Menarik di SuaraSendiri

Friday, July 22, 2011

Sekitar pertemuan Malaysia vs Chelsea

3 SuaraSumbang
SS tak ada banyak nak cerita memandangkan sebentar lagi SS akan bertolak ke Batang Kali untuk menghadiri kem Rakan Muda selama 4 hari di sana. Jadi, selama itu jugalah SS akan bercuti dari sebarang aktiviti termasuk berblogging, bermain futsal, jadi wartawan terjah orang dan berlakon. Ceh..siap berlakon tau SS sekarang. Selama SS tak update sebeleum ni, SS sibuk dengan shooting sebuah filem pendek arahan rakan SS yang juga blogger. Nanti SS akan ceritakan lebih lanjut pasal cerita ni bila dapat green light dari tuan pengarah.

Yang nak diceritakan sekarang adalah tentang perlawanan yang berlangsung hebat semalam dimana SS turun ke Bukit Jalil sekali lagi secara bersendirian. Seronok jalan sorang2 ni. Tak ada nak fikir pasal orang lain. Perlawanan semalam secara keseluruhannya tidak begitu memuaskan kerana Chelsea tampil dengan permainan hambar dengan serangan yang mudah dipatahkan oleh pertahanan Malaysia. SS pun tak berapa gemar tengok corak permainan Malaysia yang ditampilkan beberapa pemain senior. Memang corak lama. Cuma game nampak menarik pada separuh masa kedua apabila hampir semua pemain adalah skuad Harimau Muda. Baru nampak hantaran-hantaran mudah sikit.

Dan pasukan Malaysia hampir mendapatkan gol melalui 2 gerakan. Jika pemain kita lebih bersabar dan tenang, kita mungkin memenangi perlawanan semalam biarpun pasukan musuh gah dengan pemain bintang mereka. Apa yang menjadi kepuasan SS adalah apabila berjaya mem"booooooooooooooo" pemain yahudi yang dilaknat iaitu Yossi Benayoun. Macam mana beliau boleh melepasi pintu kawalan Malaysia, SS pun tak tahu. Perlawanan semalam juga nampak sokongan padu daripada seluruh penonton Malaysia. SS nak ingatkan kepada blogger yang lain yang mempersoalkan tindakan penyokong Malaysia yang memakai jersi pasukan EPL. Bagi SS, ianya bukan masalah. Bukan senang nak tengok pasukan gergasi EPL datang singgah negara kita. Apa salahnya mereka sekali-sekala memakai jersi pasukan kegemaran mereka.

Untuk itu, SS tinggalkan sedikit foto-foto kenangan ketika berada bersama puluhan ribu rakyat yang hadir sekitar perlawanan di sana. SS tetap maintain pakai jersi kuning Malaysia







Disini juga SS ingin kongsikan satu-satunya jaringan gol yang dilakukan oleh Didier Drogba melalui sepakan percuma. Namun bila SS tonton semula di rumah, rupanya bola tidak melepasi garisan gol pun. Sedih2..kalau tidak, kita dah seri pun.



link video tidak dapat dipaparkan buat sementara waktu








Kata SS : Baiklah..nak bertolak sudah. Jumpa lagi. Minggu depan SS akan berada di Bukit Jalil sekali lagi untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya menentang Singapura. Jangan lupa beli tiket cepat2 dan sokong habis-habisan

Tuesday, July 19, 2011

Siapa nak pas latihan Chelsea di Bukit Jalil?

2 SuaraSumbang
Sukacita dimaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pas masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, boleh menghubungi SS segera. SS dapat tiket ni semalam tapi hari ini ada shooting la pulak. So, tak boleh pergi ke sana. Tinggal 1 sahaja lagi..harap maklum


Hubungi Roy di talian 013-7190997. Berdasarkan "siapa cepat dia dapat!"

