Monday, July 11, 2011

Mesej rakyat jelas, wahai Najib!

9 SuaraSumbang
SS geram betul tengok media2 arus perdana ni. Mereka betul2 telah memutarbelitkan segala kenyataan yang sebenar. Fakta yang jelas telah berjaya dipesongkan malah diubah dan ditokoktambah supaya rakyat yang tidak mengetahui keadaan sebenar akhirnya tertipu. Satu propaganda kerajaan yang mahu menjadi hero dan jagoan rakyat.

Sebenarnya kerajaan melihat isu bersih ini satu peluang terbaik untuk mereka menyebarkan kelemahan parti pembangkang yang seperti sengaja mahu menghasut rakyat untuk terlibat dalam demonstrasi jalanan. Pastinya rakyat yang hanya bergantung semata-mata ke atas media mereka akan terpengaruh dengan cerita2 palsu mereka. Namun, harus diingat rakyat bukan seperti dahulu yang mudah digula-gulakan kerajaan. Mereka tidak mudah lagi percaya dengan agenda buruk kerajaan ini. Apatah lagi dengan bantuan internet yang memudahkan rakyat mengakses segala kebenaran. Umumnya, seluruh dunia melihat apa perkara yang sebenar yang berlaku pada tanggal 9 Julai lalu.

Rasanya tak perlulah SS menghuraikan secara panjang lebar tentang apa yang berlaku pada perhimpunan ini. Cuma SS melihat bahwa rakyat telah menunjukkan satu isyarat yang sebenar, satu mesej yang jelas iaitu pemerintahan yang adil dan telus. Bagaimana untuk mendapat pemerintahan sebegitu rupa hanyalah melalui pilihanraya yang jujur. Dan itulah yang dituntut oleh puluhan ribu rakyat yangberhimpun di sekitar ibu negara. Itu angka yang boleh dikatakan ramai ditambah lagi dengan terlalu banyak sekatan dilakukan. Sekiranya tiada halangan, SS percaya dan yakin BERSIH 2.0 mampu mencapai kehadiran sejuta rakyat.

Ada satu lagi yang membuatkan SS tambah kecewa adalah sikap pemerintah kita yang begitu berkuasa. Mereka sangat bersikap putar-belit terutamanya oleh ketuanya. Pada siri perundingan ke arah perhimpunan, kerajaan begitu berlengah dan seolah-olah terdesak untuk membatalkan perhimpunan ini. Sehingga pada suatu ketika, Najib bersifat terbuka dengan bersedia untuk memberi peluang mengadakan perhimpunan di stadium dengan syarat tiada demonstrasi jalanan. Pihak mereka juga sempat memberi cadangan supaya pertemuan dengan Yang Di Pertuan Agong diadakan. Mereka beranggapan yang institusi diraja tidak akan membenarkan sama sekali sebarang bentuk perhimpunan. Namun, tanggapan mereka ternyata silap apabila Tuanku Mizan sebaliknya membenarkan perhimpunan diadakan di stadium.

Tiba masa, Najib berubah fikiran apabila tidak membenarkan semula perhimpunan diadakan di stadium. Maka pada ketika ini siapa yang dianggap derhaka pada Raja Melayu? SS minta siapa2 yang kaki ampu ni tolong jawab soalan di atas. Kalau boleh SS minta Najib sendiri yang jawab. SS juga kecewa apabila kerajaan memutarbelitkan lagi kenyataan apabila mendakwa penganjur tidak memohon permit meskipun diberi peluang oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sakitnya hati bila baca suratkhabar cakap macam orang bodoh. Apabila permohonan dibuat ke atas stadium merdeka, pihak stadium meminta pula agar permit dikeluarkan dulu. Kemudian, apabila mereka memohon permit dari polis, polis pula mahukan kebenaran dari pihak stadium pula. Apa cerita ni?

Muhyidin pula tidak kurang hebatnya apabila mendakwa urusan stadium tiada kaitan dengan pihak kerajaan kerana stadium bukan milik kerajaan tetapi milik perbadanan. Tiba-tiba beliau buat kenyataan pula yang kabinet sudah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan di stadium. Aih..tadi kata stadium bukan milik kerajaan. Kabinet dengan kerajaan bukan sama ke maksudnya? Jawab la lagi kaki bodek sekalian.

