Menarik di SuaraSendiri

Friday, August 19, 2011

Hayati Islam sepenuhnya

4 SuaraSumbang
Inilah yang dinamakan kehebatan bulan Ramadan dimana setiap amalan kita bukan sahaja akan diganjar malah dilipatgandakan. Buatlah ibadah apa sekalipun, InsyaAllah jika dilakukan dengan ikhlas, maka Allah akan membalas dengan melimpah ruah. Bukan itu sahaja, dalam bulan ini juga terdapat 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan. Apalagi kalau bukan malam Lailatul Qadar. Bukan calang-calang orang boleh dapat berjumpa dengan malam tersebut. Bayangkan 1 tahun ada 12 bulan. Kalau seribu bulan berapa tahun pula?

Macam mana bulan puasa kali ini? Ecehwah..dah macam iklan pulak. Saja nak sampaikan tazkirah sikit2 sebagai peringatan kepada rakan2 semua. SS nak petik sedikit khutbah Jumaat dari masjid kawasan SS tengah hari tadi. Khutbah kali ini berkaitan dengan kitab terhebat umat Islam iaitu Al-Quran, mukjizat teragung Rasulullah. Apa yang menarik perhatian adalah pada ungkapan bahwa "kebanyakan umat Islam pada zaman sekarang begitu menghargai Al-Quran. Tapi malangnya Al-Quran dijaga hanya pada jasadnya". Kita tidak akan letakkan Al-Quran pada lantai. Kita tidak akan sekali-kali membiarkan Al-Quran hanya diatas kerusi, sofa atau dibawah dari paras pinggang kita.

Kita begitu marah bila ada orang yang memijak, mengoyak, membakar dan melakukan apa saja yang dianggap biadap dalam agama kita. Kita malahan begitu sensitif apabila melihat orang bukan Islam mempermainkan ayat suci Al-Quran. Kita takkan biarkan sesiapa pun menggunakan ayat Al-Quran dalam ucapan mereka selagi tidak memeluk Islam. Tapi itulah yang disebut khatib tersebut tentang menghormati hanya pada jasad saja. Tapi sejauh mana kita mengamalkan isi kandungan dalam Al-Quran tersebut. Setakat mana pembacaan kita terhadap ayat-ayat suci tersebut. Malah tindakan sesetengah "umat melayu" dilihat lebih menjijikkan dari apa yang dilakukan orang bukan Islam.

Sikap kita sendiri yang kadang2 menunjukkan kedangkalan kita terhadap ajaran sebenar Islam. Kadang2 SS malu melihat orang Islam bergaduh sesama sendiri kerana isu yang remeh temeh. Malahan ada yang bertikam lidah semata-mata membantah tindakan orang asing menggunakan ayat Al-Quran dalam hujah mereka. SS tidaklah mempertahankan individu tersebut. Cuma SS melihat itu adalah kerana kekerapan mereka yang bergaul dengan orang2 yang mengamalkan ajaran Islam sebenar. Selagi masih tidak bercanggah, apa salahnya untuk kita melihat mereka mendekati Islam. Mudah-mudahan dengan keterbukaan kita itu dapatlah membuka pintu hidayah mereka untuk memeluk Islam.

Cukup setakat ini. SS takut nak hurai panjang. Takut kena saman pula. SS pun sekadar menyampaikan selagi mana yang boleh. Lagipun manusia takkan mencapai tahap sempurna. Yang penting sama2 kita terus membuat yang terbaik kerana bulan ramadan pun sudah melewati separuh bulan. Tak lama lagi kita akan bertemu syawal pula. Seperti yang sering sahabat2 sedih apabila ke penghujungnya adalah samada kita akan bertemu Ramadan lagi tahun hadapan atau tidak?





Kata SS : Pra-tempahan untuk jersi 2011/2012 dibuka semula untuk tempoh yang lebih panjang. Sesiapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke moisoutlet.blogspot.com. Sempat promote lagi tu dalam ceramah.

Tuesday, August 16, 2011

Lee Chong Wei keseorangan

7 SuaraSumbang
Wah..tajuk macam Dato' kita ni baru lepas menduda pula. Padahal kahwin pun belum. Jodoh beliau dengan seorang lagi perseorangan negara, Wong Mew Choo pun tidak berpanjangan. SS ni pun baru tahu pasal ni. Keluar tajuk sikit..bukan cerita jodoh yang ingin SS sampaikan. Tapi lebih daripada itu.

Seperti yang kita sedia maklum baru-baru ini Dato' Lee Chong Wei telah muncul dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di London baru-baru ini. Sepanjang kejohanan, beliau telah beraksi cukup cemerlang dengan purata kemenangan straigh set di bawah 40 minit. Mungkin kerana tidak mendapat cabaran dan tentangan yang sengit dari pihak lawan. Musuh paling kuat pun ketika beraksi di separuh akhir menentang Chen Jin. Mungkin itulah halangan paling sukar namun tetap tiada masalah bagi Chong Wei melangkah ke final.

