Wednesday, June 8, 2011

This Is My Choice - Final Part

14 SuaraSumbang
Peringatan!! Ini adalah sambungan kepada entry yang sebelum ini. Bagi mereka yang terlepas untuk membaca Part Idan Part II, bolehlah ke sini dan situ.


Hari berganti hari, masa berdetik dengan sendiri, waktu kian bergerak pantas..sedar tak sedar rupa-rupanya 6 bulan sudah SS berada di semester ini malahan telah tamat pun perjuangan untuk sem ini. Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu untuk melihat keputusan peperiksaan terutamanya yang melibatkan subjek kegemaran Dr Y. Satu persatu SS belek untuk melihat gred yang diperoleh pelajar beliau.


Tak boleh tahan
"D, D, E, E, E, D, D, E, E........." "Apa ni, ramainya failed!" getus hati SS. SS mula bimbang dengan pola pemarkahan Dr Y ni. Paling tinggi pun C+. Sangat rendah..bagaimana dengan SS? Ingat lagi tak sebelum ni SS pernah berbisik dengan Apek suatu plan gila. Sebenarnya SS merancang untuk menggugurkan subjek Dr Y ni dengan harapan semester akan datang SS akan mengambil semula tapi biarlah dengan pensyarah lain. Inilah pilihan yang bukan saja SS buat tetapi dalam 5-6 orang pelajar mengikut jejak langkah SS termasuklah Apek dan Dani sendiri. Memang sangat berat tapi itu sajalah pilihan yang kami ada. Jika tidak nasib malang akan menimpa diri kami.


Terasa dianiayai
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sepanjang waktu kami dihalau kelas tempoh hari, rupa-rupanya Dr Y mengadakan kuiz. Mungkin mahu mengenakan kami. Malahan kami dianggap tidak hadir kelas tersebut kerana tidak menandatangani kehadiran. Itulah beberapa siri kezaliman beliau terhadap kami yang tidak berdosa ni. Ada juga suara2 sinis mengatakan akhirnya ada juga pensyarah yang tidak memilih bulu, tak kisah la "you melayu ke cina ke, lelaki ke perempuan ke, you salah you failed". Itulah penangan nya Dr Y.


Berjuang demi kegagalan
Ini belum dikira lagi saat sukar untuk menyiapkan projek beliau. Ada 1 kumpulan pelajar yang di reject proposal nya sehingga 5 kali. Belum pernah lagi berlaku dalam sejarah hidup SS. Inilah cerita2 yang SS dengar sendiri dari rakan yang masih berjuang. Mereka sendiri mengakui akan    
keperitan menghadapi seksa tersebut. Hinggakan mereka perlu membentang projek sehingga 2-3 kali gara2 Dr Y tidak berpuas hati walaupun silapnya sikit saja. Ada juga pelajar yang perlu membentangkan projek mereka semula sebaik selepas tamat kertas peperiksaan subjek beliau kerana beliau sangat tidak berpuas hati dengan pembentangan sebelumnya. Kalau dah kena buat lepas paper exam, macam mana lah nak fokus dengan subjek tersebut. Sebab itulah ada di antara pelajar yang tidak pernah gagal sebelum ini, akhirnya kecundang di tangan Dr Y.


Begitulah sedikit sebanyak perkara yang dapat dikongsi dengan pembaca sekalian. Memang ada keburukan jika kita menggugurkan sesuatu subjek, tapi kita perlu mengkaji terlebih dahulu sebab dan alasannya terlebih dahulu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. SS telah membuat pilihan SS. Anda bila lagi?














Kata SS : Akhirnya selesai sudah cerpen paling pendek SS untuk 3 siri. Macam best je buat cerita macam ni. Lain kali nak buat lagi lah. Hehe..

14 SuaraSumbang:

Nadia Mashuri said...

urm.. sampai mcm tu sekali Dr Y buat dekat pelajar dia..
isk.. isk.. isk..

De Mois said...

tau pun..ni tak rasa lagi kan

http://aniesandyou.blogspot.com said...

ish ish ish ish (geleng kepala x sudah)

Yang best tentang Julai 2011

nabilah_2908 said...

errr...ingtkn cerita rekaan..rupa2nya betul...

kenapa Dr Y perangai mcm tu...kalau sy la..mmg tk boleh dgn org macam tu..huhu..

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Dasyatnya dr.Y tu.. Semester tu memang takde pensyarah lain yang ajar subjek tu??

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
sejarah honda civic ej @ ek

uihhh kisah benar lah ni rupanya.... eeemmm kadang tu ke gugurkan gak..cuma perlu fikir dulu sebelum bertindak. mungkin itu yang terbaik dari sakit hati ajerrr....isshhhhh kesiannya ko....

Amanina Sofea said...

hish teruk btul dr.Y bwt student dia mcam tu...hrap2 sem akn dtg xjmpa lec mcam nie

Anati Soki said...

giler kejam kot lectrr cmtuh...
T____T

De Mois said...

@anies
bibir membeku lidah terkelu ke?

De Mois said...

@nabilah_2908
memang betul..tahu takpe

De Mois said...

@нαηιмQαtяυηηα∂α
ada..tapi semua dah penuh

De Mois said...

@Afzainizam
tula..banyak kali gak aku pikir, memang masak sangat sampai dah nak hangus ni. keh3

De Mois said...

@Amanina Sofea
insyaallah..terima kasih

De Mois said...

@Anati Soki
tak berani nak panggil kejam. biasa panggil zalim je. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...