Wednesday, July 13, 2011

Teori lucu jelajah asia EPL

8 SuaraSumbang



Pecah perut SS bila dapat berita pasal teori ni dari orang yang boleh dipercayai. Sebenarnya SS dah dengar lama pasal cerita ni. Tapi sengaja SS simpan sampai hari ni sempena perlawanan pertama Malaysia menentang salah satu pasukan gergasi dari Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal bermula malam ini. Hari ini Harimau kita akan dijadualkan menentang Arsenal pada jam 8.45 malam diikuti Liverpool pada hari sabtu ini jam 5.45 malam sebelum menamatkan aksi menentang Chelsea pada hari khamis depan jam 8.45 malam. Semua perlawan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baiklah..kita terus ke teori kedatangan pasukan gergasi ni ke tanah air. Bukan setakat belajar sahaja tau ada teori kedatangan penjajah ke tanah air. Rupanya kedatangan pasukan-pasukan handalan dari negara bekas penjajah ini pun dikatakan atas sebab tertentu. Dan kemungkinan sebab mereka adalah sama begitu tinggi. Apa yang diteorikan mereka sebenarnya? Dengarnya, mereka begitu optimis untuk datang dan bertemu dengan pasukan negara kita kerana percaya jika dapat menewaskan pasukan Malaysia, mereka sangat berpeluang untuk menjuarai EPL untuk musim hadapan.

Itulah yang mereka harapkan berdasarkan prestasi semasa beberapa pasukan gergasi sebelum ini yang pernah singgah di Malaysia terutamanya Manchester United. Pasukan ini berjaya menewaskan Malaysia dua kali sebelum berjaya merangkul takhta kejuaraan. Malah tidak terkecuali juga pasukan gergasi dunia iaitu Brazil yang berjaya menewaskan kita 4-0 pada 2002 menjelang kejohanan Piala Dunia di Korea Selatan dan Jepun. Ironinya, pasukan dari Latin itu berjaya dinobatkan sebagai juara dunia pada saingan itu.

Maka hakikat itulah yang mungkin sekadar kebetulan harus diambil peluang oleh mana-mana pasukan yang berminat untuk menjadi juara. Justeru, Arsenal, Liverpool dan Chelsea berebut-rebut untuk menjelajahi sekaligus menjajah negara dalam usaha merampas piala dari tangan Red Devils. Tapi harus diingat, mereka perlu menewaskan pasukan Malaysia terlebih dahulu. Namun, Malaysia bukan seperti Malaysia yang dahulu yang mudah diratah. Persoalannya, bolehkah Malaysia ditewaskan?







Kata SS : Kecewa dengan Astro kerana tidak membawa perlawanan malam ini secara langsung. Kena tengok ulangan esok. Mana puas..harap2 masa liverpool dengan chelsea ada live la.

8 SuaraSumbang:

SpaQue said...

ekekeke..teori nasib 2..ape2 pn aku support Malaysia supaya xde kelab EPL boleh mng..Chelsea lwn skuad olimpik bley r mng kot!

Malaysia kini da lain..hebat3 pasukan harimau malaya

Entri Ngetop Meninjau Kekuatan Arsenal sewaktu Training di Bukit Jalil

sabree hussin said...

walaupun peluang untuk Malaysia kalah itu tinggi.. tapi aku tetap sokong malaysia .. only wishing the best for malaysia team!1

oktant said...

Ade gak terfikir pasal teori ni. Hehe...

Harapnya Malaysia dpt tunjukkan taring sebenar & pamerkan permainan berkualiti. :D

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

yupppp Malaysia Bolehhhhhh.... mana tau tetiba menang kan... tak mustahilkan.... cuma kalau kalah tu jangan lah teruk sangat lahhh

De Mois said...

@SpaQue
Itulsh..SS pun harapkan benda yang sama

De Mois said...

@sabree hussin
Malaysia no 1 beb..tapi bukan 1malaysia maa

De Mois said...

@oktant
itu sebenarnya yang penonton mahukan

De Mois said...

@Afzainizam
Ye2..aku maafkan.

Mustahil is nothing..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...