Friday, July 15, 2011

Laporan lengkap pemain Liverpool untuk Rajagobal

4 SuaraSumbang
Wah..bangga nya dapat tengok pemain-pemain Liverpool dari jarak dekat. Selama ini asyik tengok dekat tv je. Sekarang tengok secara "live". Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Walaupun sekadar latihan biasa, sama seperti kita menonton orang bermain bola petang-petang, namun jumlah kehadiran penyokong sangat memberangsangkan. Tahniah kepada seluruh peminat yang memberi sokongan padu. Ditambah dengan nyanyian, chanting yang tidak henti-henti, SS merasakan satu kepuasan. Cuma kecewa sedikit sebab tak dapat ambil gambar pemain secara dekat.

Ini adalah sebahagian daripada kemeriarahan yang ingin dikongsi kepada anda semua. Dapat gambar latihan pun jadilah. Nak tengok game betul, tak cukup duit nak beli.

Inilah yang dinamakan satu dalam sejuta.
Belakang semua pakai baju warna merah.

Ni masa tengah training. SS dah tahu dah taktik depa.

Tak silap masa ni Andy Carroll ambil free-kick.
Masuk gol dan semua bersorak.

Baru lepas habis training. Tengah nak cool down


Apa yang membuatkan SS bertambah seronok adalah pertemuan hebat SS dengan selebriti kesayangan ramai yang merupakan peminat "kipas susah mati" Liverpool. Cuba teka siapa?

 Abang Afdlin Shauki. Cuba cari perbezaan SS dengan beliau.

Rasanya itu sahaja gambar yang sesuai dikongsi sebab kebanyakannya tak berapa nak cantik. Yang sedia ada ini pun tak memuaskan hati SS. SS pun nak minta maaf pasal gambar-gambar yang tidak berkualiti ini. Biasalah..pergi pun seorang2, tak ada kawan kan. Ini sedikit video semasa penyokong2 berada di dalam stadium untuk memberi sokongan.


Saksikan di Youtube untuk mengelakkan loading yang lama







Kata SS : Gambar tak cantik dan tak banyak. Kalau nak gambar cantik, datanglah beramai-ramai ke Bukit Jalil Sabtu ni. Tapi yang penting pakai jersi kuning. SS sorang2 pun tak ada hal la.

Thursday, July 14, 2011

Siapa nak teman SS esok?

4 SuaraSumbang
Jangan main-main..dalam diam-diam, SS buat kerja bukan-bukan. Bukan buat kerja haram lah. Ni ha..lewat malam tadi SS dok main twitter. Tengah dok godam2, SS pun tercuwit lah perkataan "astro live". Kira macam nak cari lah ada live atau tidak perlawanan Arsenal. Tiba-tiba, ada seorang yang tidak dikenali telah membuat pengumuman sebegini.


SS tanpa ragu-ragu lagi terus menyahut seruannya. Dalam tempoh kurang 4 jam dari waktu itu, SS bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Keramat. Cerita macam bawa duit juta-juta pulak kan. Dan inilah hasilnya..

Terima kasih kepada Bro Mad
atas pemberian ini

Walaupun sekadar training session pass, tapi SS tetap berbesar hati untuk menerima hadiah ni. Boleh juga mengubat hati ini yang duka kerana kecewa dengan Astro yang tidak membawa siaran langsung perlawanan Arsenal tadi. Maka dengan segera SS bersiap untuk menyaksikan latihan pasukan dari Anfield itu berlatih. Apatah lagi, pengurus Manchester United memang menghantar SS untuk meninjau sesi latihan mereka. Cuma perlu pergi atas pembiayaan sendiri. Apalah tok? Nasib baik dapat pas percuma. Tapi SS pergi seorang diri sahaja esok. Kalau ada teman2 lain terutamanya blogger yang turut menyaksikan latihan mereka ni, jangan lupa roger SS tau.






Kata SS : Rasa macam nak pergi sana pakai jersi kuning lah. Bukan BERSIH tapi jersi harimau. Baru nampak patriotik sikit.

