Inilah yang dinamakan kehebatan bulan Ramadan dimana setiap amalan kita bukan sahaja akan diganjar malah dilipatgandakan. Buatlah ibadah apa sekalipun, InsyaAllah jika dilakukan dengan ikhlas, maka Allah akan membalas dengan melimpah ruah. Bukan itu sahaja, dalam bulan ini juga terdapat 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan. Apalagi kalau bukan malam Lailatul Qadar. Bukan calang-calang orang boleh dapat berjumpa dengan malam tersebut. Bayangkan 1 tahun ada 12 bulan. Kalau seribu bulan berapa tahun pula?
Macam mana bulan puasa kali ini? Ecehwah..dah macam iklan pulak. Saja nak sampaikan tazkirah sikit2 sebagai peringatan kepada rakan2 semua. SS nak petik sedikit khutbah Jumaat dari masjid kawasan SS tengah hari tadi. Khutbah kali ini berkaitan dengan kitab terhebat umat Islam iaitu Al-Quran, mukjizat teragung Rasulullah. Apa yang menarik perhatian adalah pada ungkapan bahwa "kebanyakan umat Islam pada zaman sekarang begitu menghargai Al-Quran. Tapi malangnya Al-Quran dijaga hanya pada jasadnya". Kita tidak akan letakkan Al-Quran pada lantai. Kita tidak akan sekali-kali membiarkan Al-Quran hanya diatas kerusi, sofa atau dibawah dari paras pinggang kita.
Kita begitu marah bila ada orang yang memijak, mengoyak, membakar dan melakukan apa saja yang dianggap biadap dalam agama kita. Kita malahan begitu sensitif apabila melihat orang bukan Islam mempermainkan ayat suci Al-Quran. Kita takkan biarkan sesiapa pun menggunakan ayat Al-Quran dalam ucapan mereka selagi tidak memeluk Islam. Tapi itulah yang disebut khatib tersebut tentang menghormati hanya pada jasad saja. Tapi sejauh mana kita mengamalkan isi kandungan dalam Al-Quran tersebut. Setakat mana pembacaan kita terhadap ayat-ayat suci tersebut. Malah tindakan sesetengah "umat melayu" dilihat lebih menjijikkan dari apa yang dilakukan orang bukan Islam.
Sikap kita sendiri yang kadang2 menunjukkan kedangkalan kita terhadap ajaran sebenar Islam. Kadang2 SS malu melihat orang Islam bergaduh sesama sendiri kerana isu yang remeh temeh. Malahan ada yang bertikam lidah semata-mata membantah tindakan orang asing menggunakan ayat Al-Quran dalam hujah mereka. SS tidaklah mempertahankan individu tersebut. Cuma SS melihat itu adalah kerana kekerapan mereka yang bergaul dengan orang2 yang mengamalkan ajaran Islam sebenar. Selagi masih tidak bercanggah, apa salahnya untuk kita melihat mereka mendekati Islam. Mudah-mudahan dengan keterbukaan kita itu dapatlah membuka pintu hidayah mereka untuk memeluk Islam.
Cukup setakat ini. SS takut nak hurai panjang. Takut kena saman pula. SS pun sekadar menyampaikan selagi mana yang boleh. Lagipun manusia takkan mencapai tahap sempurna. Yang penting sama2 kita terus membuat yang terbaik kerana bulan ramadan pun sudah melewati separuh bulan. Tak lama lagi kita akan bertemu syawal pula. Seperti yang sering sahabat2 sedih apabila ke penghujungnya adalah samada kita akan bertemu Ramadan lagi tahun hadapan atau tidak?
Kata SS : Pra-tempahan untuk jersi 2011/2012 dibuka semula untuk tempoh yang lebih panjang. Sesiapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke moisoutlet.blogspot.com. Sempat promote lagi tu dalam ceramah.
4 SuaraSumbang:
syg nyer bkn semua org menghayatinya..sekadar memnuhi tuntutan je
“Aisyah RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bersungguh-sungguhlah mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan”, di dalam riwayat Bukhari: “Sentiasa Rasulullah SAW beriktikaf di sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, beliau bersabda: “Bersungguh-sungguh untuk mencari lailatul qadar di sepuluh terakhir bulan Ramadhan”. Di dalam riwayat Bukhari: “Carilah…”. HR. Bukhari,
Dan Muslim,
Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.
Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup
Salam SS..
lbih sebulan xblogging, sori sngt2
nie email nina:sofeayusof@ymail.com
hayati dan ikut tuntutan lg bgus :)
bukan semua orang menghayati islam sedalam2nya... saya pun sama =.=' muhasabah diri jap.. huhu
Post a Comment