Saturday, July 2, 2011

Sejauh mana BERSIH bertindak bertindak bersih

16 SuaraSumbang


Salam hari Jumaat semua pembaca SS sekalian. Hari ini SS nak bercerita pasal isu berat sikit memandangkan isu ini sangat popular dan berjaya mencuri hampir suku dari berita samada di dada akhbar mahupun media massa. Satu perkara yang harus dipuji ketika ini adalah kerana hampir semua polis di seluruh Malaysia dikerah untuk berjaga-jaga dalam situasi sebegini menjelang perhimpunan BERSIH yang dijangka berlangsung pada 9 Julai ini.

Tahniah kerana dalam masa yang sama banyak kes-kes jenayah dilaporkan meningkat. Setiap hari berlaku kes ragut, rompakan kemalangan malahan pembunuhan gara-gar kekurangan polis yang mempunyai tugasan lebih besar mungkin. Malah berita-berita jenayah di dalam akhbar terpaksa dikurangkan gara-gara memberi peluang untuk mensensasikan perihal perhimpunan ini. SS menjangkakan jenayah akan berleluasa pada tanggal tarikh keramat tersebut andai kata pihak berkuasa (merujuk kepada Polis terutamanya) gagal menjalankan tugas yang sepatutnya berbanding apa yang sedang berlaku ketika ini.

SS seperti biasa harus bersikap berkecuali dalam menangani isu ini. SS tidak berpihak langsung kepada Kerajaan dan juga Pakatan Rakyat. Namun, kita seharusnya mendalami terlebih dahulu objektif dan misi yang cuba disampaikan oleh gabungan ini. Meskipun dikelolakan oleh badan bukan kerajaan (NGO), namun boleh dilihat perhimpunan ini dibayangi oleh Pakatan Rakyat. Dan disebabkan itulah Kerajaan sangat bimbang andai kata perhimpunan ini berjaya mempengaruhi minda rakyat. Kesannya maka boleh dilihat sebaik pilihanraya nanti yang bakal berlangsung pada bila-bila masa mulai sekarang.

Sayang seribu kali sayang, meskipun kita berada di negara yang bebas dan berdemokrasi pula jauh dari sudut sebenar, kita tidak mengamalkan dasar bebas bersuara. Malang sekali, kerana setiap suara dan percakapan kita akan diperhatikan. Jika tersilap langkah maka buruklah padahnya. Pun begitu, SS masih menaruh kepercayaan kepada sang pemerintah untuk terbuka hati menerima suara rakyat. Kalau dilihat di luar negara, termasuk di Britain (negara penjajah kita suatu ketika dahulu), kerajaan mereka menyediakan platform untuk bersuara. Dan media mereka bebas untuk memberi mana-mana parti untuk menyalurkan hasrat dan impian mereka.

Memang kalau diamati betul-betul, perhimpunan ini mungkin boleh menimbulkan banyak masalah. Sebagai contoh, pada hari kejadian akan berlaku kesesakan yang teruk, pergaduhan antara yang menyokong dan yang membantah dan kemungkinan untuk berlaku rusuhan besar-besaran serta darurat tetap ada. Sebaliknya, kita perlu kaji semula apa yang menyebabkan kemungkinan di atas boleh berlaku. Antara lain adalah kerana sikap pihak berkuasa sendiri seperti yang SS uar-uarkan di atas tadi yang terlalu memfokuskan kepada perhimpunan ini. Mereka mengerah pasukan mereka selain mengadakan sekatan jalan yang boleh menyebabkan kesesakan yang sukar untuk dielakkan.

Selain itu, kehadiran kumpulan lain yang ingin membantah perhimpunan ini membuka peluang untuk menghadirkan pergaduhan atau rusuhan. Pasti akan berlaku provokasi yang melampau sehingga kedua-dua kumpulan hilang pertimbangan diri. Ini sebahagian daripada kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku andai kata perkara ini dibiarkan terjadi. SS tidak melihat perhimpunan ini yang boleh menyebabkan malapetaka kerana mereka sekadar berhimpun untuk meluahkan harapan mereka. Bukan mahu mencari gaduh pun. Nama pun perhimpunan. Belum pernah lagi SS tengok ada anak-anak murid bergaduh ketika berada dalam perhimpunan di sekolah. Begitulah yang boleh SS andaikan sekiranya penganjur berjaya mengawal para peserta mereka dan berhimpun mengikut prosedur yang betul.

