Tuesday, May 17, 2011

Kau mesti dapat A, kalau tak..

12 SuaraSumbang
Baru masuk hari ke-2, orang lain semua cuti. Tapi SS pulak dok sibuk nak sambung belajar. Konon2 nak mudahkan lagi kerja. Ni dah amik subjek dulu. Semester depan makin kurang lah subjek nya. Tak yah pening2 kepala lagi. Yeke dah tak pening ni? Belajar kat u di Malaysia mana pernah yang tak pening. Semuanya nak kasi pecah kepala jugak. Sistem pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan. Bukan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

SS tak kisah sangat pun sebab memang dari kecik lagi kita dah ditanam dengan "mindset" untuk mendapat A dalam semua subjek. Dapat no 1 dalam kelas. Dapat masuk sekolah asrama penuh. Last sekali, mesti habiskan pelajaran di universiti. Tapi berapa banyak input yang kita dapat ek hasil dari sistem pembelajaran begini. Belajar sebab terpaksa dengan belajar sebab minat lain he. Sebagai contoh, kalaupun anda berminat dengan kejuruteraan komunikasi anda masih perlu belajar dengan semua subjek lain yang tiada kaitan pun dengan major anda ni. Itu belum kira lagi masa kat sekolah dulu kena belajar subjek biologi, perakaunan dan sebagainya. Alasannya mudah..sebagai persediaan untuk diserap ke bidang kerja yang lain jika terdapat kekosongan. Maka bertambahlah tekanan pelajar untuk mengetahui semua perkara sekalipun diluar kadar keminatan mereka.

Diluar negara, setiap pelajar akan dikesan minat dan bakat mereka sejak berumur tujuh tahun lagi. Dari situ, mereka akan memilih kelas yang bersesuaian dengan minat mereka. Malah, jika mereka berminat bermain gitar pun, maka ibubapa secara tidak langsung akan menghantar ke kelas muzik. Memang sistem pembelajaran disana sangat sistematik & efektif. SS sendiri sempat berbual dengan seorang pelancong dari Germany ketika sedang bercuti di Tioman. Bryan namanya. Umur sebaya dengan SS. Tetapi sudah tahu masa depannya dengan corak pembelajaran yang sudah diatur sejak dari Highschool lagi. Di Malaysia, kita hanya belajar secara khusus untuk bidang yang diambil sebaik melangkah ke tahun empat. Bukan darjah empat. Tahun empat di universiti. Itu kan tahun akhir. Memberi makna, sebelum tu kena belajar semua. Mana tak pecah kepala dik oii. Bryan pun sempat gelak bila dengar kami cerita pasal ni. Naik malu pula SS jadinya.

Yang bertambah menariknya bila SS terdengar berita di radio baru2 ni yang kerajaan sedang mengkaji sistem pembelajaran yang digunapakai di luar negara untuk diadaptasi di negara kita. Aih..baru nak kaji ke?? Tak tau la bila nak laksanakan. Lagi 1 hal, sistem pembelajaran di Malaysia ni tak pernah konsisten. Sering bertukar2 seiring dengan pertukaran menteri pelajarannya. Kejap nak buat ini, kejap nak buat itu lah. Yang jadi mangsa nya anak2 sendiri. Belajar2 tapi tak faham apa pun.

Sempena hari guru yang disambut oleh berjuta2 diseluruh dunia ini, SS nak ucapkan lah jugak selamat hari guru. Semoga mereka terus tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik .Teringat pulak masa kecik dulu, mesti suruh mak buat keychain ucapan hari guru untuk dihadiahkan kepada semua cikgu SS.

Ni buku akaun, ni buku biologi..arghh!!
-ihsan google

                                                             

                        

Kata SS : Rasa bermakna sangat Hari Guru tahun ini. Sebab ada orang tu dah jadi cikgu dah. Kui3...

12 SuaraSumbang:

.izzati liyana. said...

bagus gila entry ni!! government especially kementerian pelajaran kena baca entry ni. bagi mereka sedar siket.

De Mois said...

Itupun kalau depa nak baca la. Hehe..

iwan_dextrous said...

lu mmg bes bro.hihihi

De Mois said...

Haha..hari ni tiba2 rasa nak terlantang lak

Nadia Mashuri said...

mmg betul tu..
semakin ramai sekarang ni budak2 yg dapat full A ime exam, tapi bile bab perangai.. langsung tak A..

De Mois said...

Tau takpe..sebab kepala otak dah nak pecah

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Wah.. Boleh usul kat parlimen ni.. Hehe.. Tapi betul apa yang SS cakap tu.. Tapi (berapa banyak tapi...) betul jugak yang pasal belajar subjek yang takde kena mengena sebagai persediaan untuk diserap ke bidang lain. Saya sekarang pun tiba-tiba masuk banking, padahal dulu belajar public admin. Memang lari betul......

P/s: kenapa nak ke-malu-an pulak. Belog saya biasa2 je huhuhu..

De Mois said...

Hmm..diorang ni bukan nya nak amik tau pun suara rakyat ni. Ecehwah..

Msti la..follower SS dah kena potong huhu

azwandengkil said...

Teringat kata seorang prof, sistem pembelajaran kita sgt jauh ketinggalan kerana corak pembelajaran satu hala yg masih ada lagi diamalkan.

De Mois said...

Wah..kira SS ni mempunyai pemikiran macam prof la ye. Haha

impish_yatie said...

fuhyooo, SS ade kawan orang putih..=P lalalalalala~

De Mois said...

Haha..SS kan. Nak kawan mesti yang international punye. Kah3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...