikit

nabilah_2908 said...

bila dah terlalu bnyk yg kononnya bijak pandai kt atas sana...mcm ni la jadi nya lintang pukang...

asal tukar menteri je...pasti sistem akan bertukar....hrumm...

jom ke APA KATA HATI pulak ;
NAK TUTUP BLOG

De Mois said...

@redza
yup..sangat betul. nanti kemudian hari yang datang masalahnya

De Mois said...

@nabilah_2908
itulah pasal..macam menteri pula yang pegang semuanya

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy spray bumper dan grip handle pintu

ada baik buruknya... but sekarang semua bahasa english... but kita juga pertahankan bahasa Melayu ni...

bagi aku bahasa menunjukkan bangsa... bahasa sebagai penyatuan satu negara...

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy spray bumper dan grip handle pintu

kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara ialah wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang mereka peroleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba pergi ke kelas tuisyen dan meninggalkan saat-saat indah bersama keluarga dan mengabaikan aktiviti-aktiviti beriadah dan aktiviti kemasyarakatan.

Masyarakat pula berpandangan bahawa hanya mereka yang memperoleh pangkat A dalam setiap pelajaran sahaja pelajar yang cemerlang, tetapi pelajar yang gagal dalam peperiksaan dianggap gagal dalam segala-galanya. Hal ini telah menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehingga hilang keseronokan belajar. Kini segala-galanya terpulang kepada ahli-ahli akademik dan para pemikir pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti sistem pendidikan baru yang sesuai diamalkan.

De Mois said...

@Afzainizam
Terbaik lah..idea yang menarik yang tak perlu SS huraikan lagi

░♥si lampu neon♥░ said...

aku pulak setuju dengan PPSMI tu..bahasa melayu boleh dimartabatkan dalam pelabagi cara lagi..

walaupun sekrang ni dah takde PPSMI tapi kementerian dah keluar satu projek baru tau..MBM MBI memartabatkan bahasa melayu dan memperkukuhkan bahasa inggeris..dengan harapan anak anak bangsa tak ketinggalan dalam 2 bahasa penting ni..

De Mois said...

@silampuneon
Hmm..harap2 berkesan. Paling penting dah tak membazir duit lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...