Monday, June 27, 2011

Jozan mengecewakan SS

18 SuaraSumbang



Baiklah..berakhir sudah program jenaka yang berjaya mencetuskan fenomena di negara ini sehingga menarik beratu-ratus ribu penonton untuk melanggan saluran yang menyiarkan rancangan ini. Program Maharaja Lawak adalah program yang menghimpunkan semua bekas finalis dari Raja Lawak musim pertama sehingga kelima. Maka, kemuncak kepada program realiti ini jumaat lalu kemudiannya menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara buat julung kalinya.

Memang satu kejutan yang luar biasa apabila kumpulan yang berasal dari Johor itu berjaya memecah monopoli kumpulan Jozan yang selama ini berada di tangga teratas untuk setiap minggu. Okey..SS taknak ulas panjang sebab SS pasti anda semua lebih mengerti akan perihal yang berlaku. Persembahan final tempoh hari memang sangat mengecewakan. Bukan kerana Jozan tak menjadi juara. Tetapi persembahan kebanyakan finalis sangat biasa. Tiada perkara yang baru. Hanya Sepah sahaja yang berjaya mengekalkan konsistensinya bukan setakat untuk kedua-dua segmen, tetapi untuk setiap minggu. Sepah tidak pernah mengecewakan. Lantaran itu, SS ni yang memang meminati kumpulan Jozan sangat mengharap sangat lah untuk menyaksikan suatu program final yang menghiburkan. Biar pecah perut kata orang gitu. SS ni peminat no 1 Jozan tau.

Walaupun mereka sangat sebati dengan penonton apatah lagi mempunyai peminat yang ramai, namun SS melihat sikap selesa mereka yang menjadi punca persembahan mereka sekadar biasa sahaja. Tiada suatu pembaharuan. Lawak Ah Chai dan Mael Lambung tidak mampu mengundang ketawa yang terbahak-bahak. Malahan Jambu sendiri hadir dengan lawak yang merapu pada pusingan pertama. Mujurlah mereka membuat kebangkitan pada pusingan kedua. Mungkin mereka lebih memfokuskan pada pusingan kedua barangkali. Apatah lagi mereka mendapat bonus dengan kehadiran "awek impian" Yus iaitu Zila Bakarin.

Untuk persembahan Nabil, SS boleh maafkan lagi kerana membuat persembahan secara solo bukanlah suatu yang mudah. Anda perlu mencari idea sendiri dan berhadapan dengan penonton bersendirian. Itupun dianggap berjaya kerana Nabil sentiasa positif dan bertahan sehingga meraih tempat ketiga. Nabil sangat smart dalam hal ini kerana tidak perlu berkongsi wang yang diraih malah menerima jumlah wang lebih tinggi berbanding rakan2 mereka yang lain.

Apapun, SS mengharapkan program2 seperti ini dapat diteruskan lagi untuk mengetengahkan bakat2 baru dalam dunia pelawak. Sepah deserved diatas kejayaan mereka hasil usaha yang berterusan itu. Memang tak tahan tengok mereka ini terutamanya watak "Ustazah Kurma" tu. Bagi Jozan pulak, walaupun kalah..rezeki mereka mungkin bukan disitu. Tetapi lebih kepada filem. Sebab SS dengar seorang pengarah dah offer mereka ni 1 filem. Tak percaya baca ni yang SS jumpa di laman twitter SS.








Kata SS : Zizan jangan marah pulak yea kalau baca cerita SS ni. Harap2 dia baca lah..SS dah twit2 kat dia ni. Baca lah..apapun SS LOVE Jozan

18 SuaraSumbang:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

rezeki masing2.. kalu kita ditempat mereka, kita pn lom tttu dpt wat cm tu

Rabu tanpa kata

nabilah_2908 said...

hmm...mmg dah tertulis bukan rezeki jozan.. ;)

zulfitry.com said...

booo..

yang hang tuah tu macam bosan jer

Papa Mifz said...

sepah terbaik malam tuh..:)

.::: Princess MOMOY :::. said...

bagi pendapat momoy
mereka peserta terakhir
so kurang vote la
tambah lagi task 1 kurang ommmpphhh
so mesti voter tak sangka task 2 mereka hebat
jadi bila nak vote masa dah kurang
pendapat momoy

Nadia Mashuri said...

saya sokong sepah...
hehee..
=)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat mudguard dari fibreglass

yuuuuupppp sokong sepahhhh... mlm tu diorang mmg buat terbaik

badat said...

sepah mmg pepom

zul said...

-durasi filem lebih kurang 2 jam setengah..
-bagi mereka yang tak mahu mood dispoilkan, sila jangan baca..
-ayat2 dalam ni bukan ayat baku, ayat rojak aje..

cerita filem bermula dengan ditunjukkan planet cybertron yang sedang berlaku peperangan antara autobots dan juga decepticons. ada satu jet pejuang autobots cuba diselamatkan oleh sentinel prime kerana tujuan tertentu. jet tersebut dilarikan dari cybertron dan ditembak. akhirnya ia jatuh terhempas di bulan.

di bumi, autobots seperti biasa memburu decepticon yang masih tinggal. waktu ni ditunjukkan optimus prime membawa kontena di belakang. ada decepticons seperti ular yang korek bumi tu menganggu (binatang peliharaan shockwave kot). selepas tembak menembak, optimus menjumpai suatu benda yang ia kenali, iaitu benda dari kapal angkasa yang sentinel laarikan dulu. optimus pelik bagaimana ia ada di bumi.