Wednesday, July 13, 2011

Teori lucu jelajah asia EPL

8 SuaraSumbang



Pecah perut SS bila dapat berita pasal teori ni dari orang yang boleh dipercayai. Sebenarnya SS dah dengar lama pasal cerita ni. Tapi sengaja SS simpan sampai hari ni sempena perlawanan pertama Malaysia menentang salah satu pasukan gergasi dari Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal bermula malam ini. Hari ini Harimau kita akan dijadualkan menentang Arsenal pada jam 8.45 malam diikuti Liverpool pada hari sabtu ini jam 5.45 malam sebelum menamatkan aksi menentang Chelsea pada hari khamis depan jam 8.45 malam. Semua perlawan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baiklah..kita terus ke teori kedatangan pasukan gergasi ni ke tanah air. Bukan setakat belajar sahaja tau ada teori kedatangan penjajah ke tanah air. Rupanya kedatangan pasukan-pasukan handalan dari negara bekas penjajah ini pun dikatakan atas sebab tertentu. Dan kemungkinan sebab mereka adalah sama begitu tinggi. Apa yang diteorikan mereka sebenarnya? Dengarnya, mereka begitu optimis untuk datang dan bertemu dengan pasukan negara kita kerana percaya jika dapat menewaskan pasukan Malaysia, mereka sangat berpeluang untuk menjuarai EPL untuk musim hadapan.

Itulah yang mereka harapkan berdasarkan prestasi semasa beberapa pasukan gergasi sebelum ini yang pernah singgah di Malaysia terutamanya Manchester United. Pasukan ini berjaya menewaskan Malaysia dua kali sebelum berjaya merangkul takhta kejuaraan. Malah tidak terkecuali juga pasukan gergasi dunia iaitu Brazil yang berjaya menewaskan kita 4-0 pada 2002 menjelang kejohanan Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun. Ironinya, pasukan dari Latin itu berjaya dinobatkan sebagai juara dunia pada saingan itu.

Maka hakikat itulah yang mungkin sekadar kebetulan harus diambil peluang oleh mana-mana pasukan yang berminat untuk menjadi juara. Justeru, Arsenal, Liverpool dan Chelsea berebut-rebut untuk menjelajahi sekaligus menjajah negara dalam usaha merampas piala dari tangan Red Devils. Tapi harus diingat, mereka perlu menewaskan pasukan Malaysia terlebih dahulu. Namun, Malaysia bukan seperti Malaysia yang dahulu yang mudah diratah. Persoalannya, bolehkah Malaysia ditewaskan?







Kata SS : Kecewa dengan Astro kerana tidak membawa perlawanan malam ini secara langsung. Kena tengok ulangan esok. Mana puas..harap2 masa liverpool dengan chelsea ada live la.

Monday, July 11, 2011

Mesej rakyat jelas, wahai Najib!

9 SuaraSumbang
SS geram betul tengok media2 arus perdana ni. Mereka betul2 telah memutarbelitkan segala kenyataan yang sebenar. Fakta yang jelas telah berjaya dipesongkan malah diubah dan ditokoktambah supaya rakyat yang tidak mengetahui keadaan sebenar akhirnya tertipu. Satu propaganda kerajaan yang mahu menjadi hero dan jagoan rakyat.

Sebenarnya kerajaan melihat isu bersih ini satu peluang terbaik untuk mereka menyebarkan kelemahan parti pembangkang yang seperti sengaja mahu menghasut rakyat untuk terlibat dalam demonstrasi jalanan. Pastinya rakyat yang hanya bergantung semata-mata ke atas media mereka akan terpengaruh dengan cerita2 palsu mereka. Namun, harus diingat rakyat bukan seperti dahulu yang mudah digula-gulakan kerajaan. Mereka tidak mudah lagi percaya dengan agenda buruk kerajaan ini. Apatah lagi dengan bantuan internet yang memudahkan rakyat mengakses segala kebenaran. Umumnya, seluruh dunia melihat apa perkara yang sebenar yang berlaku pada tanggal 9 Julai lalu.

Rasanya tak perlulah SS menghuraikan secara panjang lebar tentang apa yang berlaku pada perhimpunan ini. Cuma SS melihat bahwa rakyat telah menunjukkan satu isyarat yang sebenar, satu mesej yang jelas iaitu pemerintahan yang adil dan telus. Bagaimana untuk mendapat pemerintahan sebegitu rupa hanyalah melalui pilihanraya yang jujur. Dan itulah yang dituntut oleh puluhan ribu rakyat yangberhimpun di sekitar ibu negara. Itu angka yang boleh dikatakan ramai ditambah lagi dengan terlalu banyak sekatan dilakukan. Sekiranya tiada halangan, SS percaya dan yakin BERSIH 2.0 mampu mencapai kehadiran sejuta rakyat.

