Thursday, May 26, 2011

Make Your Choice

17 SuaraSumbang


Sebenarnya tajuk di atas sangat berkait rapat dengan SS semasa memulakan semester lepas awal tahun ni.

Killer lecturer
SS ada mengambil 1 subjek wajib ini. Apa yang berlaku adalah SS berhadapan dengan seorang pensyarah yang amat "popular" di tempat pengajian SS. Namanya sering menjadi sebutan bukan kerana pencapaian terpuji nya tetapi kerana beliau mempunyai perangai pelik iaitu menghancurkan masa depan pelajar beliau. Ini mungkin 1 kenyataan berani namun SS yakin beliau bukan lah orang yang paling disenangi dikalangan pelajar terutamanya jurusan elektrik komunikasi. Apa yang pasti semua orang bimbang andai kata berhadapan dengan beliau.

Siri penguasaan "Dr Y"
Pertama kali SS melangkah masuk ke kelas beliau, tidak ada nampak tanda2 beliau seorang yang zalim seperti yang dikhabarkan oleh kebanyakan pelajar sebelum ini. Malahan..buah mulut dari senior SS tentang sikap beliau yang gemar memberi failed kepada pelajar2 beliau SS anggap hilang dalam fikiran ini dek jatuh cinta dengan tutur kata beliau yang sangat kemas lagi tersusun. Ditambah dengan longhat Inggeris nya yang sangat berbeza dengan orang Malaysia disini. "Mungkin beliau dah banyak berubah kot", getus hati SS. "Dah 2, yang senior cakap apa pulak??"tambah SS lagi bermonolog. "Ahh..khabar angin jela 2",SS kuatkan diri dan bertambah semangat. Akhirnya, indah khabar dari rupa. Sejurus sebelum tamat kelas, Dr Y sempat memberi kuiz ketika kami masih terpinga-pinga tentang subjek beliau. Malahan kami juga sering diberikan tugasan yang perlu disiapkan serta dihantar sebelum pukul 8 pagi keesokan harinya. Keadaan sebegini membuatkan kebanyakan pelajar sangat tertekan.

Pendapat pensyarah lain
SS tampak tenang menghadapi situasi ini sehinggalah SS bertemu dengan seorang pensyarah yang seangkatan dengan Dr Y. Sebaik berbincang, pensyarah tersebut sangat terkejut apabila SS menyatakan yang sedang belajar di kelas Dr Y. Beliau menyarankan SS supaya berpindah ke kelas lain atau gugurkan saja subjek tersebut. SS pun turut terkejut dengan kenyataan tersebut. Seolah-olah SS perlu lakukan sesuatu tak kira apa pun terjadi asalkan bukan lagi Dr Y. SS kuatkan lagi diri ini untuk menolak andaian tersebut. Akhirnya SS nekad untuk hadir ke kelas beliau. SS perlu sebab seumur hidup SS belum pernah menggugurkan mana2 subjek yang telah diambil. Memang prinsip SS, "Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan".

Kejadian aneh berlaku di kelas
Sebaik tiba di kelas beliau, masa tu hari Selasa. SS masih ingat lagi Dr Y buat kelas malam sebab siang beliau sangat sibuk berurusan dengan pelbagai perkara. SS gembira sebab datang lebih awal dari beliau..kemudian Dr Y pun sampai. Tanpa membuang masa memulakan sesi pengajaran. Belumpun masuk 15 minit beliau mengajar, segalanya terus berubah apabila....................... - akan bersambung -


*Apa yang terjadi kepada SS? Siapakah sebenarnya Dr Y? Nantikan episod seterusnya yang bakal menerjah  
  anda tidak lama lagi.







Kata SS : Percubaan pertama untuk membuat novel walaupun tak memenuhi kriteria pun. Cerpen pun jauh lagi kot..

17 SuaraSumbang:

zulfitry.com said...

siapakah DR Y tu ? SS kena aper? lepas ni nak buat sidang media tak?

mataharigilak said...

hehe..aku tau ape jadi.. =p

JR Online said...

Pandai buat drama suspens...hik..hik..hik..

De Mois said...

@zulfitry.com
rileks..tunggu dulu. tengok je sambungan. cehh..

De Mois said...

@mataharigilak
shh..jangan bagitau dulu. bagi suspen kat yang tak tau lagi

De Mois said...

@JR Online
Bolehlah sikit2..hik3

nabilah_2908 said...

ceh....tgh2 suspend...bersambung lak..

adakah Dr Y akan berubah menjadi org lain...? huhuhu...

De Mois said...

@nabilah_2908
hehe..tak tau..tunggu!!

ijatbong said...

cepatla2,ak dah xsabar nk taw smbungan ni,mst SS kene puji dlm kelas kn3

Nadia Mashuri said...

cepat sambung!!!

De Mois said...

@ijatbong @Nadia Mahsuri
cuba bawak bertenang dulu..hehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

uihhhh penuh dengan teka teki yang tak terjawab lahhhh.... apa agaknya ending dia tu.... sabooor ye lahh

Anati Soki said...

apa yg dah jdi?? jengjengjeng

nabilah_2908 said...

bile nak sambung...dah 2 hari sy dth sini..ternanti2 sambungannya...huhuhu...(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
JUARA MENTOR 5

Amanina Sofea said...

suspens btol Dr.Y tu..
nsib baik kt kolej xde org mcm nie..

De Mois said...

Hehe..mintak maaf semua. Kejap je lagi SS sambung cerita nya. 2 3 hari ni tak berapa nak sihat lah..

Ain Zulaikha said...

tengah syok2 baca bersambung lak T___T bukan senang nak online ni T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...