Tuesday, August 16, 2011

Lee Chong Wei keseorangan

7 SuaraSumbang
Wah..tajuk macam Dato' kita ni baru lepas menduda pula. Padahal kahwin pun belum. Jodoh beliau dengan seorang lagi perseorangan negara, Wong Mew Choo pun tidak berpanjangan. SS ni pun baru tahu pasal ni. Keluar tajuk sikit..bukan cerita jodoh yang ingin SS sampaikan. Tapi lebih daripada itu.

Seperti yang kita sedia maklum baru-baru ini Dato' Lee Chong Wei telah muncul dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia yang berlangsung di London baru-baru ini. Sepanjang kejohanan, beliau telah beraksi cukup cemerlang dengan purata kemenangan straigh set di bawah 40 minit. Mungkin kerana tidak mendapat cabaran dan tentangan yang sengit dari pihak lawan. Musuh paling kuat pun ketika beraksi di separuh akhir menentang Chen Jin. Mungkin itulah halangan paling sukar namun tetap tiada masalah bagi Chong Wei melangkah ke final.

Ketika itulah senario berubah. Memang perlawanan yang dinanti-nantikan bukan saja rakyat Malaysia tetapi dunia. Menentang pemain kedua terbaik dunia, Chong Wei dilihat perlu berhati-hati kerana musuh dari China itu mempunyai kepakaran psikologi yang akan melemahkan mental sesiapapun. Dan sekali lagi - kali ini yang buat yang ke-16 - jaguh harapan negara tumbang di tangan Lin Dan. Inilah perlawanan yang paling SS sedih dan kecewa. Bukan kerana Chong Wei lemah tetapi kerana beliau telah memberikan antara persembahan terbaik beliau. Perlawanan berlangsung dengan begitu sengit dengan hanya setiap pemain dipisahkan 1 mata saja setiap kali mendapat mata baru.

Yang membuatkan SS bertambah sedih apabila Chong Wei mendapat 2 kali peluang untuk menghabiskan perlawanan tetapi disia-siakan begitu saja. Pada angka 20 di set ketiga, SS begitu yakin kita akan muncul juara buat pertama kali selepas lebih 30 tahun menanti. Namun, harapan tinggal harapan. Kedua-dua mempunyai fizikal, taktikal dan permainan yang sama hebat. Cuma pada tahap ini, kekuatan mental sangat diperlukan. Dan Lin Dan mempunyai bonus di bahagian tersebut. Bayangkan di set pertama, beliau ketinggalan 16-20, namun berjaya menyamakan kedudukan. Itu yang banyak perlu dipelajari oleh pemain-pemain kebangsaan tak kira apa jua permainan sekalipun.

Baik sukan bolasepak pun, kekuatan mental pemain masih belum di tahap optimum. Itulah yang berlaku apabila kita melepaskan gol ke atas Singapura sebaik mendahului. Ini satu kerugian kepada negara. Bertahan dan menyerang haruslah seiring. Namun yang mengejutkan SS adalah tentang Chong Wei yang sebenarnya keseorangan dalam mengharungi liku-liku bergelar pemain terbaik dunia. Bayangkan final tempoh hari membabitkan semua pemain China untuk setiap saingan. Hanya Chong Wei wakil tunggal negara. Tambah membingungkan lagi apabila kita tiada pelapis atau setidak-tidaknya pemain perseorangan yang setaraf Chong Wei. Ingin SS tekankan disini bahwa pemain perseorangan kedua negara adalah Wong Choon Han. Pemain yang semakin dimamah usia. Apa tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Takkan kita nak terus diam dan sekadar berbangga mempunyai  pemain no. 1 dunia.

Sampai bila rekod itu mampu dipertahankan selagi tiada pelapis yang mampu menggantikan Dato' kelak? Kita mahu melihat lebih ramai pemain negara yang akan mengikut jejak langkah beliau. Mungkin Chong Wei akan bersara dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Tapi apakah kita akan melihat pemain China, China dan China terus menguasai badminton Dunia, Olimpik dan Asia - 3 kejuaraan yang masih belum digapai pemain kita.









Kata SS : Sekarang ni jual kuih pulak..maklumlah raya dah dekat. Jual kuih raya la pulak. Siapa2 yang berminat nak mendapatkan kuih raya murah, bolehlah klik pada pautan blogshop di sebelah atau klik disini. Untuk tempahan jersi akan dibuka mulai esok.

7 SuaraSumbang:

KhaiRin said...

sy da lama perhatikan..bla CW leading @ point 19 / 20..dia tetiba jd nebes

ShafiqIzwan said...

kesian LCW kan..

Anati Soki said...

lcw dah try the best!! apa2 pun anati soki ttp akan menykong team malaysia!!!

De Mois said...

@KhaiRin
lcw bila dah hujung2 dia macam tergesa-gesa nak tamatkan game.

De Mois said...

@ShafiqIzwan
Of coz kesian..kesayangan rakyat tu

De Mois said...

@Anati Soki
Ye betul..apapun terjadi mesti tetap sokong

Afzainizam said...

YUPPPP DIA DAH BUAT SEDAYA MAMPU TU AKU TENGOK DAH PENUH DEBARAN.... MUSUH KETAT TRADISI TU MMG SUKAR DIGUGAT NAK WAT CAMNERRR


★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...