Ada satu lagi yang membuatkan SS tambah kecewa adalah sikap pemerintah kita yang begitu berkuasa. Mereka sangat bersikap putar-belit terutamanya oleh ketuanya. Pada siri perundingan ke arah perhimpunan, kerajaan begitu berlengah dan seolah-olah terdesak untuk membatalkan perhimpunan ini. Sehingga pada suatu ketika, Najib bersifat terbuka dengan bersedia untuk memberi peluang mengadakan perhimpunan di stadium dengan syarat tiada demonstrasi jalanan. Pihak mereka juga sempat memberi cadangan supaya pertemuan dengan Yang Di Pertuan Agong diadakan. Mereka beranggapan yang institusi diraja tidak akan membenarkan sama sekali sebarang bentuk perhimpunan. Namun, tanggapan mereka ternyata silap apabila Tuanku Mizan sebaliknya membenarkan perhimpunan diadakan di stadium.

Tiba masa, Najib berubah fikiran apabila tidak membenarkan semula perhimpunan diadakan di stadium. Maka pada ketika ini siapa yang dianggap derhaka pada Raja Melayu? SS minta siapa2 yang kaki ampu ni tolong jawab soalan di atas. Kalau boleh SS minta Najib sendiri yang jawab. SS juga kecewa apabila kerajaan memutarbelitkan lagi kenyataan apabila mendakwa penganjur tidak memohon permit meskipun diberi peluang oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sakitnya hati bila baca suratkhabar cakap macam orang bodoh. Apabila permohonan dibuat ke atas stadium merdeka, pihak stadium meminta pula agar permit dikeluarkan dulu. Kemudian, apabila mereka memohon permit dari polis, polis pula mahukan kebenaran dari pihak stadium pula. Apa cerita ni?

Muhyidin pula tidak kurang hebatnya apabila mendakwa urusan stadium tiada kaitan dengan pihak kerajaan kerana stadium bukan milik kerajaan tetapi milik perbadanan. Tiba-tiba beliau buat kenyataan pula yang kabinet sudah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan di stadium. Aih..tadi kata stadium bukan milik kerajaan. Kabinet dengan kerajaan bukan sama ke maksudnya? Jawab la lagi kaki bodek sekalian.

Begitulah hebatnya kerajaan negara kita yang berjaya memporak-perandakan rakyat dengan agenda jahat mereka. Mengapa SS tak nampak langsung berita mengulas tentang keburukan yang berlaku sebaik PATRIOT melakukan perhimpunan di Bukit Bintang. Macam mana dengan penggerai di sana? Sebenarnya penggerai lagi suka kalau ada perhimpunan kerana mereka akan mendapat pelanggan yang ramai terutamanya mereka yang menjual air. Boleh fikir sendiri..lagipun, SS terkejut kerana berita di TV3 memaparkan kesan perhimpunan dimana banyak sampah bertaburan. Yeke? Mana datangnya sampah kalau kedai pun tak buka? Yang tambah pelik lagi bila ada sampah bekas makanan McDonald. Owh..rupanya sebelum perhimpunan, mereka diberi makanan McD untuk menambah tenaga.

Kalau nak ulas memang panjang lagi. Tapi cukuplah setakat ini kerana SS yakin anda sendiri berjaya menilainya dengan adil dan saksama. Keputusan yang SS dapat semasa undian dilakukan tempoh hari juga melihat ramai kalangan blogger yang bersetuju perhimpunan diteruskan. Inilah hasil undian yang dapat SS paparkan meskipun tidak ramai, tetapi SS tetap berpuas hati.


