Thursday, July 14, 2011

Siapa nak teman SS esok?

4 SuaraSumbang
Jangan main-main..dalam diam-diam, SS buat kerja bukan-bukan. Bukan buat kerja haram lah. Ni ha..lewat malam tadi SS dok main twitter. Tengah dok godam2, SS pun tercuwit lah perkataan "astro live". Kira macam nak cari lah ada live atau tidak perlawanan Arsenal. Tiba-tiba, ada seorang yang tidak dikenali telah membuat pengumuman sebegini.


SS tanpa ragu-ragu lagi terus menyahut seruannya. Dalam tempoh kurang 4 jam dari waktu itu, SS bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Keramat. Cerita macam bawa duit juta-juta pulak kan. Dan inilah hasilnya..

Terima kasih kepada Bro Mad
atas pemberian ini

Walaupun sekadar training session pass, tapi SS tetap berbesar hati untuk menerima hadiah ni. Boleh juga mengubat hati ini yang duka kerana kecewa dengan Astro yang tidak membawa siaran langsung perlawanan Arsenal tadi. Maka dengan segera SS bersiap untuk menyaksikan latihan pasukan dari Anfield itu berlatih. Apatah lagi, pengurus Manchester United memang menghantar SS untuk meninjau sesi latihan mereka. Cuma perlu pergi atas pembiayaan sendiri. Apalah tok? Nasib baik dapat pas percuma. Tapi SS pergi seorang diri sahaja esok. Kalau ada teman2 lain terutamanya blogger yang turut menyaksikan latihan mereka ni, jangan lupa roger SS tau.






Kata SS : Rasa macam nak pergi sana pakai jersi kuning lah. Bukan BERSIH tapi jersi harimau. Baru nampak patriotik sikit.

4 SuaraSumbang:

nabilah_2908 said...

bestnya...mudah2 je dapat.... :)

ha...mcm tu la...pakai jersi Malaysia.. :)

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

"Apatah lagi, pengurus Manchester United memang menghantar SS untuk meninjau sesi latihan mereka."

perghh ayat.....

h A n Y S said...

baguslah pakai baju 'ghimau'..barulah semangat sikit pasukan negara kita main..

http://aniesandyou.blogspot.com said...

kalu nk tau last2 minit sy dpt 2 training pass FREE.. aghh..finally berkubur je la

Kerana LiverpoolFC episode 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...