Ketika itulah senario berubah. Memang perlawanan yang dinanti-nantikan bukan saja rakyat Malaysia tetapi dunia. Menentang pemain kedua terbaik dunia, Chong Wei dilihat perlu berhati-hati kerana musuh dari China itu mempunyai kepakaran psikologi yang akan melemahkan mental sesiapapun. Dan sekali lagi - kali ini yang buat yang ke-16 - jaguh harapan negara tumbang di tangan Lin Dan. Inilah perlawanan yang paling SS sedih dan kecewa. Bukan kerana Chong Wei lemah tetapi kerana beliau telah memberikan antara persembahan terbaik beliau. Perlawanan berlangsung dengan begitu sengit dengan hanya setiap pemain dipisahkan 1 mata saja setiap kali mendapat mata baru.

Yang membuatkan SS bertambah sedih apabila Chong Wei mendapat 2 kali peluang untuk menghabiskan perlawanan tetapi disia-siakan begitu saja. Pada angka 20 di set ketiga, SS begitu yakin kita akan muncul juara buat pertama kali selepas lebih 30 tahun menanti. Namun, harapan tinggal harapan. Kedua-dua mempunyai fizikal, taktikal dan permainan yang sama hebat. Cuma pada tahap ini, kekuatan mental sangat diperlukan. Dan Lin Dan mempunyai bonus di bahagian tersebut. Bayangkan di set pertama, beliau ketinggalan 16-20, namun berjaya menyamakan kedudukan. Itu yang banyak perlu dipelajari oleh pemain-pemain kebangsaan tak kira apa jua permainan sekalipun.

Baik sukan bolasepak pun, kekuatan mental pemain masih belum di tahap optimum. Itulah yang berlaku apabila kita melepaskan gol ke atas Singapura sebaik mendahului. Ini satu kerugian kepada negara. Bertahan dan menyerang haruslah seiring. Namun yang mengejutkan SS adalah tentang Chong Wei yang sebenarnya keseorangan dalam mengharungi liku-liku bergelar pemain terbaik dunia. Bayangkan final tempoh hari membabitkan semua pemain China untuk setiap saingan. Hanya Chong Wei wakil tunggal negara. Tambah membingungkan lagi apabila kita tiada pelapis atau setidak-tidaknya pemain perseorangan yang setaraf Chong Wei. Ingin SS tekankan disini bahwa pemain perseorangan kedua negara adalah Wong Choon Han. Pemain yang semakin dimamah usia. Apa tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Takkan kita nak terus diam dan sekadar berbangga mempunyai  pemain no. 1 dunia.

Sampai bila rekod itu mampu dipertahankan selagi tiada pelapis yang mampu menggantikan Dato' kelak? Kita mahu melihat lebih ramai pemain negara yang akan mengikut jejak langkah beliau. Mungkin Chong Wei akan bersara dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Tapi apakah kita akan melihat pemain China, China dan China terus menguasai badminton Dunia, Olimpik dan Asia - 3 kejuaraan yang masih belum digapai pemain kita.









Kata SS : Sekarang ni jual kuih pulak..maklumlah raya dah dekat. Jual kuih raya la pulak. Siapa2 yang berminat nak mendapatkan kuih raya murah, bolehlah klik pada pautan blogshop di sebelah atau klik disini. Untuk tempahan jersi akan dibuka mulai esok.

Wednesday, August 10, 2011

Dapatkan jersi terbaru EPL 2011/2012

4 SuaraSumbang
SS sejak dah lama tak update ni dengan bangganya nak melancarkan blog kedua SS yang berbentuk blogshop khas untuk pembaca-pembaca sekalian. Untuk permulaan, ditambah masa yang singkat terutamanya bulan puasa ni, SS sekadar menjual jersi terbaru semua pasukan dari Liga Perdana Inggeris bagi musim 2011/2012. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke blogshop SS iaitu moisoutlet.

Dengan segala hormatnya, SS melancarkan blog moisoutlet. Sekian, terima kasih




Kata SS : Walaupun kita penat di bulan puasa, tapi tetap kena berusaha dan beramal ibadat supaya kita tak sekadar mendapat lapar dahaga sahaja.

Monday, August 1, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

2 SuaraSumbang
Seperti biasa untuk blog yang jarang update ni, SS nak minta maaf sebab tak sempat nak bagi cerita terbaru dengan kadar segera. Apapun, rasanya masih belum terlambat untuk SS mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan maghfirah ini. Moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi. Iaitu orang yang amal ibadah dan perangainya tetap sama seperti sebelum bulan mulia ini. Tiada perubahan dan peningkatan. Akhir kalam, SS berharap kita semua dapat merebut seberapa banyak yang boleh ganjaran di bulan ini.






Kata SS : Tamat sudah hari pertama di bulan puasa, ada 29 hari lagi. Bagaimana perasaan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...