Memang satu perkara yang mengecewakan apabila melihat banyak acara-acara penting terpaksa ditangguhkan malah dibatalkan gara-gara kebimbangan terhadap perhimpunan ini. Antaranya Konsert Raksasa oleh Sweet Charity di Stadium Merdeka dan banyak lagi terpaksa ditunda pada tarikh lain. Ayah SS juga dicadangkan untuk menangguhkan seminar nya di Subang Jaya juga atas alasan yang sama. Bayangkanlah mereka ini sudah membuat persediaan yang begitu rapi, tiba masa terpaksa pula ditangguhkan. Nasib baiklah perlawanan terdekat Malaysia menentang jagoan Liga Perdana Inggeris berlangsung selepas tarikh tersebut. Kalau tidak, pasti akan ditangguhkan jua.

Apa cara sekalipun, anda yang menentukan baik buruknya serta implikasi kepada negara andai kata perhimpunan ini diteruskan juga. SS minta pendapat anda. Mungkin dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ini kerana masih ada 7 hari sebelum perhimpunan berjalan. Sila undi pendapat anda untuk melihat sejauh mana reaksi anda terhadap isu ini pada sticky post diatas. SS akan tutup undian pada 8 Julai nanti. Terima kasih.







Kata SS : Sekarang ni SS rajin beli suratkhabar tau. Selain nak tahu perkembangan isu semasa, ada satu lagi sebab kenapa SS beli. Tapi rahsia lah. Antara salah satu projek ni tau.

16 SuaraSumbang:

Ain Zulaikha said...

ok fine, dah baca dah... hahahahhahaa... geram gilak...
cakap pasal bersih ke kotor ni , hahahah lecturer ain tak bagi join or masuk pun menda ni, and dia tak bagi pakai baju kaler kuning, kuning untuk bersih, so orang akan attack kite join bersih ni hahahhaa.. mana nak undi nye?

De Mois said...

@Ain Zulaikha
Itu lagi satu problem. pasal warna kuning tiba2 jadi fenomena pulak. siapa pakai je kena tahan.

Mohamadazhan.com said...

pandangan yang bernas bro...tekanan yang melampau mungkin boleh cetus apa saja kemungkinan...setuju dengan salah puncanya kebebasan bersuara di Malaysia disekat dari awal dulu...

De Mois said...

@Mohamadazhan.com
Yup..terima kasih kerana bersetuju. tapi itu tetap pendapat anda.

FasiHaH SupiaN said...

ye, pandangan yang bernas.....antara blogger ni ada yg sungguh2 menentang bersih, katanya negara dah cukup aman, jangan nak buat kucar kacir dan macam-macam lagi patriot...tapi sebenarnya mereka takut, sama juga macam kerajaan, takut dgn byangan sendiri....hmm, ishh terpolitik pulak...

nas said...

amat setuju ngan pendapat awak.. aku pun xberpihak pd mana2 pandangan sama ada pro kerajaan atau pembangkang..
tp aku rasekan kerajaan pasti takut tsunami politik 2008 kembali lagi sbb dulu 2007 pun buat bersih kan? :P

Nadia Mashuri said...

ok, dah undi..
urm.. tak tahu nak cakap apa..
mcm2 hal yang di kaitkan dgn perhimpunan ni.. apapun lihat je lah apa yg akn terjadi nnt..

De Mois said...

@FasiHaH SupiaN
Takpe..jangan risau. Politik tetap penting dalam hidup.

De Mois said...

@nas
mungkin kebetulan kot

De Mois said...

@Nadia Mashuri
kita tunggu dan lihat

.izzati liyana. said...

mm, tak paham sgt la bersih-bersih ni. sebab tak mengikuti perkembangan semasa. but hopefully semua okay jeh and nothing bad happens.

De Mois said...

@.izzati liyana.
ye betul..jangan risau tapi still kena ambil peduli tau

Along Tapa said...

pasal bersih tu, aku tertarik dengan satu iklan kat tv2...mungkin perhimpunan tu nak buat aktiviti pembersihan bandaraya kolumpo selepas tu...sape tau...betul tak??

tapi aku tertarik dengan statement last ko tu...ko beli sok kabor ari2 nak tengok nombol ea....hahahaha

De Mois said...

@Along Tapa
itu satu cadangan yang bijak. memang sapu bersih namanya

opps..aku tak cakap pun

Odah + One = OdahOne said...

apa kena mngena bersih dgn komunis??? any idea??? or just propaganda krajaan??? tiba2 jek bleh jmpa gmbo shamsiah fakeh...tgk buletin utama skrg pn dh bosan dh xbyk berita...baca paper utusan pun sama gak...

De Mois said...

@Odah
Hmm..diorang takut dengan bayangan sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...