Begitulah hebatnya kerajaan negara kita yang berjaya memporak-perandakan rakyat dengan agenda jahat mereka. Mengapa SS tak nampak langsung berita mengulas tentang keburukan yang berlaku sebaik PATRIOT melakukan perhimpunan di Bukit Bintang. Macam mana dengan penggerai di sana? Sebenarnya penggerai lagi suka kalau ada perhimpunan kerana mereka akan mendapat pelanggan yang ramai terutamanya mereka yang menjual air. Boleh fikir sendiri..lagipun, SS terkejut kerana berita di TV3 memaparkan kesan perhimpunan dimana banyak sampah bertaburan. Yeke? Mana datangnya sampah kalau kedai pun tak buka? Yang tambah pelik lagi bila ada sampah bekas makanan McDonald. Owh..rupanya sebelum perhimpunan, mereka diberi makanan McD untuk menambah tenaga.

Kalau nak ulas memang panjang lagi. Tapi cukuplah setakat ini kerana SS yakin anda sendiri berjaya menilainya dengan adil dan saksama. Keputusan yang SS dapat semasa undian dilakukan tempoh hari juga melihat ramai kalangan blogger yang bersetuju perhimpunan diteruskan. Inilah hasil undian yang dapat SS paparkan meskipun tidak ramai, tetapi SS tetap berpuas hati.


Tahniah ke atas mereka yang sudi mengambila bahagian dalam undian ini. Dan SS ingin mengalungkan jutaan ucapan tahnia ke atas mereka yang berhimpun untuk menyuarakan kebenaran. Sama-sama juga kita ucapkan takziah ke atas keluarga salah seorang ahli yang turut terlibat dalam perhimpunan. Beliau menyahut seruan Ilahi ketika hendak menunaikan solat dan disembur dengan gas water canyon (pemedih mata) lalu mengalami sesak nafas. Al-fatihah kepada Allahyarham Baharudin Ahmad yang tidak dilaporkan langsung dalam media arus perdana. Untuk pengetahuan anda, gas pemedih mata ini sangat berbahaya tetapi apa pula kata orang yang tidak pernah merasai gas tersebut. Cuba anda dengar.

video
sumber dari sini. boleh ke sana untuk baca komen rakyat


















Kata SS : Macam mana? Sakit hati tak? Kalau selama ni SS lebih bersikap berkecuali. Kali ni, SS dengan lantang dan terbuka membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan terhadap rakyat. 

9 SuaraSumbang:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

selagi media masih dikongkong penguasa, selagi itu lah sesak telinga kite mendengar pembohongan

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

rakyat bukannya bodoh. tangkapan ke atas khairy jamaludin pun hanya propaganda kerajaan semata-mata.

De Mois said...

@anies
kita ni jangan mudah percaya sangat dengan media

De Mois said...

@нαηιмQαtяυηηα∂α
Ye betul..untuk buktikan yang kerajaan tak pilih bulu. Padahal..

nabilah_2908 said...

berita yg tersiar di TV..mmg tk boleh pakai...menipu..mcm tu juga berita2 yg tersiar di akhbar..

rakyat tak bodoh la....

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

kalau nak tengok news yang jujur tengok News Asia TV singapore.... mmg terang2 nampak....

De Mois said...

@nabilah_2908
tahu takpe..rakyat kita dah makin pandai

De Mois said...

@Afzainizam
Yeh..nice sharing bro. Thanks..

zbz said...

salam, saya pon tak sokong mana2 tapi cuba anda fikir,secara logik , kalau pembangkang memimpin pon, dia akan bagi ke kita tunjuk keburukan dia kat media arus perdana? even sekarang kat harakah pon dia tunjuk keburukan BN je , bukan keburukan PAS or PKR kan? jadi dedua dioang ni sama je. dan satu lagi, apa saja bentuk perhimpunan haram kalau dibenarkan, kita akan berhimpun secara haram untuk apa saja yang kita tak dapat, jadi takde kebaikan. sorry cuma pendapat saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...