Tahniah ke atas mereka yang sudi mengambila bahagian dalam undian ini. Dan SS ingin mengalungkan jutaan ucapan tahnia ke atas mereka yang berhimpun untuk menyuarakan kebenaran. Sama-sama juga kita ucapkan takziah ke atas keluarga salah seorang ahli yang turut terlibat dalam perhimpunan. Beliau menyahut seruan Ilahi ketika hendak menunaikan solat dan disembur dengan gas water canyon (pemedih mata) lalu mengalami sesak nafas. Al-fatihah kepada Allahyarham Baharudin Ahmad yang tidak dilaporkan langsung dalam media arus perdana. Untuk pengetahuan anda, gas pemedih mata ini sangat berbahaya tetapi apa pula kata orang yang tidak pernah merasai gas tersebut. Cuba anda dengar.

sumber dari sini. boleh ke sana untuk baca komen rakyat


















Kata SS : Macam mana? Sakit hati tak? Kalau selama ni SS lebih bersikap berkecuali. Kali ni, SS dengan lantang dan terbuka membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan terhadap rakyat. 

Saturday, July 9, 2011

Hantar undian anda sempena perhimpunan BERSIH

16 SuaraSumbang
Undian akan ditutup pada 8 Julai 2011 sebelum pukul 12 malam. Keputusan undian akan diberitahu kemudian..






Thursday, July 7, 2011

Keputusan undian kelayakan akhir zon asia olimpik 2012

1 SuaraSumbang
group a - korea republic, qatar, saudi arabia, oman
group b - australia, iraq, uzbekistan, uae
group c - japan, bahrain, syria, malaysia





Kata SS : Dah..cukup. Harap malaysia boleh pergi jauh

Thank you very much

0 SuaraSumbang
Kenapa ucap terima kasih ni SS? Siapa yang SS tujukan ni? Jangan risau semua..tak ada siapa pun. Ni juga bukan isu perhimpunan BERSIH yang dengar khabar dibatalkan. Tapi bukan batal perhimpunan tau. Batal demonstrasi saja. Perhimpunan tetap diteruskan dan Stadium Merdeka yang menjadi mangsa. Jadi, SS pun nak tutup la pasal isu ni sebab SS rasa semua orang lega dengan tindakan tersebut. Orang ramai pun tak perlu mengharungi jalan yang sesak panjang.

Itu kisah tentang isu yang sangat berat untuk disentuh. Namun, undian masih belum ditutup kerana SS mahu melihat samada perhimpunan ini wajar diteruskan atau tidak. Dan SS masih mahu meneliti suara dikalangan rakan-rakan blogger berhubung isu terbabit. Jadi, anda boleh teruskan mengundi di sticky post di atas atau terus ke undian disini. Esok adalah tarikh akhir undian. Jadi undi secepat mungkin sementara masih ada waktu. SS akan beritahu secepat mungkin keputusannya sebaik undian ditutup. Kisah yang SS nak kaitkan dengan tajuk diatas adalah tentang apa yang ayah SS lakukan.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, semalam adalah hari lahir ayah SS. Maka SS pun apa lagi, SS hantar lah mesej kepada beliau. Mesej ucapan la ni. SS cakap dalam mesej tersebut lebih kurang macam ni bunyinya.

"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-56. Semoga dilimpahi keberkatan dan murah rezeki sentiasa. Yang penting, manisnya kurma ini. (abaikan ayat yang terakhir)".



Masa ini SS masih berada di Batu Pahat ketika baru saja tamat short sem SS. SS masa ni tulis sebijik-sebijik tau takut ayah SS tak faham pulak tulisan short form. Memang kebiasannya pun SS akan tulis macam tu kalau mesej dengan ayah. Tapi tiba-tiba handset SS bergegar. Bila dilihat pada peti masuk, terpapar nama "Ayah Da Besh". Wah..ayah reply ni. Lajunya..bila dibuka, maka terkejut lah SS apabila melihat ayah membalas,

            "Thank you very much"

Apa yang dikejutkan? Biasalah itu SS. Meskipun anda menganggap biasa tapi tidak bagi SS kerana hakikatnya ayah SS menulis, "TQVM". Ha..terkejut kan. Punya lah SS taip sebijik-sebijik nak bagi ayah faham. Ayah balas macam tu je. Handal tak handal. Bila masa entah ayah belajar main tulis pendek2 ni. Nasib baik ayah tak tulis, OMG ke LOL ke dan pelbagai lagi. Entah budak-budak sekarang ni suka sangat tulis pendek-pendek. Sampai ada teman SS cakap dia tinggal dekat SK. SK tu apa? Dia jawab, SK tu Seri Kembangan la. Amboi..macam semua orang tahu pulak tengok gayanya. Ni lah yang AC Mizal cakap masa Maharaja Lawak tempoh hari iaitu AK.