kembali ke kem tentera amerika, optimus kata tentera menipu mereka dan tak bagi tahu semuanya tentang rahsia mereka. waktu tu barulah diceritakan tentang misi amerika yang menjejaki kapal sentinel di bulan satu ketika dulu. jadi optimus dan kawan2 pergi ke bulan dan cari sentinel prime. sentinel prime ni adalah tok guru optimus prime satu ketika dahulu yang memegang tampuk kuasa autobots.

selepas selamatkan sentinel dan dibawa ke bumi, optimus menghidupkan sentinel yang ketika itu mode mati dengan menggunakan 'the matrix' yang pernah menghidupkan optimus pada transformers II dulu (tak sangka benda tu ada lagi). sentinel rupanya dah berpakat dengan megatron satu ketika dulu waktu mereka sama-sama nak menuju ke bumi bahawa mereka nak pindahkan planet cybertron tu ke bumi, jadi buat sementara waktu dia berlakon depan optimus.

sampai masanya, sentinel menunjukkan belang dan dia membunuh ironhide. kesian ironhide mati katak. kemudian sentinel pindahkan tentera decepticon dari bulan ke bumi dan berlakulah huru hara yang dahsyat. optimus pon takleh buat ape, apatah lagi autobots yang lain. sentinel suruh tentera amerika supaya hantar autobots semua keluar dari bumi jika tak mahu berlaku kehancuran, mereka akur.

satu kapal angkasa telah disiapkan dan berucaplah kali terakhir optimus dan bumblebee kepada sam (sedih part ni). kapal angkasa dilancarkan ke angkasa, dan kelihatan starscream berada di langit dan terus menembak kapal angkasa dengan tujuan membunuh semua autobots dalam kapal angkasa tu. maka hancur kapal angkasa tu depan mata semua orang. sam sangat sedih.

dalam masa yang sama, bandar telah banyak dimusnahkan, manusia dibunuh oleh decepticon. sentinel prime kemudian melancarkan beberapa tiang trasformasi untuk membawa planet cybertron ke bumi. waktu ni menggelabaah tentera amerika dan sam nak musnahkan tiang tersebut. sedang berkejar-kejar ke sana, sam hampir dibunuh oleh decepticons, tetiba muncul penyelamatnya. siapa? autobots la sape lagi.

autobots telah memperdaya semua orang. mereka tak naik pun kapal angkasa tu. mereka pun ada rancangan sendiri. waktu ni ramai autobots datang. masing2 main peranan tembak sana sini. tentera amerika dan sam naik ke bangunan tinggi untuk tembak tiang transformasi tersebut, dan tetiba datanglah shockwave membawa binatang peliharaannya dan mengorek bangunan tersebut sampai hancur. sekali lagi optimus prime selamatkan sam dan tentera dengan membunuh binatang peliharaan shockwave (waktu ni optimus prime guna sayap jetfire tuh sampai leh terbang). shockwave angin, dia tembak optimus dan kena, optimus tesangkut kat atas bangunan dan tak boleh bergerak.

starscream dapat mengesan sam dan dia nak bunuh sam dan awek sam. sam guna alat yang diberi satu robot autobots dan tembak sebelah mata starscream, kemdudian tembak sebelah mata lagi. maka butalah starscream. lepas tu ramai tembak starscream dan matilah ia di tangan sam. rancangan yang sama digunakan iaitu menembak mata semua decepticons agar mudah mereka tumbangkan. shockwave pula diserang berkali2 oleh tentera dan akhirnya riwayatnya ditamatkan oleh optimus prime yang guna pedang dan kapak berapi.

zul said...

sentinel dalam masa yang lain nak berkuasa di bumi, megatron diperkecilkan dan dianggap hamba suruhannya. megatron yang mata sebelah buta sebab optimus belasah waktu transformers II takleh buat ape2. sentinel melancarkan tiang transformasi dan kelihatan planet cybertron di langit bumi (gambar smart waktu ni). optimus prime pun menjalankan tugas seperti biasa, tembak salah satu dari tiang transformasi tu, maka transformasi planet cybertron terhenti sebentar. maka bergaduhlah tok guru dan anak murid.

sedang sentinal dan optimus bergaduh, awek sam boleh hasut dan cucuk api pada megatron dengan mengatakan bahawa megatron akan jadi hamba kepada sentinel aje. tak tahan dengan perlian gadis tak berapa cun tu, megatron niat nak bunuh sentinel. tercabut sebelah tangan optimus setelah dibelasah sentinel, dan hampir dibunuh dengan pedang. tetiba megatron menarik sentinel dan membelasahnya bertubi2, sampai lunyai sentinel. optimus pun bangun dengan selambe membunuh megatron dengan kapak. kelihatan menarik kapak apinya melekat pada kepala megatron yang tercabut. optimus mengucapkan selamat tinggal kepada tok gurunya yang telah mengkhianati autobots, lalu ditembak kepala sentinel. maka matilah sentinel dan optimus jadi raja transformers. tiang2 transformasi turut musnah. sekian.

De Mois said...

@anies
betul..tapi kita kan peminat. mesti nak harapkan terbaik kan

De Mois said...

@nabilah_2908
memang bukan rezeki dia untuk atas pentas kan

De Mois said...

@zulfitry.com
haah..padahal boleh buat macam2 lawak pasal tu

De Mois said...

@Papa Mifz
sepah memang konsisten. ramai peminat jugak

De Mois said...

@Princess Momoy
SS tak rasa macam tu. sebab peminat sekarang dah pandai. undi pada yang layak

De Mois said...

@Nadia Mahsuri
saya minat jozan tapi sokong sepah. haha

De Mois said...

@Afzainizam @Badat
sepah paling terbaik di antara yang terbaik

De Mois said...

@zul
kau ni dah kenapa ni buat review cerita kat komen ni pulak. iskh3..macam2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...