Apapun, Selamat Hari lahir SS tujukan sekali lagi kepada ayah meskipun kelmarin dan semalam dah wish siap makan-makan besar lagi. Kali ini SS wish secara live melalui blog picisan SS ni. Satu Malaysia baca tau, ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dengan keberkatan yang melimpah ruah hendaknya. AMIN..anda pun boleh wih jugak. Nak kirim salam pun boleh tapi yang perempuan tak boleh nak tackle yea. Ayah SS dah isteri. Eyh..bukan mak SS ke??






Kata SS : Anda ni tahu ke apa maksud AK ni? Kalau nak tau, meh dekat sikit SS nak cakap ni. Abah Kau!! Bukan SS cakap yea..

Sunday, July 3, 2011

Sana kuning..tangkap dia

8 SuaraSumbang

Ini kira macam permintaan daripada teman baik SS. Dia minta SS ceritakan apa implikasi nya warna kuning dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ketika ini. SS pun rasa terpanggil nak cerita kepada kalian. Lagipun sekarang tengah isu hot kan. SS kan wartawan, mestilah kena ambil port semua ni. Mungkin ramai yang tak minat nak ambil peduli namun harus diingat, apa keadaan sekalipun ianya melibatkan negara dan kita perlu harus untuk mengambil tahu sekurang-kurangnya.

SS pun tak nak buat berat-berat tentang isu ini. Maka SS mengambil pendekatan animasi aje lah. SS pun dah lama tak buat cerita kartun ini. Jadi, cerita yang SS nak ketengahkan ini adalah cerita tentang perhimpunan BERSIH tapi dibuat dalam bentuk yang santai. Genre cerita ini adalah sinikal. Harap anda amati dan hayati betul sambil terhibur. Jangan lupa terus mengundi kerana kedudukan agak sengit. SS pun terkejut jugak. Boleh ke sticky post di atas untuk mengundi atau ke sini


















Kata SS : Petang ini Malaysia akan menentang Taiwan. Semoga mereka berjaya menewaskan pasukan itu dan melangkah ke pusingan seterusnya. Agak-agaknya diorang pakai jersi warna KUNING tak?

Saturday, July 2, 2011

Sejauh mana BERSIH bertindak bertindak bersih

16 SuaraSumbang


Salam hari Jumaat semua pembaca SS sekalian. Hari ini SS nak bercerita pasal isu berat sikit memandangkan isu ini sangat popular dan berjaya mencuri hampir suku dari berita samada di dada akhbar mahupun media massa. Satu perkara yang harus dipuji ketika ini adalah kerana hampir semua polis di seluruh Malaysia dikerah untuk berjaga-jaga dalam situasi sebegini menjelang perhimpunan BERSIH yang dijangka berlangsung pada 9 Julai ini.

Tahniah kerana dalam masa yang sama banyak kes-kes jenayah dilaporkan meningkat. Setiap hari berlaku kes ragut, rompakan kemalangan malahan pembunuhan gara-gar kekurangan polis yang mempunyai tugasan lebih besar mungkin. Malah berita-berita jenayah di dalam akhbar terpaksa dikurangkan gara-gara memberi peluang untuk mensensasikan perihal perhimpunan ini. SS menjangkakan jenayah akan berleluasa pada tanggal tarikh keramat tersebut andai kata pihak berkuasa (merujuk kepada Polis terutamanya) gagal menjalankan tugas yang sepatutnya berbanding apa yang sedang berlaku ketika ini.

SS seperti biasa harus bersikap berkecuali dalam menangani isu ini. SS tidak berpihak langsung kepada Kerajaan dan juga Pakatan Rakyat. Namun, kita seharusnya mendalami terlebih dahulu objektif dan misi yang cuba disampaikan oleh gabungan ini. Meskipun dikelolakan oleh badan bukan kerajaan (NGO), namun boleh dilihat perhimpunan ini dibayangi oleh Pakatan Rakyat. Dan disebabkan itulah Kerajaan sangat bimbang andai kata perhimpunan ini berjaya mempengaruhi minda rakyat. Kesannya maka boleh dilihat sebaik pilihanraya nanti yang bakal berlangsung pada bila-bila masa mulai sekarang.

Sayang seribu kali sayang, meskipun kita berada di negara yang bebas dan berdemokrasi pula jauh dari sudut sebenar, kita tidak mengamalkan dasar bebas bersuara. Malang sekali, kerana setiap suara dan percakapan kita akan diperhatikan. Jika tersilap langkah maka buruklah padahnya. Pun begitu, SS masih menaruh kepercayaan kepada sang pemerintah untuk terbuka hati menerima suara rakyat. Kalau dilihat di luar negara, termasuk di Britain (negara penjajah kita suatu ketika dahulu), kerajaan mereka menyediakan platform untuk bersuara. Dan media mereka bebas untuk memberi mana-mana parti untuk menyalurkan hasrat dan impian mereka.

Memang kalau diamati betul-betul, perhimpunan ini mungkin boleh menimbulkan banyak masalah. Sebagai contoh, pada hari kejadian akan berlaku kesesakan yang teruk, pergaduhan antara yang menyokong dan yang membantah dan kemungkinan untuk berlaku rusuhan besar-besaran serta darurat tetap ada. Sebaliknya, kita perlu kaji semula apa yang menyebabkan kemungkinan di atas boleh berlaku. Antara lain adalah kerana sikap pihak berkuasa sendiri seperti yang SS uar-uarkan di atas tadi yang terlalu memfokuskan kepada perhimpunan ini. Mereka mengerah pasukan mereka selain mengadakan sekatan jalan yang boleh menyebabkan kesesakan yang sukar untuk dielakkan.

Selain itu, kehadiran kumpulan lain yang ingin membantah perhimpunan ini membuka peluang untuk menghadirkan pergaduhan atau rusuhan. Pasti akan berlaku provokasi yang melampau sehingga kedua-dua kumpulan hilang pertimbangan diri. Ini sebahagian daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku andai kata perkara ini dibiarkan terjadi. SS tidak melihat perhimpunan ini yang boleh menyebabkan malapetaka kerana mereka sekadar berhimpun untuk meluahkan harapan mereka. Bukan mahu mencari gaduh pun. Nama pun perhimpunan. Belum pernah lagi SS tengok ada anak-anak murid bergaduh ketika berada dalam perhimpunan di sekolah. Begitulah yang boleh SS andaikan sekiranya penganjur berjaya mengawal para peserta mereka dan berhimpun mengikut prosedur yang betul.

Memang satu perkara yang mengecewakan apabila melihat banyak acara-acara penting terpaksa ditangguhkan malah dibatalkan gara-gara kebimbangan terhadap perhimpunan ini. Antaranya Konsert Raksasa oleh Sweet Charity di Stadium Merdeka dan banyak lagi terpaksa ditunda pada tarikh lain. Ayah SS juga dicadangkan untuk menangguhkan seminar nya di Subang Jaya juga atas alasan yang sama. Bayangkanlah mereka ini sudah membuat persediaan yang begitu rapi, tiba masa terpaksa pula ditangguhkan. Nasib baiklah perlawanan terdekat Malaysia menentang jagoan Liga Perdana Inggeris berlangsung selepas tarikh tersebut. Kalau tidak, pasti akan ditangguhkan jua.

Apa cara sekalipun, anda yang menentukan baik buruknya serta implikasi kepada negara andai kata perhimpunan ini diteruskan juga. SS minta pendapat anda. Mungkin dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ini kerana masih ada 7 hari sebelum perhimpunan berjalan. Sila undi pendapat anda untuk melihat sejauh mana reaksi anda terhadap isu ini pada sticky post diatas. SS akan tutup undian pada 8 Julai nanti. Terima kasih.







Kata SS : Sekarang ni SS rajin beli suratkhabar tau. Selain nak tahu perkembangan isu semasa, ada satu lagi sebab kenapa SS beli. Tapi rahsia lah. Antara salah satu projek ni tau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...